Tuesday, 30 December 2014

musibah 2014

currently written by faie mohamad at Tuesday, December 30, 2014
Assalamualaikum..

Belum kering lagi air mata tentang kisah tragis MH370 dan MH17 beberapa bulan lepas, negara kita dikejutkan lagi deangan banjir pantai timur, yang juga terhebat dalam sejarah Kelantan as well. 100k lebih yang terlibat di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Johr dan jugak Perak. Jumlah kematian tak tahu nak cakap, maybe ramai la jugak because of ada yang tak sempat selamatkan diri dengan air yang naik secara mendadak, terperangkap dalam rumah gara-gara tiada bantuan bot penyelamat dan beranggapan banjir mungkin surut dengan sendiri. Seeing the innocent children crying and lack of food and care made my tears rolling down my cheeks. Oh Allah, sungguh hebat ujianMu.

Alhamdulillah, famili aku di Besut baik-baik saja. Tiada bah besar disana. Cuma dua minggu lepas air hanya naik paras tangga dan kembali surut seperti sediakala. Sekarang ni kadang-kadang ribut kuat dan hujan renyai-ranyai. Tak mustahil gelombang ketiga kembali mengganas. Nauzubillahiminzalik. Mintak dijauhkan. Tak mampu aku bayangkan suasana ketika itu. Dan seraya aku membayangkan apa agaknya perasaan mereka ketika dipusat pemindahan banjir. Lagi teruk ada yang just mencari perlindungan di atas bukit tanpa ada apa-apa makanan. Hanya menanti makanan hanyut depan mata. Dengan anak kecil yang menangis kelaparan tidak mengerti apa-apa, tak mampu aku bayangkan betapa kuatnya hati dan semangat mereka kala itu. Allah, kuatkanlah. Kuatkan lah hati-hati mereka yang sudah hancur melihat kemusnahan dan kematian depan mata.


Kredit gambar dari page Raja Shamri


Mini tsunami. Segalanya musnah sekelip mata.



kemusnahan dimana-mana




Seumur hidup aku, ni la first time aku tengok banjir seteruk ini di tanah air sendiri. Tremendously hurtful :(

Terlalu banyak gambar-gambar yang ingin dishare, Kalau ikutkan beribu keping nak upload tapi makin lama tengok makin sedih, makin sebak rasanya, It's okay, kalau nak tengok just google or tengok je fb Raja Shamri, page famous macam Sukan Star TV, Oh Media, Siakap Keli, Pen Merah.com, Fizo Omar dan banyak lagi, 

And I really recommend you to go through fb profile Afiq Rahim. He's a MO at Kota Bharu and dalam page tu banyak catatan yang dibuat, suka duka sedih pahit manis sepanjang banjir yang berlaku. And it reveals also many unrevealed things that we never thought before this. Do read and heed.

Also aku ada terbaca jugak nukilan dari seornag hamba Allah ni. Sangat betul dan membacanya membuatkan aku terasa sebak dan kerdilnya diri ni sebagai hamba yang hina.

Di balik titis2 hujan yang jatuh,
Allah membawa bahasa cintaNya kpd manusia,

Allah tidak zalim,
malah Allah kasih,
lihatlah dengan hatimu,
Andai air bah ini tidak menjadi tragedi,
pasti konsert ambang tahun baru akan diadakan,

Lihatlah lagi,
Allah memberi kita ruang untuk memberi sedekah.. menghulurkan bantuan.

Lihatlah lagi, 
Masjid diwaenai dengan bacaan yasin, 
tahlil dan solat hajat,
jika tidak kerana air bah, barangkali jemaah hanya datang untuk bersolat sahaja.

Lihatlah lagi kasih Allah.
Semua para pemimpin turun padang buat kerja dari mereka duduk saja.

Lihatlah lagi,
Dana kerajaan dapat disalurkan pada jalan yang betul..
Andai bah ini tidak hadir, mungkin juga rasuah melata sana sini.

Allah memelihara M'sia dengan kasihnya..

Ini ujian.. Ujian ini pasti tidak lama..
Ujian untuk menyatukan semua insan.

Tu saja mampu tulis. 

''Wahai Allah, dengan kebesaran Rahmatmu, kurniakan kepada kami kerahmatan dan pengampunan dosa kami yang lalu. Hentikanlah penderitaan ini dan jauhkan kami dari syirik dan tidak bersyukur. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pemberi rahmat, Aamin''


0 criticisms:

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea