Sunday 21 April 2013

Nikmat Memberi

currently written by faie mohamad at Sunday, April 21, 2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pernah terfikir tak, bila kita menerima sesuatu pemberian dari seseorang, kita akan rasa happy yang teramat, excited lelebih je, and sangat menghargai pemberian itu walaupun nilainya secebis je pun. Walaupun kadang2 ia bukan kesukaan kita, kita sanggup menerimanya dengan hati yang terbuka. Mungkin yang mampu kita ucapkan adalah ucapan terima kasih yang tak terhingga dan mendoakan kesejahteraan untuk dirinya tanda penghargaan.

Dan one thing for sure, kita suka menerima daripada memberi. Menerima tanda kita dihargai, memberi tanda kita menghargai. Dan semestinya lumrah manusia lebih suka dihargai berbanding menghargai. Betul tak?

Tapi, pernah ke kita terfikir jugak, andai kita memberi sesuatu kepada orang lain, tak kira la dalam bentuk material ataupun sesuatu yang tak terlihat dengan mata kasar... doa contohnya, apakah perasaan sebenar kita waktu itu?

Sudah pasti ia menjadi sesuatu yang sangat indah untuk dikenang, satu perasaan yang tiba2 menyelinap dalam hati, cukup mendamaikan dan menenangkan, menggambarkan keikhlasan kita pada sesuatu, dan tanpa kita sedari, sesungguhnya makin banyak kita memberi, makin bertambah rezeki dan makin kerap kita menerima dari yang lain. Itu lah reward yang Allah anugerahkan kepada hambaNya, tu belum lagi termasuk ganjaran pahala yang tak putus2 sebagai bekalan di alam sana.

Nikmat memberi, walaupun kecil pemberiannya, tetap dipandang tinggi oleh Tuhan. Walaupun bagi kita ia suatu hal yang remeh.. eleh benda kecik je pun, tak bagi pun tak pe, tak ubah apa-apa pun but hey do remember that, sekecil-kecil amalan kita, baik atau buruk akan tetap dihitung dan dihisab oleh Allah kelak. Tak perlu la nak tunggu bagi emas 10kg ke, or BMW ke, or duit beribu-ribu, as long as terdapat nilai keihklasan dalam sanubari tuh, pastinya Allah memberi ganjaran yang mungkin tak pernah pun kita terfikir. Betapa penyayangnya Dia, kann?

Dalam jiwa seorang manusia itu, memang terkadang agak susah untuk memberi sesuatu kepada orang lain. I mean like kita beri sedekah kepada sesiapa yang memerlukan, or sumbangan yang kadang-kala tak seberapa pun tapi cukup bermakna actually. Kita beranggapan bila bagi je something yang ada pada kita, terus kita jatuh miskin dan kurang satu harta yang berharga dalam hidup. Bila lalu je kat peminta sedekah, even ada seringgit dalam poket, tapi untuk memberinya kepada peminta sedekah tu cukup sayang padahal apa lah sangat nilai seringgit tu kalau bagi kat yang memerlukan.

''Eh kalau aku bagi seringgit ni kan tak merasa la nak minum aiskrim kat kedai sana''

- Cuba tanya balik pada diri sendiri. Mana yang lebih utama? Aiskrim yang hendak dimakan dan dihabiskan waktu tu jugak then lepas tu tak ada apa-apa yang kita dapat melainkan rasa kenyang dan happy yang sekejap, berbanding memberi sedekah pada seseorang yang sangat memerlukan duit dan dengan nilai seringgit itu mampu menghapus rasa lapar beliau. Dan siapa tahu dalam hatinya mendoakan kesejateraan si penderma itu dalam diam? Walhal kita tahu doa mereka lebih tulus kerana mendoakan secara senyap tanpa menunjuk-nunjuk. Allah lebih mengetahui.

''Daripada aku duk sedekah kat orang ni better aku simpan duit ni dalam tabung. Mana la tahu kot-kot lepas ni boleh beli Samsung Tab (mak aii nebeng ngguh)''

- Wang yang disimpan dalam tabung itu, kalau simpan banyak-banyak mesti bertambah dan nilainya semakin meningkat. Ini kan pula jika kita mengumpul pahala dengan bersedekah (salah satunya) dan di akhirat nanti kita mendapati pahala itu berkali-kali ganda meningkat tanpa kita sedari; mungkin jugak kita dah melupai amalan itu dan semestinya bila melihat ganjaran yang Allah bagi mesti terdetik dalam hati rasa menyesal, 'sepatutnya aku perlu bersedekah banyak lagi'. Insyaallah.

''Muka peminta sedekah ni scary gila. Kang kalau aku bagi kang mesti dia ajak member dia yang lain serbu aku pulak''

- Kalau rasa muka peminta sedekah tu mmg suspicious or mysterious sangat, ignore je. Tapi jangan hina dia dengan maki or caci dia dengan kata-kata pedas. Dia pun manusia biasa jugak. Cuma nasib kita lebih baik dari dia.

''Boleh percaya ke peminta sedekah zaman sekarang ni? Entah2 sindiket je nih. Tak pun kalau aku bagi je kat dia mesti dia bertambah kaya. Padahal tak usaha apa pun''

-Teringat kata-kata seorang ustaz terkenal. Lebih kurang macam ni la ayat beliau.

'Kalau kita memberi sedekah kepada orang, tapi kita tak tahu yang sebenarnya dia hanya menipu untuk mendapat keuntungan lain, maka kita mendapat dua pahala; pahala sedekah dan pahala ditipu'

Jadi mengapa takut ditipu? Bukankah itu lebih 'menguntungkan?' It's okay jangan fikir tentang rasa ditipu, tapi fikirlah, apa sumbangan yang patut kita beri pada orang lain di luar sana. Meskipun nampak kecil dan tidak terzahir dengan mata kasar, siapa tahu sumbangan yang secebis itu mampu menyelamatkan kita dari sesuatu bahaya.

Siapa tahu bahawa mungkin nilai RM2 yang kita sedekahkan itu dengan ikhlas mampu mendapat pengiktirafan yang tinggi dari Tuhan berbanding RM2 juta yang kita duk canang sana sini kononnya tu duit kita padahal tu duit haram yang dari ceruk mana entah. Ikhlas itu perlu. Ia memang tak perlu diungkap dengan kata-kata biasa, kerana hanya Allah yang mampu menilai sejauh mana ikhlas itu, tapi tetapkan niat sebaik mungkin. Bukan hanya niat untuk diri sendiri, tapi sedekahkan atas nama ibu bapa kita. Insyaallah pahala turut sama akan mengalir pada mereka. Dan siapa tahu ia menjadi benteng mereka dari mendapat azab seksa kubur. Subhanallah.




(Setiap kali tengok gambar ni, toucing sangat2. Diorang yang non-muslim pun sngat mengambil berat tanpa berkira sedikit pun, sanggup menjatuhkan ego dan turut sama membantu dan menyuap fakir miskin, kita sebagai orang Islam, sanggup tak buat perkara yang sama? T_T)
Still aku tak dapat lupakan kata-kata kakak aku sampai sekarang,

''Kalau kita pergi masjid ke, at least campak la setakat termampu sedekah kita dalam tabung tu. Sikit pun tak pe. Mana tahu bila duit itu digunakan untuk beli something contohnya kipas untuk masjid, bayangkan betapa banyak pahala yang kita dapat selagi mana kipas itu berterusan digunakan oleh ahli masjid tuh? Sama jugak kalau pergi pasar ke or mana-mana, at least hulurkan la sesen dua yang kita mampu beri pada fakir miskin. Mana tahu diluar pengetahuan kita dia mendoakan kebahagiaan kita dunia akhirat? Mungkin jugak kerana secebis sumbangan itu mampu selamatkan dia dari kelaparan? Allah kan Maha Penyayang''

Dan no wonder la aku lihat kakak aku yang sorang ni, walaupun gaji dia tak sebesar mana, dia menikmati kehidupan yang cukup bahagia. Ada suami yang sangat memahami dan membahagiakan dan rezekinya sentiasa cukup walaupun pada saat terdesak. Aku mengakui nasihat itu dan percaya jika kita buat baik kat orang, pasti kita juga dibalas kebaikan. What goes around come around. 

Dan ketika kita takut untuk memberi, ingatlah bahawa yang ada pada kita ini adalah semua milikNya. Harta yang ada pada kita ini hanya lah pinjaman. Yang buat kita rasa 'kaya' adalah bila kita mampu memujuk hati supaya sentiasa memberi sesuatu kepada orang lain. Zahirnya mungkin kecil tapi didalamnya hanya Dia Yang Maha  Mengetahui.

p/s: Entri ni aku tujukan khusus untuk diri sendiri. Harap2 aku ingat la benda ni sampai bila2 ^_^

5 criticisms:

zas said...

betul2. walaupun tak mampu nak sedekah/ mberi banyak. even rm1 pun tu dah di kira sedekah. xkisah la kalau org tu nak menipu kite or betul, sbb urusan kite dgn Allah dah setel. :')

Rin Saharina said...

nice. reminder untk aku jgk =)

Miss Zahirah said...

tgn yg memberi lbih baik dri yg menerima..
p/s~ klu slh tlg btulkan.. hehehe

Unknown said...

Assalamualaikum,.... dr ohsemtv:

gud artikel... ohsemtv suka :)

faie mohamad said...

ayu: yes.. totally agree :) soal dia menipu, tu urusan die dgn tuhan huhu

rin: =)

miss zahirah: yes.. no doubt dear (:

ohsemtv: thanks :)

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea