Thursday 2 April 2015

Hari Lahir-Birthday-Tanjoubi-Shengri

currently written by faie mohamad at Thursday, April 02, 2015

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. 1st April datang lagi dalam hidup aku. Membawa maksud usiaku sudah menginjak ke angka seterusnya. Menandakan aku telah matang sepenuhnya dalam memikul segala tanggungjawab dalam diri. Juga membawa erti ajal semakin hari semakin dekat. Oh, really cant imagine this huhu.

Birthday kali ni takde celebration pun. Bila usia dah makin bertamb
ah, segala sambutan bagi tu bukan perkara utama dah. Kalau dulu kemain beria beli kek, beli props celebrate kat KFC la pastu amik gambar ramai2. Sekarang ni ada jugak la feeling camtu cuma masa yang membataskan, Yang penting ucapan. Yes, ucapan from orang-orang tersayang. Bila ada yang sudi wish, feeling dia tu, pergggghhh... rasa dihargai sangat. Rasa disayangi pulak kikiki. Dan kebetulan sebelum tu aku pernah menjadi guru sementara kat sekolah di Johor, maka ramai lah yang tampil mengewish chegu dia yang sempoi nih. Nanti next entri aku cerita pasal students aku.

Ucapan dari student 5UKM. Thanks qila. Qila kesayangan ckgu. Cikgu sayang qila


Ucapan dari student 5UKM. Yang ni pun antara kesayangan. Dia nyanyikan lagu birthday dalam Bahasa Korea. Oh my... Effa, awak comel sangat tau. Sayang gilee

Ucapan dari student 5UKM. Juga student kesayangan aku,.Tq Fatin. Awak memang sweet sgt! wink wink


Ucapan dari student 4UKM melalui group whatsapp. Korang mmg sweet, tak pernah buat ckgu marah2. Sayang sgt2

Ucapan dari student 5UKM dari group whatsapp. Terharu gila. Rindu korang tau

Ucapan dari student 4UKM. To Fara, arigatou! Cg akan selalu sayang awak sampai bila-bila tauu


Ucapan dari student 5UKM. Thanks Kai, good luck for your spm :)


Yang ni pulak kat WeChat. Diorang post kat moment. Ada yang masa aku buat praktikal kt KL dulu pun wish. So sweet :). Thanks Hazim yang gigih up kat moment and pagi-pagi dah wish sy happy birthday. terharu tau. Juga terima kasih kat Dini dan Fatin yang still ingat kt cikgu dia ni even dah dua tahun tak jumpa :')

Terharu takleh nak cerita. Aku ingatkan once bila aku tinggalkan sekolah tu, aku bakal dilupakan sedikit demi sedikit, sebaliknya membuatkan aku makin disayangi. Walaupun just 2 bulan, aku menganggap kelibat aku akan hilang dalam minda untuk beberapa minggu, Namun, sehingga sekarang mereka masih lagi tidak lupa bertanyakan khabar, Thanks kesayangans teacher. Really mis all of you :')

Actually ada lagi ucapan birthday tu. Kat Fb, through inbox tapi malas nak screenshot. haha

Also, ucapan dari adik beradik tersayang. Banyak sgt. Tenkiu kakak2 ku yang telah banyak berjasa dan memberikan aku kehidupan. Aku tak mampu membalas semua tu, hanya mampu mengirim doa buat kalian. Semoga hidup dalam keberkatan dan penuh ketaatan kepadaNya.

For my mom, trima kasih mak kerana melahirkan aku. Aku selalu kelu mengungkapkan ucapan itu tapi jauh disudut hati, aku bersyukur kerana mempunyai ibu sepertimu. Seorang yang kuat, tabah, dan sangat kental. Very strong. I really wish to be like you, mom. 

So, untuk birthday kali ni, apa yang aku harapkan ialah:

-Cepat-cepat posting supaya aku cepat berkhidmat sebagai pendidik. Tu cita-cita dari kecil. Allah, kabulkanlah.
-Bertemu Mr Right at the right moment, right place, right time. InsyaAllah
-Jadi seorang muslimah dan caliph yang taat kepadaNya. InsyaAllah
-Dapat kumpul harta. I mean beli aset seperti kereta, ada sejumlah wang untuk kegunaan masa depan.
-Tambah ilmu sebanyak mungkin, baik ilmu duniawi mahupun ukhrawi. Balance kan.
-Ubah sikap negatif kepada positif. It may take time, but i hope it will work.
-Improve skill memasak. Sekarang ni aku dah terer (la sangat haha) masak mcm2 jenis masakan Melayu. Yang lain aku tak minat.
-etc etc

Ok. Takleh nak cerita banyak-banyak dah. Kang banjir kang. huhu. Arigatou gozaimasu everyone!

0 criticisms:

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea