Saturday 4 August 2012

kisah seorang bayi terbuang dan cinta sejati

currently written by faie mohamad at Saturday, August 04, 2012

Assalamualaikum  dan  salam  sejahtera..


Video ni  dah  lama..  tapi  tak salah kan kalau kita  share?  siyes,  sedih sangat. Kisah seorang bayi yang dalam janin ibunya, berangan akan dipeluk ibunya, dibelai penuh manja tapi akhirnya, terbuang begitu sahaja. Dihumban seperti haiwan ke dalam tong sampah, sungai mahupun di tepi masjid.

Pernah kita tertanya, dimanakah perikemanusiaan kita sebagai insan?

Mengapa sebegini tega menzalimi seorang insan yang langsung tidak mengerti apa2?

Tidak ada walau sedikitkah belas kasihan membunuh anak sendiri yang menghuni di rahimnya selama 9 bulan?

Pernahkah kita terfikir di dalam rahim itu, bayi itu,



sudah mampu seolah2 tersenyum?



sudah boleh membuka mata sendiri?



sudah mampu menghisap jarinya sendiri?




berada dalam kedudukan seolah2 tergantung?


Dan akhirnya ada antara mereka menjadi seperti ini!

ASTAGHFIRULLAHALAZIM!!! 

T__T



Kita juga pernah berada di rahim itu suatu ketika dahulu,

Cuma, kerana kita bernasib baik,

Dilahirkan oleh insan yang menyayangi kita sepenuh hati,

Kita tidak dibuang dan dibunuh seperti mereka.

Kita tidak dicampakkan kedalam sungai, semak-samun mahupun longkang besar.

Kenapa hanya kerana sebuah cinta nafsu kita sanggup melangkaui akal fikiran yg waras?


Kerana sebuah cinta, mereka turutkan rasa hati. Memikirkan bahawa si dia  bakal bertanggungjawab, mereka menyerahkan sebuah  harga diri  yang dijaga sejak kecil.  Kerana terlalu takut ditinggalkan oleh  sang kekasih, mereka sanggup melepaskan maruah yang sebelum ini terpelihara.

Dan akhirnya mereka hamil luar nikah dan terpaksa membunuh dan membuang janin sendiri!

Dear, tak salah untuk bercinta, tetapi salurkan ke tempat yang sebetulnya. Bercinta tidak salah,  yang berdosa adalah bila  kita bercouple, berdua  duaan, dating, berpegang pegangan tangan, bercalling calling,  saling merindui sehingga kita melupakan hakikat  sebenar Pencipta kita. Cinta memang boleh, kerana  ia adalah fitrah semua  insan,  so mana mungkin Allah akan menghapuskan  fitrah itu dalam diri  manusia? Yang menjadi salahnya bila kita terlalu berlebih lebihan. Sehinggakan cinta kepada manusia itu melebihi cinta kepada  Tuhan. Yang dibuat atas dasar nafsu, bertunjangkan syaitan yang selalu menyeru kepada nafsu ammarah. Itukah cinta yangdidambakan?



source: google


So, bear  in your mind. Dalam bercinta, say no to

#coupling

#dating2

#pegang2

#dirty sms and sweet calling

#kerinduan yang melampau..



Kerana jika ada elemen2 sedemikian, tidak mustahil untuk kita terjebak dalam kancah zina seterusnya membawa kepada isu yang saya sebutkan di atas. Nampakkan hubungkait tersebut?

Cukuplah Allah menjadi peneman kita, andai kita berpegang teguh pada iman dan kasih padaNya, Dia pasti akan memberikan kita sebuah cinta sejati dari seorang manusia yang selalu kita impikan sebelum ini.   Keindahan  halawatul  iman pasti  akan  terasa.  Disana  pasti ada seorang insan yg mampu  mencintai kita  lillahita’ala…  

Jangan  bersedih  andai  kini  kamu  tidak  berteman,
 tetapi   bergembiralah  kerana  waktu  ini  Allah  memandangmu  
dan  berkata,
'Aku telah menyediakan seorang  manusia  kepada   insan  ini atas  dasar  sebuah  cinta  yang tulus di masa akan datang.'





*Sekadar renungan

6 criticisms:

✖BossKucing✖ said...

ya Allah. .so sad. . :'(

dEdEQ dE wIshEs said...

SUBHANALLAH ..

TERLAMPAU CINTA SAMPAI SGGUP GADAI SEMUA ..

Apai said...

Assalamuaikum Tuan Tanah.

2 thumbs up for this entry.

Loving each other is ok, somehow too much of it plus bad intention boost up the lust and desire of the human.

Bila pegangan agama yang rapuh dalam setiap diri pasangan, bende camni senang nak jadi.

wallahualam.

Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa

Rin Saharina said...

huhu.xsnggup nak tgk pic last tu.+___+

Semoga kita sentiasa di bawah lindungan-Nya & terhindar daripada perkara yang tidak baik.Amin :)

Paie, dah siap assignment ke?rin xsiap lagi.tensionnnn +_____+

Unknown said...

Sedihnya entry ni. :)

faie mohamad said...

chocobox: kan3 :( sepuluh kali sy tgk sepuluh kali jugak sy menangis. kalau ditakdirkan sy berada ditpt diorg hrp sy x sekejam tu..

a.saufe : yup..agree with you :)
just keep our heart to the One and Only.. :)

dedeq: harap2 dijauhkan dari kita.

rin: huhu.. alhamdulillah siap suda dear :)meh nak tlg wat..hehe

sally: memang sedih.. huhuhu

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea