Friday 5 October 2012

OBSES!

currently written by faie mohamad at Friday, October 05, 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Wanshang hao!

Selamat petang!

A simple entry by the owner of this simple blog in the lovely evening.

Tak kira walau sebanyak mana pun cinta yang kau serahkan kepada seseorang, it doesn't mean that you must close your eyes atas habit buruknya pada orang sekeliling kamu.

Walau sekuat mana pun sayang kamu pada dia, dia hanya insan biasa yang bukan untuk dipuja. Jadi walau sejauh mana cinta dia terhadap kamu seorang, itu bukan tiket untuk dia membenci orang sekeliling kamu atas faktor dia-seorang-yang-anti-dengan-perempuan-melainkan-hanya-kamu.

Setinggi mana pun rasa kasih kamu terhadapnya, tetapi jika dia boleh menyakiti orang yang kamu sayangi di sekeliling kamu tanpa sebab kukuh, tinggalkan lah dia. Mengapa? Kerana tak mustahil bila dia sudah bosan dengan kamu, dia pasti akan tinggalkan kamu dan memusuhi kamu sama seperti mereka yang lain.

Tanpa kamu sedar, betapa banyak hati yang terluka, betapa banyak jiwa yang telah kecewa. Kamu hanya memandang pada cinta yang seakan plastik tapi kamu tak melihat betapa pedihnya hati ini bila dia mengatakan benda yang buruk-buruk pada aku.

Aku mungkin tidak tahu, tapi Allah Maha Mengetahui.

Mengapa perlu obses, dear? Kenapa perlu menafikan perkara yang sudah terang-terang dilihat dan ditafsir oleh yang lain? Kenapa hanya kerana dia, kau sanggup menutup mata atas perbuatan buruknya pada orang sekelilingmu walhal selama ini dia juga banyak menyakitimu? Walhal orang2 sekelilingmu itu lah yang banyak membantu mu kala keperitan. Matang sangatkah orang sebegitu?

Jika benar dia itu seorang daie, dia tidak akan memegang hati seorang wanita tanpa ikatan yang sah. Menelefonnya kala malam menghampiri, dan kau sengaja melunakkan suaramu untuk dia. Kalau benar dia itu seorang yang gagah perkasa, dia tidak akan sekali-kali menyakitimu dan orang sekelilingmu atas perbuatan buruknya itu. Kalau dia itu seorang lelaki mithali, pasti dia tidak akan mengungkapkan kata-kata manis yang selayaknya didengar dari mulut seorang suami.

Cinta itu fitrah, tapi kadangkala boleh menjadi fitnah.

Paling penting, jangan menjadi seorang yang terlalu obses!

Terima keburukannya, tetapi jangan tutup mata hati semata-mata untuk menerimanya.


Pendapat aku, seorang lelaki, jika benar dia menginginkan kamu sebagai isteri, dia tidak akan melumur noda-noda dosa pada diri kamu, kerana dia tahu kamu begitu berharga untuknya. Dia takkan sekali-kali mendekati kamu dan keluar dengan kamu, tetapi dia akan mendekati walimu terlebih dahulu. 

Lelaki yang gagah perkasa ialah bila dia mampu melawan hawa nafsu, bukan sampai obses dengan kamu, tetapi dengan yang lainnya, dibuat seperti musuh yang bakal diperangi.

Tinggalkan lah orang sebegitu. Dia memang tak layak untuk kamu.

Till then.

1 criticisms:

Unknown said...

Lelaki yang baik hanya untuk perempuan solehah :)

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea