Kalau kita rasa kononnya kita ni hensem , cantik, lawa dan comel, sesungguhnya diluar sana beribu2 lagi yang mengatasi keindahan rupa paras kita yang tak seberapa ni.
Kalau kita rasa kita bijak pandai, di luar sana ramai lagi yang excellent, genius, bergelar professor dan mampu mencipta sesuatu yang bernilai kepada masyrakat kalau nak dibandingkan dengan kita yang hanya layak bergelar jaguh kampung.
Kalau selama ini kita fikir kita kaya dan berharta, diluar sana tidak terhitung betapa ramai yang brgelar jutawan, billionaire, tujuh keturunan pun tak habis kalau nak dibandingkan dengan kita yang berbangga dengan tanah sekangkang beruk ni.
Kalau kita berbangga dengan keturunan kita yang dari kalanganTengku, Syarifah, Syed, Raja dan sebagainya, diluar sana berapa sangat yang berkira dengan gelaran yang menjadi kebanggaan itu.
Kalau kita rasa kita ni baik budi pekertinya mengalahkan perempuan/lelaki melayu terakhir, diluar sana beratus ribu lagi yang jauh lebih baik pekertinya berbanding kita.
Kalau selama ini kita rasa ilmu agama yang kita ada ini cukup tinggi (kononnya), bayangkan diluar sana tidak terkira ramainya yang bergelar ulama, wali Allah yang memiliki karamah dan syeikh tersohor diseluruh dunia yang langsung tidak mendabik dada akan ilmu yang dimiliki mereka.
Begitu juga…
Kalau dalam hidup ni kita rasa hodoh, buruk wajahnya (ala ala shrek), bayangkan betapa ramainya orang didunia ini yang memiliki kecacatan wajah yang jauh lebih teruk dari kita. Bersyukurlah.
Kalau kita rasa kita ini bodoh, bengap, bangang atau whatever, siapa tahu mungkin kita akan berbakti pada masyarakat suatu hari nanti menggunakan kelebihan lain.
Kalau kita rasa kita ni hidup miskin, susah dan kais pagi makan pagi, ingatlah diluar sana bayangkan betapa ramai penduduk di negara dunia ketiga menghadapi krisis makanan yang teruk sehingga kebuluran dan menyebabkan kematian.
Kalau selama ini kita rasa terhina kerana disisihkan oleh masyarakat kerana pernah menjadi sampah masyarakat seperti banduan, penagih dadah etc, ingatlah sebenarnya kita masih berpeluang memperbaiki diri kita jika dibandingkan dengan orang yang brbuat dosa dan tidak sempat bertaubat mengucap kalimah syahadah.
Kalau kita dengan rendah dirinya merasakan diri kita tidak sebaik orang lain yang banyak menyumbang bakti pada individu lain, siapa tahu kita bakal menjadi insan yang disegani suatu hari nanti.
Kalau sebelum ini kita rasa kita jahil, why not kita cuba ubah cara hidup kita sebelum ia terlambat. Dan ingatlah diluar sana ramai lagi yang memerlukan khidmat bakti kita.
gambar hiasan hahaha |
Oleh itu, bersyukurlah dengan apa yang ada pada diri kita. Kerana kita sebagai manusia memang tidak akan sempurna tapi kita sebagai makhluk yang paling mulia menerusi ciptaanNya, kita tetap mempunyai kelebihan dan keunikan kita sendiri, walau teruk macam manapun.
Dan yang paling penting, cubalah untuk menerima kelemahan masing2. Hidup ini akan lebih indah jika kita mempunyai karakter dan sifat yang berbeza. Kenapa perlu bermegah2 dengan kelebihan diri dan terhina dengan kekurangan sendiri? CHILL OUT!
0 criticisms:
Post a Comment