Assalamualaikum...
And happy fasting to all Muslim and Muslimah in this barakah month. May we get blessed by Him InsyaAllah. This is the moment where we can use our utmost strength to the fullest; by mean use our capability to do our good deeds as many as we can, since there are numerous things happened surrounding us lately, and this is the exact time that we can be smarter and act rationally InsyaAllah.
(eh kenapa tetiba aku terspeaking???)
Alhamdulillah... Dah 4 minggu aku berada di sekolah, job sebagai pelatih kaunselor untuk berkhidmat kepada anak bangsa (ceh). And hari demi hari aku semakin selesa dengan tugas begini. Banyak benda yang aku belajar dari kaunselor2 disitu, termasuk jugak pelajar2 yang secara tak langsung membuatkan aku bermuhasabah diri dan bersyukur siapa aku sekarang. Bila kita melihat kesusahan diri sendiri, cuba tengok juga kesusahan orang lain. Melihat penderitaan mereka yang lebih dahsyat dari kita akan membuatkan kita akan semakin bersyukur dan bersedia menerima apa jua keadaan. Redha semestinya.
Salah satu perkara yang membuatkan aku rasa menarik untuk di ulas dan ditekankan disini ialah, (lihat tajuk diatas). Rata2 mereka yang datang berjumpa dengan aku membincangkan hal ni. Yup, aku akui kadang-kadang ada suatu ketika bahawa kita sangat mengimpikan untuk berada di tempat orang lain, yang pada andaian kita orang itu memiliki segala-galanya yang kita mahu. Aku sendiri pun terkadang tidak terlepas dari sindrom sebegini. Bagi kita, dia ada segala-galanya i.e rupa paras, harta, keluarga bahagia, ilmu yang tinggi etc etc. Bila melihat kehidupannya yang serba perfect tu, hati kita berbisik,
'Alangkah indahnya andai hidup seperti dia'
'I wish I can be like him/her. She/he has everything that I didnt have'
'Kenapa dia ada tetapi aku takde? Kenapa??'
'Hidup dia sangat perfect I guess. Compared to mine, I think she's better'
'Im bad. They've got what they want but me?
Ehemm. Tak salah untuk kita menjadi seperti dia. Perkara tu normal, I guess semua orang ada sifat macam ni. Tapi jangan bandingkan diri kita dengan dia. Don't ever compare yourself with 'em. Never!
Kerana...kita tak pernah berada di tempat beliau. Never sit at their place even in a second. Kita tak tahu kesusahan yang beliau harungi. Kita tak pernah cuba untuk mengukur level kebahagiannya yang konon kita anggap serba perfect itu. Kita tak tahu part buruk dia yang sebelum ni kita agung-agungkan dia sesangat. Kita tak tahu kebaikan dan kelebihan dia yang ada itu yang sebenarnya menghancurkan dia sedikit demi sedikit. We never know.
Yang kita tahu, mulut sentiasa mengomel itu ini, konon kita tak hebat seperti dia. Bila melihat hidup dia yang serba perfect, secara tak langsung kita akan rasa down tetiba. Bila melihat kelebihannya yang tiada pada kita, kita akan rasa makin rendah diri. Dari situ muncul suara-suara halus yang datang dari hati memperkecilkan kebolehan sendiri. Potensi diri makin disembunyikan. Permata yang baru hendak berkilau tetiba malap. Semuanya kerana wujud sebuah perbandingan.
Barangkali kalau lah kita tahu kebenarannya macam mana...barangkali kalau lah kalau kita tahu ia tak seindah apa yang selama ni kita duk imagine..barangkali kalau lah kalau lah kita tahu sebenarnya orang yang kita duk puja2 tu sebenarnya ingin menjadi seperti kita je... Kita takkan sekali-kali mintak untuk jadi orang lain. Jadi diri sendiri sudah cukup. Cukup bersyukur dan meminta sekadar perlu. Tidak mahu melebih-lebih. Tapi pada masa yang sama cuba untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik. Indah pada saatnya, manis pada masanya.
Jadilah seorang yang bersyukur. Cuba untuk ubah cara berfikir. Fikirkan tentang sebuah kelainan. Kelainan yang boleh membawa kepada kebahagiaan pada diri sendiri. Kalau selama ini kita berasa rendah diri kerana merasakan orang lain ada tetapi kita tidak ada, kita sebenarnya silap. Walaupun kadang kala perbandingan itu bagus kerana boleh memotivasikan diri sendiri, tapi tak salah untuk kita menjadi kita apa yang kita jadi pada hari ini. Berubah kerana inginkan sebuah kebaikan dan meminta menjadi insan yang baik, bukannya membandingkan diri dengan orang lain dan berterus-terusan rasa down yang tak sudah-sudah. Ini sememangnya salah.
Sampai bila kita mahu membelenggu diri untuk cuba menjadi orang lain? Cari la ruang untuk menjadi insan yang berintegriti dan tahu membina identiti diri. Jangan just mudah menjadi lalang yang hanya tahu mengikut gerakan dan rentak angin semasa. Daripada kita duk sibuk membandingkan diri dengan orang lain better lagi kita bandingkan diri kita dengan sebelumnya. Top up mana yang kurang, reload mana yang perlu. Delete mana yang buruk dan format segala virus-virus jahat yang membelenggu diri. Keep moving on.
Remember, setiap orang mempunyai jalan or journey sendiri. Luaran mungkin nampak bahagia tapi dalamannya mungkin Allah sahaja yang mengetahui. Kita diuji dengan cabaran dan dugaan yang pelbagai bentuk. Sebab itu kita diberi dengan keistimewaan, kelemahan, kebaikan mahupun keburukan yang berbeza kerana Allah mahu kita lebih menghargai dan saling menerima. Betul tak?
Jangan jadi pengkritik yang kejam kepada diri sendiri dengan membandingkan kehidupan sendiri dengan orang lain. Cari ruang untuk serlahkan potensi diri. Bukan untuk menghapuskan keyakinan diri dengan menggantikannya dengan virus masalah hati yang bisa menggelapkan. Kita semua makhluk terbaik dan semestinya paling istimewa kan?
Life is just a piece of cake. *source: here
Yang membezakan manusia itu dengan manusia lain sebenarnya adalah level of taqwa. Bukan dengan material keduniaan. Imam Ibnu 'Athaillah As-Sakandari rahimahuLlah berkata, "Ketahuilah, kamu hanya akan mendapat kedudukan mulia dan tinggi di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala, jika mengikuti (ittiba') sunnah Nabi ﷺ. Sebaliknya, kamu akan diremehkan (kedudukanmu) dan dijauhkan dari Allah jika tidak mengikuti Nabi ﷺ."
Kata Diane Lang, seorang psychotherapist dalam artikel 11 Roadblock to True Happiness,
''If you're constantly trying to keep up with everyone around you, you can't be happy. You will be too busy comparing yourself to others. If we're constantly comparing ourselves to others, we will never measure up. We will always focus on our faults. Comparing yourself to others is setting yourself up for failure, your living up to others standards not your own..''
Till then. Wassalam.
p/s: Sometimes when we found out the truth about that person, baru kita tahu baik dan buruknya dia. Thus, love yourself.. Dont set up yourself to a big fall, okay :)
2 criticisms:
memang sesuai jadi kaunselor :) hihi
haha.. msih lagi terlalu jauh utk dicapai.. :)
Post a Comment