Hari ni nak share event yg agak best sepanjang sem ni. Memandangkan sem ni skill course yg aku ambik Community Service, so kitaorang harusss buat program yang berunsurkan komuniti setempat (dah namanya community service kan). So kitaorang diberi dua option; buat program di PDK Gombak Setia OR di Fasa 7 Sri Gombak.
Fikir punya fikir, decide punya decide.... kami pilih option ke 2. Fasa 7 Sri Gombak.
Hampir 2 bulan masa diambil utk siapkan proposal, site visit, plan itu, plan ini, rombak master plan beribu2 kali, beratus2 kali tukar floor plan, terpaksa layan kerana ketua komuniti tempat tu yg agak annoying pada mata kasar kami.. sekejap nak itu.. sekejap nak ini.. tunda tarikh berkali2.. Dari 3hb Disember ke 7hb Disember... Tukar pulak ke 15 Disember kerana kerenah birokrasi pihak atasan... Semuanya buat kami terasa amat2 down. Tapi lepas tu masing2 sama2 beri semangat dan start balik dari mula. Demi menunjukkan komitmen pada masyarakat dan sebab tak nak repeat dan subjek ni sem depan, masing2 cuba cekalkan hati. Dan Alhamdulillah... akhirnya pada hari ini... 15hb Disember 2012.. ia berjaya dilaksanakan atas kerjasama semua pihak. Bestnya bila sampai sana.. semua pakat ringankan beban masing2.. biro PR buat kerja biro Catering, PC pulak ambik alih tugas nurse buat MC, Prep and Tech sama2 tolong Special Task punya biro.. Amazing! Semua pakat tak berkira hulurkan tangan masing2 bantu sekadar termampu.
Me as Program Coordinator (PC). Dan aku jugaklah yg terpaksa tolong nurse ambik tekanan darah utk penduduk taman tu. PC yg sorang lagi terpaksa gantikan tempat aku. Tapi takpe, masing2 memang dah follow task memasing kat floor plan tu. So takde masalah sangat :D (mukapucatdemamtakkebahsampaisekarang)
Alhamdulillah.. Syukur sesangat bila sampai kat sana kebetulan penduduk tengah buat gotong royong. So ini peluang keemasan kami. Apalagi kami tarik diorang buat medical check up terus. Actually tempat yang diorang buat gotong royong tu adalah tempat asal kami but lepas dapat arahan dari Tuan Haji, terpaksa buat kat depan surau kat situ je. Nasib baik dah ada back up plan awal2.
Taklimat dari wakil penduduk disitu. Lupa namanya apa hahaha
poster ditampal dimana-mana
sesi rehearsal bersama commitees members
Syukur jugak sebab target penduduk yang kami inginkan tercapai. Bajet dalam not more than 100 sebab tak cukup bajet utk makanan dan yg datang adalah dalam 60+++. Itu sudah cukup bagus buat kami. Before this masing2 down sebab takut takde orang datang. Ketua penduduk tu pulak awal2 cakap program ni maybe tak dapat sambutan sebab diorang sibuk dgn aktiviti gotong royong. Sebaliknya gotong royong tu yg buatkan semua pakat datang :)
Pamplet2 yang diedarkan kepada mereka2 nih
Paling aku takleh lupakan bila check tekanan darah penduduk taman. Yang perempuan ok lagi tp yang lelaki ni punyala susah nak masukkan alat tu dalam pergelangan tangan diorang. Bila aku suruh adjust sendiri, diorang buat acuh tak acuh pulak. Takkan aku nak pegang tangan diorang pulak. Sabo je la. But dalam byk2 ni ada jugak yg kelakarnya. Sorang mak cik ni suruh aku check tekanan darah dia. Bila check bacaannya mak aii.. more than 200++... Dia tak puas hati.. Dia off sendiri alat tu and on balik... Sekali lagi keluar result, lagi tinggi dari sebelum tu. So dia cabut alat tu kat tangan dia and cakap, lain kali mak cik buat ye. Mak cik rasa banyak yang silap ni.. Hahaha ado pulak cenggitu. Macam2~
Selain ada team medical check-up, ada jugak pegawai dietitian bagi ceramah. Dalam 1 jam setengah lebih kurang. Time ni mostly ramai yang dah balik. Nak masak tengahari kott...
Kawan aku cakap muka aku tersangat pucat time tu. Yela demam tak kebah lagi. Ulser pulak makin menjadi2. So dia suruh aku pakai spek cover sikit kepucatan kemacaman kemayatan tuh. hihihi
So after talk, kitaorang mula berkemas2 nak balik. Balik UIA terus buat post moterm. Bincang isu yang timbul dan cuba perbaiki kelemahan diri. Manusia, selagi namanya insan selagi tu tak lekang dari khilaf. Tol dak?
#Terfikir jugak... diri sendiri tak sihat, duk check kesihatan orang lain. Ceh. Takpe2, buat jangan kerana sesiapa. Tapi kerana Allah. Mudah-mudahan Allah bagi kesembuhan yang cepat kepada aku. In sya Allah.
Till then...
5 criticisms:
wahhh,bestnya cs korang.get well soon farihah =)
Get well soon.. :)
Best jugak sesekali conduct event camni kan? Kira okeyy la. Sbb gotong royong tu, dah memudahkan keje korang. Takyah sesusah nak kumpulkan org kampung. Hehe. Klako lak makcik yang takleh terima kenyataan tu. Tapi err kesian gak kat dea. Maybe dea dah jaga pemakanan betul2 ke, exercise hari2 ke so tak expect la resultnya camtu. Agaknya la. Hehehe.
Btw, get well soon untuk Faie jugak. Check kesihatan org laen check jugak. Diri sendiri kena jaga gak okeyyy! :D
nice entry..
umah miss kt fasa 9 jer...
hihihi
Post a Comment