And as ususal bila sampai kat sini, segala-galanya berubah. Environment, people, food, friends, room, etc look so different. First week kat sini macam biasa sangat2 stres. Nak add subjek online tak dapat, last2 kena add manual, tu pun terpaksa berdepan dengan kerenah pihak ofis dan paling sedih (sedih ke), ari first masuk kelas lecturer dah bagi macam2 assignment dan tajuk presentation. Oh my. Tapi syukurla at least sem ni sume kelas aku ada best friends aku. So nak bahagikan grup tu tak de masalah kot. And paling best, first week ni walaupun jadual agak tough tapi aku sempat lagi kuar shopping. Pegi JJ la, OTK and the lastest one semalam pegi LOW YATT dan TS. Saje nak cuci mata kononnya walhal kat sana banyak gila aku borong baju2 dan kasut. nak wat koleksi konon. huh. Tapi yang nak cerita kat sini bukan sal shopping tuh tapi pasal situasi muda mudi especially man yang ada kat Low Yatt semalam. Kebetulan aku pegi time solat jumaat and masa masuk kat situ memang terkejut gila tengok omaigod ramainya lelaki melayu yang still lagi berkeliaran dan lepak2 time azan zohor berkumandang meaning waktu solat jumaat dah masuk. Pulak tu masing2 wat muka tak malu, selamba je duk berkompromi dengan geng2 cina yang bersepah kat situ. Memalukan. Dah tahu buat dosa tinggalkan solat tapi still lagi buat muka innocent. Meluat sungguh aku tengok. Well, kalau diri sendiri pun tak boleh nak pimpin kearah kebaikan, macam mana nak pimpin anak bini nanti? Takkan sama2 nak heret diaorang masuk neraka kot. Ingat senang ke nak tanggung dosa anak bini semudah melafazkan akad 'aku terima nikahnya' depan kadi and after that you kena tanggung segala dosa dia termasuk anak2 sekali sebab you tak cuba guide diaorang ke arah jalan yang diredhai? Jangan nak tunaikan kewajipan yang satu tu je, tapi kewajipan yang lain, you tolak tepi.
Ok, maybe you want to say, hey kubur masing2 la. Ye memang tapi bak kata Hamka, memang la kubur masing2 tapi kalau kubur kau sebelah ngn kubur aku and kau duk menjerit2 time kena seksa dengan Mungkar dan Nakir, aku hentak kau dengan penyapu!
Serius sikit, ye memang la kubur masing2, tapi kewajipan sesama muslim adalah saling menegur. Takkan la you buat silap orang langsung tak boleh tegur. Better duk dalam hutan la, kawan dengan gajah, ngn harimau kan senang sebab diabinatang tak leh nak communicate ngan korang. Cuma boleh mengaum je. Coz sometimes aku kesian betol tengok dengan perangai lelaki ni. Nowadays sangat susah nak jumpa dengan mereka yang betul2 ada prinsip dan berani tegakkan kebenaran. If you guys behave like that, macam mana kami perempuan nak jadikan you sebagai idola? Fikirkanla. Kami diciptakan dari tulang rusuk kiri korang. Bengkok. Dan tugas korang adalah meluruskan balik kami. Tapi kalau korang sendiri bengkok, kami lagi la beratus kali tak lurus. Kami perempuan ni tak harap muka korang hensem macam si Fahrin tu or tough macam Arnold tapi biarlah time kami tengok korang, kami dapat rasakan yang korang mampu melindungi kami, membahagiakan dan bawak kami kejalan yang benar. Tanyala girl mana pun, mesti semua nak ciri2 macam ni. Unless kalau la girl tu jenis materialistik, nak lelaki kaya tapi of course jauh disudut hatinya mesti dia nak jugak someone yang boleh jaga dan lindungi dirinya. Betul tak?
p/s : kita semua memang tak sempurna dan takkan menjadi sempurna walau macam mana sekalipun, tapi kita boleh minimumkan ketidaksempuranaan tu to be a better one. ye tak?
0 criticisms:
Post a Comment