Wednesday, 23 May 2012

kalau saya seorang...

currently written by faie mohamad at Wednesday, May 23, 2012

#  Kalau saya seorang pengetua,

saya akan menghapuskan sistem kasta (grading system )bagi student excellent, sederhana dan  mundur. Tidak ada istilah best student, worst student, moderate student dan  result exam   mereka  tidak akan   sekali kali saya  publishkan  di  notice  board. Perlu ke kita tunjukkan kecemerlangan/kemunduran student tu kat   mata  umum? Kalau kat notice board  tu dari  student excellent hinggalah kepada mereka yang fail diletakkan  markah diorang kat situ. Maybe  ada   kebaikannya  jugak iaitu menjadi motivasi kepada student yang lain tapi  pada masa  yang sama membuatkan self esteem  sesetengah student  menurun.  Pernah     alami kan situasi ni?  Bila nama kita berada dalam  senarai paling rendah, kita  akan rasa lost and down gile. And  bagi yang excellent tak habis  habis rasa  bangga   dan  wujud perasaan riak.  Itu tak  mustahil. Well, saya rasa better tak payah  letak langsung  pun. 

(sebenarnya ni terpengaruh  ngn  cite  3 IDIOTS tu.  Siyes ni antara cite motivasi terbaekk  :D).

Pada saya, tak semestinya pelajar  yang cemerlang itu  mampu   apply semua yang dia  belajar dalam  kehidupannya. Mungkin  dia    hanya    tahu menghafal notes  yang  diberi dan  lepas  tamat je exam   tu   terus  dia    tak   mampu   nak  ingat balik  dah.  Bukan ilmu  yang  dia   dapat  tapi pressure ada la.  Apatah    lagi  nak guna  ilmu   tu untuk tujuan  kebaikan. (contoh terbaik seperti yang  kita sedia maklum kan… yang pernah heboh kerana  aktiviti sosialnya di FB).

Students    yang   dapat  markah rendah pun sama.  Boleh   jadi  masa  exam  tu ada  sesuatu yang  mengganggu fikirannya, or dia sakit  ke,  yang mana  membuatkan  dia tak boleh  menjawab dengan baik. Tak  pasal-pasal  sebab perkara  itu dia  dikira  fail.  Itu  tidak  adil baginya.

Jalan  terbaik ialah menilai students dari kesungguhannya, bukan pencapaiannya. Judge  them  through   the process, not the outcome. Sejauhmana mereka mampu apply  ilmu  yang dipelajari. Itulah   pelajar  yang excellent,bukan hanya  tahu  menghafal nota-nota  je.


#  Kalau saya seorang lelaki,

saya tidak akan membiarkan isteri saya, ibu saya, kakak saya dan adik perempuan saya mendedahkan aurat mereka. Kerana saya tahu betapa besarnya azab dosa yang bakal saya tanggung sebab tak pernah menasihati mereka supaya menutup aurat dengan sempurna. Saya takut bila memikirkan betapa panasnya api neraka yang tidak tertanggung. Saya cukup takut akan itu. Nauzubillah.


#   Kalau saya seorang guru,

saya akan memastikan masa mengajar itu saya jalankan dengan sempurna. Saya tidak akan membiarkan pelajar pelajar saya tertunggu tunggu walaupun hanya 1 minit. Kerana saya tahu 1 minit itulah yang bakal saya pertanggungjawabkan kat akhirat nanti. Gaji yang akan saya dapat pasti bukan dari sumber yang halal. Saya takut bila anak-anak saya menerima akibat itu kesan dari perbuatan saya.

#             Kalau saya seorang blogger femes,

saya akan pastikan blog adalah salah sebuah medium dakwah untuk semua pihak. Bukan hanya menceritakan perkara yang personal malah mampu membincangkan isu dalam dimensi yang lebih besar. Saya mahu membuatkan pembaca sentiasa bermuhasabah dan yakin bahawa Islam yang mereka anuti itu sesungguhnya yang terindah. Saya mahu keberkatan hidup yang saya dapat adalah melalui itu.


#  Kalau   saya  seorang  lecturer,  

saya  akan menggalakkan  student supaya sentiasa   berfikir  out  of the  box.  Means that students diberi kebebasan untuk berfikir dan meluahkan apa yang sepatutnya sepanjang sesi pembelajaran dan jugak exam. Mereka diberi pilihan untuk mengeluarkan idea sendiri asalkan tidak lari dari topik yang  dibincangkan. Bukan hanya menyuruh student menghafal notes2 saya tanpa membuatkan mereka tidak mampu untuk berfikir secara kritis. Ini tidak, selagi jawapan tu tak ada dalam skema jawapan walaupun ia sangat bersangkutan, markah student tu diberi kosong@rendah. Situasi sama yang saya alami sekarang ni la.  T_T Sedih gile kot, markah paling teruk abad ni. (tu la sape suruh pandai –pandai buat skema jawapan sendiri. Amek ko!)


#  Kalau saya   seorang ibu,


Errkkk... this is not my husband.. he's my brother..
with my cute Fitri   :) 


saya akan  pastikan  anak  anak saya  mendapat  bekalan ilmu  yang  secukupnya.  Baik   ilmu   duniawi  mahupun  ukrawi. Saya takut bila  memikirkan  gejala  gejala sosial yang  semakin lebat  menghujani  masyarakat sekarang.  Alangkah   bimbangnya  andai  mereka turut terjebak  sama.  Memikirkan  keseronokan dunia yang  sementara  tanpa  memandang   akhirat yang  kekal  sampai   bila-bila. 

Astaghfirullahalazim.

Sekadar    inspirasi   untuk hari  ini.

Love ^^



11 criticisms:

Ardini Izzati said...

Bagusnyaa :)

EmeLiena said...

Alhamdulillah, entri yang sangat menarik ! Ohsemm !

aima said...

kalau kita ada kalau....silap post..kalau saya x konpius....haha

caliph shuriken said...

klau link utk drop comment letak di penghujung en3, pasti ramai x confuse kn, hikk...

Eein Azryn said...

Kalau saya seorang pengetua, saya pun nak buat camtu. Hehehe.

siti zulaikha said...

waaa.. terbaekkk!! ehee.. amin2.. :)

Kotak Mancis said...

wah nice entry... saya setuju yang seorang pengetua tu ( y lain2 pon setuju juga...) xseronok la tampal result kat notice board... klu ada matrix number saja xpa... ni sekali nama dibedal masukkkan... sangat2 x seronok....

faie mohamad said...

yup.. tapi sayangnya ramai yang selalu memandang gred berbanding ilmu yang bakal diperolehi. lebih mementingkan markah berbanding dengan knowledge yang bakal di apply.. ibu bapa pun sesetengah dari diorang sangat bengang kalau anak mereka dapat markah rendah sebab kononnya anak mereka tu tak pandai. tapi disebalik semua tu mereka tak nampak kelebihan anak mereka dari sudut lain.

Nur Shahira MY said...

Huhu . TerBAIKKK ^^

Unknown said...

wah..bagusnya.. tak dapat dinafikan, manusia sekarang lebih mencintai manusia lebih daripada mencintai Allah dan Rasulullah.. saya tabik keputusan awak tu

farwizah said...

nice blog :)happy blogging..salam ziarah...

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea