Rezeki. Ada dalam pelbagai bentuk. Dalam macam-macam jenis. Ada yang terlihat dek mata kasar. Ada yang tak mampu dilihat. Ada juga yang terlihat tapi buat-buat tak nampak. Semua itu rezeki.
Ramai yang duk anggap rezeki hanya dalam bentuk material. Bukan. Definisi rezeki itu luas sebenarnya. Kita dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Itu rezeki. Kita dapat zuriat. Itu namanya rezeki. Kita dapat pekerjaan yang bagus dan kenaikan pangkat. Itu rezeki. Kita dapat pasangan hidup yang soleh dan solehah. Itu rezeki. Macam-macam lagi boleh dikatakan rezeki.
Tapi tak semua orang dapat habuan yang sama. Semua diuji dengan macam2 bentuk. Ada orang rumahnya besar tetapi jiwa kosong. Ada orang cemerlang dalam akademik tapi keluarga berantakan. Ada orang cepat mendapat kerja tetapi berat jodoh. Ada orang jodoh datang cepat tapi kurang ilmu, susah nak dapat kerja. Ada orang diuji dengan akademik yang cemerlang, kahwin awal last2 bercerai. Ada orang susah dapat kerja, lambat kahwin tapi dianugerahkan dengan macam2 kepandaian. Ada juga yang hebat dalam akademik, mantap dalam ilmu agama, pasangan hidup pulak jenis yang soleh solehah, banyak harta, keturunan yang baik2, pendek kata semuanya hampir sempurna. Itu juga ujian.
Jangan bandingkan diri dengan orang lain. Ya, normal la kalau dalam hati duk bisik, "kenapa aku tak macam dia. Kenapa aku takde apa yang mereka ada. Kenapa???"
Ya, itu biasa. Tapi cepat2 pujuk balik diri. Adakah mereka yang selalu menunjukkan kebahagiaan di depan umum itu benar-benar bahagia? Yakinkah kita yang mereka tidak diuji walau sikit pun? Lumrah kita2 ni suka sangat tunjuk kt manusia betapa bahagianya diri walhal dalam hati Tuhan sahaja yang tahu. Dalam hati tak mampu menanggung konflik yang menggunung. Andai mampu ditukar2 badan, ingin sahaja mereka menjadi seperti kita2 sahaja.
Dan aku? Aku bersyukur apa yg ada. Biarlah lambat sedikit. Biarlah aku tak mampu memanjat lebih pantas berbanding yang lain. Tetapi untuk aku menangisi diri yang serba kekurangan, itu bukanlah aku. It serves no purpose anyway. Bersyukur kerana aku masih punya Dia.
Nabi dulu Mazhab apa?
21 hours ago
1 criticisms:
merit casino online android - xn--o80b910a26eepc81il5g
Merkur Online Casino Games: link 12bet ✓ Merkur 24H5V. Online casino games that will help 1xbet you to win. The Best 메리트 카지노 주소 Free Coins available for:.
Post a Comment