Sunday, 26 August 2012

Raya ini sangat best!

currently written by faie mohamad at Sunday, August 26, 2012 6 criticisms

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Lebih sepuluh hari aku tak online, tak bukak fb, twitter mahupun belog comel ni, langsung tak rasa macam kehilangan something. Kalau kat kampus tak online satu hari pun dah rasa semacam but here, at my hometown, tanah tumpahnya darahku, aku rasa hari2 yg aku lalui sangat bererti. Dan hari ini, Ahad 26 Ogos,  rumahku kembali sunyi dari suara kanak2 dan riuh rendah adik beradik aku. Sepanjang Syawal ini hampir tidak duduk diam kami dibuatnya. Ada open house di rumah abang sulung dan kakak nombor dua aku, sambut family day beramai2  dan BBQ di La Hot Spring pada hari raya ketiga, keropok lekor dan air kelapa muda di Pengkalan Nyireh, piknik di Pantai Air Tawar,  konvoi beramai2 ke sana sini bertemu dengan sanak saudara yang jarang berjumpa, macam2 lagi lah. Setahun sekali nikmat berhari raya ini terasa. Aku sangat bersyukur. Bestnye kalau hari2  macam ni. 

ketupat nasi ni aku buat sendiri taw ^^










berBBQ di La Hot Spring beramai2..sweett





nieces and nephew

Rasanya tahun ni paling banyak gambar aku ambik. But sadly my dearest Olym tiba2 rosak masa raya pertama. Means that jodoh aku dengan Olym tu setahun je. Nak buat macam mana, suhu dalam kereta panas sangat. Habis rosak kamera Olym tuh. Nak tak nak terpaksa pinjam ngn orang lain T__T

p/s: SELAMAT HARI RAYA :))


Tuesday, 14 August 2012

masa untuk balek kampung!

currently written by faie mohamad at Tuesday, August 14, 2012 6 criticisms
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Amboi banyak betul aku ucapkan kalimat suci ni. Kenapa excited sangat ni? Sebab aku dah berjaya merentasi cabaran yg besar ni. Sem 3 membuatkan pola hidup aku agak terganggu. Tak cukup tidur, asyik demam, bila dengar cerita client sampai terbawak2 ke mimpi, takde selera nak makan. Macam2 la. Yang paling penting adalah sebab case presentation aku dah selesai dengan jayanya. ermmm jaya ke? Takde la jugak. Banyak gak kritikan dari 5 orang lecturers yg observe presentation aku semalam.Contohnya macam ni,

'Your treatment plan and proposed interventions are good but there're too many interventions that you applied. I'm afraid that it would distract your session with your clients..'

'I heard that you use the word 'perhaps' when you presented just now. It's part of assumption and judgment to your client. Be careful with that..'


'From what I see, the quotation that you took from your client showed that your client has hidden things that she wanna tell you. You should explore more about this...''


'Your client drew flower, rainbow and cloud. Why don't you explain to us first the reason she drew them?' (Actually aku dah explain cuma mungkin time tu dia tak dengar T__T)

Tak kisah pasal kritikan2 tu. Aku anggap ia suatu komen yg membina untuk aku dan juga batu loncatan untuk aku supaya lebih berhati2 dan lebih 'maju' dalam menyiapkan case presentation untuk internship ni. Nobody is perfect kan.

Ehem. Whatever it is, yg paling penting sume dah setel. Case write up dh submit. Log book dah antar. File individu dan kelompok juga sudah setel. Oh, gembiranya rasa hati. Lepas ni boleh raya puas-puas kan kan.

I'll be at kampung for three weeks. Can't wait to meet my nephews and nieces, sisters and brothers, and most importantly my mum. Mungkin ada gak rasa rindu kat kawan2 lepas ni. So aku nak upload gambar2 kat bawah ni sebagai kenangan. Kenangan la sangat :P.


location: Danau Kota, rumah Alya.
Event: Iftar classmate dan bbq
date: minggu pertama Ramadhan


Baru je sampai rumah Alya time ni.


Terawikh beramai-ramai




Masa untuk makan. Baca doa luh.


Don't know why but i love this pic!




Last but not least, untuk entry yang last untuk bulan ni (mungkin last sebab kat rumah tak sempat nak online),  aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf andai ada tersalah kata terkasar bicara selama aku berblogging nih. Semoga Ramadhan ini membawa seribu rahmat buat kita. Salam maaf zahir batin.



p/s: mood balik kampung. Bye2 Kuala lumpur!

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea