Friday 12 July 2013

Ehemmm

currently written by faie mohamad at Friday, July 12, 2013

Assalamualaikum...

Ketika entri ini ditulis (bajet macam ayat wartawan), aku baru sahaja selesai satu sesi dengan seorang student. Dalam erti kata yang lain masih berada di sekolah dengan suasana hiruk pikuk students yang buat bising di luar dan excited mahu pulang ke rumah selepas selesai sesi pagi persekolahan. But I'm still here, menunggu sampai petang untuk mencukupkan contact hour approximately 8 hours di sekolah setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad. Sometimes it's tiring but somehow it looked amazing to me. Melihat gelagat remaja yang mempunyai ragam yang pelbagai sangat membuatkan aku mengimbau kenangan dulu-dulu. Sewaktu masih di sekolah. Zaman kanak-kanak riang yang penuh ceria. Owh I miss that moment! Jugak aku mengulangi zaman di mana terpaksa bangun seawal 5 lebih untuk bersiap ke sekolah. Menyiapkan breakfast ringkas dan melangkah keluar dari bilik saat matahari belum lagi menampakkan sinar. Teruja sekejap.

And here and now, me, is on the bridge of transition to the world of work. Cukup la kot selama 20 tahun bergelar pelajar yang rasmi di tadika, sekolah dan universiti, sudah sampai masanya untuk aku melangkah ke fasa yang satu lagi. Berdepan dengan pelbagai kerenah manusia yang lebih real berbanding belajar teori semata, aku rasa pengalaman ini cukup berharga untuk dikutip. Walaupun suatu hari nanti aku pasti akan merindui ini semua, tapi melihat pada transisi yang mencabar nih, aku rasa sudah sampai masanya untuk aku menjadi lebih dewasa. Mencari ruang untuk menjadi lebih matang dan tidak terlampau kebudak-budakan. Eh selama ni aku childish ke?

So, ehemm, dengan penuh rasa bangga dan suka cita, aku nak menunjuk2 sikit bilik kaunseling yang menjadi tempat praktikal aku nih. Tempat aku bertemu mata dengan pelajar-pelajar yang kadang kala boleh tahan gatai nya tapi ada jugak yang sangat2 baik dan memahami.



Bilik kaunseling individu dan kelompok.. haaa kalau mengantuk time posa2 cenggini boleh merehatkan badan kejap kat sofa yg empuk tu =P

Sudut ruang tamu atau tempat menunggu. Agak ekslusif la bagi aku sebab student pun senang hati, lebih selesa dgn environment yang convenient kan...

Yang ni pulak sudut informasi dan bacaan. Ada banyak info kat situ tapi aku sendiri tak explore in details lagi ni. hmmpphh


Haa.. sini tempat pendaftaran bagi rekod sesi individu dan kaunseling kat sekolah nih. Pendek kata bila buat macam ni lebih tersusun la sebab senang nak refer. Tapi sebenarnya aku lagi suka design kat situ hehehe.




Sini pulak empat aku menghabiskan masa untuk merekod dan menulis sesuatu terutamanya logbook yang perlu ditulis setiap hari kepada principal. Juga tempat untuk aku menulis entri blog ni andai ada kelapangan.. ceh

Kalau nak cerita pasal kesibukan atau tak cukup masa, ada la jugak. Tapi sebab kami berada di minggu2 pertama ni, ia lebih kepada adaptation and adjustment. Task2 yang lebih berat seperti proposal, verbatim dan write up case tuh untuk minggu2 yang kehadapan. Cuma sekarang ni apa yang best tentang sekolah ni semua students datang kepada aku untuk temujanji kaunseling secara sukarela. Tu pun sebab hari2 ada class relief, time tu jugak aku promote kat diorang apa itu kaunseling dan membetulkan tanggapan salah tentang kaunseling. Salah tanggapan tu memang dah common.. Kat mana2 pun kalau cakap pasal kaunseling mesti akan mengaitkan dengan pelajar bermasalah. Even guru2 sekalipun akan mindsetkan minda mereka yg students datang jumpa kaunselor adalah disebabkan mereka mempuanyai pelbagai masalah. Erkk

Jadi, dari sekarang, apa yang aku harus belajar dari internship selama 14 minggu ini ialah:

# Sesuaikan diri dengan teori2 kaunseling seperti Gestalt, Reality, REBT, CBT, Psychoanalysis, Existential, Person-Centered, Family, Feminist, etc etc. Aku dah terbiasa guna teori Reality (WDEP) dan REBT yang sesuai di apply kat sekolah tapi teori lain aku agak terbelakang. I mean kurang pandai untuk apply sangat. Need to study more. Focus more.

# Membetulkan pandangan dan salah tanggapan pelajar dan guru tentang apa itu kaunseling. It's not just a session, it's more than that.

# Cari module2 yang best and tak bosan untuk students, samada semasa sesi individu, kelompok, relief class atau guidance program.

#Membiasakan diri dengan students lelaki. Aku akui aku agak jarang bergaul dengan lelaki dari kecil sampai sekarang. So the feeling of awkwardness tu terlalu tinggi. Neves kemain lagi terutama bila ada sesi group dengan diorang. Then bila fikiran dah kembali rasional, aku ingatkan balik diri sendiri, they are just adolescents.  I'm their counselor and they are my clients. Perlu ada sense of profesionalism di situ.

#Mencari idea untuk hias bilik kaunseling yang sudah tersedia cantik tuh. At least aku boleh show-off kat Madam yang datang observe nanti, 'Madam, ni hasil yang kitorang buat. Sila bagi markah lebih'. Eheh.

#Perlu lebih versatil dalam setiap tindakan mahupun tugasan. I mean kalau diberi sesuatu tugasan perlu berfikir di luar kotak and do not just rely on solely thing. Nanti jadi tipikal.

#Paling penting, belajar untuk lebih memahami, ada rasa understanding, empati yang tinggi dan sifat prihatin. Niatkan kerana Allah. InsyaAllah.



Still remember what my lecturer, Dr. Khamsiah said,

''Whatever you do to the students, do remind them and yourself, do not see on the end of the product. Look at the journey, the process of it. That's so-called life'.

Insyaallah akan aku pegang kata-kata itu. Thanks a bunch.

2 criticisms:

zas said...

wow dah nak keje diaaaa...jelessssnyaaa...:)

faie mohamad said...

lmbt ag ayu.. still long way to go.. uhukk

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea