Sunday, 22 September 2013

it's Lambaian Menara Gading program story!

currently written by faie mohamad at Sunday, September 22, 2013
Assalamualaikum...


I'm not feeling so well few days ago. Bila roomate disyaki demam dan batuk-batuk, aku pun turut terjangkit sama. Mula-mula tu batuk biasa, then celcius di badan terus naik mendadak sampaikan kalau letak telur ayam pun boleh masak da. Bedridden for two days, tak boleh bangun, makan pun lalu sampai kena gastrik and mintak mc untuk tidak hadir ke sekolah wuwuwu.. It's hard you know. Dengan lambakan kerja yang sentiasa menggunung tu, time2 macam ni teruji pulak dengan ujian kecil ni. Ok fine ok fine.

Pastu dalam duk demam tu, tetiba teringat kena jadi fasi untuk program nih. Tarikh 21 Sept hari Sabtu.  Program Lambaian Menara Gading untuk pelajar tingkatan 5 SMA Bugisiah Tampok, Pontian Johor. Dah TERjanji dgn sorang sahabat ni untuk jadi fasi then kalau tetiba nak kensel macam tak best pulak. Dahla time hujung minggu, orang kata waktu nak rehatkan diri bagai. But bila fikir-fikir balik buat apa nak rehat lebih-lebih, ye dak? Bukannya takde rehat langsung kot. Rehat sikit-sikit sudah.

Actually program ni lebih terarah pada bagaimana kami sebagai future counselor kena tolong pelajar tentang guideline yang betul on how to apply course kat IPTA dan jugak kecenderungan serta ciri-ciri personaliti yang ada pada mereka menerusi teori Holland. Pastu dalam masa yang sama kene la jugak boost up diorang punya confidence level dan semangat diri untuk SPM nanti. Ni program ad hoc untuk junior kami, student 4th year 1st sem dan aku serta 3 orang kawan lain yang sedang berpraktikal ni pulak kena membantu diorang untuk menjayakan program ni. Semua terpaksa jadi bidan terjun and last minute banyak benda yang tak terduga berlaku sampai semua pakat stres. Tapi Alhamdulillah berkat kesabaran, even bas diorang yang dijadualkan sampai awal tetiba mengalami kerosakan sampaikan semua jadi redundant, tapi dengan sifat profesionalisme yang tinggi dari main board kami, akhirnya ia berjalan lancar.


While waiting for the students. Me with juniors yang sporting. Program dijangka bermula pukul 11 tapi sebab bas mengalami kerosakan teknikal, kami terpaksa selama 2 jam lebih untuk menunggu kedatangan diorang nih. 





Alololo kemain lagi eh. Nasib baik ni time cuti. So takde orang sangat. Location: Depan Azman Hasyim Complex

And finally, semua peserta tiba dengan selamat kat UIA nih. After diberi taklimat, makan-makan dan menunaikan solat Zohor, mereka di bawa ke bangunan Institute of Education, specifically kat LT2.

Kaunselor diorang, bro Lukman Uzir, yang jugak ex student INSTED kat sini sebenarnya yang bertanggungjawab bawak diorang nih kat sini. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan kat pelajar tentang kehidupan sebenar kampus dan jugak maklumat berkenaan dengan kerjaya. Bro Lukman ni jugak satu-satunya kaunselor kat sekolah tuh. Actually sekolah tu baru dinaiktaraf dari Sekolah Agama Rakyat kepada sekolah menengah biasa.  Apa yang menariknya tentang student2 nih ialah, mereka sangat sopan santun, mendengar kata dan tak bising. Pendek kata kalau bagi arahan apa sekalipun, diorang mampu selesaikan dan melaksanakan dengan mudah. Kalau nak dibandingkan dengan budak sekolah aku tu...hahaha


Ada beberapa slot yang aku rasa agak menarik untuk students nih. Contohnya ucapan perwakilan pelajar setiap kuliyyah di UIAM. Kat sini comitee menjemput wakil dari setiap kuliyah bagi ucapan dan explain tentang kuliyyah diorang serta requirement yang perlu dipenuhi. Ada jugak dikalangan mereka yang menyentuh pasal pengalaman mereka sepanjang menjadi students kat sini. Kawan aku, Ayu yang jugak kawan sekolah rendah dulu dan mewakili kuliyyah AIKOL terpilih untuk sharing moment nih.  

Me with adik-adik yang comel-comel, manis-manis nih. Dalam program ni aku diberi tugas jadi fasi kat diorang dan explain tentang kerjaya yang bersesuaian dengan personaliti masing-masing. Mula-mula nervous jugak tapi sebab masing-masing buat muka rilek je so segalanya berjalan dengan baik. Ada jugak sesi sharing moment dimana setiap orang akan diberi peluang bercakap dan mengekspresikan feeling masing-masing tentang life diorang. I like them sebab diorang sangat sporting dan mudah memberikan kerjasama. Terharu wuwuwu.


Time ni pulak waktu untuk jelajah kampus. Since masa tak berapa mengizinkan, ye lah dah drag masa yang tiga jam tadi tu, so aku just bawak diorang melawat bangunan Engin dan KAED je. Pastu bergambar sekejap kat depan CAC tuh and bagitahu serba sedikit tentang UIA. Kelakarnya aku sendiri pun sesat masa kat bangunan Engin tuh. Manala aku tahu, bukan kuliyah aku. Nasib baik cepat-cepat cover =p.

This is KAED gallery. For me bangunan KAED yang paling cantik kat UIA nih. Rindu nak datang sini sebab masa mula-mula aku masuk UIA ni, aku kena belajar kat bangunan KAED untuk subjek EPT. So masa first year dulu selalu jugak lepak-lepak sini dengan kawan-kawan yang lain. And again, sejarah telah berulang.


Momen sebelum bersurai. Semua pakat nak masuk UIA bila aku ceritakan tentang keindahan UIA yang serba permai nih dan suruh aku doakan semoga impian diorang tercapai. InsyaAllah adik-adik, ada jodoh kita bertemu lagi ye.

Thanks for coming here and become part of us. We're glad and thankful for this. Semoga anda semua berjaya dalam SPM dan tak lupa diri lepas ni. Nice to meet all of you guys :)

Wo hen gao xing renshi ni men dou! Zai jian...

1 criticisms:

nurains said...

comel-comel semuanya :) hehe.

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea