Assalamualaikum =)
Untuk entri kali ini aku mahu berbicara tentang perkara yang aku anti atau tidak suka lakukan. Ni bukan entri kosong, ada sesuatu yang tersirat yang cuba untuk aku sampaikan. Sebagai muhasabah untuk aku sendiri.
Benda yang aku tak berapa suka:
Tak minat chatting kat FB@ym@skype, kecuali dengan orang tertentu je. Sebab tu kat FB aku selalu wat chat offline, ym bukak setaun sekali, tu pun amik syarat je. Akaun skype tu saje2 aku buat, pastu aku delete, then buat balik. Pastu sampai sekarang pun tak bukak. Hahaha.
Aku bukan peminat artis atau drama Korea. Juga bukan peminat cerita dari Jepun, Taiwan, Hong Kong dan sewaktu dengannya. Layan Hindustan lagi best
Tak suka bola dan bukan peminat team bola sepak tanah air. Setakat tahu perkembangan gitu2 je. Heee
Juga tak minat sangat ngn Raja Lawak/Maharaja Lawak. Tak kena ngn jiwa kot. Aku rasa Mr. Bean lagi kelakar. Haha
Bukan penggemar sebarang jenis kek, terutama sekali perisa vanilla. Setiap kali makan aku terus rasa mual. Tak tahu kenapa.
Tak suka beli gadjet mahal2. Yang sederhana cukuplah. Yang penting boleh digunapakai (cakap je la yang ko tu kedekut >.<).
Tak gemar minum susu. Dulu susu memang fevret aku tapi ada satu tahun tu, akhir tahun 2009 tak silap, aku diserang demam panas yang teruk sampai tak leh bangun. Kawan aku terus bagi aku susu nak bagi baik sikit. Lepas minum aku terus muntah2. Sampai sekarang kalau aku tengok kotak susu pun dah rasa lain macam.
Tak suka keadaan bersepah dan tak kemas. Sebab tu kalu kat kampung selalunya aku jadi rika sumanto jap kat ank sedara aku sampai diorg kemas balik barang yang diorang sepahkan. Haha kejam sungguh.
Tak suka perjalanan jauh. Biasanya time aku balik kampung dan pergi kampus balik. Perjalanan yg memakan masa berjam2 lamanya memang buat aku pening dan loya, plus aku ni jenis susah nak tidur kalu duk dlm keta atau bas.
Lemah bab2 nombor. Sebab tu aku tak pernah hafal nombor telefon orang. Even nombor telefon aku sendiri pun kadang2 aku lupa. Terfikir jugak, kalau suatu hari nanti handphone aku hilang, habisla.
Banyak lagi perkara yang aku tak suka, tapi semua tu aku anggap sebagai kekurangan dari aku sendiri. Sebab aku hanya seorang insan biasa yang kadang2 terlalu mendambakan kesempurnaan dari sesuatu walaupun tiada sesuatu pun dalam dunia ni yang sempurna, melainkan Allah semata2.
Tujuan aku senaraikan semua tu adalah untuk peringatan kepada aku jugak. Kerana kadangkala kita sebagai manusia selalu merasakan bahawa yang yang dibenci itu wajar dibuang jauh-jauh dan yang disayangi itu dijaga sebaik mungkin. Namun siapa tahu yang buruk itulah mungkin bernilai, dan yang cantik yang selalu diagung2 kan itulah sampah.
Kita bukan malaikat yang selalu pasrah dan menurut perintah. Kita hanya manusia biasa yang tak lekang dari kekurangan diri dan kekhilafan sendiri. Apa yang kita lihat negatif itu mungkin dipandang positif oleh insan lain. Dan apa yang kita lihat positif itu mungkin mendatangkan bahana kepada orang lain. Kita hanya manusia yang kadangkala tidak mampu melihat sesuatu sudut itu secara realistik kerana dikaburi oleh kilauan kaca yang tiada nilai. Kita tidak mampu menyelongkar apa yang terselindung disebalik semua itu kerana beranggapan semua itu hanyalah perkara yang tidak wajar disimpan dan dilakukan.
Ketidaksukaan dan kurang minat terhadap sesuatu adalah satu lumrah. Kita memang tidak mampu menyayangi semua benda dan hakikatnya bukan semua perkara buruk itu kita benci dan ini memang tidak dinafikan.
Kita, sebagai khalifah yang ditugaskan untuk memakmurkan bumi ini dengan cintaNya memang dibekalkan dengan bermacam jenis karakter dan sifat, kelebihan dan kekurangan, rasa suka dan benci, kerana jika semuanya sama, hidup ini hanya ibarat sebagai kanvas putih, tiada warna yang mampu mewarnawarnikan keunikanmasing2. Langsung tidak menarik dan begitu membosankan.
Oleh itu, belajarlah untuk menerima kekurangan dan keburukan masing2. Kerana kita sebagai manusia memang dilahirkan sebagai penuh dengan kekurangan diri.
Tapi ketidaksempurnaan itu mampu menjadi sesuatu yang indah bila kita bertemu dengan mereka yang mampu membuatkan kita rasa sempurna. Walaupun kita tidak merasakan kita lengkap sepenuhnya, kita mampu menjadi hati yang paling indah dengan kasih sayang yang kita berikan kepada mereka tanpa sebarang syarat.
Percayalah, kita tidak akan mampu memuaskan hati semua orang dek kekurangan kita, tapi kita mampu membuatkan mereka tersenyum sepanjang hari dengan kelebihan kita.
Dan berusahalah untuk mencintai kekurangan yang ada pada orang2 yang kita kasihi kerana disitulah terletaknya sebuah cinta tulus dan sejati.
Sekadar satu renungan. Untuk diri sendiri jugak.^^
Istighasah, boleh ke tak?
4 days ago
0 criticisms:
Post a Comment