Wednesday, 13 June 2012

Kita sememangnya layak untuk diuji

currently written by faie mohamad at Wednesday, June 13, 2012



Assalamualaikum dan salam  sejahtera

 Firman  Allah  dalam  al-Quran:
Dan sesungguhnya Kami uji kamu dengan sesuatu(cubaan), iaitu ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta, manusia dan buah buahan. Dan berilah khabar gembira orang orang yang sabar (atas ujian itu). (iaitu)Orang orang apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata: Innalillahiwainnailaihirajiun.  (sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepadaNya jualah kita kembali)
Surah al-Baqarah: 155-156

Sesungguhnya ujian yang diturunkan kepada manusia adalah  bertujuan untuk menguatkan  jiwa  dan membuatkan mereka bertambah  dekat pada penciptaNya. Jika   dalam hidup ini kita  terlampau  bersenang lenang  tanpa  ditimpa  ujian  yang  meruntun  jiwa,  mana  mungkin   hati  kita  akan  lunak  dalam   memikirkanNya?

Kalau selama ni kita terlampau bersedih, berduka, kecewa dan risau yang berpanjangan kerana gagal dalam sesuatu, atau  ditinggalkan oleh orang yang dikasihi, atau kehilangan tempat bergantung, atau juga ditarik nikmat pancaindera yang selama ini menjadi kebanggaan, ingatlah sesungguhnya itulah tarbiyah Allah agar kita kembali dekat padanya. Dia mahu kita mengingati kembali siapakah kita, apakah tujuan kita ditimpa musibah ini dan hikmah yang kita perolehi kesan dari semua ini.

Saya pasti ada diantara kalian yang pernah melalui episod duka didalam hidup, samada besar atau kecil. Sedikit sebanyak ia pasti akan meninggalkan parut yang dalam dihati kita.  Kita selalu beranggapan bila sesuatu yang berharga hilang dari hidup kita seolah2 kita telah kehilangan segala macam yang ada pada diri kita. Kita seolah2 hilang segala2 nikmat yang ada selama ini. Itulah silapnya. Kerana terlalu mengagungkan sesuatu yang tidak pasti, bila sekali ia hilang dari diri kita, kita hilang pegangan hidup yang menjadi tunjang utama iman kita.

Saya sendiri tidak terkecuali pernah mengalami situasi ini. Bila sesuatu yang pahit melukai hati saya, saya seolah2 merasakan dunia ini berakhir. Saya tidak mampu bangkit dari jatuh yang saya bina sendiri. Berbulan lamanya saya menyendiri dan berhalusinasi dengan diri sendiri.

Namun lama kelamaan akhirnya saya telah terlihat satu cahaya dipenghujung terowong yang saya bina itu sendiri.  Secara tidak langsung saya akhirnya sedar, tiada gunanya bersedih dan mengorbankan waktu2 indah dalam hidup saya. Bila mana hati saya telah dilukai, akhirnya saya berjaya mencipta satu formula baru yang berupaya menjadi antiseptik akan  kesedihan yang saya alami.

Rentetan dari itu saya bangkit dari dunia saya, saya cuba membuat perubahan pada diri saya. Saya telah brjaya memotivasikan diri saya dan orang lain dan mengubah imej diri agar peristiwa lama tidak menghantui saya lagi. Alhamdulillah akhirnya dari situ saya kembali kepada diri saya yang sebenarnya. Saya semakin meyakini bahawa hanya Allah yang menjadi pegangan dan jika bergantung kepada manusia, ia pastinya mengecewakan. Dan akhirnya saya mampu menghasilkan blog ini untuk menunjukkan pada diri saya sendiri bahawa saya mampu mengusir segala kesedihan yang didiami sejak sekian lama. Dan alhamdullillah, thanks for those who make my life become terrible through this experience.  Without this experience I’m nothing because I myself really wanna make it something. =)

So, bangkitlah dari keperitan masa lalu. Kita dari dulu beranggapan bila kita ada masalah yang menghantui diri kita, kita merasakan kita tidak mempunyai jalan keluar untuk menghadapinya. Tetapi lihatlah sekarang, kita telah mampu berdiri dan masih lagi bernafas diatas muka bumi ini. Dan sekarang ini jika kita rasa kita tidak mampu survive, ingatlah suatu hari nanti kita pasti akan melalui kemanisan yang sama. Masalah yang kita hadapi bukanlah penamat segalanya. Jika kita pernah dikecewakan, pujuklah diri sendiri akan ada sesuatu yang akan menghiburkan diri kita pada waktu akan datang.


Ingatlah, jika pada hari ini kita menjadi manusia yang hebat jiwanya,  suatu masa dahulu kita pernah tersungkur kelelahan menghadapi ujian itu. Dan Allah datangkan ujian kepada kita agar kita dapat menilai diri sendiri dan menjadi manusia yang selalu mengambil iktibar diatas semua perkara yang berlaku. Jika kita pernah mengaduh kesakitan kedukaan, ingatlah Allah telah menyediakan satu ubat yang pasti akan mengubati kembali kelukaan itu. Kita   sememangnya layak   diuji dan jangan  dipertikaikan lagi.

PerancanganNya terhadap kamu adalah yang terbaik. Mungkin kalau bukan untuk hari ini, mana tahu ia untu hari esok, lusa, tulat dan hari2 seterusnya. Sesungguhnya Dia adalah penyusun takdir yang terbaik untuk hambaNya dan jangan sekali2 pertikaikan hal itu.

Hanya kita yang mampu mengubah nasib kita sendiri. Bukan orang lain. Bukan sesiapa. Kita yang berhak menentukan arah tujuan hidup kita. Jadi kita tidak berhak untuk selamanya bersedih dan berduka kerana diluar sana terlampau banyak ranjau kehidupan yang perlu kita rentasi diatas duri masa. Jika kita jatuh hanya disebabkan satu masalah, bagaimana untuk kita menghadapi masalah ummah yang selalu dipersoalkan masa ini?

Jadi, bangkitlah dari kekecewaan masa lalu. Sebagai hambaNya,  kita sememangnya layak untuk  diuji.

Sekian.

Love  ^^


3 criticisms:

Nonny said...

salam..
maaf mengganggu hehehe
jom luangkan masa anda menyertai GA ohsem nie..
hadiah sungguh lumayan..
ape lagi jom jom jom

http://zaidatulaznishamsuddin.blogspot.com/2012/06/miss-jijie-1st-giveaway.html

http://zaidatulaznishamsuddin.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-by-nina-kiki.html

Shereen Yahya said...

mula-mula sedih juga lama-lama bersyukur bila diberi ujian . hehe

anas kaiti said...

lebih lumayan di sana berbanding di sini..
bersabar tunggak kejayaan..
hehee!

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea