Friday 10 August 2012

Selepas 7 minggu.. akhirnya!

currently written by faie mohamad at Friday, August 10, 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Aku rasa baru semalam aku melapor diri dekat Penolong Kanan SMK*** sebagai kaunselor praktikum. Sedar2 semalam… oh my.. that’s my last day at that beautiful place. Sekolah dalam taman yg sangat2 cantekk. Perasaan aku sekarang? Bercampur baur. Sedih dan gembira. Sedih kerana terpaksa berpisah dengan student2 kesayanganku yang tak mahu melepaskan aku pergi. Diorang suruh aku stay jadi kaunselor sampai bila2. Siap nak buat kakak angkat lagi. Sampai ada yang menangis. Tak sampai hati aku tengok. Aku cuba tak nak menangis depan diorang, terutamanya bila aku menyaksikan seorang client aku, seorang pengkid turut merah matanya. Dari raut wajahnya kelihatan cuba memberitahu aku sesuatu yang tidak terucap dibibirnya. Dan dia bagitahu aku andai aku lost contact dengannya dia akan kembali dengan perangai lamanya. Aku cuba menenangkan dirinya dan memujuknya supaya jangan terikut2 dengan nafsu yang beraja dihati. Aku yang sememangnya tahu kisah silam hidupnya yang penuh berliku hanya mampu mendoakan dari jauh, semoga sepanjang 4 sesi aku bersamanya mampu mengubah persepsi dirinya akan hakikat sebuah kehidupan yang penuh ngan pancaroba nih.

Rasa gembira juga membuatkan life aku kembali berseri2. Mana tak nya 7 minggu aku berhempas pulas menyiapkan proposal program, lesson plan yang bagai, verbatim yang buatkan tangan dan kaki kebas berminggu sebab mengadap laptop terlalu lama, relief class yg membuatkan suara aku hampir hilang dengan telatah student yang nakal dan update logbook yang tebal macam novel tuh. But this is so meaningful to me. Aku sangat menghargai kenangan itu. Sampai bila-bila kalau boleh. Sweet sesangat.

Kelakarnya sampai sekarang aku tak boleh hilangkan perasaan gugup setiapkali ada sesi dengan student lelaki, walaupun ada antara diorang yg baru form 3. Kalau dilihat dari list student, lebih 60% dari client aku adalah student lelaki tapi tak tahula kenapa setiap kali ada appointment dengan diorang, aku akan rasa bimbang dan neves. Alahai budak2 je pun.

 7 minggu aku kat sini sempat la sikit aku touch up bilik kaunseling tu sikit. Mana tak nya masa mula2 masuk situ terkejut tengok. Banyak sungguh barang2 lama. Macam bilik stor pun ada. I guess mungkin tu salah satu sebab kenapa jarang student voluntarily datang sini melainkan kena referred by cikgu disiplin. Tapi bukan aku je yang wat. Mostly budak PRS yg banyak tolong. Kalau nak harapkan aku memang tak arr. Tapi memang cantik. Kreatif betol diorang nih.
sebelum pengubahsuaian

selepas... tadaaa

senarai nama cikgu sesi pagi dan petang


Dulu ruang bilik kaunseling kelompok ni kosong je. Lepas buat sedikit pengubahsuaian, dengan menggunakan bahan2 terpakai yang sedia ada, aku letakkan poster2 ni untuk tatapan umum. But still weird, how come blh ada dua bulatan kat situ? *technical error.

My students and I. Diorang sangat rapat dengan aku. Hari2 lepas balik sekolah mesti singgah bilik kaunseling   dulu. And right now everything has changed.. They will no longer come at that place, they said. huk3

Geng PRSian and I. Diorang yang banyak tolong aku dan kawan aku dalam pelbagai program yang dikendalikan. Senang cite, jadi fasilitator. Thanks guys. Location: surau lelaki selepas menjayakan program motivasi untuk student form 4.


And our Friday gathering under supervision Dr Haniza. Setiap minggu kitaorang pegang crayon, toys, water colors, kertas lukisan, playdoh, etc. Menarik kan? Setiap aktiviti yang dibuat sememangnya ada pengisian tersendiri. Back to our childhood. Guna crayon ni sangat best :)



Isu yang dialami oleh client2 aku. Low self-esteem, late comers, truancy, family crisis,academic performances, homosexuality, abuse and career issue. Kadang2 bila isu tu terlalu berat sampai naik demam aku dibuatnya. Even supervisor aku yang observe sesi aku dan sorang student ni sampai meremang bulu roma bila dengar cerita student tu katanya. Terlalu dahsyat. Budak2 zaman sekarang. Urmmm


Whatever it is, I'm going to miss all of these. Sekolah yang mencatatkan banyak kenangan untuk aku. 

The most importantly, 'cikgu', the most sweetest name that i've got in my life.

Thanks everyone.

Love.

3 criticisms:

mudz abdul halim said...

wahhhh cikgu,mudanye =)

Unknown said...

selamat hari raya....

faie mohamad said...

selamat hari raya juga :)

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea