Monday, 4 March 2013

Al-Fatihah. Let's pray for them

currently written by faie mohamad at Monday, March 04, 2013
Reactions: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Mari sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah buat anggota polis kita yg terkorban dalam pencerobohan di Lahad Datu baru-baru ini.



''Ya Allah Yang Maha Pemurah, Kau rahmatilah pejuang-pejuang kami ini, tempatkanlah mereka di kalangan mereka yang solihin, jauhkanlah mereka dari azab kubur yang sangat pedih seksaannya, ampunilah dosa-dosa mereka dan berikanlah mereka syurga tanpa hisab...''

~Ameen~

May be aku agak terlambat untuk update isu ini tapi aku harap masih belum terlambat untuk kita sama2 menadah tangan dan mendoakan kesejahteraan mereka di alam sana. Memang sedih, bayangkan jika mereka ahli keluarga kita, pergi berjuang ke sana dalam keadaan sihat walafiat tiba2 diberitahu tentang kematian mereka dan yang dibawa balik hanyalah jasad tanpa roh. Sayu dan sebak, of course. Kehilangan insan yang tersayang memang memeritkan. Aku dah alami benda ni dan aku tahu macam mana sakitnya. BUT, remember, walau sebanyak mana pun kasih yang tercurah, walau setinggi gunung pun rasa sayang kita pada mereka, suatu hari nanti mereka, dan jugak kita sendiri pasti akan kembali pada Yang Maha Satu. Sesedih mana pun perasaan itu, hidup harus diteruskan walau selangkah.. kerana suatu hari nanti kita juga pasti akan kembali ke sana juga. Takde sape yang kekal melainkan Dia.


Walaupun dalam hati tercalit perasaan sedih, namun aku cukup berbangga bila mendapat tahu rupanya salah seorang yang terkorban syahid di medan juang itu adalah senior sekolah aku sendiri. Allahuakbar. Inspektor Zulkifli bin Mamat adalah classmate abang aku masa zaman sekolah dan pernah datang ke rumah kami suatu ketika dulu. Patutla masa mula2 aku tengok gambar arwah bersama familinya yang berbaju serba hijau tu, terdetik di hati, eh macam kenal je dia ni. Familiar je muka. Ingatkan pelanduk dua serupa. Sekali ada cikgu sekolah aku tuh update status tentang kematian beliau baru aku teringat balik. Semoga keluargamu tabah menerima berita kematian ini. Engkau seorang pejuang tanah air dan agama. Syurga menantimu di alam sana. InsyaAllah.

Wahai pejuang yang telah syahid... Pergimu dalam perjuangan menentang musuh negara, kau tinggalkan isterimu, anak-anakmu dan ibu bapamu, demi menegakkan keamanan dan kesucian negara, kau tega mengorbankan dirimu dan mempertaruhkan nyawamu. Darah yang mengalir di bumi Lahad Datu itu menjadi penyaksian dan bukti di alam sana, engkau memperoleh syahid di medan jihad. Betapa beruntungnya kamu, betapa mulianya kamu di mata Dia. Walau terselit duka atas pemergianmu, sesungguhnya kami teramat bangga dengan kamu. Demi negara tercinta, kau rela mempertaruhkan segala. Damailah engkau di sana. Sesungguhnya Allah lebih menyayangimu. 




****

Memandangkan sekarang ni ada banyak versi yang keluar tentang pencerobohan di Lahad Datu ni, nasihat aku, jangan terlalu mempercayai bulat2 segala maklumat yang disampaikan, tak kira la dari mana-mana pihak sekalipun. Siasat dulu kebenarannya dan jangan terlalu mudah menelan seratus peratus apa yang disampaikan oleh pihak tertentu. Especially sekarang ni bila ia dikaitkan dengan isu politik yang tak habis2 dibincangkan sana sini, aku harap sebagai rakyat Malaysia, kita ada pilihan untuk mendapatkan maklumat yang betul2 telus tanpa mengaibkan mana-mana pihak. Be wise. Sometimes maklumat yang disampaikan tu hanyalah konspirasi untuk menjatuhkan pihak tertentu untuk menggulingkan mereka. Jangan cepat share or copy paste any info yang kita tak tahu sejauh mana kesahihannya. Jadilah orang yang bijak menilai dan berfikir. 

Sama-sama mengambil peringatan dari ayat ini,

''Wahai orang-orang yang beriman! Jika seseorang yang fasik itu datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan), yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu'' {surah Al-Hujurat: 6}

Pray for Syria.

Pray for Rohingya.

Pray for Palestin.

Pray for Lahad Datu.

Pray for all Muslim in all countries.

Sesungguhnya kita bersaudara!

2 criticisms:

Shakirah Rosli said...

hanya Allah dapat membalasa jasa mereka. tetiba terasa cm kmbali ke zamn jepun. Alhamdulillah lah tmpt lain aman lagi huh :')

faie mohamad said...

@syakirah: kannn.. semoga Allah selamatkan kita semua dari segala bencana...

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea