Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Video ni dah lama.. tapi tak salah kan kalau kita share? siyes, sedih sangat. Kisah seorang bayi yang dalam janin ibunya, berangan akan dipeluk ibunya, dibelai penuh manja tapi akhirnya, terbuang begitu sahaja. Dihumban seperti haiwan ke dalam tong sampah, sungai mahupun di tepi masjid.
Pernah kita tertanya, dimanakah perikemanusiaan kita sebagai insan?
Mengapa sebegini tega menzalimi seorang insan yang langsung tidak mengerti apa2?
Tidak ada walau sedikitkah belas kasihan membunuh anak sendiri yang menghuni di rahimnya selama 9 bulan?
Pernahkah kita terfikir di dalam rahim itu, bayi itu,
sudah mampu menghisap jarinya sendiri?
berada dalam kedudukan seolah2 tergantung?
Kita juga pernah berada di rahim itu suatu ketika dahulu,
Cuma, kerana kita bernasib baik,
Dilahirkan oleh insan yang menyayangi kita sepenuh hati,
Kita tidak dibuang dan dibunuh seperti mereka.
Kita tidak dicampakkan kedalam sungai, semak-samun mahupun longkang besar.
Kenapa hanya kerana sebuah cinta nafsu kita sanggup melangkaui akal fikiran yg waras?
Kerana sebuah cinta, mereka turutkan rasa hati. Memikirkan
bahawa si dia bakal bertanggungjawab,
mereka menyerahkan sebuah harga
diri yang dijaga sejak kecil. Kerana terlalu takut ditinggalkan oleh sang kekasih, mereka sanggup melepaskan
maruah yang sebelum ini terpelihara.
Dan akhirnya mereka hamil luar nikah dan terpaksa membunuh dan membuang janin sendiri!
Dear, tak salah untuk bercinta, tetapi salurkan ke tempat
yang sebetulnya. Bercinta tidak salah,
yang berdosa adalah bila kita
bercouple, berdua duaan, dating,
berpegang pegangan tangan, bercalling calling,
saling merindui sehingga kita melupakan hakikat sebenar Pencipta kita. Cinta memang boleh,
kerana ia adalah fitrah semua insan,
so mana mungkin Allah akan menghapuskan
fitrah itu dalam diri manusia?
Yang menjadi salahnya bila kita terlalu berlebih lebihan. Sehinggakan cinta
kepada manusia itu melebihi cinta kepada
Tuhan. Yang dibuat atas dasar nafsu, bertunjangkan syaitan yang selalu
menyeru kepada nafsu ammarah. Itukah cinta yangdidambakan?
source: google
So, bear in your
mind. Dalam bercinta, say no to
#coupling
#dating2
#pegang2
#dirty sms and sweet calling
#kerinduan yang melampau..
Kerana jika ada elemen2 sedemikian, tidak mustahil untuk kita terjebak dalam kancah zina seterusnya membawa kepada isu yang saya sebutkan di atas. Nampakkan hubungkait tersebut?
Cukuplah Allah menjadi peneman kita, andai kita berpegang teguh pada iman dan kasih padaNya, Dia pasti akan memberikan kita sebuah cinta sejati dari seorang manusia yang selalu kita impikan sebelum ini. Keindahan halawatul iman pasti akan terasa. Disana pasti ada seorang insan yg mampu mencintai kita lillahita’ala…
Jangan bersedih andai kini kamu tidak berteman,
tetapi bergembiralah kerana waktu ini Allah memandangmu
dan berkata,
'Aku telah menyediakan seorang manusia kepada insan ini atas dasar sebuah cinta yang tulus di masa akan datang.'
*Sekadar renungan
6 criticisms:
ya Allah. .so sad. . :'(
SUBHANALLAH ..
TERLAMPAU CINTA SAMPAI SGGUP GADAI SEMUA ..
Assalamuaikum Tuan Tanah.
2 thumbs up for this entry.
Loving each other is ok, somehow too much of it plus bad intention boost up the lust and desire of the human.
Bila pegangan agama yang rapuh dalam setiap diri pasangan, bende camni senang nak jadi.
wallahualam.
Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa
huhu.xsnggup nak tgk pic last tu.+___+
Semoga kita sentiasa di bawah lindungan-Nya & terhindar daripada perkara yang tidak baik.Amin :)
Paie, dah siap assignment ke?rin xsiap lagi.tensionnnn +_____+
Sedihnya entry ni. :)
chocobox: kan3 :( sepuluh kali sy tgk sepuluh kali jugak sy menangis. kalau ditakdirkan sy berada ditpt diorg hrp sy x sekejam tu..
a.saufe : yup..agree with you :)
just keep our heart to the One and Only.. :)
dedeq: harap2 dijauhkan dari kita.
rin: huhu.. alhamdulillah siap suda dear :)meh nak tlg wat..hehe
sally: memang sedih.. huhuhu
Post a Comment