Assalamualaikum.
Antara kita mesti sangat2 anti dengan word ni. Curang.Tentu ada diantara kita yang pernah mengalami rasa kecewa dan sakit hati sebab pasangan kita berlaku curang, di belakang kita mahupun secara terang-terangan (yang tu memang sangat2 melampau). Dan ia tentu lebih sakit bila kecurangan itu berlaku sampai menyebabkan dia melupakan kita seratus peratus dalam hidupnya. Maybe kita tak sedar sebelum ni sampai semuanya terbongkar. Selama ni bukan main lagi beribu janji manis yang ditabur, last2 sekali bila kantoi, tak dapatla sape2 nk nolong.
Antara kita mesti sangat2 anti dengan word ni. Curang.Tentu ada diantara kita yang pernah mengalami rasa kecewa dan sakit hati sebab pasangan kita berlaku curang, di belakang kita mahupun secara terang-terangan (yang tu memang sangat2 melampau). Dan ia tentu lebih sakit bila kecurangan itu berlaku sampai menyebabkan dia melupakan kita seratus peratus dalam hidupnya. Maybe kita tak sedar sebelum ni sampai semuanya terbongkar. Selama ni bukan main lagi beribu janji manis yang ditabur, last2 sekali bila kantoi, tak dapatla sape2 nk nolong.
Well, jika ini berlaku dalam hidup anda, bersyukurlah kerana sekurang-kurangnya bila tembelangnya pecah, kita tidak akan terus menerus ditipu dan merana sepanjang hayat. Ini adalah isyarat dari Allah bahawa sesungguhnya dia bukanlah insan terbaik dari hidup kita dan perlu dijauhi serta merta. Jangan cuba toleh ke belakang untuk memberinya peluang kedua. Don’t ever give him/her any chances! You will suffer more when you open your heart again and again to him/her after all happened!
Korang boleh maafkan dia tapi dengan syarat jangan cuba untuk kembali padanya lagi. Mungkin tu hanya jerat untuk mengaburi mata korang yang dia benar2 berubah. Berubah? Nonsense. Ingat senang nak suruh orang berubah? Percayalah jika dia dari dulu sejak azali lagi perangai macam tu and tiba2 nak suruh dia berubah drastically, aku rasa tu kena tunggu kucing tumbuh tanduk lembu dulu baru semuanya berubah. Korang boleh bagi dia peluang kedua dengan HANYA BERKAWAN dengannya but not having a special relationship with her/him anymore.
Bunyinya memang agak kejam but it is actually for your own sake. Cuba bayangkan kalau sekali dia menipu kita, tak mustahil dia menipu banyak kali lagi selepas itu dan mungkin lebih dari tu. Kalau sekali dia membelakangi dan menjalinkan hubungan lain dengan orang lain, tak mustahil dia akan mengulanginya beratus ratus kali. Tak kirala lelaki ke perempuan ke, bagi aku sama je.
Aku pernah dengar sorang hamba Allah ni (wanita) duk bercakap-cakap dengan kawannya. ‘’laki aku ni kalau dia buat perangai selain dari menduakan aku, aku boleh maafkan dia. Dia kaki pukul ke, pemalas ke, liat nak bayar nafkah ke, aku masih lagi boleh bertahan dalam eri kata lain. Tapi kalau sekali aku dapat tahu dia curang dengan aku, sampai bila-bila pun aku takkan maafkan dia.’’ Mak oi, terkedu gak aku dengar. Betul2 marah tahap berapi ni. Abaikan nafkah boleh diterima tapi curang tak boleh dimaafkan? Ni pandangan masing2 dan bagi aku setiap orang punya cara sendiri. Malas nak komen tang kata2 dia tu tapi tu lah lumrah manusia. Tidak sanggup diduakan, mahupun ditigakan, diempatkan… blah… blah.. blah.. kecuali la kalu orang tu tiba2 terputus urat perasaan dia dalam body tuh!~
From my personal view la, terutamanya pada sape2 yang dikecewakan atau ditinggalkan di luar sana, jalan yang terbaik untuk mengatasi kepedihan ni adalah syukur. Syukur? Kenapa syukur? Sebab korang sedar ke tak sebenarnya bila kita kehilangan dia sebenarnya itu adalah ‘anugerah’ dari Allah untuk kita. Anugerah yang mampu menyelamatkan kita dari something yang membawa bencana.
Maksud disini secara lebih tepat, sebenarnya Allah dah merencanakan someone yang jauh lebih baik dari orang itu dan menjauhkan sesuatu yang yang lebih buruk yang bakal berlaku. Mungkin korang tak sedar, andai dia tak buat perangai dan korang masih bersama, who knows mungkin dia akan terus menerus menghancurkan hidup kita tanpa sedar. Sebelum korang mendapat sakit yang lebih parah, lebih baik dia tunjukkan awal2 perangai dia tu. Andai kata dia tak buat perangai macam ni sebelum diijabkabulkan, who knows selepas nikah dia mula menunjukkan taringnya. Jika sebelum ni dia cuba sembunyikan perangai buruk dia, selepas semua hal yang berkaitan dengannya terbongkar, bersyukurlah kerana Allah dah menyelamatkan kita dari menjadi mangsanya.
Kalau tak percaya, tengoklah pada pengalaman masing2. Sebelum kita berjumpa dengan soulmate kita yang sebenarnya, kita telah terlebih dahulu berjumpa dengan orang yang salah. Betul tak? Kita terlebih dahulu ditemukan dengan orang yang perangai macam hantu sebelum dipertemukan dengan mereka yang baik budi pekertinya. Kenapa macam tu? Sebab Allah sengaja mahu kita menjadi seorang penilai yang baik dan mampu membuatkan kita melihat kembali kealam nyata.
Kalau sebelum ni dia curang kepada kita dan meninggalkan kita atas sebab2 yang tak leh diterima akal, just let him/her go. Buat apa nak simpan orang macam tu kan.
Dia tinggalkan korang sebab dia jumpa someone yang lebih gorgeous and awesome? Loser gile.
Dia curang sebab dia dah jumpa someone yang boleh bagi dia kemewahan dan harta yang banyak? Idiot.
Dia lupakan korang dalam hidupnya sebab dia fikir dia akan jumpa orang yang kononnya boleh bagi dia kebahagiaan lebih? Omaigod how stupid they are!
Well, don’t ever think of him/her anymore. Say to yourself that your life is more precious rather than thinking of the freaking things. Dia nak curang ke, dia dah buat hidup kita merana ke, dia dah perabiskan harta kita, biarkan. Maksud aku bukan biarkan terus tapi try to forget it all. Ni satu pengajaran yang utuh untuk kita supaya kita dapat tempuhi hari2 yang mendatang sebelum kita berdepan dengan problem yang lebih challenging. Normal la kalau kita disakiti, dikecewakan, ditinggalkan dan dicurangi by someone that we love most. Because as I said, Allah dah mengatur someone yang jauh lebih baik dari dia.
Believe this, this is not your loss but theirs, for they lost someone who wouldn’t give up on them. So the best way is always motivate yourself. Maybe agak susah mula2 tu untuk korang nak adapt dengan feeling baru atas sebab still rasa kehilangannya but try and try. Again try to do something which can make you feel delighted. Move on.
Yes.. I know how hard it is... Tapi sila sila dan silalah untuk bersikap lebih rasional. Sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa akan datang. Sebelum kita dianugerahkan kebahagiaan, kita akan terlebih dahulu diuji dengan kepedihan dan kehilangan. Untuk kuatkan jiwa kita jugak. Apa yang Allah rencanakan kepada kita itulah yang terbaik.
Who knows mungkin sekarang kita tak nampak tapi in future baru kita nampak dan terfikir, bahawa Ya Allah sesungguhnya aku bersyukur dengan ujian yang Kau berikan ini kerana Kau telah mengurniakan seribu kali yang lebih baik dari Dia. Kau hilangkan kaca dengan menganugerahkan aku satu permata yang tak ternilai. InsyaALLAH.
Some words to ponder :
''kadang2 kita terlalu memikirkan kecurangan sesama manusia. tapi bagaimana pulak kecurangan dengan Pencipta? Kita lebih mementingkan panggilan kekasih dari panggilan Dia selama 5 kali sehari. Bukan ke tu lagi curang? Curang yang lagi keji sifatnya. So, bila kamu berhadapan dengan manusia, reflect balik dengan diri sendiri. Adakah waktu ini kita sedang curang kepadaNya? Lihat kembali hubungan kalian dengan Allah. Kamu pasti akan melihat betapa cacatnya hubungan itu jika hendak dibandingkan dengan hubungan dengan sang kekasih yang pada akhirnya memakan diri...''
p/s : cara aku tulis ni macam ada pengalaman je. Ehem. Actually aku dapat idea ni hasil observation aku dari orang sekeliling. Sometimes aku tengok sebab kecewa akibat pasangan diorang curang, diorang sanggup buat kerja bodoh konon nak suruh orang tu menyesal. This is not a wise thing to express what your feel. Ingat, sebelum kita dipertemukan dengan orang yang betul, kita akan terlebih dahulu diuji dengan orang yang salah. Dan orang yang salah itu adalah dia! Trust me, akan datang kamu akan berjumpa dengan orang yang beratus ribu kali lagi baik dari dia. Don’t be sad, ok
0 criticisms:
Post a Comment