Saturday, 16 February 2013

Juvana

currently written by faie mohamad at Saturday, February 16, 2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

May be aku agak ketinggalan ke belakang sikit bab2 hiburan nih. Baru je lepas tngok movie Juvana kt internet. Sebelum ni memang duk cari kat mana nak download. Dulu masa drama, setiap episod aku download kat youtube. Sebab apa? Sebab aku rasa cerita tu ada kaitan dengan prfession yang aku amik sekarang nih . Dalam cerita tu ada watak kaunselor. Cikgu Zakiah or Izreen Azminda yang banyak inspire murid2 nya sampai diorang berubah dari jahat kepada baik. Bila hayati watak beliau dalam cerita tuh, aku terfikir, oh betapa complicatednya tanggungjawab yang bakal aku galas nanti. Berperang dengan perasaan dan mainan emosi dari student yang datangnya dari pelbagai jenis background, bangsa dan agama kadang2 buat aku terfikir, betul ke ni yang aku cari selama nih? Kerjaya ni ke yang sangat aku idam2 kan sejak sekian lama? Berapa banyak risiko yang perlu aku harungi sepanjang profession ni menjadi amanah aku? Well... Hurmmm.

Berbalik pada movie ni, overallnya aku boleh bagi 4.7 out of 5. Brilliant. Excellent. Sangat intelligent. Tak banyak movie macam ni ada kat Malaysia. Balik2 cerita rempit yang langsung takde moral value, cerita kongsi gelap yang buat aku rasa menyesal gile bila tonton, cerita bohsia la, bohjan la, macam2 lagi yang pada aku diorang dah ketandusan idea nak terbitkan cerita yang lain dari yang lain. Tapi movie ni? Memang salute habis. Walaupun ada unsur 18SG kat situ, tapi diorang pandai cepat2 cover balik dengan wujudkan unsur saspen dan  nilai murni yang lain dari sisi yang berbeza. Aku tak hairan pun dengan student ganas macam tuh. Yang jenis kaki pukul, kaki buli or even pembunuh. Sebab kalau diorang berakhlak baik for sure diorang tak dihantar situ kan? Tapi manusia... jahat macam mana sekalipun, kalau ditarbiyah, dididik dengan kata2 yang baik, di motivasikan dengan ayat yang menyentap naluri, pasti mereka akan berubah jugak. Fitrah manusia, lebih cenderung untuk berbuat kebaikan berbanding kejahatan.

Antara babak-babak menarik dalam filem ni:


Botak (Johan Ashaari) dibrainwash oleh ketua warden gara2 menyimbah minyak panas kearah pelatih (Syafie Naswip) yang bergaduh dengannya sehingga terlantar di hospital.



Apek diberitahu kematian ibunya oleh warden. Lepas je peristiwa tu dia berubah jadi ganas dan bergelar taiko di tempat tuh. Dalam erti kata lain, dia menggantikan posisi Botak yang terkenal dengan gangsternya.



Cikgu Daim melawat beliau yang terpaksa bekerja membuat batu bata demi menyara hidupnya.


Botak yang sudah bertaubat. First time tengok Botak jadi baik. Tacing hehe


Antara part last. Botak ditikam oleh Lan Todak (Sharnaaz). Sedih teramat bila tengok part nih T_T


Dua tahun lepas aku pernah melawat sekolah Henry Gurney kat Melaka dan berprogram dengan diorang. Tapi dengan pelatih wanita je la. Yang pelatih lelaki pihak sana tak mahu ambil sebarang risiko. Bimbang katanya. But seriously, ia mengubah sempadan persepsi aku terhadap diorang nih. Kami buat reflection and dengar setiap inci masalah diorang, buat aktiviti sama just for fun, nyanyi sama2 sambil membakar semangat dan surprisingly diorang sangat friendly dan kelakar. Sekali imbas langsung tak perasan yang kami sekarang berdepan dengan student bermasalah; bunuh ayah kekasih, mengedar senjata tajam, jadi GRO etc. Sekolah itu benar2 mengubah sikap dan emosi mereka. Terharu tengok mereka solat jemaah sama2, bergurau senda sesama sndiri, dan paling menyentuh hati bila mereka menasihati kami,

'Akak jangan jadi macam saya ye.. Saya ni masa depan dah kelam. Dah menyesal sangat2 nih. Kalau masa diputar semula saya tak mahu terlibat dalam semua ni. Akak belajar rajin2 ye.. Jadi anak yang membahagiakan.. Ingat Allah selalu.'

Allahuakbar. Langsung tidak menyangka kalimah itu keluar dari mulut seorang remaja juvana yang sebelum ini dibuang masyarakat kerana terlibat dalam dalam pelbagai konflik. Sejenak kami cuba refleksi diri. Maka nikmat Allah manakah yang harus kita dustakan?

Yang jahat tidak akan selamanya jadi jahat. Lihat watak Botak dalam cerita tuh. Siapa sangka dari seorang gangster dan ketua yang ditakuti tiba2 berubah jadi baik dalam filem tuh. Dalam dunia sebenar pun begitu. Jahat macam mana pun seseorang tuh, andai cahaya hidayah meresap masuk dalam hatinya, pasti dia akan berubah jadi baik. Bahkan mungkin jauh lagi baik dari orang yang pernah mencemuhnya dulu. Jauh lagi baik dari kita yang hanya pandai mengata itu ini. Dunia tidak akan selalunya berada di tempat yang sama. Roda yang berputar terkadang membawa kita ke atas, dan kadangkala ke bawah. Kita cuma perlu persiapkan diri, bilakah masanya kita akan berada di bawah itu. Berjaga-jaga menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Pengalaman aku di sekolah masa praktikum dulu tak banyak. Just dua bulan kat situ tak cukup untuk aku mentelaah peribadi urban students nih. Persiapan fizikal dan mental tersangat membantu. Masihku terngiang2 kat telinga aku ni beberapa kisah students yang buat aku seram sejuk. Sampai demam2.  Kalau sebelum ni hanya tengok kat tv dan newspaper but hari itu aku mendengarnya secara live, dari mulut seorang student yang mengaku pernah melakukan hubungan luar tabie, mengedar pil kuda, berdansa di kelab malam sampai pagi, diliwat dari kecil... semua itu buat aku jadi seolah-olah blur dan down... Tak tahu macam mana nak cari solusi yang tepat. Tapi itulah pengalaman. Sekurang-kurangnya masa posting nanti aku sudah bersedia dengan segala kemungkinan. Tidak berani menaruh harapan yang tinggi untuk sekolah itu. Semuanya bermula dari diri sendiri sebenarnya.

Keep calm. Be prepared. Act wisely.

Till then...

15 criticisms:

Unknown said...

Tak pernah tgok pula ni. Xda masa pula skrg ni

zas said...

waaa farihah dah pernah pi henry gurney eh? ore teringin nak pi..hehe tu la rasanya zaman sekarang bdk2 buat mcm2. nnt zaman ank2 kite mcm mane la. cewah ank2 kite. kahkah

Rin Saharina said...

paling sedih part botak tu.

"kau rasa, Allah ampunkan tak orang yg tak reti baca Al- Quran? " ='(

sekeras mana hati manusia, sejahat mana pun dia, pasti ada sinar taubat buatnya.

SN said...

Tersentuh tengok movie tu, best kan kak? ^^

faie mohamad said...

@cik bella: sila la tgk.. tersangat best^^

faie mohamad said...

@ayu: yup.. kdg2 xcaye pnh pegi.. hehe.. bmbg gak ngn zaman akn dtg nih.. cane la nasib anak2 'kita'.. haha

faie mohamad said...

@rin: siyesly tacing sgt... :(

faie mohamad said...

@syamimi: mmg best sgt dik (:

Annamariana1989 said...

anna dah dwload dlm hp tapi masih belum sempat nak tengok...huhuuh

NoorNazuha said...

drama pun akak x penah tgk..filem lagi la tak idea..best ke?pelakon sume sama lagi ke?

faie mohamad said...

@anna: meh tgk sini meh.. haha

faie mohamad said...

@noornazuha: yup.. sume sama.. ada yg bertmbah.. tp mostly sgt best ^^

Liyaa Mf said...

Baru gak tgk movie ni, minggu lepas kut. Hehe.

Komen akak, akak lagi suka drama compare ngan filem. Err tak sure atas faktor apa. Maybe movie masa singkat sgt untuk compactkan conflict dorang. Maybe tak bape minat watak Sharnaaz, muka okey, gengster tapi watak tu la. Erm, maybe rasa lebih terkesan ngan lakonan Beto compare ngan Adlin. Or maybe, kurang feel bila Daim dah tak dlm skolah tu :D

Tp, part paling sedih pada akak masa mak Apek meninggal. Sedih laa, nanges gak tyme tu :D

faie mohamad said...

@liyaa: may be la kn. sy dulu kalau tgk yg drama mmg xkan berganjak kt tpt lain.. best sgt2.. cuma yg filem ni xde beto kusyairi.. mmmg agak hmbar.. kalu x ade je kelakuan poyo dia tuh.hahaha

memg part apek sedih gile.. muzik time tu sbijik mcm nur kasih punye.. sayu giler T_T

WAHIDA ALIAS said...

sama la kita tak pernah sumbang.takpela.kite sumbangkan suara la

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea