Sebuah kisah yang
berkisarkan tentang sebuahkehidupan yang dialami oleh Puan Raudzah Roslan (Roza Roslan), tentang
jerih perih yang sentiasa tercatat dalam diari kehidupannya, menjadi sebuah kenangan
dalam mensyukuri nikmat sebuah kehidupan yang termaktub sejak azali lagi. Cerita yang padat dengan
pengajaran, bila membacanya seakan-akan aku juga berada ditempat itu. Memang menarik. Sangat menarik. Penulis
berjaya menyelitkan unsur-unsur seakan hidup dalam
tulisannya yang bersahaja, tetapi
penuh tawaduk yang digarap begitu indah.
Pertama kali aku menatap
buku ni, covernya takdela menarik
perhatian aku. Gabungan warna
merah dan putih
yang bagi aku
takde beza dengan buku
lain. Content dalam buku pun
aku tak
belek time kat kedai tu. Perasaan aku
buku ni sama
saje dengan buku lain. Cerita motivasi yang mendidik dan beradab. Meskipun banyak knowledge yang
terkandung, bagi aku buku lain pun apa
kurangnya. Stereotaip dan tak
menarik pandangan untuk orang macam aku. Tapi
kini baru aku sedar
maksud pepatah Inggeris,
‘don’t judge
book by its cover’. Mungkin
Allah nak tunjukkan kat aku
melalui buku ni aku
dapat sesuatu yang ternilai,
yang membuatkan aku
rasa makin dekat padaNya. Bila
dah lama kat kedai itu,
aku perasan rakan lain sedang menunggu, so aku just capai buku ni
ke kaunter bayaran. Nak bagi
nampak sikit yang ada buku
yang aku bawak balik
nanti. Dua jam kot kat kedai tu, takkan tak beli apa-apa.
Rugi pulak.
So, bila aku balik, satu
persatu aku belek setiap muka surat dan
bait-bait yang tertulis. Sungguh
indah dan berseni. Penulis itu
menggarap 93 bab yang berlainan situasi
dalam buku itu
menggunakan tajuk yang ringkas
tapi sangat bersahaja.
Bermula seawal beliau
bersekolah rendah sehingga memasuki alam universiti. Betapa tulus
pengorbanan seorang kakak
yang sanggup mengorbankan dirinya
demi adik-adiknya yang seramai 5 orang. Dan untuk pengetahuan,penulis ialah
anak kedua dari tujuh beradik, tetapi kakak beliau
yang sulung itu jarang disebut
kerana dia melanjutkan pelajaran
di sekolah berasrama
penuh waktu itu. Mostly
ceritanya hanya
berkisarkan tentang dia sendiri,
Tuty dan Ratna
(adik-adiknya), ibu dan bapanya,
dan tak terkecuali mak wa,
nenek yang penuh dengan kasih sayang
dan suka berfalsafah
tentang kehidupan.
Apa pengajaran yang
aku dapat dalam buku setebal 271
muka surat ni?
# Kisah seorang anak (penulis) yang terpaksa hidup
berdikari dan melupakan
zaman riangnya walaupun masih
bersekolah rendah. Menggalas
tanggungjawab yang besar demi
keluarganya. Melakukan kerja
rumah yang pelbagai seperti membasuh
baju, memasak bubur nasi sehingga
separuh rentung untuk adik-adiknya yang
kelaparan saat ibunya sedang
sakit walaupun waktu itu beliau baru memasuki sekolah
rendah. Sanggup meredah paya semata-mata mencari pucuk paku pakis untuk
santapan tengahari. Membantu orang tuanya
dihujung minggu dikebun koko sehingga
tiada ruang untuknya bersama teman
lain. Pohon nyiur gading menjadi
saksi dia membisikkan cita-cita yang tulus untuk mengubah nasib keluarganya.
# Seawal usia 10 tahun sudah pandai memanjat pokok manggis
dan mempelam untuk dijual ditepi jalan. Pernah suatu ketika jatuh dari pokok. Dia
jugak selalu memanjat pokok kelapa yang tinggi gile semata-mata untuk mendapatkan santannya . Budak
zaman sekrang ada lagi ke sanggup
panjat pokok kelapa macam tu? Perempuan
pulak tu.
# Penulis jarang
mendapat kasih sayang dari seorang ayah yang
merupakan seorang guru dan suka
memukulnya tanpa sebab. Ayah yang
autokratik. Biasanya kemarahan bapanya itu diakhiri dengan libasan tali pinggang. Namun diakhir
bab ini penulis berjaya membuang
prasangka buruk pembaca akan
sikap bapanya itu. Nak tahu macam
mana? Sila baca di muka
surat 131, 136
dan 159. (cewah,
ni memang nak promote nih
hahaha :P)
#Setiap doa yang dipohon pasti didengari. Aku terbaca bab ‘pucuk paku’ yang mana time tu ayah dan mak dia pergi ke kebun dan tak de
satu pun bahan mentah di dapur yang boleh ditukar menjadi
lauk. Adik-adiknya mula merengek kelaparan dan masa tu dia berdoa supaya tengahari
itu dia dapat menikmati makanan bersama
adik-adiknya. Tak lama lepas tu dia dipelawa oleh jirannya untuk
mengambil pucuk paku di tepi paya dalam keadaan hujan yang lebat. Bayangkan,
hujan yang lebat. Apa la kudrat seorang
kanak-kanak yang masih tidak mengerti apa-apa itu. Tapi demi kasihkan adik-adiknya dia sanggup
meredah paya itu semata-mata tidak
mahu membiarkan adik-adiknya kelaparan.
Cerita dalam bab ni banyak kali membuatkan mata aku dimasuki habuk yang
entah dari mana datangnya.
#Hendak-hendak. Atau kahwin-kahwin. Penulis mengakui sewaktu
kecil beliau ialah seorang budak yang comot, hitam dan garang. Gara-gara itu semua
kawan lelakinya tidak
mahu bermain kahwin-kahwin
dengannya sehingga beliau
rasa tersisih. Dia juga menceritakan sewaktu memanjat dan memetik buah mempelam untuk dijual, ada seorang
budak lelaki lalu dikawasan tu dan dia terus menyembunyikan dirinya dibalik pokok untuk mengelak dari tiada lelaki
yang enggan bermain dengannya lagi. Esoknya cerita itu
heboh dan samseng sekolah itu
terus mempersendakannya sehingga
memaksa penulis itu melayangkan flying kick dan tae kwan
do kat samseng
tuh. Kesannya, dia terpaksa
menerima tiga libasan tali pinggang dari
ayahnya yang juga merupakan guru di
sekolah itu. See, ayah yang
autokratik. Tapi hakikatnya penuh
kasih sayang yang tersembunyi.
#Kasih sayang
seorang nenek terhadap
cucunya. Mak wa, nenek penulis
sangat mengasihinya, selalu
membelanya disaat dia
dimarahi bapanya dan suka mengajarnya bermacam-macam. Membuat
masakan yang pelbagai,
mengajarnya membuat kerja-kerja
yang zaman sekarang ni
aku tak sure ada
lagi ke tak yang buat. Contohnya
membuat bantal kekabu, membuat
sira ubi kayu
yang dijemur terlebih dahulu kemudian digoreng, masakan dari resepi nenek moyang
yang bagi aku sangat
unik dan banyak lagi. Kisah Mak Wa
banyak kali disebut dalam cerita
ni, bermula dari
awal hinggan akhir bab.
#Epal yang
diracik tujuh. Can you
imagine that sebiji
epal hijau diracik tujuh untuk diberi kepada tujuh orang anak? Begitulah didikan yang diberi oleh
ibu penulis yang cukup mengajar
mereka untuk membesar. Zaman sekarang ni kalau sorang makan pun belum
tentu lagi lima biji epal cukup untuk
sekali makan.
#Aiskrim Malaysia yang dibuat dari bubur kacang. Penulis menceritakan
yang beliau suka menjual aiskrim di sekolahnya
kerana ayahnya selalu terlupa memberikannya duit
belanja sekolah. Pada suatu hari
beliau tertangkap oleh taukeh kantin dan hari itu 30 batang aiskrim itu cair
begitu sahaja dan beliau terpaksa memujuk kawannya untuk mengambilnya secara
percuma tetapi mereka enggan. Dan kala
itu beliau merasakan dirinya seorang penjenayah dan melalui situasi itu beliau
melihat dirinya dalam keadaan masa kini. Ibu tunggal yang menjual kerepek di
kaki lima. Lelaki tua yang menjaja keropok ikan meniti dari satu kereta ke
kereta lain. Kanak-kanak yang berjualan kismis minda di merata-mata. Dia
menyaksikan dirinya dalam diri mereka!
#Cerita tentang beliau dan dua orang adiknya yang menyewa
disebuah rumah yang berdekatan dengan sekolah. Waktu itu beliau berada
ditingkatan empat. Waktu itu juga beliau menjadi ‘beruk trojan’ gara-gara
difitnah kononnya menjadi dalang
menyebarkan cerita yang bukan-bukan
tentang bas yang dinaikinya
setiap hari. Demi kebenaran,
semua itu ditelan dan akhirnya
ia berjaya dibuktikan.
#Sikap pilih kasih
sekolah Inggeris terhadap
pelajar Melayu. Penulis
yang bersekolah di
Canossian Convent waktu tingkatan
empat dinafikan hak sebagai
student di situ. Tapi kerana
satu persembahan kelasnya yang
mempersembahkan dikir barat dan
endang dari Negeri Sembilan, satu-satunya persembahan
adat Melayu berbanding
persembahan lain yang berbentuk
kebaratan, perspektif
sekolah itu terhadap pelajar Melayu
berubah sama sekali. Mereka yang
terbaik. Itu satu anugerah.
Dan banyak lagi. Setiap
93 bab yang digarap penuh dengan maknanya tersendiri sehinggakan
aku sendiri seolah-olah dipukau
untuk membaca bab demi
bab tanpa rasa bosan.
Sebenarnya
kehidupan penulis ni
walaupun susah tapi
hakikatnya beliau bukanlah dari
keluarga yang miskin.
Bapanya seorang guru.
Begitu juga dengan datuknya yang
juga merupakan seorang imam dan pegawai
kerajaan di zaman mudanya. Tapi
sebab ayahnya terlalu sibuk
dengan urusan kerja dan kebun yang
diusahakannya, dan ibunya yang
terpaksa menolong bapanya menguruskan
kebun itu, tanggungjawab menjaga adik-adiknya
terpaksa diserahkan dibahunya
seorang. Dan beliau
mengakui yang kadang-kadang
beliau memberontak akan
sikap orang tuanya yang seolah-olah lepas tangan
tapi akhirnya beliau
mengakui bahawa pengalam itulah
yang menjadikan beliau seorang yang
tabah, gigih dan tidak
mudah menyerah. See, ada
hikmah kan?
Pada awal
cerita tu pun aku selalu
mempersoalkan kenapa ayah
dan ibunya selalu membiarkan
penulis dan adik-adiknya
membawa diri sendiri tanpa
ada sesiapa yang menjaga.
Namun di akhir bab itu aku mula mengerti tentang sebab musabab
itu. Well, itu untuk kebaikan mereka jugak.
Aku sangat mengesyorkan
kat semua untuk membaca
buku ni. Ni adalah
antara buku terbaik yang
pernah aku baca seumur hidup aku.
Setiap malam sebelum tidur
aku akan belek
setiap bab dan reflek balik
dengan diri aku.
Buku yang mengajar
aku supaya sentiasa
bermuhasabah. Ia berjaya mengusik perasaan dan
naluri aku supaya sentiasa
mensyukuri nikmat yang diberikan. Ia
cukup mengajar aku untuk
lebih menghargai orang
lain dan menilai kembali pengorbanan mereka.
p/s: sebenarnya buku ni
terpaksa dibahagikan kepada
dua jilid kerana terlalu panjang. Jilid
yang satu lagi tu aku
belum berpeluang nak survey
kat kedai lagi. Hope suatu
hari nanti aku akan jumpa ngan buku
tu. Mesti lagi best ^___^