Sesi kaunseling antara seorang kaunselor pelatih (perempuan) dengan lima orang pelajar (semuanya lelaki).
Kaunselor: Assalamualaikum semua. Apa khabar hari ini?
Murid A, B, C, D, dan E: (serentak) Waalaikummusssalam. Alhamdulillah sihat cikgu.
Kaunselor: Alhamdulillah.. Baiklah. Seperti mana yang dijanjikan, syukur hari ini kita dapat berkumpul kembali. bla..bla...bla..bla..bla... (dipendekkan cerita).Memandangkan ini adalah sesi kita yang ketiga, cikgu mahu bertanyakan satu soalan yang agak menarik.
Murid B: Hah? Soalan apa cikgu?
Kaunselor: Aii.. tak sabar2 nampak. Okay, cikgu mahu utarakan beberapa soalan. Sape kat sini yang solat?
(Suasana sunyi seketika. Tak lama kemudian, seorang mengangkat tangan)
Murid A: Saya, cikgu.
Kaunselor: Betul? Pernah tinggal solat sebelum ni?
Murid A: Setakat ni tak pernah cikgu. Lainla kalau saya tertidur ke, tapi saya akan cepat2 qada' balik.
Kaunselor: Bagus. Cikgu suka jawapan tu.
Murid A: (Tersenyum malu).
Kaunselor: Siapa lagi yang tak pernah tinggalkan solat?
(Tiada seorang pun yang mengangkat tangan)
Kaunselor: (Tersenyum simpul). Baiklah. Cikgu mahu tanya kalian, apa kepentingan solat dan kenapa kita difardhukan melakukan ibadah ini?
Murid B: Dapat cegah perkara mungkar cikgu.
Murid C: Buat jiwa kita jadi makin tenang.
Murid D: Memudahkan urusan. Kalau time kita tak boleh selesaikan sesuatu perkara, lepas solat pasti Allah akan permudahkan.
Murid E: Dapat halang syaitan dekati kita cikgu.
(Spontan semua ketawa)
Kaunselor: Bagus jawapan kamu. Cikgu kagum sebab kamu tahu kepentingan solat ni. Ini bermakna kamu memang tahu solat itu sangat penting untuk hamba mcam kita. So apa yang kamu rasa kalau kamu tinggalkan solat?
Murid A: Kalau ikut pengalaman saya, kalau saya tinggalkan solat, saya akan rasa serabut sangat hari tu. Jiwa rasa tak tenang. Nak buat sesuatu asyik rasa terganggu je.
Murid B: Wah ko ni A.. Bukan main lagi jawapan ko eh.
(Semua menghamburkan ketawa tanpa diduga termasuklah kaunselor itu).
Kaunselor: Takpe2, janji A cuba jawab. Yang lain macam mana?
Murid C: Dulu ada jugak rasa bersalah cikgu. Sekarang ni.. ermmm tak tahu la..
Kaunselor: (mengangguk).. Lain2 jawapan?
Murid D: Saya pun rasa macam tu. Tapi cikgu, nak buat macam mana, parents saya pun tak tegur saya. Diorang pun bukannya solat sangat saya tengok. Bagi kami, tu bukan satu kesalahan besar.
Murid E: Errrkk.. saya takde jawapan cikgu. Tak tahu nak jawab apa.
Kaunselor: Takpe2, terima kasih atas respon2 tu. Satu lagi soalan cepumas dari cikgu. Apa balasan orang meninggalkan solat dengan sengaja? Sape nak jawab dulu?
(Semua tersengih. Tak berani menjawab)
Kaunselor: Okay, C, dari tadi asyik senyum je. Ermm boleh bagitahu cikgu apa balasan orang yang meninggalkan solat?
Murid C: Saya tak berapa pasti cikgu. Tapi seingat saya, kalau tinggalkan solat, ada azab kubur yang dahsyat. Ada ular akan belit kita, tulang rusuk bertindih satu sama lain.
Murid A: Saya tahu cikgu. Kalau kita tinggalkan solat, dosanya macam meruntuhkan kaabah, dosa macam berzina dengan parents sendiri, dicampakkan ke neraka selama 60 tahun. Cuma saya tak berapa ingat which solat secara specifik.
Murid D: Cikgu, saya tahu kalau tinggalkan solat pasti hati takkan tenang sebab Allah takkan redha dengan kehidupan kita.
Kaunselor : Okay.. Jadi kalau Allah tak redha, adakah hidup kita akan berkat akhirnya?
(Semua terdiam)
Kaunselor: Selain dari itu, apa lagi balasan meninggalkan solat?
Murid B: Dikenakan azab yang tak terhingga dalam neraka. Sebab solat kan perkara pertama pertama yang dihisab Allah.
Kaunselor : (Menarik nafas) Lepas dengar penjelasan dari kamu semua, Alhamdulillah cikgu tengok kamu akhirnya tahu kepentingan dan balasan meninggalkan solat macam mana. Jadi ada tak rasa-rasanya kat sini nak rasa azab seperti yang kamu listkan tadi?
Murid B dan C : Err.. tak nak cikgu.
Murid A: Takutla cikgu, saya tak nak rasa semua tu.
Suasana hening seketika. Masing2 tunduk ke lantai.
Kaunselor : Okay, kalau tak nak rasa azab itu, apa yang kamu kena buat dari sekarang?
Murid E: Solat cukup 5 waktu. Kalau rajin, tambah dengan solat-solat sunat. Jugak pastikan khusyuk dalam beribadah dan sentiasa lakukan dengan ikhlas.
Kaunselor: Bagus. Jadi macam mana nak cukup solat 5 waktu tu?
Murid A: Muhasabah diri. Sentiasa rasa diri tu berdosa, baru kita akan selalu bertaubat kepadaNya.
Murid C: Selalu paksakan diri. Lepas tu kita akan terbiasa dengan sendirinya.
Murid D: Kena ada yang sentiasa memperingatkan. Contohnya kawan2, keluarga, dan termasuklah cikgu sendiri. Hehehe.
Kaunselor : (ketawa). Pandai kamu eaa.. Syukur akhirnya kamu sedar akan semua ni. Jadi, kat sini cikgu akan sediakan jadual solat untuk kamu. Kamu solat ke tak solat ke, tolong tick kan. Kalau solat, tulis pukul berapa. Kalau tak solat, tandakan pangkah. Tolong jujur eh. Cikgu takkan hukum kamu kalau kamu tinggalkan solat sebab cikgu takde kuasa untuk hukum kamu. Minggu depan, lepas perhimpunan, datang sini balik dan hantar jadual tu kat meja cikgu. Boleh semua?
Murid A, B, C, D, dan E : Insyaallah boleh cikgu.
(jadual solat yang diedarkan kpd mereka)
*****
Seminggu kemudian,
Murid A: Cikgu, ni jadual solat yang cikgu bagi hari tu. Tapi ada hari yang saya terlewat Subuh cikgu. Saya dah tick kan kat situ.
Kaunselor: Terima kasih. Yang penting kamu jujur, cikgu dah happy sangat.
Murid A: Terima kasih cikgu.
Kaunselor : Sama2.. Ermmm B, mana jadual solat kamu?
Murid B: Ni dia cikgu. Mula2 tak complete cikgu, tapi sekarang dah meningkat sikit.
Kaunselor : Bagus! Sekurang2 nya kamu berusaha untuk penuhkan jadual solat ni. Peningkatan yang memberansangkan cikgu tengok.
Murid B : (tersengih2).
Murid C: Cikgu, ari ni dan semalam saya tak tinggal solat cikgu. Tapi ari2 sebelum tu ada. Cikgu, saya kena ganti ke?
Kaunselor: Mesti la.. Ia dikira hutang yang perlu kamu bayar kepada Allah. Kamu tahu niat solat qada macam mana?
Murid C : Tahu cikgu. Cikgu, kena buat solat taubat sekali kan?
Kaunselor : Yup. Bila dah buat solat taubat tu, janji takkan buat benda sama lagi. Nanti cikgu bagi kamu niat dan doa solat taubat lepas ni.
Murid C: Terima kasih cikgu.
Kaunselor: Sama2. Ermmm mana D dengan E?
Murid B: Diorang ada kelas cikgu. Tapi sekarang ni saya tengok diorang pun dah jarang tinggalkan solat. Biasanya habis sekolah terus balik. Sekarang ni singgah kat musolla sekolah dulu. Dulu si E tu bukan main liat lagi nak solat. Takut kena azab kot. Hehehe. Cikgu, terima kasih banyak2.
Kaunselor: Alhamdulillah.. Tapi kena ingat solat tu bukan semata2 sebab tak nak kena azab, tapi sebagai tunduk patuh kita padaNya. Supaya kita cintakan Pencipta kita melebihi segala-galanya. Barulah Allah sayangkan kita. Kalau kita tak jalankan kewajipan kita, macam mana kita nak jawab depan Dia kat padang mahsyar nanti?
Murid A: Tapi cikgu, macam mana dengan mak ayah kami yang langsung tak solat tu?
Kaunselor: Banyakkan berdoa dan terus berdoa. Tunjukkan di depan mereka kamu seorang anak yang baik. Ajak mereka solat berjemaah sama2. Tapi jangan menghukum. Kalau mereka tak nak jugak, mintak pandangan dan nasihat dari mereka yang terdekat dan lebih arif. Contohnya datuk atau nenek kamu. Insyaallah.
Murid A: Ooo begitu.. Terima kasih Cikgu.
Kaunselor: Banyakkan berdoa dan terus berdoa. Tunjukkan di depan mereka kamu seorang anak yang baik. Ajak mereka solat berjemaah sama2. Tapi jangan menghukum. Kalau mereka tak nak jugak, mintak pandangan dan nasihat dari mereka yang terdekat dan lebih arif. Contohnya datuk atau nenek kamu. Insyaallah.
Murid A: Ooo begitu.. Terima kasih Cikgu.
(Alhamdulillah, bisik kaunselor itu dalam hati)
# Statistik menunjukkan 80% (mungkin lebih) dari rakyat Malaysia tak solat. Fikirkan... Dimana kita sekarang?
6 criticisms:
menakutkan tengok statistik tu..=)
Alhamdullilah,terkesan jgk kat hati drg eh.chaiyokkk Farihah.mmg best counselor-to-be ni =)
Ya Allah tersentuh baca...:) Hidayah perlu dicari, seperti rezeki juga ia tidak datang bergolek! Kalau kita mohon hidayah dari ALLAH insyaAllah satu hari akan termakbul!
rin : yup, best sgt2 ^^
mummy: insyaallah same2 kta berdoa supaya diberi hidayah olehNya.. amiiinn
Hai sistur , saya ambil gambar jadual solat tu untuk rujukan boleh ?saya suka la
Post a Comment