Tuesday, 5 February 2013

bila doa dimakbulkan

currently written by faie mohamad at Tuesday, February 05, 2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Entri baru untuk sem baru ini.. jugak untuk bulan Febuari ni.. weheeee~

Bila bercakap pasal doa, ia ada kaitan dengan keinginan kita untuk menyampaikan sesuatu padaNya, samada berbentuk positif or negatif. Doa, besar impaknya dalam hidup seseorang.Kuasa sebuah doa mampu menenggelamkan kebatilan, menegakkan yang haq dan mengubah hidup sesuatu makhluk. Doa menjadi penghubung utama antara makhluk dengan pencipta. Tanpa doa, ia secara halusnya menggambarkan betapa angkuhnya manusia kepada Dia yang Maha Kuasa bahkan hanya mengharapkan usaha semata2.

Peristiwa malam tadi masih segar dalam ingatan.

3rd Febuari 2013. Sejak rasa diri ni senior (tak macam time junior dulu asyik ikut peraturan je), aku tersangat suka kembali ke kampus last minute. Dalam erti kata lain sangat suka tempah tiket saat akhir yakni waktu malam dan esoknya kelas pun start. Bukan apa, tak puas lagi hirup udara segar di kampung, jenguk kambing peliharaan, bagi kucing makan, sapu daun-daun kering belakang rumah.. semua tu nostalgia tau dak!

So memandangkan kuliah bermula hari ini, aku pun merancang naik bas malam sebelum itu... Malam tadi lah senang cerita. Tempah tiket Bas Perdana sebulan sebelum tu and pilih seat single. Tapi bahagian bawah sebab bas tu dua tingkat. Lor.. lupa nak bagitahu abang aku nak request tingkat atas. Bukan apa, bila teringat kejadian2 tak diingini, biasanya yang paling teruk efeknya adalah penumpang bahagian bawah. Berat hati campur tawakal dan doa banyak2.. Tu je yang termampu.

9.00 pm. Masa dalam bas sempat lagi aku berdoa,

'Ya Allah, janganlah bas ni sampai kat Greenwood cepat sangat yakni before pukul 6. Bagila apa-apa halangan janji bas sampai selepas pukul 6...'

Mungkin doa aku nampak bangang and tak logik, tapi sebetulnya ada sebab kenapa aku berdoa macam tu.

Pertama, sebab bila sampai sebelum pukul 6 tak ramai sangat orang kat situ. Bahaya sebab bas akan behenti kat tepi jalan tu je. At least lepas pukul 6 orang dah start pergi kerja and makin ramai kt situ and buat aku rasa selamat.

Kedua, charge teksi sebelum pukul 6 adalah 50% lebih tinggi. Contohnya kalau tambang teksi yang tertera tu RM10, akan jadi RM15. Dahla biasanya aku sorang je yang naik teksi ke mahalah. Maunya pokai kalau banyak kali buat macam tu.

Ketiga, sebab aku takde kunci bilik. Pagi tadi baru check in mahalah and amik kunci. Kesian pulak kat roomate ketuk pintu bilik pagi2 buta... Dahla masing2 penat kemas bilik malam tu. Tak sampai hati nak kejutkan awal2 bukak pintu bilik... Mungkin nampak remeh tapi bagi aku besar la jugak.

Perjalanan waktu malam bagi aku takdela penat sangat cuma nak tidur nyenyak macam tidur dalam bilik tu memang tak la. Minda sentiasa berjaga2 takut terlepas stesen tapi at least boleh lelapkan mata sejam dua. Sebab tu aku tak suka ambik tiket waktu siang sebab for sure aku akan muntah2 and rasa sangat tak selesa nak tidur dengan cahaya matahari yang tersangat terang tuh.

3.00 am. Bila bas dah gerak sampai Kuala Lipis yakni dah half way perjalanan, tiba2 time tengah mamai aku dengar macam letupan, taklah kuat sangat tapi cukup buat kami semua terjaga. Ingatkan aku sorang je yang dengar. Masing2 dah cuak bila bas tiba2 berhenti kat tepi jalan. Then kami dengar driver bas tu kejutkan pemandu sorang lagi yang tidur, 'Bangun weh, kecemasan nih...', dia cakap macam tuh. Lagi la kitaorang semua takut, dahla tengah2 hutan, betul2 depan tokong Buddha.

All of sudden kami nampak kepulan asap dan bau hangit yang sangat kuat. Rasa debaran makin kuat untuk mengetahui apa yg berlaku. Terus aku capai kasut dan tarik beg laptop kat bawah seat tapi tersangkut pulak kat seat kaki tu. Sekuat hati aku tarik tapi tak berjaya jugak. Then kami dengar pengumuman semua penumpang kena turun segera. Bayangkan semua berasak-asak keluar selamatkan diri. Aku cuma sempat ambik handphone je and purse je. Tak putus2 aku berdoa moga2 barang2 yang lain selamat dalam tuh. Haih sempat lagi.

Tak lama lepas tu, satu demi satu bas lain berhenti bagi pertolongan dan keluarkan fire extinguisher dari bas masing-masing. Rupa-rupanya tayar bas meletup dan hancur teruk plus ada kebakaran kecik kat situ. Nasib baik smpat sembur dengan alat pemadam tuh. Masing2 dah pucat sambil buat muka blurr. Maklumla semua tengah mamai, jadi pulak macam ni, memang semua buat muka cuak dah.

Then kami diarahkan naik mana2 bas yang ada seat kosong. Bila driver bas tu tengok muka aku terus dia arahkan aku naik bas Mutiara kat belakang yang tengah menunggu. So aku tarik beg ke sana. Dahla beg berat macam batu, sampai terkoyak bagasi aku tuh tarik beg dalam gelap.

Naik je bas tu memang takde pilihan lain terpaksa duduk sebelah mamat Nepal dari mana ntah. Takut jugak tapi buat2 berani. Nasib baik muka dia serius memanjang macam askar hutan baru lepas training, dibuatnya muka gatal maunya kena penampar sebijik hahaha.

Then bila dah dapat bernafas dengan tenang dan merelakskan diri, baru aku teringat kembali doa yang aku mohon sebelum tuh. Rupa-rupanya Allah memakbulkan doa aku dengan cara macam tu. Diberinya aku insiden yang membuatkan nafas aku hampir berhenti dan kemudian memberi kemudahan tanpa sebarang halangan. Walaupun rasa cemas tak terhingga tapi Dia buat aku sentiasa yakin akan ada pertolongan dariNya. Betapa penyayangnya Dia  :')

And Alhamdulillah, finally I managed to arrive at Greenwood by 6 am. Memang ramai warga UIA yang menunggu dan aku naik teksi bersama dua student UIA yang lain. Jimat dan efisien hehehe.

Dan hari ini, disertai sedikit penat dan mengantuk, aku selesaikan apa2 urusan yang patut di ofis. Mungkin ada sedikit trouble tapi aku yakin Allah pasti memudahkannya dengan izinnya. Rabbi yassir wala tuassir, ya Kareem...

Doa adalah anugerah Allah pada hambaNya untuk melihat sejauh mana kebergantungan kita padaNya. Selepas berusaha, maka berdoalah. Tukar istilah 'usaha tangga kejayaan' kepada 'doa tangga kejayaan'. Usaha tinggi macam mana sekalipun tapi andai andai ada rasa ego untuk memohon pertolongan kepada Maha Pencipta, ia adalah sesuatu yang sia-sia.

''Doalah padaKu, nescaya akan Ku perkenankan...''( 40:60) 


Semua doa yang dipohon termakbul, cuma jalannya mungkin berbeza dengan apa yang diinginkan.


Sentiasalah bersangka baik padaNya! Untuk Allah menghampakan hamba-hambaNya, tidak sama sekali. Even iblis yang kufur kepada Dia pun dimakbulkan permintaanya untuk menyesatkan manusia, apatah lagi manusia yang sujud kepadanya 5 kali sehari, for sure Dia mengabulkannya. 


Ya Allah, jadikan kami hamba-hambaMu yang sentiasa menurut perintahMu dan tanpa jemu terus menghambakan diri padaMu. Tempatkanlah kami dan orang yang kami cintai ke tempatMu yang paling mulia. Berikanlah hidayah kepada kami agar kami sentiasa bersyukur.



13 criticisms:

shar90 said...

bahaye jgk pengalaman mcm nih... ape2 pon doa mmg akn sentiase jd senjata mukmin... ^^

Miss Zahirah said...

ksian smpi terkoyak bagasi yer.. hihihi
ape2 pun sumenya slmat.. aaminnn...

Unknown said...

Doa tu penting lau kita nak DIA tolong kita kan :)

zas said...

hahahaha siap dapat duk tepi mamat nepal. hahaha lawak2. bahayanya tayar pecah. farihah nanti kite naik sekali la kalau nk balik kg or dtg uia. hehehe selamat sikit kalau ada kawan. hehehe

faie mohamad said...

@shar90:yup.. betol tu.. mmg kne stiasa berjaga2 and kontrol emosi :)

faie mohamad said...

@misszahirah: tula pasal.. hihi

faie mohamad said...

@cikbella: yes.. nk mtk ssuatu kne doa byk2.. kebergantungan padaNya sgt penting :D

faie mohamad said...

@ayu: hahaha..mmg klaka kalu ingt blik.. bereh.. mmg phni kne blk berteman doh... trauma dh.. huhu

zas said...

nanti kite plan ye :)

Sabella Mohamad said...

waa pengalaman ni kak . powernya doa tu . meski benda yg akak mintak tu nampak mcm remeh , tp Allah makbulkan jugak dgn cara2 tertentu :)

faie mohamad said...

@ayu: oraittt :D

faie mohamad said...

@sabella: tiada yg mustahil dgn berdoa kpdNya :)

WAHIDA ALIAS said...

setiap manusia tidak terlepas dari membuat kesalahan.cewah.ayat skematic diagram pulak

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea