Sunday 17 June 2012

Peringatan Rasulullah untuk wanita

currently written by faie mohamad at Sunday, June 17, 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Untuk entri kali ni aku nak share beberapa hadis khusus untuk kaum wanita. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua.



1.       ‘’Wanita  yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya, nescaya masuk ia  kedalam syurga.’’
(Riwayat Tarmizi)

2.       ‘’Dunia adalah sebaik baik perhiasan dan sebaik baik wanita ialah wanita solehah.’’
(Riwayat Muslim)

3.       ‘’Dikahwini wanita kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Maka carilah yang kuat agamanya nescaya kamu bertuah.’’
(Riwayat Bukhari)

4.       ‘’Apabila lari wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangan kepadanya (memohon maaf).’’
(Riwayat Hassan)

5.       ‘’Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar,mendongaklah syaitan memandang akan ia.’’
(Riwayat Tarmizi)

6.       ‘’Wanita, apabila ia bersembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taatkan suaminya, maka masuklah dari mana  mana pintu syurga yang ia kehendaki.’’
(Riwayat Ahmad, Ibnu Hibba, Thabrani, Anas bin Malik)

7.       ‘’Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan  untuk suaminya atau muhrimnya) adalah seumpama gelap gelita pada hari kiamat, tiada nur  baginya.’’
(Riwayat Tarmizi)

8.       ‘’Wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan syarak, maka haramlah baginya bau syurga.’’
(Riwayat Abu Daud, Tarmizi)

9.       ‘’Mana mana wanita yang memakai bau bauan ,kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya, makaia adalah perempuan zina dan tiap tiap mata yang memandang adalah zina.’’
(Riwayat Ahmad, Tabrani dan Hakim)

10.   ‘’Syurga itu terletak ditelapak kaki ibu.’’
(Riwayat Imam Ahmad)

11.   ‘’Kamu sekalian adalah pemimpin dan masing masing akan ditanya tentang mereka yang kamu pimpin. Raja pemimpin kepada keluarganya dan isteri pemimpin rumahtangga suaminya. Maka kamu sekalian pemimpin dan akan bertanggungjawab atas pimpinanmu.’’
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


 Dear women outside, you are special... Please protect yourself from any harm... :)

6 criticisms:

caliph shuriken said...

berusahalah menjadi wanita solehah :)

Anonymous said...

peringatan rasulullah adalah untuk kebaikn para wanita ,
menjaga martabat dan maruah wanita (:

semoga kita sama-sama menjadi wanita solehah ...

Khairun Nisa' said...

Aslmkm...
mintak share yerr....

dariilhamkehati said...

wah , even takde mud pown boleyh buat entry panjang cmnih , kalaw adw mud tataw la panjang macam manerr , hehehehe , dulu dari u mane ?? upsi kerr ??

faie mohamad said...

caliph: insyaallah :)

ulya: semoga kita sme2 kearah itu.. ameen~ :)

ayuniesa: silakan :)

cweet pinky : hehe ni slh entry ni.. but it's ok :) saya student uia, 3rd year =)

shark said...

salam kenal dari saya :)

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea