Tuesday, 9 October 2012

CELPAD and foreigners

currently written by faie mohamad at Tuesday, October 09, 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Don't know why... Lately aku tersangat suka flashback cerita2 dulu, 2 or 3 tahun before.. yang menjadikan aku seperti sekarang. Mungkin dulu aku agak berbeza dari segi karakter and now aku jadi seperti orang lain. A very huge difference. Pengalaman2 lalu mendidik aku jadi lebih outspoken, berani luahkan pendapat and become more cheerful. Maybe dulu aku agak serius and garang... sekarang pun apa kurangnya tapi aku rasa ada a little bit improvement.. lepas jadi cikgu praktikum perhaps. Kalau muka serius student mana nak dekat, ye tak? Lain la kalu aku ni dalam bidang disiplin pelajar.

Errr, berbalik pada tajuk di atas. Mungkin ramai yang tertanya2 apa itu CELPAD. Sejenis makanan kah? Or  nama tempat kah? Or  nama orang kah? CELPAD actually means The Centre for Languages and Pre-University Academic Development. Tak payah pening2. CELPAD tu kat UIA je. Tapi apa itu CELPAD sebenarnya? Actually benda alah ni diwujudkan untuk student2 UIA yang mana berkaitan dengan bahasa. Untuk melayakkan masuk ke kuliah, di UIA, seseorang kena melepasi tahap piawaian tertentu yakni mesti mendapat sekurang2nya band 6 out of 9 dalam English Placement Test (EPT). Senang cerita EPT tu macam MUET la. Ada speaking, writing and listening. Dan aku jugak tak terkecuali masuk CELPAD ni dan perlu dapat at least band 6 baru boleh masuk kuliah. Adala I sem aku kat CELPAD nih. But sebenarnya, terus terang aku cakap, almost 4 tahun aku spend masa kat sini, still aku tak dapat kenangan indah di kuliah semanis berada di CELPAD. Why? Okay, let me tell the reasons.  



(cerita 3 tahun dulu)


Kenangan 1

Seperti yang aku ceritakan awal2 intro, aku memang jenis agak garang dan susah nak senyum, nak2 dengan orang yang aku tak kenal. Di CELPAD, 80 peratus student dalam kelas aku adalah foreigner. Sebut je dari negara mana. Semua ada. Somalia, Afghanistan, Indonesia, Thailand, Yaman, Arab Saudi, Sri Lanka, Guinea, hatta dari Palestin pun ada. Tak lupa jugak dari si Esra, gadis comel dari Turkey. Sekelas dengan foreigner, biasala... Soal bahasa menjadi problem yang agak besar. Dengan loghat dan slang dari negara masing2 memang buat kami macam ayam dan itik. Kadang2 tu sampai sudah memang aku tak paham apa yang diorang yang cakap. Kelakarnya, ada sorang kawan lelaki aku ni. Dari Afghanistan. Aku panggil dia ni Z je la. Dia ni kalau bercakap, mak ai memang non stop. Pulak tu dengan slang Iran dia yang tersangat pekat tu memang buat aku ternganga. Suatu hari, dia yang memang kawan rapat aku borak2 dengan aku. As usual aku buat muka blur. Memang tak faham dia cakap apa. Orang lain pun tak faham. Mungkin dia geram sangat dengan aku yang asyik duk suruh dia ulang balik ayat dia, dia pun cakap,

'Hey Farihah, I think you should improve your listening skill. It's quite terrible I see!'

Amboi2 bukan main lagi duk kutuk aku. Nasib baik part tu aku faham. Aku pun balas,

'And I also think you should improve your speaking style. It's much much more terrible. No one could understand you!'

Gulp. Dia terkedu. Terasa. Sangat2 bengang dengan statement aku. And seingat aku ada la dalam beberapa hari dia tak bertegur sapa dengan aku. Bila ingat balik kenangan ni, lucu banget. Aku akan gelak sorang2, and membayangkan if aku tak jawab dengan sebegitu pedas sekali, maybe sampai sekarang dia duk kutuk2 aku suruh aku betulkan listening skill aku. Pronunciation awak tu yang teruk, brother. Lecturer pun tak faham, ni kan pulak aku.





Kenangan 2

Still dengan orang yang sama, Z. Dia ni memang jenis kuat mengusik aku, tapi jiwanya tersangat sensitif. Macam perempuan. Tiap2 hari dia akan cari pasal dengan aku tanya soalan bukan2 sampai buat aku tension. One day, usai kelas, kami berjalan beriringan. Sempat dia tanya aku.

'Ermm, sister, why you are getting taller everyday?'

Kuang asam. Tahula aku girl yang paling tinggi dalam kelas tu. Tapi jangan la duk usik aku lebih2 sangat. Aku tak layan soalan dia. Buat dek je. Dia tanya lagi. Aku rasa stress. Aku cakap,

'Why you look so annoying nowadays?'

Terus dia stop berjalan. Dia pun cakap,

'You're really broke my heart...' ( Hahaha.. Foreigner ni boleh tahan gak ayat).

Then tiba2 aku tersedar. Alamak aku terlepas cakap ke? Then memang lepas tu dalam seminggu dia tak tegur aku. Sekali lagi dia merajuk ngan aku. Tak usik aku cam dulu. Aman sikit rasa dunia. But rasa bersalah still ada. Tapi bila ingat2 balik, tersangat2 kelakar. Macam mana aku boleh spontan cakap macam tu kat dia? Hahaha.




Esra (Turki) dan Eshrak (Yaman). Nama diorang hampir sama kan? Esra bertanding dalam national constituency tahun ni dan Alhamdulillah dia menang :)  



Kenangan 3

Kelas kami bermula pukul 8. Biasanya yang datang awal tu student Melayu la. Kalau foreigner biasanya almost 9 baru muncul. Kalau kelas hari Jumaat lagi hebat. Yang dari negara Arab sana memang tak datang hari tu. Alasan diorang? Negara diorang cuti kalau hari Jumaat. So kat Mesia ni diorang pun nak cuti jugak hari tu. Hahaha alasan yang memang tak lulus tahap piawaian exam. Ingat ni negara Arab ke? Kalau bulan puasa lagi haru. Mostly memang diorang tak datang kelas sebab katanya negara diorang akan tidak keluar bekerja time bulan Ramadhan. Haih memang tersangat geli hati bila dengar. Tapi  dek kerana perbezaan pendapat dan cara pemikiran, ia membuatkan kami bertambah rapat dan mesra. Walaupun mostly bilangan student lelaki melebihi student perempuan dengan nisbah 3:1, kami student perempuan memang tak rasa didiskriminasikan oleh lecturers kami yang tersangat sporting dan caring.





Madam Radziah dan Nabil dari Palestin. Madam yg sangat sporting. We love you till the end :)



Kenangan 4 


Main boling seakan2 menjadi acara wajib bagi kami. Seingat aku 3 kali kami keluar main boling kat Times Square tu. Kelakarnya yang jadi tour guide untuk ke sana ialah foreigner, bukan student tempatan. Hahaha ni memang dah terbalik. Tapi nak kata kami jakun sangat pun tak boleh jugak sebab time tu baru first sem. Orang kata baru nak kenal environment kat KL ni. Berbanding dengan foreigner, diorang dah ada kat sini beberapa sem sebelumnya. Ambik kursus BI kat private company. No wonder la diorang dah familiar dengan area KL. 



Aku masih  ingat, yang student perempuan dalam kelas tu memang tak ramai. So untuk membalancekan bilangan lelaki dan perempuan dalam group tu kami akan invite kawan2 dari mahalah sisters untuk turut serta. Bukan apa, segan la pulak kalau yang lelaki ramai. Pulak tu tempat bising macam tempat boling tuh. Sweet sangat bila ingat balik. Walaupun baru kenal satu sem, kami dah macam adik beradik. Bergelak ketawa bersama. Sangat2 best.










**********

Dan bila teringat balik kenangan2 itu, aku akan tersenyum sendiri. Actually banyak lagi kenangan yang aku nak ceritakan tapi letih pulak nak taip panjang2. So sweet. Bila aku mengajar student foreigner seperti yg aku ceritakan dalam entri lepas, kenangan itu seakan terimbau kembali.

Aku jadi terharu bila salah seorang student aku, Buthainah namanya, umur lebih kurang 50 tahun mengirim sms kepada aku,



' Salaam. Please don't be shy to tell me my result. Thanks for teaching us and we are grateful...take care'


Sebagai seorang tutor, tak ada yang lebih menggembirakan selain dari menerima penghargaan sedemikian. Hilang segala penat lelah selama ni.

Tapi yang kelakar pun  tak kurang jugak. Pernah sorang student aku yang sms aku untuk beritahu dia masuk lambat tapi cara dia tulis sangat melucukan.



'Salam guru maaf saya untuk lewat, sebab saya dan Osman tunggu ke datang kelas. Terima kasih untuk kerjasama anda.'  


Bila aku tanya diorang mana diorang dapat idea tulis macam ni, diorang cakap tu idea sendirian berhad. Emm macam ayat google translate je. Hihi. But aku hargai effort diorang yang cuba sedaya upaya nak communicate dalam BM. Walaupun kadang2 diorang selalu berselisih pendapat dengan aku sebab rasa ayat yang diorang buat tu dah betul, contohnya penggunaan 'kami' dan 'kita', kesilapan ejaan dan sebutan, ia sangat2  melucukan actually. Pernah sorang ni yang dari Palestin tanya aku,

'Miss, what is 'na** beruk'?

Haaa... aku terlopong. Spontan aku ketawa bagai nak rak lepas tu. Aku tanya dia dari mana dia dapat perkataan tu and selamba je dia cakap,

'My friend from Kelantan always mention that thing to me..'

 Bertuah punya kawan!


Whatever it is, it's such a memorable moment that I will engrave in my heart till the end.

Semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan mereka dan juga diri aku sendiri.

Ameen. 

1 criticisms:

Ermizi Muhamad said...

foreigners tu beb. haha.

follow blog awak.

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea