Thursday, 28 July 2011

hidup ini tidak akan bererti seandainya....

currently written by faie mohamad at Thursday, July 28, 2011
Reactions: 
Hidup ini tidak akan bahagia seandainya…


Sentiasa mengharap orang lain membuat keputusan biarpun ia melibatkan masa depanmu. Bagi kamu lebih selamat menyerahkan keputusan itu kepada orang lain dan andai ia tidak seperti yang diidamkan, kamu boleh menyalahkan orang lain atas semua itu.

Kamu terlalu takut membuang barang2 lama yang walaupun ia sebenarnya tidak lagi bernilai untuk kamu. Dalam fikiran kamu ia mungkin berguna di kemudian hari walaupun tidak berguna untuk hari ini. Akhirnya kamu sentiasa berada di takuk lama dan tidak mampu untuk berubah kearah lebih baik.

Takut untuk membuat sebarang kelainan. Setiap apa yang kamu pakai dan buat adalah sama setiap hari. Kamu takut dengan kelainan itu membuatkan kamu kelihatan aneh. Tidak salah kamu menukar imej dan mencipta kelainan tersendiri. Siapa tahu kamu mungkin lebih baik dari sebelumnya
.
Tidak pernah cuba menerima kekurangan diri dan orang lain dan merasakan hanya kamu yang betul. Akibatnya pantang silap sedikit kamu mula melenting dan terus menganggap dia musuh kamu.

Terlalu takut untuk menyuarakan pendapat dan pandangan apa yng kamu rasa. Walaupun kamu yakin ia tepat, namun kamu takut sekali pandangan kamu itu mengundang penolakan dan ketawa dari orang lain.
Tidak menghargai orang yang menyayangi kamu bahkan kamu mengharap orang yang selalu membawa kedukaan pada diri kamu.

Memilih jalan hidup yang salah misalnya merompak, mencuri, menjadi hamba dadah dll. Biarpun kamu puas tetapi pada akhirnya pasti akan mengundang penyesalan yang tak sudah-sudah.

Tidak menghormati orang tua dan menghargai pengorbanannya. Tanpa mereka kamu tidak akan bererti apa-apa. Setiap saat kamu terlewat waktu menghabiskan masa dengan mereka sesaat juga kamu dirundung kerugian.

Hidup bersendirian tanpa ditemani oleh mereka yang tersayang. Mungkin kamu ego dengan mengatakan kamu mampu hidup tanpa mereka namun hakikatnya percayalah kamu perlukan seseorang yang boleh berkongsi susah dan senang.

Dan yang paling penting, hidup ini tidak akan bererti andai kamu mengabaikan tanggungjawab sebagai hambaNya dimuka bumi ini. Amanah sebagai khalifah didunia ini harus digalas sebaik-baiknya.

0 criticisms:

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea