Assalamualaikum...
I am a kampung girl. Tinggal di kampung yang masih lagi mengekalkan ciri-ciri kekampungan, ada sungai, ada bukit bukau, sawah padi yang menghijau, pokok buah yang sentiasa mengeluarkan hasil sepanjang tahun, takde bangunan tinggi, takde pasaraya melainkan di bandar berdekatan, dan jugak kadang-kadang susah nak dapat network connection. Sesetengah rumah masih lagi mempunyai perigi yang digali sendiri termasuklah rumah aku, tapi takde la sampai tahap toilet kat luar rumah macam cerita Cun tu. Most of us ada wifi kat rumah, Astro tu boleh katakan setiap rumah ada terpacak piring tu kat atas bumbung, ada ayam itik yang sentiasa berkejaran sesama mereka sambil ucap 'I love you' kat crush memasing, ada lembu jantan dan betina, ada kambing yang selalu menjahanamkan pokok bunga yang aku tanam kat laman rumah sehinggakan pernah sekali aku tampar beliau yang tak sudah-sudah makan tumbuhan lidah jin yang aku tanam tuh, jugak ada kuda peliharaan jiran. Ekor dia, fuuhh.. macam buat teknik rebonding!
That is how I live. Tinggal di kawasan kampung yang sebenar-benarnya, tanpa ada aktiviti pembangunan yang pesat, udara yang sentiasa dingin dan nyaman. Pagi-pagi lagi kedengaran bunyi ayam berkokok mengejutkan tuannya supaya jangan subuh elephant, malam-malam cengkerik mula la berpesta memeriahkan suasana, suara katak babak yang scary kalau dengar banyak kali. Semua ni aku tak rasa masa duk kat KL nih.
Di kampung, specifically di rumah kami, ada sungai kecik yang merentangi kawasan rumah kami, depan dan belakang rumah. Dulu masa kecik sungai atau alur tu ada jugak ikan tapi sekarang ni banyak daun kering je. Dah hampir kering dah kawasan air tu. Dulu banyak gak ikan-ikan kat situ terutamanya masa musim tengkujuh. Memang rezeki kaki gila pancing la. Tapi sekarang ni bila sungai tu mengecil, air pun makin menyusut. Silap haribulan memang sungai tu tinggal memori je.
Masa kecik-kecik dulu selalu jugak aku ikut abang or sedara pergi memancing kat belakang rumah tu. Guna umpan cacing yang panjang tu.. Ewww sampai sekarang aku kalah dgn makhluk Allah yg sekor tuh. Setiap kali mancing, ada la habuan yang menanti. Samada ikan haruan yang kurang bernasib baik haritu atau bebelan mak yang tak henti-henti. Hahaha. Pernah sekali jugak aku dan anak sedara aku curi-curi pergi belakang rumah konon nak tangkap ikan, last2 kami tersembam di lumpur sungai. Habis comot baju time tuh. Imagine la sendiri apa 'hadiah' yang kitorang dapat haritu. Hahaha
Tapi semua tuh dah tinggal kenangan. Sekarang ni dah tak rasa ni semua. Cepatnya masa berlalu wuwuu..
Kat kanan rumah kami ada sebatang pokok rambutan. Lebat berbuah dan manis berbuah. Tak pernah mungkir menghasilkan buah setiap tahun. Kat pokok tu aku belajar panjat pokok dari abang aku, kadangkala kami bergayut kat dahan yang 'pohu' tuh yang memungkinkan tu adalah faktor ketinggian aku sekarang. Kui2. Sambil panjat sambil petik dan makan rambutan yang fresh dari ladang tuh. Lepas tuh ade la sesapa yang jadi mangsa kami kena baling kulit rambutan dari atas. Ada 'rezeki' kami dikerumuni kerengga slim yang sedia menanti. Tiap kali musim buah aku antara orang yang bertanggungjawab rambutan, langsat, durian, manggis or duku di sekeliling rumah kami untuk dimakan. Kadang-kadang kalau tak habis, ia akan dijual tapi harga murah gila.
Kat kampung aku durian yang paling mahal harganya RM1.50 sekilo. Tu masa minggu pertama musim buah bermula. Lepas tu harganya akan turun sampai satu tahap jadi 30 sen sekilo. Rambutan pun dapat nasib yang sama. Sekilo rambutan baru 30 sen dijual kepada pemborong tu pun kadang-kadang diorang taknak beli sebab dah ramai yang jual kat diorang. Tak berbaloi kan? Baik makan or bagi sedekah je.

Atau kalau ada vistor-visitor yang datang melawat keamanan dan ketenteraman kampung kami nih, kami bagi je buah-buahan tempatan ni sebagai hadiah buah tangan kenang-kenangan... hihihihi visitor la sangat kann..
Gambar pertama. Rambutan yang merimbun depan rumah. Kaler kuning bersih pulak tuh. Kami gelar rambutan ni 'gula batu'. Aku tak berani nak ambil gambar secara dekat. Takut terserempak dengan makhluk hitam tak berkaki yang licin tuh. Kawasan tu agak bersemak sikit. Tapi makin semak makin merimbun la pulak buah tu.Terliur tak terliur tak?
Yang ni kat tepi rumah kami je. Anak sedara kite main petik je buah ni sebab pokoknya rendang sangat. Masa aku kat kampung haritu rambutan2 ni baru je nak berbuah lebat tapi tak berapa nak jadi merah ranum lagi. Pokok rambutan anak sekolah ni parents aku tanam 3 pohon sepanjang jalan. Kalau malam-malam ada yang kelaparan boleh la stop kejap and makan puas-puas. Konon la. Bawah pokok rambutan tu pulak ada buaian dan set meja dan kerusi yang memang diciptakan untuk kami yang suka bersantai sambil memerhatikan makcik-makcik yang lalu lalang yang baru balik menganyam ketupat di kedai berdekatan, anak-anak remaja yang kemain lagi merempit sampai tak hengat, dan jugak golongan belia yang sentiasa lalu kt kawasan tuh. Pendek kata setiap kali diorang lalu situ, mesti akan memanjangkan leher tengok pokok tu. Dekat sangat ngan jalan raya.
Ni pulak durian yang aku kutip kat belakang rumah. Belakang rumah kami ada 2 pokok yang memang berbuah lebat gila, depan rumah ada 3 pokok besar tapi memang scary la kalu pergi kutip sorang-sorang. Takut-takut terserempak dengan akak berbaju batik je. Abang aku dah terkena. Nasib baik beliau sempat pecut.
Pokok duku yang baru je nak hijau. Lokasi dibelakang rumah kami. Dalam erti kata lain memang aku tak sempat nak nikmati buah ni untuk tahun ni sobss. Rasanya manis gila. Biasanya mak aku jual je buah ni kat peraih. Dah tak larat nak makan dah.
Buah dokong yang sedang bergugusan di pohon ngeeee.. Manis sesangat.
Feeling kekonon tengah petik buah. Rambutan ni aku dapat kat depan rumah. Aku guna galah yang sedia ada dan kait sebanyak mungkin. Tapi rambutan ni tak berapa manis sangat. Tak macam rambutan anak sekolah tuh. Kalau sesape yang ade diabetes sesuai la kot.. Ni mak aku sendiri yang cakap.. heheee
Tapi dalam banyak-banyak buah, aku paling suka buah manggis sebenarnya. Rasa yang masam manis tu memang memikat selera. Nak dijadikan cerita sebelah pokok durian belakang rumah kami tu ada pohon manggis. Masa syok kutip durian tu, tengok-tengok je ada manggis yang sedang berbuah lebat. Apa lagi, terus aku capai galah yang ada kat situ dan kait dalam 10 bijik and makan kat bawah pokok tu jugak. Hahaha kalu orang tengok mesti pandang semacam tapi belakang rumah sape yang nak tengok kan. Monyet ada la.
Actually kami ada satu lagi kebun buah ni iaitu kat Kampung Durian Merekah. Kalau google sekalipun memang takkan wujud dalam peta punya sebab kampung ni memang terpencil sangat. Allahu, besarnya ganjaran pahala arwah datuk aku yang tanam pokok2 buah tu. Kat situ lah dusun buah-buahan penduduk kampung area situ. Aku sendiri dah bertahun tak menjejakkan kaki kat situ. Bukan apa, takut kot nak pergi sana. Cik bibah tengah berpesta kat sana, tu pun belum lagi termasuk ada ura-ura cakap encik belang pun ada menghuni, tapi kebenarannya wallahua'lam.
Motif entri ni? Saje nak cakap yang kite boleh makan buah kat atas pokok on the spot dan mampu panjat pokok tau hahaha.. Tapi tu dulu la.. Masa zaman kanak-kanak ribena boleh la buat keje camtu. Skarang ni kalau buat lagi memang awal-awal lagi kena rejek.. huhuhu..