Tuesday 18 December 2012

Hantaran tinggi- ukuran bernilainya seorang wanita?

currently written by faie mohamad at Tuesday, December 18, 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Aku ambil ni dari fb Ibnu Batoota.







Wanita itu 'tidak ternilai' bukan 'tidak bernilai',
Maka jangan sesekali fikir mas kawen atau duit hantaran itu adalah harga seseorang wanita.
Jangan samakan muslimah kita dengan pelacur yang meletakkan nilai wanita pada jumlah duit.

Kami(lelaki) bukan membeli muslimah dgn mas kawen.
Tapi kami memberi mas kawen sbg hadiah dan tanda cinta.


Ketika zaman jahiliah,harga wanita dinilai dengan wang,lagi cantik wanita itu,lg mahal harganya, wanita dilacurkan secara umum.


Bila datang islam,islam mengubah 'wang lacur' kepada 'mas kahwin',mengubah akad 'lacur' kepada akad 'isteri'.


Menukar fahaman bahawa wanita 'alat seks' kepada 'teman hidup'.
Maka jangan lah kembalikan adat jahiliah dengan melacurkan anak2 kalian atas nama 'perkahwinan','mas kahwin','duit hantaran'.


Kepada wanita skalian,tahanlah ibu bapa kalian dari melacurkan kalian kepada kami.
Tahanlah mereka dari meminta2 mas kahwin dan duit hantaran yang tinggi dan meletakkan nilai kalian atas duit.

Kalian adalah mulia,isteri yg solehah adalah separuh dari kesempurnaan agama,lahirnya mujahid penakluk dunia dari seorang ibu yg mulia..Maka knapa melacurkan diri?

************

Kekadang bila aku duk baca statement dari mana2 pihak yang condemn pihak perempuan yang menetapkan hantaran tinggi mengalahkan artis, aku akan tersenyum sendiri. Jelas nampak ketidakcerdikan mereka yang mahu itu ini, hantaran serba satu seolah-olah mereka itu bidadari turun dari langit.

Walaupun aku seorang perempuan, aku sangat bersetuju dengan statement di atas. Wanita itu tidak ternilai. Walaupun hanya mahar seringgit, tetapi jika dia adalah bidadari dunia yang bakal menghuni syurga, dia adalah semahal-mahal wanita. 

Tingginya martabat wanita itu bukan dinilai pada hantarannya yang bernilai ribuan serba satu, tapi pada akhlaknya dan kedudukannya yang dia letakkan dirinya disisi Allah.

Walaupun ramai yang menyangkal dan mengatakan zaman sekarang ni segalanya memerlukan duit.. Nak tahu lelaki itu mampu sara kita atau tidak, tengok pada harga hantaran yang diberinya...  YA! Sangat betul. Tapi perlu ke berlebih-lebihan?

Aku tak kata nak kahwin lelaki perlu bagi mas kahwin hanya RM10 dan segalanya selesai. Nikahnya sah tapi tanggungjawabnya selepas itu lagi besar. Berilah dengan berpada-pada, sesuai dengan keadaan dan kemampuan. Jangan diikut sangat uruf dan adat negara kita yang sangat suka meletakkan hantaran serba satu  yang jumlahnya pun dah melangkaui jumlah kos kahwin. Sampai bajet semua lari sebab duk ikut sangat adat yang entah apa-apa itu.

Contohnya, kalau nak berkahwin dengan pemegang Ijazah, hantarannya harusss RM12K-RM15K. Derrr, perlu ke macam tu? Takkan nak tunggu lelaki tu sampai beruban baru boleh masuk meminang? Takkan nak tunggu sampai ada hubungan terlarang sampai baru kelam kabut nikah free. Tak perlu hantaran tinggi dah.

Jangan nanti ramai yang bergelar andartu sebab nak tunggu prince charming bagi hantaran RM15K keatas baru nak kahwin. Padahal masak pun tak reti, kemas rumah pun hancuss. What a shame!

Islam sebaik-baik agama yang menekankan kesederhanaan dalam pelbagai perkara. Yang boleh didahulukan, dahulukanlah. Tak perlu la nak tunggu yang grand dulu baru rasa puas hati yang teramat. Zaman sekarang, semuanya perlukan duit. Kalau urusan kahwin pun dah menelan belanja macam beli Toyota Vios, mana lagi baki yang tinggal?

Nasihat aku, ikutlah kemampuan. Kalau mampu bagi yang tinggi, bagi la. Kalau tak mampu, jangan paksa diri. Kalau si gadis menolak, apa susah, cari je la orang lain. Habis cerita. Biar padan muka gadis tu : p

Soal hantaran, bagi aku tak manis kalau pihak perempuan yang tetapkan. Dalam masyarakat kita, yang over tu biasanya datang dari ibu bapa si gadis, bukan dari gadis tu sendiri. Lepas tu timbul istilah jual anak la, anak tu cantik sangat sampai hantaran 20k, macam-macam la. Kan dah jadi spekulasi. Pakcik makcik nak tengok anak jadi andartu ke?



“Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian yang halal itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya”.
[An-Nisaa: 4]



Hantaran itu hanyalah adat warisan. Yang wajibnya mas kahwin. Yang duk sebut time akad tu. Hantaran yang ribu ribu ribu ribu tu takde pun dalam Islam. Tu cuma adat je. Ingat tu.


Aku petik kata2 ni dari sebuah blog. Kata2 nya lebih kurang begini:


''senangla korang cakap tak payah hantaran tinggi2 utk kitaorang. Nanti yang masak pagi2 buta sape? Yang bangun malam berjaga anak lapar nak minum susu, tukar pampers anak, jaga anak sampai diorang besar, masak lagi, basuh baju, kemas rumah bagai... sape??? Lelaki? Membuta la jawabnya. Takdenye nak bangun buat susu anak.. Kalau anak menangis buat dek je. Wajarla kalau kami dapat hantaran mahal2 pun.. Tu kira upah ape utk kitaorang. Sepatutnya lebih dari tu kami perlu dapat...''


Dear anda yang berbicara, (mengikut pendapat aku dari seorang perempuan itu sendiri),

Kalau bagi hantaran tinggi semata-mata untuk membalas kebaikan perempuan yang banyak berkorban dalam keluarga, termasuk terpaksa korbankan waktu tidur semata2 kerana tangisan anak2 yang banyak ragam, dengan stressnya kene kerja untuk support suami then balik rumah terpaksa bekejar ke sana ke mari semata-mata nak tunaikan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri, apala nilai sangat hantaran setakat belas-belas ribu. Hatta ratusan ribu pun tak mampu nak balas pengorbanan tu.

Analogi yang boleh diguna, boleh terbayarkah jasa ibu bapa kita yg membesarkan kita dengan memberi mereka duit RM10k sebulan? Mampukah membalas segala penat lelah mereka membesarkan kita selama ini?

Walaupun jutaan ringgit yang diberikan, tetap takkan mampu membayar harga sebuah pengorbanan yang tiada tara itu. Walau berduit mana pun seorang anak, tetap takkan mampu membayar balik sejumlah wang dengan setitik peluh yang keluar dari ibu bapa mereka demi menyara anak-anak mereka.

Jadi, samalah dengan hantaran itu. Walaupun berjuta-juta hantaran yang dibayar oleh pihak lelaki, tetap takkan mampu membayar pengorbanan seorang wanita dalam rumah tangga itu. Besarnya pengorbanan itu takkan mampu terbalas dengan material.

Hanya pahala yang berterusan dan keredhaan Allah yang mampu menebusnya. Ya, keredhaan Allah. Yang lebih penting dari segala. Bukan emas yang bergunung tinggi, bukan duit yang berbilion dolar, bukan segunung intan permata. Redha Allah adalah keutamaan kita.


Sabda Rasulullah Saw:
"Wanita yang paling agung kebarakahannya, adalah yang paling ringanmaharnya."  (HR Ahmad, Al-Hakim, Al-Baihaqi dengan sanad yang shahih).

Rasulullah juga mengingatkan,"Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Namun sebaliknya,wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya."


Belajarlah untuk menjadi seorang yg bukan materialistik! 




Till then..


p/s: currently tgh siapkan entri mandarin part 3 :)


7 criticisms:

Unknown said...

setuju sangat, org sekarang ni suka letak hantaran tinggi2 kdg2 mengalahkan artis.

محمد رازيق said...

setuju. kadang2 beban pihak suami.

Anonymous said...

betul3..tapi orang tua nie kadang2 nak mas kawen yg tinggi..wuwuuw

AM said...

Hantaran tinggi membebankan pihak lelaki dan boleh menimbulkan banyak kesan buruk. Hantaran biarlah berpada, yang penting kehidupan selepas kahwin bahagia dan diberkati. :)

Athirah said...

sakit mampu menjadikan kita beringat..betul2...

Miss Zahirah said...

bla baca entry ni.. terdiam skjp..
btul ape yg dkatakan..
;)

Annamariana1989 said...

kalo suka sama suka x yah la letak tinggi2 sangat kan.. biar la disatukan dengan penuh kegembiraan bukan dengan kesusahan menghadapi hutang yang banyak lepas nikah nanti..

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea