Untuk mengutip pengalaman dan inspirasi dari seseorang, tidak bererti dia harus lebih tua dari kita. Tidak bererti dia harus famous dan menjadi tumpuan ramai. Cukuplah bila kita mengetahui tentang kehidupannya dan cara hidupnya yang tersangat humble dan simple. Mekar dalam diam. Kehadirannya dinanti-nantikan membawa sinar baru dalam masyarakat. Tanpa perlu publisiti yang berlebihan, ia sudah ternyata membuat kita menyedari akan kehadirannya melalui tinta tulisannya yang bersahaja dan penuh makna. Titipan yang sentiasa membuatkan kita dekat padaNya yang Maha Kuasa. Insyaallah.
Muhammad Nazri bin Rijal atau nama penanya Ibnu Rijal. Junior aku kat sini. Siapa sangka dalam kuliyyah kami ada insan yang sungguh berbakat dalam bidang penulisan dan mengetengahkan bakatnya dalam sebuah syarikat dan berjaya menghasilkan beberapa buah buku.
Mungkin namanya masih belum dikenali ramai, melainkan sekolompok peminat tegar bukunya. Yang sentiasa menantikan hasil buah fikiran beliau untuk diluahkan dalam bentuk pena tulisan.
Bagaimana aku tahu dia ni penulis buku? Begini kisahnya.
Suatu hari. Ketika aku di kampung. Beristirehat dalam rumah bersama keluarga.
Abang aku tiba2 menghulurkan sebuah novel. Tajuk Putera Multazam. Tak pernah pulak aku tengok dia pegang buku nih. Dia bertanyakan aku,
'Kau pernah baca buku nih?'
'Tak. Nape?'
'Cuba tengok sape penulisnya. Belajar kat UIAM, ambik Guide. Tahun 2. Dia junior kau kan?'
'Eh jap. (aku tengok biodata dia. Muhamad Nazri bin Rijal. Gambar macam kurang familiar). Tak kenal pun. Mana dapat buku nih?'
'Pinjam ngan kawan tadi. Eh takkan tak kenal kot. Junior tuh. Takkan kat sana takde orang cerita pasal dia.'
'Betul. Tak kenal pun dia sape. Takpe nanti kat sana aku spy dia nih sape.'
Sebulan selepas tuh. Kebetulan semester tuh aku ada ambik satu subjek minor dengan junior yang mostly tahun 1 dan 2. Dan kebetulan jugak memang group member untuk assignment dan presentation pun dikalangan diorang jugak. Tiba2 terdetik dihati nak tengok name list student kelas tuh. Kot2 ada nama si Ibnu Rijal ni ke.
Subhanallah. Check punya check. Ada rupanya. Macam mana aku boleh terlepas pandang nih? Cepat2 aku tanya kawan aku,
'Eh, Nazri tu yang mana eh? Group sape?'
'Nazri mana ni? Nazri bin Rijal ke?'
'A'ah la..Dia group sape weh?'
'Laaa... Dia kan group kita. Kan kita sama2 cari article review hari tuh. Takkan tak ingat kot nama group member sendiri?'
Allahuakbar. Aku tepuk dahi. Terfikir betapa cuainya aku dalam mengingati nama member sendiri. Sampai orang yang aku cari dah ada depan mata! Group member sendiri pulak tuh. Macam mana tak perasan dalam ramai2 group member tuh ada nama si Nazri nih?
Segera aku teringatkan gambar dalam biodata belakang buku tuh. Memang berbeza. Dalam gambar tuh dia nampak sedikit cerah dan berkumis nipis. Nampak lebih muda. Tapi kat luar, agak lain sikit. Gambar edit, mananya tak cam. Wah, tak sangka satu group dengan seorang penulis buku ilmiah!
So bermula dari hari tu aku start interview dia macam2. Dia pulak dengan sportingnya layan je akak senior dia nih. Gaya dan caranya berbicara, tersangat humble. Dan kelakar gila. Sampai lecturer aku asyik tergelak je bila dia try menggunakan English slang Penang. Dengan grammar berterabur and suka buat lawak macam2, siapa sangka dia seorang penulis yang sangat berpotensi menjadi pelapis untuk masa akan datang?
Itulah. Makin berilmu seorang manusia, seharusnya dia menjadi ibarat padi. Makin berisi makin tunduk. Makin bertambah ilmu di dada, makin kurang sifat riyak dan bertambah pula sifat zuhud yang sentiasa didambakan orang berilmu. Sehingga kehadirannya hampir tidak disedari, tetapi jejaknya tidak mungkin dilupakan sampai bila2.
Antara buku yang dihasilkan. Taken from his fb, Ibnurijal.blogspot.com. Jom pakat beli naa...
Jugak jangan lupa visit his blog, Ibnu Rijal. Semoga sama2 mendapat manfaat. Insyaallah.
Aku ambik salah satu kata-katanya dalam buku beliau, 'Siapa Allah di hatimu',
Betapa luas rezeki tuhanmu kepadamu. Masih mahu meminta lebih? Atau mahu berterima kasih? Pernahkah setiap bulan, turun surat dari langit, supaya dikau jelaskan bil udara bulan ini? Atau tarif cahaya sang mentari? Atau bil angin yang bertiup kesana kemari? Perlukah dikau jelaskan semuanya? Nikmat bumi yang dikau diami, adakah tuhanmu kirimkan malaikat untuk mengutip cukai pintu? Segala prasarana bumi, bukit yang dikau daki, air terjun yang dikau pergi, lautan yang dikau renangi, semuanya diberi, perlukah dikau beli tiket untuk menikmati semuanya? Atau manusia sendiri yang tidak tahu malu mengambil kesempatan atas tanah konon “miliknya”, mengenakan bayaran pada mereka yang berkunjung kesana.
Betapa banyak dan besarnya nikmat dari tuhanmu itu. Mengapakah dikau langsung tidak memerhati?
Wajarkah dikau perguna semua nikmat-NYA yang percuma, lalu disuruh taqwa, dikau berbuat lupa? Andai mahu dikau hitung semua nikmat tuhanmu, pastikan penamu cukup dakwatnya, kertasmu cukup bilanganya, kalkulatormu cukup baterinya. Namun, bukankah semua yang dikau perlu itu datangnya dari tuhanmu juga? Malah dikau mahu menulis dengan jarimu, jari itu milik tuhanmu juga, dikau mahu mengira dengan mindamu, mindamu itu milik tuhanmu juga. Lantas bagaimana?
“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(An Nahl, 18)
“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(An Nahl, 18)
Sangat mendalam. Sangat bermakna. Sarat dengan kiasan dan ibrah.
Indah malam kerana bulan.. Indah siang kerana mentari..
Namun indah insan kerana akhlak dan budi pekerti.. Jika akhlak yang tak baik, secara drastik pandangan org terhadapnya 'tak baik'.. Tapi jika akhlak yang baik, secara automatik pandangan orang terhadapnya baik..
Akhlak yang baik umpama bunga yang sangat harum dan wangi yang mampu membuatkan orang disekelilingnya selesa dan senang.-quoted
Namun indah insan kerana akhlak dan budi pekerti.. Jika akhlak yang tak baik, secara drastik pandangan org terhadapnya 'tak baik'.. Tapi jika akhlak yang baik, secara automatik pandangan orang terhadapnya baik..
Akhlak yang baik umpama bunga yang sangat harum dan wangi yang mampu membuatkan orang disekelilingnya selesa dan senang.-quoted
Wassalam.
p/s: Rasa diri semakin kerdil. Dua puluh tahun lebih hidup atas muka bumi ni, tertanya2 jugak, apa yg aku sumbangkan kat umat diluar sana? Satu buku pun tak pernah tulis.. Sumbangan harta pun takdak.. Ohhh
6 criticisms:
Wah, bestnya jadi penulis kan..
kannnn :D
wah hebatnya dia :)
hebatnya dia . dah banyak buku dihasilkan . untungla akak . sekelas dengan penulis muda yg sangat berbakat :)
@nurain: yup.. dia hebat tp sgt humble.. ciri2 pndakwah yg baik hehe
@sabella: sbg junior mmg akak bangga and happy dpt bkongsi ilmu dgn beliau :D
Post a Comment