Thursday, 28 July 2011

9 fantasi tentang CINTA yang perlu kamu ketahui

currently written by faie mohamad at Thursday, July 28, 2011

Andai sudah jelas dia bukan lelaki yang terbaik buat kamu, mengapa masih lagi mengharapkan untuk bersamanya. Jika kini terbukti segala pengkhianatan dan pembohongan demi pembohongan yang ditutup dan akhirnya terbongkar jua, mengapa masih lagi menaruh harapan yang tidak pasti? Dalam apa jua situasi, fikirkan tentang diri kamu. Cuba keluar dari kemelut penderitaan ini. Kebahagiaan itu terletak pada diri kamu. Sampai bila kamu mahu terus menjeruk rasa dan terus memujuk diri sendiri untuk menerimanya kembali? Percayalah andai dia terbaik buatmu, dia pasti tidak akan menyakitimu dengan semua pengkhianatan yang dia lakukan. Oleh itu, hentikan semua ilusi yang membelenggu dirimu dan berpeganglah pada satu prinsip yang pastinya akan membuatkan kamu lebih bahagia….


Ilusi pertama
‘’seumur hidupku, belum pernah lagi ada lelaki lain yang menyayangiku sebaik dia’’
Lelaki adalah golongan yang bijak bermain kata dan dianugerahkan dengan kepandaian memujuk. Dia pasti melakukan semua itu secara rahsia dan sulit tanpa kamu sendiri tidak menyedarinya sehinggalah segala2nya terbongkar. Jadi kamu harus katakan pada diri kamu bahawa apa jua kebaikan yang dilakukan olehnya adalah untuk kepentingannya, bukan untuk kamu.
Pegang pada prinsip : ‘’aku layak untuk disayangi. Pasti ada lelaki lain yang mampu menyayangiku lebih dari dia menyayangiku!’’

Ilusi kedua
‘’si dia pasti berubah menjadi lebih baik’’
Jangan pernah bermimpi untuk melihatnya berubah menjadi baik apatah lagi dia memang terkenal dengan sikap playboynya dan suka mempermainkan perasaan wanita. Kata2 bahawa dengan kehadiran kamu mampu membuatkan dia berubah adalah satu dusta semata2.
Pegang pada prinsip : ‘’ aku tidak akan menunggu sampai dia berubah. Waktu ku sangat berharga untuk dihabiskan masa hanya dengan menunggunya’’

Ilusi ketiga
‘’aku masih bahagia sekarang’’
Dia masih baik mungkin untuk hari ini. Esok lusa belum dijamin lagi. Bagi kamu selagi dia tidak mencederakan kamu, kamu masih mampu bertahan. Tapi ingat dia pasti akan menyeksa mental kamu dan tidak berkemungkinan dia pasti memukulmu andai keperluannya tidak dipenuhi.
Pegang pada prinsip : ‘’suatu saat nanti dia pasti akan menyakiti aku sebagaimana dia pernah menyakiti orang lain’’

Ilusi keempat
‘’di masa akan datang aku mungkin tidak lagi menemui lelaki sesempurna dia’’
Kamu rasa pakej yang ada pada dirinya cukup lengkap. Dia mempunyai segala2nya, duit, kereta dan rumah yang mewah. Walaupun dia kerap melukakan hatimu tetapi kamu masih lagi bertahan kerana kamu tidak mahu kehilangan apa yang dimilikinya. Apa yang kamu buat adalah terus bersabar. Kamu tidak seharusnya terlalu merendah diri. Kamu sudah cukup sempurna untuk memiliki mereka yang sempurna.
Pegang pada prinsip : ‘’aku yakin boleh mendapatkan lelaki yang lebih baik dari dia’’

Ilusi kelima
‘’semua orang harus diberi peluang kedua’’
Benar sekali. Tapi kamu harus fikirkan tentang diri kamu juga. Mengapa hanya kamu yang berkorban dan menjerat diri. Kamu boleh memberi peluang kedua dengan berkawan dan membantunya menyelesaikan masalahnya tetapi bukan lagi menjalinkan hubungan istimewa dengannya.
Pegang pada prinsip : ‘’dia boleh mendapat peluang kedua tetapi bukan dengan aku’’

Ilusi keenam
‘’semua orang mempunyai kekurangan, begitu juga dengan dia’’
Kalimat inilah yang sering memerangkap kamu dalam sebuah perhubungan. Tidak perlu menerima kekurangan andai terang2 ia merugikan kamu. Jika ianya hanya satu kekurangan kecil seperti tidak suka bangun pagi atau suka tidur boleh dimaafkan tetapi bagaimana jika dia adalah kaki perempuan atau kaki botol? Pokok pangkalnya jangan menyusahkan diri kamu sendiri.
Pegang pada prinsip : ‘’kalau kekurangan hanya membuatkan aku bertambah sakit, lebih baik berpisah sahaja’’

Ilusi ketujuh
‘’sekiranya dia bersama aku, pastinya dia tidak akan jahat seperti dulu’’
Memang bagus andai kamu disayangi dan dia mampu mengikut apa jua yang kamu perkatakan. Namun jangan terlalu yakin. Bukan senang untuk menjinakkan seekor singa ganas di kandang. Jika dia memang jenis liar, untuk mengubahnya bukan suatu perkara yang mudah. Kamu mungkin akan terus-terusan berkorban dan hasilnya akan sentiasa mengecewakan.
Pegang pada prinsip : ‘’andai dia boleh menyakiti orang lain, kenapa tidak dengan aku? Sudah pasti dia akan melakukan hal yang sama padaku’’

Ilusi kelapan

‘’kami telah berkongsi banyak hal bersama2, sayang andai hubungan ini berakhir begitu sahaja’’
Anggap sahaja apa jua pengorbanan yang kamu berikan padanya adalah hadiah untuk dia. Hadiah seharusnya diberi dengan ikhlas. Jangan takut untuk putuskan hubungan kerana kerugian kamu bakal bertambah andai kamu terus pertahankan hubungan itu.
Pegang pada prinsip : ‘’pengorbanan aku padanya cukuplah sampai disini sahaja’’

Ilusi kesembilan

‘’aku terlalu menyayanginya. Tidak ada orang yang dapat menggantikan tempatnya andai kami berpisah’’
Ini adalah satu alasan lapuk yang sering kita dengar. Cuba berkenalan dengan lelaki lain dan bukakan pintu hatimu seluas2nya. Di dunia ini terlalu banyak pilihan yang ada didepan matamu. Jangan hanya bergantung pada seorang sahaja. Dunia ini terlalu luas untuk kamu terokai.
Pegang pada prinsip : ‘’aku masih muda. Masih banyak lagi kesempatan untuk aku berkenalan dengan orang lebih menghargai aku berbanding dia’’

Katakan pada diri sendiri, Allah pasti akan mengatur seseorang yang lebih baik. Walau dia pernah mengecewakan kita dulu, jika pada hari ini kita berjaya bangkit kembali, berterima kasihlah kepada dia. Allah datangkan dia sebagai ujian kepada kita agar kita dapat menilai diri dan mengerti hakikat hidup yang sentiasa diuji.  Kita sememangnya layak diuji dan jangan dipertikaikan lagi… dcpb~

p/s: sekadar satu perkongsian. Entri ni tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah berada di alam kubur.

0 criticisms:

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea