Wednesday, 15 February 2012

kehilangan- I feel lost

currently written by faie mohamad at Wednesday, February 15, 2012
Assalamualaikum…
Sebelum aku nak membebel, aku nak dengar lagu ni dulu.


Lagu 'Words' from Boyzone... Nice, right? I love Boyzone <3

Ok, back to the topic.

Apa yang aku rasakan sekarang ni? Sedih yang teramat sangat. Sayu dan sebak. Reason? Because tak lama lagi aku akan keseorangan. Be alone. Bukan sebab aku clash dengan sape2. Keseorangan dalam erti kata yang lain aku akan menjadi satu-satunya dalam family aku yang belum berkahwin. My sister, Bib yang selama ni selalu jadi partner solo aku akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. Meaning that lepas ni hanya aku je yang masih lagi single. It’s not like aku tak happy dengan perkahwinan mereka. Aku happy. Happy sangat. Sebab kakak aku tu dah jumpa someone that really love her. But at the same I feel lost. Why? Sebab aku tahu, keadaan mungkin akan jauh berbeza berbanding dulu, time kami masih lagi menjadi kanak-kanak riang untuk beberapa ketika yang lalu.


Sekarang ni pun aku dah rasa yang kami dah macam ada gap lepas dia dapat kerja. Kalau dulu time dia masih lagi belajar kat UiTM Shah Alam, at least kami masih lagi boleh jumpa kat kampung dan habiskan waktu cuti sama-sama. Tapi sekarang ni, aku hanya mampu melihatnya dari jauh.  Aku tak dapat menemaninya beli barang2 hantaran, tempah pelamin, beli baju pengantin, survey hiasan untuk cenderahati kahwin. Sometimes aku rasa macam alangkah bestnya andai waktu dapat diputar kembali. Menikmati usia kanak2 yang masih tidak mengenal apa-apa. Bermain dengan teman sepermainan sama-sama. Melihat dirinya yang bakal menjadi milik orang beberapa bulan lagi membuatkan aku rasa terharu gila. Dan kami selalu bercakap pasal hal ni setiap kali kat kampung. Pasal perasaan dia yang bakal menjadi milik orang tak lama lagi. Bagaimana keadaan aku yang akan keseorangan bila dia dan bertukar status. Aku selalu bergurau kat dia supaya nanti naik pelamin sama-sama. Baru adil. But it’s just a joke. Joke yang ada makna tersendiri.


She is Nurul Syuhadah Mohamad. 80% of people that we are familiar with said that our features did not resemble us as biological sisters. Is that true?

Bukan kami tak pernah bergaduh, setakat tak bertegur sapa tu dah biasa sangat. Tapi air yang dicincang takkan sekali-kali putus. Marah macam mana aku pun kat dia, banyak mana geram aku kat perangai dia, aku tetap sayangkan dia. Aku tetap menghormatinya sebagai seorang kakak. Maybe sebab beza usia kami just dua tahun dan kami sama-sama membesar di depan mata masing-masing, perangai dan habit kami pun dah sama-sama boleh cam. Aku ni jenis manja dan sensitif, dia pulak jenis degil dan lebih independent dari aku. Tapi perbezaan tu lah yang membuatkan kami bertambah rapat. Yang membuatkan aku selalu teringat kat dia even kat mana aku berada time tu.

People might say, it is useless for me to feel this. Let her search for her own happiness. Why people like me must feel cheerless? Well, ada ke aku kata aku tak suka dia berkahwin? It’s just a little bit sad that exists deep in my heart and I think it is normal for everyone. Isn’t it?

Why she is special? Di mata aku,

# Dia tak pernak berkira dengan barang-barang yang dia ada. Apa yang jadi milik dia juga menjadi hak aku.

# She’s such an adorable woman@girl. She’s charming, attractive and fashionable.

I adore her <3


# She’s caring. Kalau aku ada masalah, surely dia akan tolong aku.

# Dia jenis gila-gila dan kelakar

# Dia selalu mengalah dengan aku

# Dia seorang yang loving, terutama kat kanak-kanak

# Dia seorang talkative, even mak cik- mak cik kampung aku suka borak dengan dia

# Dia suka dengar cerita aku, walaupun cerita aku tu sangat membosankan tapi dia sudi dengar.

# No 1 yang paling penting. Hehe

On her convo day. With her Encik Tunang, Kamal Amir


Buat Nurul Syuhadah Mohamad, adik kamu ni doakan moga kau sentiasa bahagia dengan Abg Amir yang hensem tu. Kalau boleh aku harap lepas ni kita dah tak bersedih dah pasal ni. Aku tak leh janji yang aku ada disisi kau masa wedding nanti. Insyaallah andai sampai waktunya, lambat atau cepat, aku akan ikut jejak langkah kau. Lepas kahwin kau dah tak boleh gila-gila macam dulu dah. Nak-nak pasni mungkin kau akan jadi mummy orang, lagi la kena jadi perempuan melayu terakhir sikit. Aku takpe, lambat lagi nak pegang status tu. Ada banyak lagi masa untuk aku berubah dari jadi gila-gila kepada waras-waras sikit (erk ada ke word nih?). Jangan sedih ye, adik sayang kat kau, akak. Dan lagi,

  •      Aku harap kau doakan aku supaya aku dipertemukan dengan lelaki yang baik budi pekertinya macam Kamal Amir tu.

  • Aku nak ucapkan terima kasih kat kau sebab kau bagi aku ‘gift’ yang buat aku sayang gile kat dia.

  •    Aku harap kau takkan lupakan aku yang satu-satunya adik kau kat ‘earth face’ ni.

  •       Aku harap kau dah tak gila-gila dan gong-gong macam yang kita selalu buat dulu-dulu

  • Aku harap kau selalu balik kampung or jumpa aku kat sini walaupun kau dah jadi Puan Nurul. Dan satu lagi,

  •     Aku harap kau takkan lupakan ‘jasa’ aku yang selalu menyusahkan kau. Haha.


Btw, Bib, kau kena ingat, walau siapa pun kau sekarang, walau kau kat planet Uranus sekalipun, aku takkan lupakan kau, seorang kakak yang sentiasa menjadi pelindung kepada adiknya suatu ketika dulu.


See, ada sebab kan kenapa aku rasa sedih?



2 criticisms:

Anonymous said...

So touching!:(
Aku takkan sangka ko akan buat 1 entry macam ni hukhuk.

Kahwin atau tidak, tidak akan ada yg akan berubah. trust me ok. ILYSM!

-BIB

faie mohamad said...

yeah... you're right
i hope so
ILY too :)

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea