Assalamualaikum...
Alhamdulillah. I'm unoficially graduated from IIUM, the garden (fountain) of knowledge and virtue. Syukur sangat2. Worth the pain, worth the fight, worth the pressure, worth the everything. Thanks for the endless support, my family members, my buddies and everyone.Can't wait for the convocation day, even agak lambat dari orang lain, but Alhamdulillah lagi sekali. Sekurang-kurangnya ia berbaloi.
When I was undergraduate students, what's on my thought is only about the current life i.e assignment, kawan-kawan, ilmu kaunseling yang bakal dipraktikkan, dan sebagainya. Jarang terlintas akan soal prospek kerjaya, apa nak buat selepas grad, nak kahwin dengan sape, nak miliki kereta jenis ape, aset apa yg perlu ada untuk lengkapkan diri, perkara berkaitan material, lepas grad kat mana nak cekau duit untuk belanja harian. Masyaallah never crossed in my mind about that.
But then bila dah grad, baru sedar bahawa kehidupan semasa belajar jauh lagi mudah. Walaupun terpaksa memerah otak mengerah tenaga kesana kemari untuk sesuatu tugasan, segalanya dilakukan dengan penuh keseronokan. Tiada apa yang membelenggu waktu itu. Tiada pernah terlintas akan peritnya kehidupan selepas belajar. Tak pernah terfikir pun.
Apa peritnya lepas belajar sebenarnya?
Normal bagi fresh graduate like me, antara soalan femes yang selalu menjadi peluru berpandu menerjah,
'Bila dapat kerja?'
'Kat mana? Berapa gaji?'
'Kenapa tak kerja lagi? Tak cukup kelulusan ke?'
'Kenapa tak try isi borang A. Kalau tak borang B, C, bla bla bla..'
Itu soalan biasa. Yang paling trauma bila diajukan soalan,
'Bila nak kahwin?'
'Dah ada calon belum?'
'Kenapa single lagi? Umur macam ni sepatutnya dah kahwin. Paling tidak dah ada teman lelaki'
'Mak Cik ada calon untuk kamu. Kerja kat xxx, umur xx.. Dia berkenan kat kamu. Sudi tak?'
'Kenapa nak jual mahal? Tak laku sampai tua baru tahu'
'Tak takut ke jadi anak dara tua? Tengok kawan2 ramai dah kahwin, ada anak 2 3 orang dah'
Aduh. Tepuk dahi. Tak mampu menjawab. Malas nak senyum. Marah pun tak mampu.
Barangkali mereka berfikir selama ini yang menentukan semua ini, yang mengaturkan urusan jodoh dan pertemuan itu adalah dari manusia ini sendiri. Agaknya selama ni mereka merasakan yang berkehendakkan semua itu datang dari aku sendiri. Mungkin mereka ingat aku ini...hmmm.. Sigh.
Usia yang mencecah suku abad sebegini, tipulah andai kukatakan aku tak pernah menyimpan perasaan kepada sesiapa. I did. Dari situ aku belajar menyayangi seseorang separa mati. Lumrah usia mentah. Hanya terfikirkan cinta manusia semata. Cuma kerana tiada jodoh, aku terpaksa melepaskannya pergi dengan insan lain yang jauh lebih baik dari aku. Atas sebab-sebab tertentu dan istisyarah dari mereka yang terdekat, aku terpaksa melupakannya selamanya. Pahit. Pedih. Namun aku tahu semua itu bersebab. Allah Maha Tahu.
'Kenapa nak jual mahal? Tak laku sampai tua baru tahu'
'Tak takut ke jadi anak dara tua? Tengok kawan2 ramai dah kahwin, ada anak 2 3 orang dah'
Allahu. Demi Allah aku tidak pernah meletakkan diri sebagai orang yang susah untuk didekati, susah untuk didampingi atau menjadikan aku semahal-mahal manusia. Aku masih sedar siapa aku. Bukan wanita solehah yang inginkan lelaki first class datang meminang. Bukan menginginkan mereka yang paras rupa seperti Jericho Rosales untuk dijadikan teman hidup. Aku tahu limit aku bagaimana. Rupa paras pun tak seberapa, no reason for me untuk jual mahal dan menolak lelaki mentah-mentah dalam hidup. Aku masih sedar diri aku bagaimana.
