Tuesday, 13 November 2012

'Aku dan dia dah putus’

currently written by faie mohamad at Tuesday, November 13, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Pagi semalam. Aku dapat call dari seorang kawan lama. Nombor alien pulak tu. At first cuak jugak nak angkat sebab nombor yang aku gunakan sekarang ni nombor baru. Minggu lepas baru tukar. Means that tak ramai yang tahu melainkan nombor2 family dan friends yang aku forwardkan je. Kelakarnya siap menyamar lagi mamat tu mula2. Haih dia ni dari dulu sampai sekarang perangai tak berubah. Aku terfikir, dia ni kalau tak ada urgent ke apa memang takkan call aku punye. I can feel something wrong out there. Sangkaan aku tepat. Dia akhirnya cakap jugak kat aku selepas built rapport  yang entah ke berapa kali.

‘Aku dan dia dah putus…’ Perlahan je bunyi. Sayu dan sedih.

Terkejut aku dengar. Betol apa yang dia cakap ni? As far as I'm concern, diorang kenal masa form 6 lagi. Means that 4 tahun dah  and tiba2 girl tu yang jugak classmate aku minta putus. Alasan? Girl tu dah ada orang lain. cliche.

Dan kawan aku ni punyala sedih bagai nak rak. Nada sayu je kat pendengaran aku even thru handphone pun dapat recognize tone suara dia tuh. Aku pujuk dia,

‘May be dia bukan orang yang kau cari. Dia mungkin hanya persinggahan untuk kau mendapat yang lebih baik,’ Aku bercakap dengan nada memujuk. Tu je yang mampu aku cakap.

‘Mungkin. Tapi buat masa ni aku sedih sangat. Tak sangka dia buat aku macam ni. Sekarang ni tiap kali nak buat apa-apa mesti teringat kat dia… ‘ Pilu sekali suara dia. Aku rasa terharu. Tak sangka dalam dunia ni ada lelaki yang sesetia ini. Apa yang aku boleh cakap, girl tu memang tak tahu menghargai!

‘Cuba kau mintak penjelasan dengan dia. Betul ke dia mintak clash? Ke sebab dia keliru?’ Aku bertanya.

Dia menjawab. ‘ Entahlah. Macam dah nekad benar bunyinya. Padahal baru sebulan diorang kenal..’

Aku hanya terdiam sambil mendengar lagi butir2 percakapannya yang keseterusnya.

Dia yang aku kenal memang lelaki yang sangat setia. Walaupun luarannya suka mengusik, tapi bab jaga hati orang memang boleh salute.  Walaupun ramai yang try approach dia termasuk junior sekolah kami, dia tetap memilih girl tu. Sampai sekarang setianya pada girl tu tak berubah. Seingat aku masa sekolah dulu almost everyone tahu diorang bercouple. Cikgu-cikgu pun tahu. Walaupun keduanya tercampak di university berbeza, hubungan diorang still on. Saling bertanya khabar. Selalu jugak duk usik and bergurau senda ngan aku kat fb. Hinggalah suatu hari bila time nak grad, girl tu mintak putus. Konon dah ada pengganti lain.

Aku hanya mampu pujuk dia dan beri kata2 semangat. Waktu tu aku try apply balik teori2 yang pernah aku belajar. Suruh dia fikir baik buruk tindakannya. Aku anggap dia sebagai kawan merangkap client. Tapi apala sangat application teori tu kalau kat handphone je. Lagi-lagi bila dia beritahu aku dia akan berangkat ke luar negara tak lama lagi. Membawa diri barangkali.

Sejenak aku berfikir. Dalam hidup ni walau semanis mana pun impian kita, walau setinggi mana pun harapan kita terhadap sesuatu, baik macam mana pun tanggapan kita kat something, tetap Dia yang menentukan segala. Mungkin pada hemat kita apa yang kita rancangkan itu adalah yang terbaik. Tetapi mana mungkin kita mampu mengatakan sedemikian kerana takdir itu bukan terletak pada tangan kita.

Takdir itu di tangan Allah. Qada’ dan Qadar itu adalah cabang dari rukun Iman. Andai kita mempertikaikan takdir itu, masih berimankah kita?

Dan aku sangat suka mengulang berkali2 firman Allah yang bermaksud,



‘Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah) Allah jualah yang Mengetahui (semua itu) sedangkan kamu tidak mengetahuinya. (surah al-Baqarah:216)



Berbalik kepada cerita kawan aku ni, aku cuma beri dia 2 option, stay or leave. Kalau dia masih sayangkan girl itu, tunggu sehingga girl itu kembali padanya. Or else, tinggalkan dia and start a new life. Bunga memang bukan sekuntum, ada berjuta2 lagi di luar sana, tetapi andai cinta hanya pada kuntum bunga itu, tiada pada yang lain, apa boleh buat.

Jalan terbaik, Istikaharahlah. Aku menyuruh dia melakukan solat istikharah. Meminta petunjuk dari Tuhan. Andai gadis itu ditakdirkan untuknya, walau beribu halangan menanti di depan, jika mereka ada jodoh, pasti mereka akan bersama hingga akhirnya. Btw he should do this since he knew that girl. Bukan sekarang. But it’s okay, I think it’s not too late for him to do it now.

I created a status on FB that I dedicate to  him yesterday.

‘Bukan mudah untuk melupakan, bahkan terlalu sulit untuk mencari kekuatan. Tapi percayalah andai diri tabah menghadapi, hikmah yang tersembunyi pasti akan terlihat akhirnya…’

Dan finally dia berterima kasih kepada aku.



p/s: Btw, I’ve got a new lesson from that incident. Sape kate ‘coupling’ tu best? See, dah ada contoh depan mata kan?

4 criticisms:

Unknown said...

Kadang2 kan kita rasa we are not good enough for someone..tapi percayalah tiada manusia yg sempurna, besides setiap takdir ada cerita tersendiri..:)

miranadia said...


tah. sapa kata kapel tu best? annoying adalah. hahaha.

btw, everything happens for a reason.

faie mohamad said...

mummy : agree with u, mummy :) biar tak sempurna janji dia setia..huhu

faie mohamad said...

miranadia : hahaha.. betul sangat2

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea