Monday 1 December 2014

i'm officially graduated part 1

currently written by faie mohamad at Monday, December 01, 2014

Assalamualaikum..

13.10.2014. Alhamdulillah i'm officially graduated from IIUM with B.ed Guidance And Counseling. Allah sahaja tahu betapa leganya rasa, gembira tak terkata, lafaz syukur yang tak sudah-sudah tentang ini. Berakhirnya era belajar peringkat degree dan otomatik bila naik stage tu rasa macam nak sambung master pulak. ahahaha. Insyaallah jika diizinkan.

So, utk merakamkan memori manis tu aku ada hire sorang photographer ni untuk sesi preconvo. Student uia jugak dan final year dah pun. Aku tertarik nak ambil dia sebab ramai gak mention nama dia kat iium online masa sorang sis ni tanya sape photgrapher uia. Mulanya aku nak cari yang sisters, aku ni kalau lelaki ni aku segan sikit, bukan sikit la tapi banyak jugak tapi possibility nak jumpa yang sisters tu memang susah so nak tak nak terpaksa la upah brother ni. So bila aku pm dia kat fb terus dia bagi respon positif. Mulanya ingat nak photoshoot dengan family tapi diorang nak bershopping pulak kt KL ni. haih. So terpaksala tukar waktu dan amik pakej individu, Tak mahal pun. Harga standard untuk student. hehe. Boleh taip nama Aria Radin kt fb jika berminat.

Ni antara gambar yang dia snap. Lokasi just dalam uia je sebab aku nak ambik feel environment kat uia ni plus masa tersangat suntuk. Dahla tengah-tengah photoshoot tu tetiba family aku call nak datang ambik. grrr sedih gila kot. So trpaksa snap je mana ada.


PRE CONVO-CONVOGRAPHY-PHOTOSHOOT by Aria Radin(Afqa Fluss Fotografie)




Tangga besar uia. Lokasi paling femes utk bergambar.





Bridge kat center, Masa tengah amik gambar kebetulan ramai yang keluar dari dewan dan aku pulak terpaksa buat-buat tenang je padahal malu gila ramai yg tengok. haha



Engin building :)















Main libas-libas pulak

Dalam sesi ni memang takde pun posing-posing sambil melompat ke, peluk pokok ke, buat gaya ala-ala gadis jepun ke ape-ape je yang agak rare disitu, Satu, sebab tu tempat public. Malu aku tua-tua ni lompat sambil baling topi. Ramai-ramai tak pe la jugak ada geng. haha. Dua, sebab segan dengan brother ni. Dahla dia bawak sorang lagi geng dia yang amik photo secara kandid dalam macam-macam sudut pastu kalau nak posing daring sikit tu segan arr. Tu pun aku banyak cover walaupun dalam hati nak je buat macam-macam gaya, hihi. Tak pe la yang penting gambar tu ada. Ye dok?

Dahla cukupla gambar-gambar ni. Dahla line slow nak upload satu gambar pun amik masa berminit-minit. Sabo je la. huhu.

Lepas ni kat next enry aku akan cerita pulak pasal pahit getir masam manis tawar masin sepanjang aku berada kat uia. Tak banyak macam orang lain pun dan takde la semenggah mana pun tapi bagi aku ia tetap berharga. Banyak momen manis walaupun pada mulanya pahit macam ubat tapi kann.. bila kenang balik rasa macam kelakar dan over pulak. dushh *ketuk kepala

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea