Wednesday, 3 December 2014

i'm officially graduated part 2

currently written by faie mohamad at Wednesday, December 03, 2014
Reactions: 
Assalamualaikum …

Seperti yang dijanjikan dalam previous entry, aku nak ceritakan tentang pengalaman aku, pahit getir masam manis tawar masin, serba serbi la lah yang aku akan simpulkan dan ringkaskan seringkas mungkin la. Tu pun kalau ringkas laa.  kikiki. Actually kat blog ni banyak je cerita yang aku tulis sepanjang aku duk belajar kat uia ni. Ada macam-macam versi cerita yang aku tulis, ada yang kelakar, menakutkan, menyedihkan, stress,  macam-macam lagi ah. Cuma yang ini aku akan cuba buat kesimpulan secara umum pulak.

Apa yang ingin simpulkan secara umum disini ialah, pada hemat aku la kan, sebenarnya pengalaman yang aku kutip sepanjang tempoh belajar tu jauh lagi perit berbanding momen buat assignment sampai awal pagi, presentation, article review, final exam, kuiz yg selalu last minute, midterm yg asyik suam-suam kuku, macam-macam lagi yang terpaksa dilalui oleh setiap student. Bukan nak kata semua tu senang cincai je takde masalah langsung. Bukan jugak nak kata benda tu macam kacang je boleh pejam mata gitu. Bukan. Tapi maksud aku kat sini, kalau nak dibanding dengan busy buat assignment, hadap final exam yang kadang2 takde selang hari langsung pun, pengalaman diluar tu jauh lebih bermakna bagi aku. Ia buat aku makin membesar dengan air mata, dengan gembira yang sentiasa menyelubungi, buat aku kenal apa itu pahit dan masam manis sebuah kehidupan. Semua itu membuatkan diri makin matang dengan apa itu hidup.

Aku pernah je kena maki dengan lecturer yang terlalu strict dengan grammar, pantang silap sebut sikit terus dimaki dengan perkataan yang tak sepatutnya keluar dari mulut seorang murabbi. Perkataan ‘buta’, ‘bodoh’, ‘bebal’, macam-macam lagi pada mulanya buat aku rasa down yang teramat. Membuatkan aku rasa betapa hinanya diri ni bila dimaki sedemikian. Cuba bayangkan, sudahlah tiada orang yang boleh dianggap sahabat di dalam kelas itu, hanya berseorangan dalam serba serbi perbuatan, dimaki sedemikian memang membuatkan aku menangis tak berair mata. Hanya Allah yang mampu memahami kondisi aku waktu tu. Namun bila mendapat berita ramai juga mendapat experience yang sama sampaikan kelas  dikunci dari luar, sedikit sebanyak aku berjaya mententeramkan diri sendiri. Sekurang-kurangnya aku tidak keseorangan menangis. Ada jugak yang senasib dengan aku rupanya, bahkan lagi teruk lagi kena maki pun ada. 

Aku juga pernah mengalami pengalaman seram masa stay kat Mahalah Maryam. Masa tu aku baru nak masuk second year. Bayangkan pukul 4 pagi aku dengar pintu bilik dibuka dari luar sedangkan tiada siapa pun di luar. Ingatkan housemate tapi intai2 takde orang pulak. Waktu tu aku sudah berpeluh sakan dalam selimut. Sudahla belakang blok itu hutan tebal. Kemudian pada malam yang sama saat muazzin melaungkan azan subuh, terdengar lolongan dan teriakan dari satu suara yang entah dari mana. Sangat sayu dan seolah-olahh berada dalam kesakitan. Hendak kata anjing menangis, macam suara manusia. Tapi sape yang menangis pagi2 buta camtu kan? Entahla. Bayangkan malam itu aku langsung tidak dapat melelapkan mata. Patutla ramai yang cakap mahalah tu agak keras dek kedudukannya paling hujung berbanding mahalah lain.  Dan selepas tu memang aku konfem tak berani dah nak stay up memalam sambil online dan buat assignment.

Banyak lagi pengalaman aku kat uia. Pengalaman kena pukau kat pc fair oleh seorang saleswoman yang memaksa aku membeli produk beliau sehingga tanpa sedar aku ter bank in sejumlah tiga ratus ringgit dalam sekelip mata,  frust dengan someone sampai bertahun lamanya, krisis dengan sahabat baik itu sangat common, kehilangan seorang bapa waktu dalam perjalanan ke uia (klik sini), berkenalan dengan students dari pelbagai bangsa seluruh dunia waktu di CELPAD, pernah dilamar oleh seorang student international waktu makan malam sehingga aku tersedak (kakakakaka), pernah rasa betapa kerdilnya diri saat first sem di edu dek ketiadaan kawan selama hampir berbulan sampaikan membuatkan aku hampir-hampir menukar course kerana terasa down yang amat sangat. Alhamdulillah everything went well after that. Belum lagi termasuk pengalaman naik turun office semata-mata untuk add subject manually dan berdepan dengan officer yang sangat annoying, problem of scapegoat oleh kawan sendiri, dan banyak lagi. Alhamdulillah bila mengenangkan itu semua, aku kembali bersyukur dan muhasabah diri bawaha hidup bukan mudah untuk survive. Aku dah berjaya melepasi tahap ini, dan aku percaya masih terlalu banyak lagi duri di depan. 

click here
         here
         here

Dan bila ingat balik kenangan tu langsung tak membuatkan luka lama berdarah kembali, bahkan bila fikir-fikir balik rasa lucu pulak. Dulu kemain lagi rasa down gila tapi sekarang ni kalau ingat balik ada jugak la rasa kelakar, nak-nak bila ingat kena maki dengan lecturer tu. Takpe la Mdm, Mdm dah berjaya buat sy grow up dalam perangai manusia yang pelbagai. Thanks.

Anyway, ni hasil apa yang aku lalui selama ni. Alhamdulillah, dearest my family, thanks for coming dari jauh, Sanggup datang dari Johor, dari  Pahang dan Terengganu semata-mata nak celebrate hari bermakna ini. Tanpa kalian, tanpa harapan, restu dan galakan dari kalian, aku tidak akan punya apa-apa.

After 5 years. Finally. Allah panjangkan usia aku, usia ibuku, usia adik beradikku untuk menyaksikan detik bermakna ini walaupun arwah ayahanda telah tiada. Menunggu waktu konvo itu memang menyeksakan, penuh dengan asakan soalan dari orang terdekat. huhu sabo jelah. Gambar dari kiri Darwisy, Abg Mi, Qiesya, Sis Ida, Kak Ngah, Bib, Aakif, Abg Amir. Depan pulak my mom, aku dan Sis Zan. Domo arigatou gozaimasu!

My love. Thanks mum :)

Aku tak mampu nak senyum lebih-lebih hari tu. Dahla panas terik, terpaksa pulak jalan kaki berkilometer ke macam-macam lokasi, tak cukup tidur sampai mata sembab, but Alhamdulillah, it's worth finally. Albeit too many feelings had mixed, i'm thankful anyway. Syukur pada Allah.

Ketika penganugerahan sijil.. YEAYYYY

Bercerita pasal atas stage ni kan, aku sebenarnya agak kecewa sebab aku tak dapat collect gambar atas stage. Reasonnya aku terpaksa rushing ke Putrajaya petang tu jugak sebab keesokannya dah mula sekolah sedangkan gambar collection hanya boleh diambil pada hari seterusnya. Bila minta diwakilkan kawan, pihak sana tak bagi dengan macam-macam alasan tak munasabah. Frustnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Nak tak nak, aku just screencap je video atas stage tu, edit balik untuk bagi terang dengan macam-macam filter walaupun hakikatnya tak seterang gambar sebenar. Uhukk. Takpelah, nak buat camne kan. Yang penting, segalanya berakhir dgn sempurna.

Last but not least, aku takkan lupakan taman ilmu dan budi ni. Memang sampai bila-bila aku akan ingat momen sweet ni. Pergila kat ipt mana pun, bagi aku uia tetap the best.Walaupun kadang-kadang rasa annoying dengan pihak admin yang entah apa-apa, ia tetap mengajar aku erti survival and life challenges. 

Till then. babaii

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea