Sunday, 18 March 2012

I.M.I.S.S.T.H.E.M

currently written by faie mohamad at Sunday, March 18, 2012
Reactions: 
Aku akui bila umur dah makin meningkat, dari satu hari ke satu hari, aku kerap flashback akan memori-memori dulu yang banyak menjadikan aku seperti sekarang. Walaupun terkadang memori itu terlalu pahit dan mencabar untuk aku lalui, aku mengerti ia sebenarnya banyak mematangkan kehidupan aku dan menjadikan aku insan yang sentiasa memahami hakikat sebuah kehidupan. Tapi walau siapa pun aku, aku tetap manusia biasa yang sentiasa tewas akan emosi sendiri.

Namun aku bersyukur, insan-insan disekeliling aku banyak membantu aku. Betapa banyak curahan tenaga, emosi dan wang ringgit yang mereka korbankan untuk aku. Semuanya demi kebahagiaan dan kejayaan aku. Pengorbanan yang tak mampu dibayar dengan wang ringgit hatta segunung emas sekalipun. Budi yang mereka taburkan untuk aku dan yang lain tidak mampu dibalas dengan harta yang selautan.

Well, siapa mereka tu?




Tak lain tak bukan, family aku.




My Tranungclan <3. Rama dop rama dop?


How far I miss them?

# Saya rindu Bib, yang sengal and bangang  duabijik macam saya

# Saya rindu Sis Ida, yang friendly dan suaranya memang mengalahkan Rika Sumanto kalu bercakap

# Saya rindu Sis Lah, yang jenis selamba and tak mudah amik ati

# Saya rindu Sis Zura, yang suka cakap lepas tapi hatinya baik gila

# Saya rindu Sis Ina, yang tabah and sporting ngn adik2 dia

# Saya rindu Sis  Izan, yang penyayang and suka ambik berat kat kitaorang.

# Saya rindu abang-abang saya, Azrul, Fatah & Abdullah yang banyak membantu saya dari segi pelajaran dan elaun sara hidup J

# Saya rindu Darwisy, yang comel gile dan suaranya boleh didengar satu kampung kalu menangis

# Saya rindu kat Ain yang selalu je nangis kalu tgk muka saya (bela hantu ke apa)

# Saya rindu Fitri, baby comel yang sangat innocent dan  suka senyum kalau di agah

# Saya rindu Ammar@paksu yang nakal and super aktif walaupun tak boleh bercakap

# Saya rindu Puteri, yang keletah and sangat bijak berkata-kata

# Saya rindu Mirza yang manja and suka bodek ciksu dia sebab nak tengok cite kat laptop

# Saya rindu kat Adawiyah yang cengeng dan suka bertanya itu dan ini sampai kadang2 saya tension gila

# Saya rindu kat Dannial yang gembeng dan makan banyak giler


Mirza & Darwisy time kecik
ni Dannial Fares Haqiem, anak kakak no 4

# Saya rindu kat Fares yang suara dan stylenya sebijik macam Upin dan Ipin.

# Saya rindu kat Fahim yg kecik2 lagi dah khatam Quran selalu dengar kata mami dia

# Most important. Saya rindu kat Mummy saya yang melahirkan saya, membesarkan saya dan selalu tak berkira dengan saya. Even kalu saya bagi duit I juta kat dia pun memang tak cukup nak balas segala jasa dan budi dia yang maha bernilai tu. She’s my everything. I love her… so much!

Dan,

# <3 Saya juga rindu kat ‘dia’ yang membuatkan saya selalu berterima kasih akan kehadirannya dalam hidup saya. <3

Dan kebelakangan ini perasaan rindu itu makin memuncak. Aku sangat rindukan saat kami berkumpul sama-sama, di hari lebaran yang mulia, bercium tangan dan saling berpelukan memohon ampun… oh, it’s a sweetest thing that may not come if I’m not at there anymore!

Aku juga teringat zaman kecilku yang menyeronokkan dan dikelilingi oleh family yang supportive dan tidak mengongkong kehidupan kami. Yang tidak pernah condemn aku kalau aku fail dalam exam atau time aku berbuat silap dan tidak pernah lupa memberi kata-kata semangat sehingga aku pernah menjadi seperti sekarang. 



Time ni family day kat Pantai Air Tawar. Tahun 2009 kalu tak silap.
bib bertunang



They are my everything… sape la aku tanpa mereka.. I MISS THEM!

0 criticisms:

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea