Sesungguhnya daripada Allah kita datang, kepadaNya jua lah kita kembali. Janji Allah itu takkan lewat even sesaat. Ia takkan dimungkiri walau berjuta perancangan manusia sedang tersusun. Allahuakbar. Al-Fatihah.
Tengahari semalam, saat diberitahu akan pemergian seorang guru yang cukup aku hormati dan sayangi, terasa macam seolah-olah ia hanya satu mimpi semata. Tanpa ada sebarang komplikasi mahupun tanda, dia pergi meninggalkan kami dengan aman dan penuh ketenangan. Perginya seorang guru yang penuh dedikasi dan berwibawa, dengan lawak yang bersahaja dan penuh berisi membuatkan kami sentiasa menyenangi cikgu yang satu ini.
Cikgu Hamdan Hasbullah. Sebaris nama yang sentiasa mengisi perjalanan usia remajaku di sekolah. Di taman ilmu itu, aku mengenali beliau sebagai guru Kimia aku yang sangat suka menceriakan suasana dan troll orang. Kenangan itu masih segar, seolah-olah baru semalam.
Aku: Cikgu, esok paper Kimia dah start kan. Macam mana nk jawab ni? Saya tak faham. Esok nak jawab apa?
Cikgu: Oh.. Jangan bimbang. Awak jawab je apa yang ditanya. Kalau tak ditanya tu jangan sekali-kali jawab. Okeh.
Aku: -_-
(Tapi of course la lepas tu dia betul2 ajar aku tentang formula yang betul).
Peristiwa lain yang mana beliau suka mengenakan aku.
Cikgu: Okay, sekarang ni cikgu nak mengumumkan siapa juara larian kita pada tahun ni. Juaranya ialah Farihah bt Mohamad. Jemput datang ke depan untuk mengambil hadiah.
Dengan malu-malu aku ke depan.
Cikgu: (pandang aku dari atas ke bawah) Oh... patutla awak menang.. Tengok la ketinggian awak macam mana.
Satu sekolah duk gelakkan aku!
Masihku ingat. Adakalanya jugak, sewaktu sedang mengajar, sedang kami khusyuk mentelaah, tetiba terdengar suara hilaian beliau yang agak kuat. Mendadak pula tu. Satu kelas memandang beliau dengan penuh pertanyaan dan teka-teki. Kemudian kami tergelak. Dan kami faham ia adalah disebabkan beliau melihat skrip jawapan kami yang entah apa2 tuh dan sekaligus mengurangkan tekanan yg kami alami saat melihat formula2 kimia yang boleh tahan annoying susahnya dan sentiasa membuatkan kami dalam depression. Cikgu, cikgu.
Sungguh. Aku sangat merindui kenangan itu. Kenangan yang membuatkan aku sentiasa senyum dan tertawa di tempat itu. Dengan gelagat beliau yang bersahaja, beliau mampu mencipta suasana yang berbeza dari sebelumnya. Bayangkan disaat kami dalam mood yang paling kritikal dalam satu program sekolah, kehadiran beliau cukup membuatkan rasa stress kami hilang begitu sahaja. Ada sahaja modul yang dicipta untuk menarik perhatian kami akan aktiviti tersebut. Kreatifnya beliau.
Jadi, kepada Cikgu Mede@Hamdan, walaupun saya tak sempat menziarahi cikgu buat kali terakhir, walaupun tak sempat bersua dengan cikgu di sekolah, saya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan cikgu di alam sana. Kami menyayangi Cikgu, tapi Allah ternyata lebih menyayangimu. Satu sekolah menangisi pemergian itu tapi pada masa yang sama kami turut berbangga denganmu. Meskipun takkan ada pengganti sebaik Cikgu, saya yakin ketetapan Allah jauh lebih baik dan menandingi segala-galanya. Pasti ada perancangan yang lebih baik yang Allah sediakan InsyaAllah.
Semoga apa jua ilmu yang Cikgu curahkan mampu menjadi perisai kepada Cikgu dari segala perkara. InsyaAllah ia akan dimanfaatkan untuk seluruh sejagat. Hanya doa yang mampu kami titipkan untuk Cikgu.
Al-Fatihah.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
1. "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين
2. "Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"
ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
3. "Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"
مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين
4. "Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)"
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
5. "Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan"
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ
6. "Tunjukilah kami jalan yang lurus"
صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْوَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ
7. "Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada
mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan
bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat"
''Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya.''
0 criticisms:
Post a Comment