Wednesday, 4 April 2012

sepuluh tahun akan datang...

currently written by faie mohamad at Wednesday, April 04, 2012 2 criticisms
Jika  aku berkesempatan menghirup  udara  Allah pada 10  tahun akan datang  ini, ingin sekali aku menjadi apa yang aku impikan selama ni.  Antara  impian  aku  ialah:




1.       Seorang isteri kepada seorang lelaki yang masih aku tak tahu siapa .

2.       Semestinya seorang ibu kepada beberapa orang anak. Aku impikan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan. Owh so suweet…

3.       Seorang wanita yang berkerjaya (kaunselor) di sebuah tempat. Kalau boleh aku tak nak di sekolah sebab aku prefer kat tempat yang boleh membuatkan aku deal dengan pelbagai jenis peringkat umur instead of budak sekolah. Tapi untuk permulaannya, why not.

4.       Master holder, dalam bidang kaunseling jugak. Aku plan nak ambik master in family counseling after married and then boleh jadi consultant untuk married couple yang ada masalah dalam rumahtangga diorang. Best kan. Haha (tibe2 gelak).

5.       Yang ni jika aku rajin. PhD holder, jugak dalam kaunseling. Lepas aku sambung master, andai diberi kesempatan, aku nak jadi seorang doctor falsafah, macam abang sulung aku yang bakal jadi seorang professor tak lama lagi. Tapi yang ni aku tak bagi sebarang jaminan. Andai Allah gerakkan hati aku, Insyaallah aku akan turut jejak langkah dia nanti.

6.       Dah ada asset harta sendiri; rumah dan kereta at least. Aku tak mengimpikan kehidupan yang mewah. Cukup aku bahagia dengan apa yang aku miliki. Rumah tangga yang bahagia dan barakah. As long as aku dah ada kerjaya yang tetap time tu.

7.       Seorang yang masih tak lupa akan batasan sebagai seorang muslimah. Ni yang paling penting.

8.       Seorang anak dan juga seorang adik yang masih tidak lupa akan jasa familinya. They owe me a lot! Tanpa mereka siapalah aku. Mereka harta aku yang tak ternilai dalam dunia ni.

9.       A freelance writer. Actually tendency aku lebih kepada bidang penulisan berbanding bidang lain sebab aku minat menulis since form 3 lagi. Dan minat aku tuh aku asah dalam pelbagai bentuk such as hantar karya penulisan aku kepada beberapa tempat. Tapi since dah lama aku tinggalkan benda ni sejak form 6 lagi, minat aku tu terkubur begitu sahaja. And I really hope that someone would guide me about this one day! And it is just for suka-suka only, not to gain any profit at all. (kadang2 menyesal gak sebab tak amik BM masa form 6 dulu sebab aku prefer Sejarah instead of Malay Language. Sejarah jugak fav aku actually).

10.   Salah satu impian aku sejak kecil lagi adalah nak bukak nursery. I adore kids and aku selalu terfikir bestnya kalau sepanjang hidup aku dapat meluangkan masa bersama toddler yang comel2 and innocent. So aku harap jugak walaupun dalam 10 tahun ni aku tak mampu capai lagi impian ni, at least ‘nursery’ untuk anak-anak aku pun dah kira ok…. :P

11Seorang  yang matang, berwawasan, berkeyakinan dan selalu optimis dalam kehidupan.


So, target aku  terbesar  sekarang  ni ialah  habiskan belajar dulu. Yang  lain-lain tu fikir kemudian. Aku hanya mampu merancang, yang menentukan  pastinya adalah   Dia. :)
 


Monday, 2 April 2012

i'm no longer 22 years old

currently written by faie mohamad at Monday, April 02, 2012 0 criticisms
Tanggal 1hb April  1989

Hari yang cukup bermakna dalam diari hidup seorang gadis yang bernama Farihah Mohamad. Nama yang ringkas. Macam tuannya jugak. ahaks

Aku dilahirkan  oleh seorang wanita  yang  cukup  istimewa.   Hajah  Wan Mariam  bt  Wan  Ibrahim. Dia  melahirkan  aku,  anak  yang  bongsu dari sepuluh  orang  adik  beradik  (3  lelaki dan   7 perempuan).  Begitu tabahnya dia bertarung nyawa demi melahirkan anak-anak yang diharap bakal mendoakan kesejahteraannya di alam kubur kelak. Dan  dia  membesarkan  kami  dengan penuh  kasih  sayang  dan  ketegasan   yang kukira  tidak  pernah  melampaui tanggungjawabnya  sebagai  seorang ibu. Wanita yang makin dimamah usia, namun dimataku dia cukup muda, muda dengan kasih sayang sentiasa terlimpah untuk kami.

Begitu  juga dengan  almarhum  ayahandaku,  Haji  Mohamad  bin Hassa   (al-fatihah untuknya),  seorang  ayah  yang  cukup lemah  lembut kepada anak-anaknya. Tidak  pernah sekali  dia berkasar terhadap  kami dan  sangat sporting. Aku selalu  dimanjakan olehnya. Rinduku padanya tidak terucap dengan kata-kata.  Aku sangat merindui kenangan bersamanya, senyumannya yang tidak lekang dari bibirnya dan bait-bait nasihat yang  tidak putus-putus untuk aku, selaku anak bongsu beliau. Aku selalu dimanjakan olehnya, dan kerap kali juga dia back up aku ketika aku dimarahi oleh ibuku yang agak tegas itu. Kasihku yang tertumpah untuk lelaki ini, hanya Dia sahaja yang tahu. Betapa aku amat mengasihi lelaki lebih separuh abad itu. Namun sayang, aku tidak sempat membalas segala jasanya terhadap aku. Dia pergi sebelum sempat aku menggenggam segulung ijazah yang selalu diimpikannya. Melihat aku dengan bangganya bergelar seorang guru yang diidamkan olehnya untuk aku sewaktu kecil dahulu.

Dan waktu  ini, usiaku, pada hari Ahad lepas, genap  23 tahun.  Usia yang kurasakan cukup matang untuk aku hidup berdikari dan lebih matang seiring dengan pertambahan usia.  Aku akui kadang-kadang aku bersikap keanak-anakan seperti kanak-kanak kecil, kadangkala aku tidak mampu menghapus sikap panas baran dan keras kepala yang melekat sejak kecil lagi. Kadangkala manjaku agak berlebihan. Dan aku selalu memberontak andai keperluanku tidak  dipenuhi. Lumrah anak remaja yang masih mentah.

Well, itu mungkin dulu. Kini, selari dengan usiaku  yang sudah kukira layak menjadi seorang ibu dan isteri kepada seorang suami (jeng jeng jeng), ku harap biarlah sikap itu berubah 360 darjah. Aku mahu menjadi seorang yang lebih  matang, lebih berjaya dari sekarang, lebih mendekatkan diri kepadaNya, lebih penyayang dan  lebih pemaaf. Aku hanya seorang manusia biasa. Aku tak mampu menolak  semua sikap negatif itu, tapi aku akan berusaha untuk meminimumkannya. Biarlah usia 23 tahun ini menyaksikan perubahan yang lebih positif kepada aku yang bakal bergelar seorang guru. Seorang guru yang akan dihormati dan disayangi. Yang selalu didoakan kesejahteraan dan kerahmatan oleh pelajarnya kerana curahan ilmu yang menjadi sedekah jariah di alam kubur nanti.

Meskipun zaman remajaku sudah berlalu, namun aku gembira. Fasa-fasa yang lebih mencabar sedang menanti aku nun di hadapan. Aku tidak sabar untuk mencurahkan khdimat dan baktiku di sekolah, menyandang tugas sebagai seorang ibu dan isteri yang solehah dan dengan bangganya bergelar seorang dorktor falsafah. Erkk, doktor falsafah? Hehe, at least kalau bukan Doktor falsafah, master holder pun dah ok :)



Insyaallah.
 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea