Sunday, 10 March 2013

kene troll lolol

currently written by faie mohamad at Sunday, March 10, 2013
Reactions: 
Suatu hari kami satu family singgah kat satu mini market kat area Kulai. Tiba-tiba si Darwisy, anak sedara aku berteriak kat aku,

'Ciksu, nak air katok!'

'Haahh.. air katok?? Ape tuh?' (garu2 kepala tak gatal).

'Air katok la. Nak air katok jugak!'. Jari telunjuknya terarah kat peti ais minuman kat kedai tuh.

'Ooo.. Hahahaha.. air kotak rupanya.. Okay2. (belajar bahasa baru ari tuh. Bahasa kanak2 pelat).

Aku pun pergila kat peti ais tu. Then tanya dia,

'Awisy nak air yang mana satu?'

'Nak yang warna merah tuuu.... '. Panjang benar muncungnya.

Oh.. Yang perisa strawberry ni kot. Aku pun keluarkan susu Dutch Lady perisa strawberry kat dia.

'Tanak la.. Nak yang warna merah tuu.. Warna merah la...!!' Satu kedai dengar jeritan dia.

'Ni la yang warna merah tu. Mana ada yang warna merah dah, sayang'. Aku pujuk dia.

'Nak yang warna merah jugak!!!'. Dia menjerit. Kali ni lebih kuat. Adoiii.

Aku pun angkat and dukung dia, bukak peti ais tu then cakap kat dia,

'Nah, tengok mana yang warna merah tu. Ambik cepat!' Aku bagi arahan. Garang kot.

Sekali dia keluarkan air kotak yang ni,



T__T

Semua yang ada dalam kedai tu tergelak termasuk la pekerja kat mini market tu.

Logik kanak2 umur empat tahun. Macam ni dia panggil kaler merah. Erkk.. may be yes.. Pada tulisannya. Dah la panggil air katok. Kecik2 dah 'pandai' troll orang ea.



Darwisy2, nasib baik kau comel!

p/s: kerinduan yang teramat kat diorang :(

3 criticisms:

zaImIslawayu said...

hahahahaa lawak2..may be dia fokus kat kaler tulisan..hahaha :D

Cik Eyra said...

heheh,dia nmpak tulisan 2 kaler merah agaknya..

faie mohamad said...

@ayu: hahaha.. smpai skg kalau ingt mmg klaka.. huhu

@c.eyra: maybe la kot.. budak2 mane taw sgt kaler2 nih hehe

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea