Assalamualaikum...
#ERRR SEBELUM TU SAYA NAK UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SESIAPA YG MEMBACA ENTRY INI. MAAF ATAS SEGALA KEKHILAFAN DAN KETERLANJURAN -(FARIHAH MOHAMAD)
Raya dah hampir dua minggu berlalu tapi sekarang baru aku sempat update. Kenapa? Kat rumah internet connection tak berapa ok. Asyik putus-putus je. Aku syak pokok2 durian belakang rumah jd penyebabnya. So feeling nak upload gambar, update belog pun jadi hambar. Dan Alhamdulillah hari ini aku sampai juga ke bumi UIA ni, taman ilmu dan budi ni buat kesekian kalinya.. Dan juga buat kali terakhir sepanjang aku belajar di kampus yang terlalu banyak memori tersimpan ini. Ada lagi dua bulan berbaki internship yang terakhir ni. Malam tadi baru naik bas ke KL. Sadly I had bad experience last night while taking this bus. Bus 'PEARL' (try la melayukan). Semuanya kerana berlaku pertengkaran kecil antara aku dgn driver bas yang insist taknak berhenti kat Greenwood and nak stop kat Hentian Putra sahaja sebagai destinasi terakhir dengan alasan takut disaman. Puas aku merayu kat pak cik tu supaya stop kejap kat Greenwood tu dgn reason aku tak pernah lagi menjejakkan kaki ke Hentian Putra tu walaupun dah 4 tahun aku kat sini. Dan dia jugak bertegas tak nak bagi sebab nak ikut peraturan syarikat. Aku terpaksa mengalah walaupun hati sebal usah cakap.
Also another major thing happened last night yang menjadi penyebab aku sampai UIA pukul 8 walhal sepatutnya pukul 6 aku dah sampai. Perjalanan yang sepatutnya 8 jam tetiba menjadi 11 jam. Puncanya? Biarlah yang tu menjadi rahsia, hanya Allah yang mengetahui. Tapi sepanjang 11 jam dalam bas tu tak habis-habis pakcik bas tu mention aku sebagai bahan sindiran beliau dan cuba memalukan aku kat public. Konon nak suruh semua orang dengar. This is my second bad experience sepanjang 4 tahun aku naik bas ke KL selepas peristiwa aku teruk dimaki oleh pakcik bas Transnasional yang blame aku silap beli tiket walhal tu semua berpunca dari kesilapan kerani tiket yang tersilap tulis tempat turun walhal sudah puas aku argue dengan beliau sebelum tu. Iskk. Rasa macam nak menangis pun ada tapi bila mengenangkan yang pakcik tu sebaya dengan arwah ayah aku, aku terpaksa pendamkan rasa sakit hati dan kecewa tu dengan tidak memanjangkan keadaan. Serik dah. Serik untuk aku book tiket bas tu untuk masa akan datang.
Tidak terhenti disitu dugaan yang aku lalui, perkara yang membuatkan aku sakit hati bila sampai je kat Hentian Putra tu aku hampir menjadi mangsa penipuan bila driver teksi nak mengenakan caj RM50 dari Hentian Putra ke UIA. Ni memang tak masuk akal yg waras bagi aku. Nasib baik aku dah ada pengalaman kena tipu sebelum ni. Sekali lagi aku argue dengan pakcik teksi dan aku mengugut seandainya dia tak menggunakan meter yang ditetapkan, aku akan buat aduan LPKP. Lepas tu baru la dia mengalah dan sampai je sini rupanya tambang lebih kurang RM25 je.. Ceh nasib baik aku tak terpedaya. See, dua orang lelaki yang membuatkan aku rasa annoying dengan perangai mereka yang entah apa-apa dan for sure jugak diorang annoying dengan aku yang suka argue dengan diorang hahaha. Its okay, Allah Maha Mengetahui.
Okay, stop talking about this. Lets clear our mind with the main topic above.
Raya tahun ni, tiada pertambahan ahli keluarga baru seperti tahun lepas tapi Insyaallah bulan 11 dan 12 ni aku bakal menerima orang baru dalam keluarga kami. Kakak dan kakak ipar aku dijangka bersalin hujung tahun ni dan of course menambahkan lagi kemeriahan suasana yang sedia ada. Yang ralatnya tahun ni dua orang kakak tidak bersama dengan kami untuk raya pertama kerana beraya di kampung suami masing-masing dan masuk raya ketiga baru kami semua berkumpul sesama. Kebetulan ada majlis kenduri pada raya ketiga dan kemeriahannya berkali ganda terasa. Alhamdulillah I feel blessed. Can you imagine hanya hari raya yang berjaya menyatukan kami semua berkumpul dalam satu keluarga besar yang sentiasa bertambah jumlah ahlinya dari setahun ke setahun. Segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa. Cuma yang tak bestnye bila diorang selalu tanya aku turn bila. Erkkk, serahkan segala-galanya pada Dia.
Hari raya pertama. Keluarga besar kami. Tu pun family kakak aku yang dua orang tu takde dalam gambar. Meriah kemain. Tihehehehe
#OOTD. Tudung instant. Jugak baju raya instant. Semuanya instant. Kebetulan ada gabungan pink-blue kesukaan aku. Memang tak dirancang tapi entah macam mana tetiba jadi macam ni. Plan asal color hijau. Tapi terbeli pink. Hihi
Cherish every single moment. Memandangkan handphone aku sedang nazak dan tengah terlantar sakit, aku terpaksa 'merompak' galaxy note kakak aku tanpa pengetahuan beliau. Lepas bergambar baru bagitahu. Bagus punya adik! Tapi tak banyak gambar diambil pada hari kejadian. Aku tengah demam time tu. Lagipun kami sibuk dengan rewang dan kemas apa yang patut kat rumah untuk tetamu yang bakal datang.
Hari raya ketiga. Tiada gambar yang diambil pada raya kedua. Demam aku makin teruk pada raya kedua. Aku mengalami keracunan makanan, muntah-muntah dan sakit perut yang melampau pada hari tersebut. Dan batuk yang berterusan before cuti raya lagi. Segalanya menguji kesabaran dan kekuatan fizikal. Dan pada raya ketiga ni gambar2 diambil sewaktu kenduri dan aku baru je pulang dari klinik. Nasib baik tak ditahan kat wad. Kalau tak beraya di hospital jawabnya.
Bersama pengantin :)
Spesis2 Kak Ton blake nih. Ingatkan time raya berat badan makin naik rupanya makin turun.. Hmmphh
Raya keempat. Bersama bakal ummi yang bakal melahirkan khalifah dunia hujung tahun nih. Ahkak dah gemuk yayyy!!
Melawat bapa saudara, Ayah Long, di Setiu, Terengganu. Aku ni takdela tinggi sangat pun...kot
Sempat lagi posing di belakang rumah beliau. Aku suka kawasan rumah beliau sebab pasir kaler putih. Nampak unik dan bersih.. Hehehee
With my adorable Qiesya. Ciksu sayang Qiesya sangat-sangat.
Ustajah Qiesya Nur Dhiya Irdeena
Dan ini video yang sempat aku rakamkan. Qiesya yang comel sesangat. Macam anak patung! Geram tau (abaikan suara-suara pelakon tambahan yang tak terlibat tu hahaha)
Hari yang sama jugak. Singgah di Pantai Air Tawar sambil menikmati keropok lekor, satar dan air kelapa. Sedap tak terhingga. Pemandangan pantai yang jugak cantik sesangat. Dari situ jelas nampak Pulau Perhentian dan jugak Pulau Redang. Subhanallah.
Wide shawl pemberian kakak aku aka mak buyung. I love this shawl. Comfy dan senang dibentuk. Tapi angin pantai yang membuatkan ia nampak serabut dan bergerak dari kedudukan asal. kikikiki
Hari raya kelima. Melawat pusara ayahanda di Kampung Amir. Sempat kami cabut rumput2 yang tumbuh meliar sambil menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Sudah 4 kali raya kami tanpa beliau. Memori bersamanya tetap bersemadi sampai bila-bila. Semoga rohnya aman disana.. Ameen.
Tak seperti tahun-tahun sebelumnya, kami sekeluarga pasti akan mengadakan acara tahunan iaitu bbq dan membakar sate samada ditepi pantai atau kawasan lata. Tapi disebabkan tahun ini ada majlis perkahwinan, bbq hanya dilaksanakan di rumah aku saja. Kemeriahannya tetap terasa. Hubungan silaturahim makin erat dan ikatan kasih sayang antara kami semakin kuat. Alhamdulillah.
Mungkin inilah anugerah syawal yang sentiasa kami nantikan. Ia merupakan hadiah kemenangan umat Islam setelah berpuasa selama sebulan, menahan lapar dahaga serta melatih diri melawan nafsu yang sentiasa merajai diri. Anugerah yang tidak terhingga yang Allah berikan. Segala puji baginya. Harap tahun depan kami masih lagi berkesempatan bertemu dengan tarikh keramat ini. Semoga Allah melanjutkan usia dan menambahkan amal kita semua. Insyaallah.
p/s: Memandangkan tahun ini mungkin adalah tahun terakhir aku menerima duit raya, banyak jugak 'keuntungan' yang aku dapat hari tu. Tapi tak banyak macam tahun lepas. Papepun cukup untuk aku guna sepanjang internship ni selama sebulan lebih. Sukenye...
2 criticisms:
keluarga bahagiaa :D
Salam Lebaran :)
hahaha.. SALAM AIDILFITRI :)
Post a Comment