Cuma aku selalu mengambil kondisi berhati-hati dalam apa jua sudut. Bukan mudah untuk aku move on apabila dikecewakan. Sekali dipermainkan, untuk kembali bangkit menjadi diri yang asli teramat payah. Terpaksa memotivasikan diri berterusan tanpa henti. Bukan sekali aku di perkotak-katikkan oleh mereka yang memberikan harapan palsu. Sudah banyak kali. Kononnya approach untuk dijadikan teman hidup, akhirnya tanpa sebab munasabah ditinggalkan tanpa sebarang kata. Tup tup dengan wanita seterusnya menjadi pilihan si dia. Hampir jatuh terduduk dibuatnya. But life must go on. Bagi aku untuk aku merampas kembali takhta itu adalah bukan aku yang sebenar. Aku bukan jenis yang desperate dan tidak tahu malu. Sekali ditinggalkan, takkan aku persoalkan. Takkan aku berpaling lagi. Let it be. Semoga mereka berbahagia. Itu doa aku buat mereka.
'Tak takut ke menolak risikan orang? Kalau dia betul-betul jodoh kamu bagaimana?'
Dah kalau namanya jodoh, pasti takkan kemana punya. Kenapa perlu risau? Bukankah hanya Allah yang mampu membolak balikkan hati ciptaanNya? Andai sudah ditakdirkan itu adalah jodoh, sudah pasti ia dipermudahkan. Tanpa perlu memayahkan, ia pasti akan datang jua akhirnya. Allah tahu keperluan hambaNya, Usah khuatir.
'Sudah buat istikharah?'
Ya, Istikharah itu perlu. Bahkan penting utk kita meminta sesuatu dari Tuhan untuk memastikan kita tidak tersalah pilih. Namun jangan lupa juga, istisyarah itu juga harusss. Bak kata Hilal Asyraf dalam buku beliau 'Sebelum Aku Bernikah', istikharah juga boleh menjadi fitnah kerana sesetengah manusia merasakan bahawa sesuatu petunjuk yang tidak tahu benar atau tidak dirasakan dari Tuhan. Tapi pentingnya juga istisyarah ini kerana dari situ dapat mengetahui perilaku seseorang. Melalui risikan dari orang terdekat. Perbincangan dgn beberapa pihak. Bukan hendak menjadi FBI, cukuplah kita tahu siapa dia. Dan aku sendiri tak terkecuali bila diperkenalkan dengan mana-mana kaum satu lagi. Sekadar menyiasat mana yang perlu. Siapa dirinya yang sebenar, siapa ibu bapanya, dia anak yang keberapa, hubungannya dengan orang lain, interpersonal skill bagaimana, cukup solat ke tidak, dan banyak lagi.
Namun, diam tak diam, aku kembali mensyukuri akan hakikat sebuah kehidupan yang hanya sementara. Tanpa semua ini aku takkan mampu mengolah dan mengekspresi diri dan meletakkan sesuatu cerita tanpa diri sendiri mengalaminya. Bila aku diuji sebegini, aku lebih kerap memotivasikan orang lain. Cara itu lebih menusuk dalam jiwa kerana diri sendiri terlebih dahulu mengalaminya. Sering kali aku terfikir seandainya aku tidak berada disitu suatu ketika dahulu, aku takkan menyelami perasaan orang lain. Kemungkinan ia hanya lah menjadi sebuah patung yang kaku. Heartless.
Syukur Alhamdulillah atas semua ini. Mana mungkin aku tak bersyukur. Seandainya suatu hari nanti dipertemukan dengan 'imam' yang sebenar, pasti aku akan lebih menghargai dia. Takkan sekali-kali berpaling darinya dan membandingkannya dengan manusia lain.