Friday, 1 March 2013

Japanese Class

currently written by faie mohamad at Friday, March 01, 2013
Reactions: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

It's been quite a long moment this blog is not been updated. Rindu, of course. Nak kata busy, sem ni agak relaks berbanding sem lepas yang terpaksa pulun subjek habis-habisan. Hujung minggu je mesti keluar jalan2, dating2, beli itu ini. Kemalasan, yes mungkin!

Dah masuk bulan March rupanya. Eh, sekejap yang teramat. Betol ke nih? Rasanya baru je datang sini start sem baru and few weeks from now, dah boleh balik kampung. Yes! And Alhamdulillah sem ni tak banyak sangat masalah yang timbul and I'm so proud to tell that my research proposal has been approved. Dalam erti kata lain boleh proceed untuk step seterusnya. Thanks Allah kerana memudahkan. Dan sem ni jugak seperti yang aku janji dengan diri sendiri, nak ambik course Bahasa Jepun yang ada dalam kampus nih. Kalau dulu ambik Bahasa Mandarin, sem ni ambik bahasa negara matahari terbit pulak. Kenapa nak ambik? Saja, daripada duk terperap dalam bilik tak buat apa2, daripada duit duk habis beli dress or peplum, baik habiskan untuk something yang beneficial. Tu pun kalau struggle betul2 nak belajar. Keh3

instagram: faiemohamad


Personally la, lepas belajar bahasa jepun nih, dua kali masuk kelas dengan tutor yang berbangsa Melayu dan fasih berbahasa Jepun nih, aku rasa Bahasa Mandarin lagi senang dan best kot. Maybe sebab ada pertalian darah haha. Lagi pun aku perasan dia punya buku (yang kaler kuning tuh) agak complicated dan susah nak faham compared to buku yang Mandarin punya. Pronunciation Jepun memang lagi senang berbanding Mandarin tapi penyusunan ayat tu bagi aku la, Bahasa Mandarin lagi senang nak bentuk ayat. That's why cikgu aku tu cakap biasanya orang India lagi cepat faham bahasa Jepun nih sebab cara susun atur ayat tu seakan-akan dengan bahasa diorang. Lagi faham jiwa dan nurani kot. Erkk.


Dalam buku yang cikgu aku bagi aku tuh ada step camne nak tulis Jepun nih. Siap ada latihan kat belakang buku tu lagi. Bagus jugak.. At least bukan je tahu bercakap, tapi tahu menulis and faham hurufnya. Kalau buat latihan la. Tapi sampai sekarang tak buat2 lagi. Haih


Our first lesson on the first class. Arahan simple dalam Bahasa Jepun yang kemudiannya diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Kesian kat 3 orang budak International yang tak faham BM. Hehe. Tapi okay ape, disamping belajar Jepun, diorang jugak boleh belajar BM kan kan.




Belajar bahasa ni, bagi aku la, perlukan ketekunan dan kerajinan. If takde dua elemen ni kita mungkin tak dapat kuasai sepenuhnya. Kalau tak praktis, bahasa entah ke mana, memorization pun ntah ke mana. So aku kene rajin2 kan diri cari solusi lain macam mana nak kuasai bahasa ni dalam masa yang singkat. Dalam kelas,  aku perasan most of students dah ada basic dalam Jepun nih, may be sebab diorang selalu tengok cite Jepun kot. Kadang2 lagi advance dari tutor aku sendiri. Tapi aku? Tengok cite Jepun pun tak pernah, kecuali cerita Doraemon and Ultraman je masa kecik2, tu pun dah di alih bahasa. Sedih kan? Not only Japanese la, semua drama or movie Korea ke, Melayu ke, Inggeris ke memang tak berapa minat nk tonton kecuali certain2 cerita yang betul2 menarik perhatian. Bagi aku daripada menonton cerita nih, better aku online berjam2 or baca buku yang aku suka. But now aku terpaksa merajinkan diri tengok cerita Jepun banyak2, sebab nak kuasai bahasa nih. And baru sekarang aku faham, tonton cerita dari oversea ni sometimes sangat bermanfaat sebab bahasa diorang. Time ni kita boleh belajar bahasa secara tak langsung.. Betol tak?

p/s: nak download cerita ape ye? Hmmm



10 criticisms:

combi said...

susahnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

SyamimiNazifa said...

bestnyaaa, teringin sangat

Rin Saharina said...

untungnyaaa faie dpt bljr foreign language :D

faie mohamad said...

@combi: agak susah arr.. tu yg kne study byk2 huhu

faie mohamad said...

@syamimi: jom blaja.. time muda ni cri ilmu byk2 :D

faie mohamad said...

@rin: hahaha.. sume org boleh blaja.. meh la join skali hehe

NurainSuperr said...

WAH bestnyaaa belajaq bhasa jepun !

faie mohamad said...

@nurain: best tp kne byk usaha lebih^^

sabella mohamad said...

bella teringin sangat nak belajar mandarin kak . kalau masuk uni nanti , nak ambik subjek mandarin . hihi .jeles tgk org yg fasih berbahasa mandarin :)

faie mohamad said...

@sabella: meh amik meh.. tersangat bestt ^^

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea