Monday 26 November 2012

kenapa lelaki handsome tak menjadi pilihan?

currently written by faie mohamad at Monday, November 26, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Uhuk2 (batuk sekejap). Entri ni aku tak tujukan kepada sesiapa okay. Jangan ada sesiapa yg perasan dialah lelaki handsome yang aku maksudkan (melainkan kalau Fahrin yang baca entri ni tapi of course la teramat mustahil kann : p). Ok tak lawak.

Tukar topik kejap. Actually lepas join Water yang tak berapa nak confident ni (actually Water Confidence, tapi makin trauma adalah), badan aku ditumbuhi bintik2 merah kesan alergik dari air sungai teh tarik yang baunya Masyaallah. Hairan jugak aku, kalau ye pun nak save budget janganlah tasik tu jadi pilihan. Dahla tempat biawak mendirikan rumah tangga dan beranak pinak dalam tu, maunya habis badan2 tak gatal. Kawan aku tak kurang jugak yang kena injek sebab takut bintik2 merah bertambah melarat. Aku pun maybe tak terkecuali, cuma sekarang ni tak berani je nak pergi klinik. Trauma tengok jarum yang last sekali kena injek 8 tahun lepas. : D

Berbalik pada topik. Actually aku sangat perasan satu fenomena ni. Kawan2 aku yang mostly cantik2 mesti dapat spouse yang berwajah biasa sahaja. Dalam erti kata lain, bila dah namanya cinta, paras rupa bukannya lagi satu ukuran. Sehingga ada yang menggelarkan mereka Beauty and the Beast la, taik cicak la, terkena guna2 si lelaki la, macam2. Seolah2 rupa paras bukan menjadi syarat wajib seorang itu memilih pasangan. Memang la dalam Islam tak de istilah rupa handsome ke, cantik ke, cute ke, sebab yang bezanya ialah akhlak dan agama orang tu. So tak kisahlah kalau di dunia ni dia dianugerahkan rupa yang cantik or sedap mata memandang, kat akhirat nanti bergantung pada amalannya jugak. Semuanya bergantung pada amalan di dunia ini. Tak cantik macam mana pun, kalau di dunia semua suruhan Allah dikerjakan seikhlas mungkin, Insyaallah dialah ketua bidadari syurga yang dicemburui bidadari2 lain. Sweet kan?

But here, lepas tengok fenomena ni beserta dengan sedikit research yang entah apa2 aku rasa, I've got the answer. Ni adalah pandangan peribadi aku, and you're entitled to agree/disagree with me :)



                                                      source:  uncle google


#Lelaki handsome biasanya playboy.

Errkk, jangan tersinggung wahai lelaki2 handsome sekalian. Aku tulis 'biasanya', bukan 'semuanya' tau. Tengok orang sekeliling aku, akhirnya apa yang aku dapat rumuskan di sini biasanya mereka yang dianugerahkan rupa paras yang kacak tend to be playboy. Means that punya lebih dari seorang dari teman wanita dalam satu-satu masa. Walaupun mereka sebenarnya tak handsome pun, tapi perasan handsome, tendency mereka untuk bercouple lebih dari seorang adalah tinggi. Kesetiaan mereka pada yang satu sangat meragukan. Ini yg membuatkan girls diluar sana takut. Bukan taknak, tapi takut mereka dikecewakan. So pada pendapat mereka, better pilih yang biasa-biasa sahaja sebagai suami, janji lelaki itu boleh membahagiakan. Bab rupa paras, tolak tepi.


#Lelaki handsome biasanya hanya pandai bermain kata.

Bab ni aku tak berani nak cakap lebih2. Cuma apa yang dapat aku rumuskan disini, bila mereka merasakan yang mereka tu ada rupa paras yang menarik, so mereka bebas untuk berhubungan dengan sesiapa sahaja. Maybe pada gadis A dia menjanjikan macam2, then gadis B jugak dia memberi harapan yang pelbagai. Pengalaman aku bila melihat kawan2 yang frust, salah satunya penyebab clash mereka adalah ini. Hati perempuan pulak, macam aiskrim. Mudah sangat cair dengan kata2 dan janji manis. Sekali dah kena dumped ngan lelaki, boleh jadi sasau dibuatnya. But don't blame at women 100 percent ye. Dua2 salah. Tepuk sebelah takkan confirm tak berbunyi. Tol tak?


#Lelaki tak handsome biasenye lebih merendah diri.

Bab ni aku setuju jugak la. Sebab biasanya mereka ni sangat sedar kekurangan diri (juga berlaku pada perempuan ye). So once dah jumpa yang berkenan di hati, mereka mungkin takkan berpaling arah. Girls yang di approach juga akan berasa selamat sebab tak ada sebarang persaingan dari mana2 pihak. Sounds funny, but it's a real fact actually. Biasanya perempuan rasa ada baiknya memilih lelaki yang rupa parasnya biasa2 sahaja berbanding yang membuatkan mereka rasa insecure dengan pandangan mata kaum yang sama spesis. Lagipun cantik itu subjektif. Tak semestinya buruk pada pandangan orang, pada pandangan kita pun buruk jugak. Cara penilaian kita kat orang of course tak sama.


#Apa gunanya handsome kalau poket kosong.

Sebenarnya part ni ada yang aku setuju dan tak setuju. Ada pro and cons nya. Some girls prefer lelaki yang poket tebal dan ada gelaran tanpa memandang rupa paras. Tak percaya tengok je artis2 kita yang comel lote tapi pilih lelaki yang sudah berumur but berduit. For them, duit dan status lagi penting dari segala-galanya. Perhaps. But dari sudut lain mereka mungkin tak sedar long term effect yang bakal dihadapi. Penceraian misalnya.

Pada aku, memang duit itu penting, tapi duit tak boleh beli kebahagiaan. Kalau just nak kejar lelaki sebab duit, it's not impossible that yang dia bakal menuntut something yang lebih berharga dari perempuan tu. Tapi terpulanglah pada individu tu. Wang atau paras rupa. Mana yang lebih penting? May be mereka terlupa akan ciri teratas yang perlu mereka cari dalam diri seorang lelaki. Agama dan akhlaknya.


#Tak handsome takpe, janji tinggi ilmu agama.

Aku sangat bersetuju dengan fakta ni. Apa gunanya dapat spouse handsome tapi pengetahuan tentang agama, zero! Like Ustaz Azhar Idrus pernah cakap, carilah lelaki yang comel agamanya. Tak semestinya dia seorang ulama, ustaz or mufti tapi kalau solat dia cukup 5 kali sehari, tak tinggal masjid, selalu puasa sunat apatah lagi wajib, selalu bangun sepertiga malam, pilihlah dia. Tak comel rupa paras takpe, janji membahagiakan. Fitrah manusia, pasti inginkan agama sebagai bimbingan diri mereka. Even walau seksi or sosial macam mana pun seorang perempuan tu, jauh disudut hatinya mesti mahukan lelaki yang boleh membimbing dirinya. Lupakan soal rupa paras. Tu hanya satu bonus. Bagi aku rupa tu tak penting pun.

Kenapa pentingnya ilmu agama pada lelaki? Supaya boleh membimbing perempuan ke jalan yang lurus. Tapi tak semestinya perempuan tu harusss tak ada ilmu agama before kahwin. Lagi elok kalau masa kecik masing2 dididik dengan ilmu agama yang betul. Sila faham betul2.

Aku suka sgt tengok gambar ni. Mabruk wahai saudara seagamaku dan isterinya yang cantik :)

Till then...







''Pilihlah yang beragama dan kamu pasti akan bahagia...''





12 criticisms:

Rin Saharina said...

Handsome x janjikan segalanya.kata org putih, beauty is in the eyes of beholder :D masing2 ada kelebihan & kekurangan :)

amboi paie, sempat lgi eh usha ustaz.kihkih :D

kura said...

sy lelaki tak hensem. nak berkenalan ke? hahaha

Unknown said...

Hahahah! Kelakar jugak baca :) well pada akak, sedap mata memandang la. Kalau dapat yang handsome satu bonus je...yang tak handsome pon sama je! Yang penting hati budi baik! :)

faie mohamad said...

@rin:hahaha.. btol tu.. saje je usya.. hehe

faie mohamad said...

@kura: :P

faie mohamad said...

@mummy: btol tu mummy yg ohsem! kalu hensem tp mnyakitkan hati watpe.. huhu

محمد رازيق said...

belaja sesikit masa student dulu. hehe

neo said...

jadi apa pula kelebihan lelaki yang handsome, kuat pegangan agama, berharta dan sebagainya? dia dapat sama juga macam lelaki yang tak handsome dapat.lebih baik berwajah biasa...

Unknown said...

Assalamualaikum Bagi sya kecantikkan pasangan tu penting la saya sebagai laki.. berapa ramai orang ckp takde rupa takpe last2 dah kahwin terjumpa plk lelaki atau perempuan lagi hensem atau cantik lepas tu rasa mcm rugi je..lepas tu jadi mcm ade affair belakang pasangan jgn la nak ckp rupa tak penting kalau bagi sya penting..lelaki nafsunye satu je tu je nanti nampak perempuan lain lagi cantik dari isteri mulalah jadi lain..orang tua2 kata kalau nak cari isteri biar cantik sebab lelaki ni memang pantang tgok perempuan..yela nafsu laki tukan satu je kalau perempuan nafsu banyak tgok duitla ,keretalah,rumahla kan banyak nafsu perempuan tu..lelaki biasanye tgok cantik dan bodyla..

Unknown said...

Tak betul pon kat atas tu.. Banyak jumpe yg mcm ustaz tapi menggunakan kelebihan sbg ustaz tu utk mendekati wanita cantik.. Pastu yg buruk2 xnk pulak. Ade ramai je yg hensem tapi setia.. Ade juga yg x hensem tapi Playboy.. Diorang agak perempuan cantik mesti suka yg x brape hensem n slalu menagih simpati wanita cantik .

Unknown said...

Tak betul pon kat atas tu.. Banyak jumpe yg mcm ustaz tapi menggunakan kelebihan sbg ustaz tu utk mendekati wanita cantik.. Pastu yg buruk2 xnk pulak. Ade ramai je yg hensem tapi setia.. Ade juga yg x hensem tapi Playboy.. Diorang agak perempuan cantik mesti suka yg x brape hensem n slalu menagih simpati wanita cantik .

Unknown said...

Maaf ye tambah post ni dah bertahun.. tapi kalau si dia dah hansome dan ada semua benda ni atas. Tu bukan lagi dia hansome tapi dah tahap dewa.. mr perfect dah tu.. dah kalau ornng handsome mestilah ada kurang.. contoh kalau seseorang kata banyak sembangyang jadi hensem.. tapi kalau mak ayah kita x hansome cantik turun jugak wajah tu.. dalam ni banyak menceritakan perbuatan. Kena kayalah kena ibadahlah.. sedangkan handsome tu bukan perbuatan tapi semulajadi. Tolong buat perbandingan yang semulajadi bukan perbuatan.. contoh buat apa handsome kalau diri sendiri x rasa diri handsome.. lagi satu handsome di mata orang x serupa

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea