Friday 21 December 2012

jika sakit itu mampu menghapus dosa-dosaku...

currently written by faie mohamad at Friday, December 21, 2012
Ya Allah,

Jika sakit yang aku alami ini adalah sebuah  ujian dan bertujuan menghapus dosa-dosaku serta menaikkan darjatku, maka dengan serendah hati aku tega menghadapinya tanpa keluh kesah. Cuma tenangkanlah aku, berilah aku kesempatan walau secebis cuma untuk mengucap syukur padaMu yang tak terhingga.



Sakit dalam mulut. Bengkak di kawasan lelangit selama 2 minggu sangat menyeksakan. Tambah lagi dengan final exam yg bakal bermula minggu depan, terasa diri ini tersangat fragile dan kerdil sekali. Hanya air mata yang tumpah menjadi saksi betapa derita yang aku alami ini sangat tak tertanggung. Terkadang terbit jua keluhan dari  bibir, bukan menyesali rasa sakit itu tetapi kerana  bimbang andai ia  makin memburuk. Pada siapakah akan aku mengadu nanti?

Pergi klinik sudah, makan ubat sudah, tapi sakit masih berterusan, bahkan makin menggila. Huhuhu. Di kala ini hanya wajah seseorang yang bermain di mata. Emak.

Mak, kesakitan yang anakmu alami ini sungguh tak tertahan. Kadangkala air mata tumpas jua sebagai bukti anak ini tidak kuat menghadapinya. Meskipun mak sudah mengetahuinya melalui panggilan telefon, bukan semua yang aku beritahu itu betul. Konon ia bertambah sembuh. Walhal ia bertambah memburuk. Bahkan lenaku seakan terganggu dan aku kerap terjaga malam sambil menangis seorang diri. Tak siapa pun yang tahu. Terkadang di depan khalayak ramai aku cuba mengukir senyuman di bibir walhal dalamannya deritanya  hanya Dia yang tahu.

Bukan niat aku untuk menipu dirinya, tetapi aku tidak mahu membuatnya bertambah bimbang. Pasti jika dia mengetahui hal sebenar, cemasnya pasti tidak terkata. Pasti aku dihujani soalan bertubi2 dari mulutnya kerana risaukan akan diri anaknya. Aku tidak mahu rasa bimbang itu menghantui dirinya. Biarlah ubat painkiller yang dikirim olehnya semalam menjadi peneman setia kala air mataku jatuh tanpa henti. Biarlah dia ingat sakit aku makin menghampiri kesembuhan, bukan sebaliknya.

Efek dari sakit yang makin mengganas itu, aku ditimpa demam yang agak teruk. Suhu badan aku naik mendadak. Sudahla tak mampu menikmati makanan pejal, hanya  terpaksa menyuap bubur nasi yang kenyangnya  hanya  sementara, rasa sakit di kepala juga makin menjadi-jadi. Ya Allah, disaat aku ingin bertempur  dalam ujian final exam yang sungguh memberi tekanan  emosi yang mendalam, Kau datangkan rasa sakit ini agar aku tidak akan sekali-kali melupakanMu dalam doa sujudku.

source: google



“Tidak ada satu kesusahan, yang menimpa di bumi dan juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia diadakan di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya yang mengadakan demikian(kesakitan, cubaan, bencana) itu, adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati dengan apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu tidak bongkak dengan apa yang ada pada diri kamu, dan ingatlah bahawa Allah tidak suka pada setiap mereka yang takabbur lagi membanggakan diri” Surah Al-Hadid ayat 22-23.

Selalu aku terdengar andai kita jatuh sakit, itu bermakna Allah sedang mengampunkan dosa dan menaikkan darjat hambaNya. Hatta  terpijak batu ditepi jalan mahupun terpijak duri sekalipun menunjukkan  anugerah  Allah kepada hambaNya, inikan  pula sakit berterusan yang membuatkan hambaNya  makin menginsafi diri, sakit itu permulaan untuk menuju alam kematian.

Allah ingin kita kembali mengingatiNya, muhasabah kembali kehidupan kita  yang amat singkat ini. Sakit itu adalah petanda kita adalah  hanya seorang manusia, yang tiada apa2 melainkan ihsan dariNya.

Ya  Allah, andai sakit ini membuatkan aku kembali menginsafi dosa-dosaku yang silam, maka biarlah kesakitan itu berada dalam diriku hingga dosa-dosa itu beransur pergi. Apa yang aku inginkan ialah, berilah aku kekuatan dan semangat untuk menghadapinya dengan ketabahan dan kekentalan yang Engkau  anugerahkan.

Sakit itu kaffarah dosa. Masa sakit inilah kebergantungan kepada Allah kena kuat, kan?


Sakit, mampu menjadikan kita beringat. Seakan-akan bila kita sakit, Allah SWT berbisik kepada kita:
“Sesungguhnya Aku mampu menarik nikmatKu bila-bila masa sahaja”

3 criticisms:

Annamariana1989 said...

alololo...comey nya ..

izzati khairunnisa said...

comelnya baby ni! :D

syahirah said...

alahai. comeinya...tambah2 gambar ke 5 tu hehehhe

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea