Showing posts with label ujian kesedihan. Show all posts
Showing posts with label ujian kesedihan. Show all posts

Saturday, 7 September 2013

This is a story..

currently written by faie mohamad at Saturday, September 07, 2013 0 criticisms
Assalamualaikum...

This is my story and it's just happened to me..about few days ago..

Bilik kaunseling.

10.00 am. Datang dua orang pelajar perempuan tingkatan 4 tetiba request nak buat sesi. So memandangkan aku tengah free, aku bersetuju.

Soalan pertama. Selesai menerangkan prosedur dan matlamat sesi, aku bertanyakan tujuan mereka datang berjumpa. Salah seorang dari mereka berkata,

''Cikgu, kami nak cerita pasal ada sorang kawan kami ni. Namanya X. Dia...bla bla bla bla.. dari dulu sampai sekarang ego tinggi gila.. bla bla bla.. tak nak mengalah... bla bla bla bla.. ada 2 orang tukang hasut.. dia benci kami sebab hasutan tu... bla bla bla... The end.

Pendek kata ia berkisar tentang kekecewaan mereka dengan sikap seorang sahabat yang selalu tidak mahu mengalah dan lebih teruk lagi mempunyai kawan-kawan yang sentiasa mengapikan keadaan. Sempat jugak aku bertanyakan mereka tentang ciri-ciri sahabat mereka tuh, trait dia dan tanpa disuruh mereka main mention nama budak tuh. Erkk

Okay. Cukup 50 minit mendengar cerita mereka, aku membuat ulasan dan memberi beberapa pandangan peribadi serta menyuruh mereka melakukan keputusan berdasarkan pandangan mereka sendiri. Dan aku terus menerangkan baik buruk kesan dari perkara tersebut. 

Then sesi itu tamat pada hari tersebut. Aku menyuruh mereka datang kembali minggu depan membuat follow-up untuk melihat sebarang perkembangan. Penting untuk aku mencatat nota sesi itu untuk rujukan pada saat yang diperlukan.

Keluar dari bilik sesi, aku disapa oleh dua orang pelajar yang juga tingkatan 4 yang mana sebelum ini pernah melakukan sesi ujian kerjaya dengan aku. Aku menyambut baik kedatangan mereka and sempat aku melirik pandangan dua orang pelajar yang baru lepas sesi itu menghadiahkan pandangan tajam kepada dua orang pelajar terbabit. Eh main-main mata pulak.

Dipendekkan cerita,  cerita mereka juga berkisar tentang hubungan persahabatan. Dengan seorang sahabat baik mereka sendiri.

''Cikgu, sebenarnya kan kedatangan kami nak cerita kat cikgu pasal sorang kawan saya ni. Namanya X. Dia ni kan memang dah banyak berubah sejak kebelakangan ni. Dah la suka marah-marah, pastu pulak ego tinggi tak hengat. Nak tahu tak kenapa? Sebab ada penghasut la cikgu. Mereka-mereka ni lah yang memecahbelahkan hubungan persahabatan kami..''

Eh ni macam cerita tadi ni, aku berbicara dalam hati. Kebetulan kot. So aku bertanyakan tentang ciri-ciri sahabat diorang tuh. 

Mereka menerangkan satu persatu. Eh ada persamaan pulak. Nama pun sama. Dan mereka menyambung,

''Kalau cikgu nak tahu, yang dua orang datang jumpa cikgu tu la tukang hasutnya. Saya pun terkejut macam mana la mereka boleh ada kat sini jumpa cikgu. Diorang cerita pasal apa cikgu? Ke pasal ni jugak?"

Gulp. Aku menelan air liur. Cuba menghela nafas sedalam-dalamnya. Orang yang sama rupanya. Group A tuduh group B buat onar. Group B pun tuduh A yang cuba memecahbelahkan keadaan.

''Ooo.. Yang diorang datang tu pasal lain. Jangan bimbang'', aku cuba berdalih. Takmau mengeruhkan keadaan. Kang tak pasal-pasal bertumbuk diorang kang.

''Cikgu jangan percaya diorang tuh. Nak-nak si A tuh. Dah banyak kali dia hasut cikgu-cikgu kat sini cakap saya buat macam-macam. Cakap saya miang la asyik kawan dengan lelaki la, macam2..''

Sudaahh.. Aku garu kepala. Macam mana ni? Nak percaya kat sape ni? Dua2 bagi bukti dan penjelasan yang kukuh. Dua-dua muka macam tak menipu dari segi luaran. Dah tu mana satu cerita yang aku boleh terima nih?

Habis la. Macam mana nak cakap kat diorang ni ek??



Tak mahu memeningkan kepala yang sudah sedia pusing, aku membuat reflection of content dan jugak reflection of feeling. Waktu tu tiada intervention yang mampu aku sediakan. Perlu untuk aku menenangkan diri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan berdasarkan cerita mereka. Apa yang mampu aku buat ialah conclude everything and doing paraphrasing kat depa-depa nih. Seperti biasa aku suruh diorang datang balik pada waktu yang ditetapkan. Dan diorang bersetuju.

--------------

This is among a short story yang boleh aku ceritakan kat sini. Actually banyak lagi. Terlalu banyak, bahkan lagi teruk pun ada. Kisah budak-budak remaja, biasa lah. Kita stop cerita pasal diorang nih.

Apa yang mahu aku tekankan kat sini ialah, among of us mesti ada yang jenis suka bawak mulut dan bercerita itu ini non stop. Kadang-kadang sampai berdesing telinga ni duk dengar macam-macam cerita yang dia cuba sampaikan sampai tak tahu mana satu betul mana satu salah. Bak kata penyanyi Nora, di persimpangan dilema samada nak percaya atau tidak.

Jom kita teliti ayat Al-Quran ni.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (surah Al-Hujurat:6)

Okay. Cuba bayangkan lebih 1400 tahun lepas Allah telah menitipkan ayat ini kepada rasul junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w sebagai peringatan kepada umat Islam. Ayat ini membawa maksud secara mudah ialah kalau ade je sesape yang fasik datang bawak cerita atau khabar angin yang belum tentu kesahihannya, jangan cuba untuk mempercayainya hidup. Selidik dan kaji dulu sebelum percaya. Tapi sebenarnya orang fasik tu apa? Macam mana nak tahu orang tu fasik atau tidak?

Fasik tu menurut Ustazah aku masa sekolah dulu membawa maksud orang yang tidak mentaati perintah Allah dan berkekalan melakukan dosa kecil mahupun besar. Fasik ni terbahagi kepada dua iaitu fasik kecil dan fasik besar yang mana fasik besar ni boleh membawa kepada kekafiran (rujuk surah as-sajdah ayat 18-20).

Dalam hal ini, Allah SWT berfirman dalam surah al-Hasyr, ayat 19 yang bermaksud: 

“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang yang fasik lagi derhaka.”

Jugak sama-samalah kita meneliti ayat dalam surah Al-Maidah ni. 

“Dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik”. (Surah al-Maidah ayat 47)

Tapi jangan la pulak sewenangnya pulak cakap si Abu tu fasik, si Minah tu munafik, si Husin tu  firaun. No no no! Kita sebagai manusia, tak layak untuk menilai itu ini. Untuk kita mengatakan dan menghukum mereka itu fasik tanpa kita mengenal dalaman dan luaran seseorang adalah sesuatu yang sangat tercela. Silap haribulan kita sendiri yang jadi fasik. Nauzubillahiminzalik.

So kat sini boleh kita nampak bahaya nya si fasik dalam masyarakat. Jika ia makin membarah tidak mustahil ia membawa kepada kehancuran umat Islam. 

Ini baru cerita pasal fasik. Belum lagi masuk pasal lain. Eh jadi apa kaitannya dengan cerita yang aku sampaikan tadi?

Jangan salah faham. Aku tak cakap pun yang bebudak yang datang jumpa aku tempoh hari tu adalah mereka yang fasik. A big no! Mintak dijauhkan, minta diampunkan dosa kita-kita sekalian.

Tapi apa yang aku dapat belajar dari situ adalah andainya ada yang datang berkongsi cerita kepada kita, tak kira lah siapa pun dia hatta kawan baik sekalipun, jangan telan bulat2 apa yang diperkatakan tuh. Kaji. Siasat. Bandingkan. Lepas dapat tahu benda sebenar, mohon ambik pengajaran dari perkara tuh. Jangan terlampau mudah mempercayai sesiapa. Seeloknya bersemuka kembali dengan mereka ni mencari pengesahan. Selesai.

Bukan apa. Takut nanti hati kita sendiri yang kecewa bila dapat tahu benda sebenar. Lain yang diberitahu, lain yang keluar. Punyala kita rasa bodoh sebab percaya bulat2, last2 rupanya benda tu tipu tu semata. Kecewa kan?

Alololo jangan la nanges.. Awak kan comey :)


Pengalaman aku dalam perkara sebegini tak banyak, tapi cukup untuk mengajar aku supaya jangan mudah memberi dan menerima kepercayaan seseorang. Kita tak tahu baik buruk orang itu untuk kita terima bulat-bulat apa yang disampaikan olehnya, jugak tak tahu sompek orang tu yang membuatkan bahana rahsia kita yang tersebar. Cukup lah.

Serik.








Saturday, 16 February 2013

Juvana

currently written by faie mohamad at Saturday, February 16, 2013 15 criticisms
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

May be aku agak ketinggalan ke belakang sikit bab2 hiburan nih. Baru je lepas tngok movie Juvana kt internet. Sebelum ni memang duk cari kat mana nak download. Dulu masa drama, setiap episod aku download kat youtube. Sebab apa? Sebab aku rasa cerita tu ada kaitan dengan prfession yang aku amik sekarang nih . Dalam cerita tu ada watak kaunselor. Cikgu Zakiah or Izreen Azminda yang banyak inspire murid2 nya sampai diorang berubah dari jahat kepada baik. Bila hayati watak beliau dalam cerita tuh, aku terfikir, oh betapa complicatednya tanggungjawab yang bakal aku galas nanti. Berperang dengan perasaan dan mainan emosi dari student yang datangnya dari pelbagai jenis background, bangsa dan agama kadang2 buat aku terfikir, betul ke ni yang aku cari selama nih? Kerjaya ni ke yang sangat aku idam2 kan sejak sekian lama? Berapa banyak risiko yang perlu aku harungi sepanjang profession ni menjadi amanah aku? Well... Hurmmm.

Berbalik pada movie ni, overallnya aku boleh bagi 4.7 out of 5. Brilliant. Excellent. Sangat intelligent. Tak banyak movie macam ni ada kat Malaysia. Balik2 cerita rempit yang langsung takde moral value, cerita kongsi gelap yang buat aku rasa menyesal gile bila tonton, cerita bohsia la, bohjan la, macam2 lagi yang pada aku diorang dah ketandusan idea nak terbitkan cerita yang lain dari yang lain. Tapi movie ni? Memang salute habis. Walaupun ada unsur 18SG kat situ, tapi diorang pandai cepat2 cover balik dengan wujudkan unsur saspen dan  nilai murni yang lain dari sisi yang berbeza. Aku tak hairan pun dengan student ganas macam tuh. Yang jenis kaki pukul, kaki buli or even pembunuh. Sebab kalau diorang berakhlak baik for sure diorang tak dihantar situ kan? Tapi manusia... jahat macam mana sekalipun, kalau ditarbiyah, dididik dengan kata2 yang baik, di motivasikan dengan ayat yang menyentap naluri, pasti mereka akan berubah jugak. Fitrah manusia, lebih cenderung untuk berbuat kebaikan berbanding kejahatan.

Antara babak-babak menarik dalam filem ni:


Botak (Johan Ashaari) dibrainwash oleh ketua warden gara2 menyimbah minyak panas kearah pelatih (Syafie Naswip) yang bergaduh dengannya sehingga terlantar di hospital.



Apek diberitahu kematian ibunya oleh warden. Lepas je peristiwa tu dia berubah jadi ganas dan bergelar taiko di tempat tuh. Dalam erti kata lain, dia menggantikan posisi Botak yang terkenal dengan gangsternya.



Cikgu Daim melawat beliau yang terpaksa bekerja membuat batu bata demi menyara hidupnya.


Botak yang sudah bertaubat. First time tengok Botak jadi baik. Tacing hehe


Antara part last. Botak ditikam oleh Lan Todak (Sharnaaz). Sedih teramat bila tengok part nih T_T


Dua tahun lepas aku pernah melawat sekolah Henry Gurney kat Melaka dan berprogram dengan diorang. Tapi dengan pelatih wanita je la. Yang pelatih lelaki pihak sana tak mahu ambil sebarang risiko. Bimbang katanya. But seriously, ia mengubah sempadan persepsi aku terhadap diorang nih. Kami buat reflection and dengar setiap inci masalah diorang, buat aktiviti sama just for fun, nyanyi sama2 sambil membakar semangat dan surprisingly diorang sangat friendly dan kelakar. Sekali imbas langsung tak perasan yang kami sekarang berdepan dengan student bermasalah; bunuh ayah kekasih, mengedar senjata tajam, jadi GRO etc. Sekolah itu benar2 mengubah sikap dan emosi mereka. Terharu tengok mereka solat jemaah sama2, bergurau senda sesama sndiri, dan paling menyentuh hati bila mereka menasihati kami,

'Akak jangan jadi macam saya ye.. Saya ni masa depan dah kelam. Dah menyesal sangat2 nih. Kalau masa diputar semula saya tak mahu terlibat dalam semua ni. Akak belajar rajin2 ye.. Jadi anak yang membahagiakan.. Ingat Allah selalu.'

Allahuakbar. Langsung tidak menyangka kalimah itu keluar dari mulut seorang remaja juvana yang sebelum ini dibuang masyarakat kerana terlibat dalam dalam pelbagai konflik. Sejenak kami cuba refleksi diri. Maka nikmat Allah manakah yang harus kita dustakan?

Yang jahat tidak akan selamanya jadi jahat. Lihat watak Botak dalam cerita tuh. Siapa sangka dari seorang gangster dan ketua yang ditakuti tiba2 berubah jadi baik dalam filem tuh. Dalam dunia sebenar pun begitu. Jahat macam mana pun seseorang tuh, andai cahaya hidayah meresap masuk dalam hatinya, pasti dia akan berubah jadi baik. Bahkan mungkin jauh lagi baik dari orang yang pernah mencemuhnya dulu. Jauh lagi baik dari kita yang hanya pandai mengata itu ini. Dunia tidak akan selalunya berada di tempat yang sama. Roda yang berputar terkadang membawa kita ke atas, dan kadangkala ke bawah. Kita cuma perlu persiapkan diri, bilakah masanya kita akan berada di bawah itu. Berjaga-jaga menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Pengalaman aku di sekolah masa praktikum dulu tak banyak. Just dua bulan kat situ tak cukup untuk aku mentelaah peribadi urban students nih. Persiapan fizikal dan mental tersangat membantu. Masihku terngiang2 kat telinga aku ni beberapa kisah students yang buat aku seram sejuk. Sampai demam2.  Kalau sebelum ni hanya tengok kat tv dan newspaper but hari itu aku mendengarnya secara live, dari mulut seorang student yang mengaku pernah melakukan hubungan luar tabie, mengedar pil kuda, berdansa di kelab malam sampai pagi, diliwat dari kecil... semua itu buat aku jadi seolah-olah blur dan down... Tak tahu macam mana nak cari solusi yang tepat. Tapi itulah pengalaman. Sekurang-kurangnya masa posting nanti aku sudah bersedia dengan segala kemungkinan. Tidak berani menaruh harapan yang tinggi untuk sekolah itu. Semuanya bermula dari diri sendiri sebenarnya.

Keep calm. Be prepared. Act wisely.

Till then...

Monday, 3 December 2012

Review buku: Travelog Abadi

currently written by faie mohamad at Monday, December 03, 2012 6 criticisms

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Salam Disember buat readers sekalian. Sekejap kan? Aku rasa baru je sambut tahun baru hari tu. And bila bercakap tentang cepatnya masa berlalu, ia jugak bererti umur kita makin sampai ke penghujungnya. Tak gitu wahai bakal2 jenazah sekalian? Erkkk

Untuk entri kali ni, buat kali kedua aku nak buat short (panjangla jugak) entry pasal buku2 nih, yang ditulis oleh Puan  Raudzah Roslan.



Sape2 yang pernah baca ketiga2 buku ni mesti akan rasa excited untuk mengetahui cerita beliau yang selanjutnya. Aku pernah buat review buku yang pertama, Travelog Cinta Abadi (klik sini).  Sini aku provide link beliau untuk korang kenal dengan lebih lanjut.




Penulis ni, kalau nak tahu merupakan isteri kepada Prof Kamil Ibrahim, penulis buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman yang terjual melebihi 40 000 naskah di pasaran terbuka. Korang kenal tak? Prof  Kamil ni famous kott.. Takkan tak kenal.

Apa yang menariknya tentang ketiga2 buah buku ni? Bagi aku membaca tiga buah buku ni, iaitu Travelog Cinta Abadi, Travelog Impian Abadi dan Travelog Kehidupan Abadi membuatkan aku sentiasa berfikir. Puan Raudzah banyak tekankan unsur2 kerohanian dalam buku2 beliau. Ada bingkisan doa dan secebis bisikan yang tak terlihat pada mata kasar tetapi hakikatnya sangat tulus melalui mata hati. Kadang2 tergenang air mata saat membaca buku2 nih. So tak hairanlah dalam 5 6 kali jugak aku khatam buku nih. Aku suka olahan ayat beliau yang bersahaja dan mudah difahami maksud. 


Aku ambik contoh tentang buku yang pertama, Travelog Cinta Abadi, masa yang berlalu.



Buku ni menceritakan zaman beliau sedari kecil sehingga meningkat remaja, iaitu tamat persekolahan. Watak Mak Wa, iaitu neneknya sangat memberi peransang bukan sahaja kepada penulis itu sendiri tetapi kepada aku selaku pembaca. Mak Wa digambarkan seorang wanita yg kuat semangat, pencetus motivasi dan penuh dengan kiasan2 yang memberi kesan yang mendalam pada beliau. Begitu jugak dengan abah beliau (kini Allahyarham) yang begitu garang. Penulis selalu menggambarkan beliau seorang yang garang, berkulit hitam dan lasak. 

Imbasan kembali tentang kampung halamannya di Jementah serta air sungai dari Gunung Ledang sangat menggamit rindunya pada kenangan silam.


''Ya Allah, indahnya kenangan itu. Mahu rasanya meminta jangan diputarkan bumi supaya masa lalu tidak berlalu. Rupa-rupanya keadaan jauh berubah, namun kenangan itu masih segar seperti dahulu''


Next, buku kedua, Travelog Impian Abadi, itu yang tertulis.


Yang ni pulak cerita pasal zaman beliau masuk UiTM dan zaman memasuki fasa perkahwinan. Dalam buku yang ni beliau menceritakan perkenalan beliau dengan suaminya, Prof Kamil selaku senior beliau, dan zaman kesusahan beliau dalam mendapatkan kerja yang sesuai dengan kelayakan beliau sebagai pemegang diploma.

 Something yang buat hati aku tersentuh time bab yang beliau terpaksa menumpang rumah Cheq, yang jugak mempunyai pertalian darah dengan saudaranya yang lain. Imagine yang beliau terpaksa mengikat perut kerana tidak mempunyai wang dan berpura2 kenyang dihadapan Cheq kerana berasa sangat terhutang budi padanya yang banyak berjasa dan memberikannya bilik untuk menumpang teduh. Lepas beliau kahwin barulah kehidupannya agak senang sedikit kerana tanggungjawab si suami padanya terpikul. Ada jugak part dalam buku ni menceritakan tentang kehidupannya bersama dua orang anaknya yang masih kecil yang mana yang sulung hanya berumur 6 bulan sebelum disahkan mengandungkan anak kedua. Time beliau dapat anak sulung umur beliau pun lebih kurang aku gak, 23 tahun.

Antara bingkisan doa yang aku ambik dari bukunya yang kedua nih,

''Ya Allah. Dalam usia yang masih muda remaja, saya harus segera berubah ,menjadi seorang yang dewasa. Saya harus berubah menjadi seorang yang dewasa. Dewasa fizikal dan mental. Ya Allah, berikan saya kekuatan menempuh dunia baru yang lebih mencabar. Menjadi seorang isteri, ibu dan anak yang sabar. Ya Allah, bantulah daku...''


Lastly, buku yang ketiga, Travelog Kehidupan Abadi, perjalanan menuju dewasa.


Buku ni pulak menceritakan waktu beliau akhirnya berkesempatan menetap diluar negara kerana suaminya mendapat scholarship menyambung masters di sana. Still beliau teringat semasa kecik doa yang sentiasa diungkapkan, doa dari seorang anak kecil yang polos. Lintasan hati yang tersimpan sekian lama di dada.


''Ya Allah, tunaikanlah hasrat hati. Kau temukanlah jodoh yang dapat membawa daku keluar negara......''


Bestnya dalam buku sebanyak 69 bab ni beliau menceritakan kisah suka duka beliau semasa di Scotland. Pengalaman mengenali Katie, seorang pembantu rumah yang mempunyai kekentalan jiwa seperti Mak Wa, keterujaan beliau membeli barang2 seperti pinggan mangkuk dan beg yang sangat mahal jika didapati di Malaysia  serta ketabahan beliau bekerja semata2 memenuhi impiannya membeli barang2 yang diingini. Juga diselitkan jeritan hatinya pada sang suami saat dia saat mengandungkan anak ketiga.

Jugak menceritakan kisah beliau semasa di Bumi Kenyalang, kisah Pak Cik Bebait dan berjauhan dengan suami atas sempadan kerja dan kembali menetap di Wales semata2 mengikuti sang suami menyambung PhD disana serta menyambut kelahiran anak yang ketiga disana sambil ditemani oleh emak dan abahnya. 

Best??? Tersangat2 best. Aku bagi 4.5 out of 5 stars. 

Memberi inspirasi, mencetus motivasi diri, lintasan hati seorang anak kecil, pengisian rohani yang tinggi dan cebisan kisah yang menyentuh jiwa. Membuatkan buku2 ni tersangat istimewa bagi aku. Rugi sape2 yang tak baca.






Ambil pedoman, buat rujukan, telusuri zaman kita sendiri. Semoga ia bermanfaat.

''Ya Allah, rahmatilah Puan Roza dan keluarganya dan tambahkan mereka sinar keimanan yang hakiki dariMu yang Maha Berkuasa...''


Rasulullah SAW bersabda: خير الناس أنفعهم للناس: 


Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada manusia.


May Allah bless us and guide us to the right path.. Ameen

Till then...

Friday, 16 November 2012

Ya Allah selamatkan Gaza

currently written by faie mohamad at Friday, November 16, 2012 13 criticisms
Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Mari sama2 kita bacakan Qunut Nazilah diatas kekejaman Israel atas saudara kita di Palestin.





Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.





source: here


Kepada Seluruh kaum muslimin di Malaysia atau dimana jua, sama2 la kita berdoa semoga Yahudi laknatullah ini dikalahkan dan semoga kaum Muslimin diberi kemenangan oleh Allah s.w.t.

Walaupun kita tak ada kelengkapan canggih seperti mereka, walaupun kita tak ada kuasa supernatural yang mampu hapuskan dan hancurkan mereka sekelip mata, walaupun kita tidak berdaya mengebom mereka, tapi kita ada doa yang mustajab. Doa bagi hamba yang teraniaya. Tanpa hijab. Tanpa penapisan. Pasti 
dimakbulkan.



Bayangkan dalam seminggu mereka telah membunuh banyak nyawa yang tak berdosa. Manusia or.....???!!!


"Dan telah Kami tetapkan bagi Israil dalam al-Kitab itu, sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar”. (QS. Al-Isra: 4)

“Sebagian besar Ahli Kitab (Yahudi) menginginkan sekali agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, karena kedengkian yang timbul dari diri mereka sendiri setelah nyata bagi mereka kebenaran.". (QS. Al-Baqarah: 109)


Ya Allah... Apa dosa kanak2 Palestin ini diseksa sedemikian rupa? Anak2 Israel laknatullah diajar sedari kecil untuk bermain senjata menentang Islam. T_T


Antara yang paling menyayat hati aku. Kalau kita berada ditempat dia, apa yang kita mahu lakukan?



Dalam serangan rejim zionis Israel ke atas Ketua Tentera Hamas, Ahmed Al-Jaabari telah terbunuh. Keretanya hancur, hangus terbakar terkena serangan roket, namun ajaibnya senaskhah Al Quran di dalam keretanya cuma terbakar sedikit sahaja. Allahuakhbar!!!- source: FB



Aku ambil quote ni dari Facebook:

"If Israeli leaders think that Arabs and Muslims are too preoccupied with internal problems and political troubles to care for their most important issue, the cause of Palestine, they are certainly deluded. Palestine is dear to us as the blood that runs in our veins. We would sacrifice all we have before accepting Israeli assaults on its good people and holy, blessed land." - Muslim Brotherhood Media Statement 1 Muharam 1434.


Ya Allah, hapuskan zionis!
hancurkan mereka, satukan kami
Ya Allah, satukan seluruh umat
islam Ya Allah, bangkitkan
semangat kami Ya Allah, kuatkan
kami Ya Allah, bantu lah kami Ya Allah,

lahirkan dan timbulkan pahlawan2
dan pembela islam di seluruh
dunia Ya Allah,
jadikanlah abad ini sbg abad
kehancuran zionis laknatullah Ya Allah

Amin...



copy paste from Islam Is My Way of Life.

Saturday, 13 October 2012

kasih sayang Dia

currently written by faie mohamad at Saturday, October 13, 2012 1 criticisms
Kisah sekeping hati...

Suatu ketika dulu,

Gambar yang terpapar di Facebook itu jelas membuatkan jantungnya seakan berhenti berdegup. Jantungnya seakan-akan mati buat seketika. Terasa dunia ini kosong tanpa suara. Hancurnya hati ini hanya Allah sahaja yang tahu. Tidak pernah dia merasai peritnya perasaan ini sedemikian rupa. Luluh hatinya melihat kemesraan yang jelas terpampang di depan matanya. Selama ini dia hanya mendengar khabar angin tentang kemesraan si dia dengan seorang gadis. Hatinya pantas meragui namun cepat-cepat dibuang rasa was was itu. Dia tidak mahu kerana fitnah itu dia menghukum si dia atas bukti yang tidak pasti. Nah, secara tidak sengaja, hari ini Allah membuka hijab sedikit demi sedikit. Gambar yang penuh mesra di upload ke Fb milik si gadis tanpa si dia sendiri mengetahuinya.

Menangis lah air mata darah sekalipun, menyesal lah sehingga tidak keluar suara sekalipun, tetap takkan dapat mengembalikan kenangan dulu. Hatinya sudah seakan-akan hancur. Beku dalam dunia yang diciptanya sendiri. Berbulan-bulan lama menangisi kecurangan si dia yang tidak tahu menghargai. Memang selama ini dia bodoh. Sangat bodoh. Tenggelam dalam cinta tanpa ikatan yang sah. Berbangga bila hatinya dimiliki oleh seseorang yang kononnya sangat memenuhi kriteria idamannya. Tanpa dia sedar, si dia hanyalah menguji.. penuh sandiwara. Penuh kepalsuan kata.

Kiriman sms dari si dia beberapa ketika dulu sudah cukup membuatkan dia amat membenci lelaki itu. Alasan bodoh!

'Salam...  Awak, maafkan saya. 'K' memang makwe saya. Sudah lama kami kenal. Sebelum saya kenal awak lagi. Saya pun agak terkejut bila dia upload gambar itu tetapi ada baiknya juga sebab sampai bila kami harus berselindung. Mungkin antara kita tiada jodoh. Carilah orang lain yang buatkan awak lebih happy. Maaf sekali lagi. Salam''


Luluh hatinya bila membaca bait sms yang tertulis. Betapa terseksanya dia menanggung derita akibat dicurangi. Tidak pernah dia berperasaan sedemikian rupa. Terfikir kadang-kadang, apa dosa dia diuji sebegitu. Tidak layakkah dia mendapat cinta dari seorang lelaki yang tulus mencintainya tanpa syarat? Masih ada kah lelaki sebegitu di dunia ini? Mengenangkan hal itu, air matanya bergenang. Andai itu yang ditakdirkan untuknya, dia pasrah.

Suatu hari, dia diajak menghadiri sebuah usrah oleh temannya. Meskipun hatinya agak berat kerana ini kali pertama, tetapi memikirkan jika usrah ini mampu melenyapkan kesedihan yang dialaminya, dia akur. Dia terfikir, andai kesedihan yang dialaminya ini adalah kifarah dosa yang pernah dilakukannya, dia reda.Dia mahu memantapkan akidah dan imannya terhadap Dia yang satu. Cukuplah dia menangis, sudah tiba masa untuk dia tersenyum kembali.

Dalam sesi usrah itu, naqibahnya (ketua usrah) tiba-tiba mengajukan persoalan kepadanya. Satu soalan yang cukup menarik. Lebih menjurus tentang keadaan dirinya.

''Ukhti, apa pendapat saudari tentang 'couple'?''

Err.. apa aku nak jawab ni, bisik hati kecilnya. Jawab je lah. Seraya dia berkata,

''Ermmm... couple yang macam mana tu?'' Dia bertanya. Inginkan lebih kepastian.

Kata naqibah itu, ''Maksud saya, bolehkah seorang lelaki menjalinkan hubungan dengan seorang wanita tanpa ada hubungan yang sah? Saling menelefon, bertanya khabar, berSMS, dan keluar? Tapi mereka tidak pernah berpegang tangan apatah lagi melakukan yang lebih berat. Mereka hanya berhubungan begitu je.''

Dia berkira-kira dalam diri. Dulu pun sebelum clash dia pun begitu. Walaupun tidak sampai kepada zina tetapi mereka saling menelefon, berjumpa dan berSMS. Tak salah kot. Spontan dia membalas,

''Hmm.. Menurut saya, tiada salahnya kalau kita couple asalkan kita tahu menjaga batas diri. Tak salah kalau kita saling berhubungan asalkan kita tidak bersentuhan dengan dia dan tidak berdua-duaan dengannya ditempat gelap..''

Naqibah itu tersenyum.

''Ukhti, mari akak jelaskan. Walaupun seseorang itu mengatakan kononnya dia tidak bercouple sekalipun, hanya berSMS, bercalling sampai larut malam, keluar bertadarus berduaan di masjid sekalipun, saling bertazkirah di RFC, tetapi hukumnya tetap HARAM. Kerana kita telah mencampur-adukkan cinta manusia tanpa ada ikatan yang sah. Walaupun mereka menafikan bahawa mereka boleh mengawal nafsu, tapi mana mungkin jika saling berduaan itu tiada yang ketiga?'

Naqibah itu terus menyambung, ''Walaupun kita boleh mengawal emosi dan tidak mahu terlibat dalam zina hati, syaitan itu dicipta sebagai makhluk yang kreatif . Kalau dia boleh membuatkan bapa kita Adam dihalau ke syurga, apatah lagi kita yang hanya insan biasa ini? Selagi kita tidak mengikut jejak langkahnya selagi itulah dia akan sentiasa mencari peluang menyesatkan kita. Mahukah kita membuat Allah berasa cemburu dengan kita kerana kita lebih ternanti-nanti sms dan panggilan si dia berbanding membaca surat cintaNya yang penuh kemanisan itu. Saat untuk kita membalas panggilanNya 5 waktu sehari, hati kita disibukkan dengan ungkapan cinta dari si dia yang tak berhenti-henti mengharap.



source: here

''Cinta dan hati yang hanya wajar diserahkan untuk insan yang halal sahaja telah kita sewenang-wenangnya beri kepada si dia yang belum tentu menjadi milik kita. Bagaimana kalau lepas ini dia meminta putus dengan kita dan dengan bangganya menayangkan awek barunya kepada kita? Hendak marah, dia bukan milik kita. Kita memang tidak mempunyai hak keatasnya...''

''Jadi, adakah hak kita untuk mengatakan couple dalam Islam dibolehkan? Islam adalah agama yang indah. Apa yang dilarang tentu mempunyai sebab musababnya. Allah lebih tahu keperluan kita berbanding kita sendiri. Maha Suci Allah yang Maha Penyayang. Andai kita tahu ia adalah untuk kebaikan kita, pasti hati kita  akan mudah lentuk keranaNya.''


Spontan air matanya bergenang. Tanpa sedar esakan kecil kedengaran. Semakin lama semakin kuat. Serentak semua mata memandang kearahnya.


''Eh, kenapa menangis?'' Akak naqibah itu kelihatan agak cemas. Terasa bersalah barangkali. Suasana usrah menjadi kelam kabut. Ada yang saling berbisik.

'Akak tak maksudkan ukhti. Memang akak ada tanya ukhti tentang couple tapi akak tak berniat nak lukakan perasaan ukhti. Akak mintak maaf. Tujuan akak tanya ukhti sebab topik kita hari ini kan atas tajuk Karakter Muslim yang Sejati. Sebab itu akak sengaja timbulkan persoalan ini. Asif, ya ukhti. Akak memang tidak bermaksud...'' Naqibah itu mengenggam erat tangannya.

Segera dia menyapu air matanya. Dia sudah tidak peduli lagi akan mata yang memandang dan bisik-bisik kecil di sekelilingnya. Hatinya diselubungi rasa sesal yang teramat sangat.

''Tak mengapa kak. Saya tak ada apa-apa. Cuma mungkin saya emo sikit. Peristiwa silam saya, memang perit tapi akhirnya saya tahu sebab kenapa Allah memberikan saya kesedihan begini..'' Dia membalas, cuba tersenyum walaupun hati cuba berkata tidak.

Tika itu hatinya berasa sebak. Terlalu sebak sehingga dia tidak menghiraukan mereka di depannya. Barulah dia sedar, rupa-rupanya ada sebab kenapa Allah memutuskan hubungan cintanya dengan si dia. Dia benar-benar tidak tahu akan itu. Padanlah kenapa Allah 'menganugerahkan' rasa sedih itu padanya. Akhirnya dia mula mengerti, andai sampai sekarang dia masih berhubung dengan si dia, entah banyak mana dosa yang terpaksa di pikul atas cinta yang terlarang itu. Andai Allah tidak mentarbiyahkan dirinya dengan menggerakkan hatinya mengikut usrah itu, mungkin sampai sekarang dia menyalahkan takdir terhadap apa yang berlaku padanya. Jelas sekali Allah sayangkannya. Allah tidak mahu dia terjebak lebih jauh. Sejenak dia beristighfar.

Allah telah menghantarnya mengikuti usrah itu semata-mata untuk menyedarkannya. Menghiburkan hatinya yang sedang berduka. Membuka hati naqibah itu untuk bertanyakan soalan itu kepadanya. Segera dia menginsafi diri. Betapa jahilnya dia kerana selama ini dibutakan dengan couple yang konon Islamik itu. Betapa malunya dia bila teringat akan jawapan yang diberi kepada naqibah itu kerana beranggapan bahawa couple dibolehkan asalkan tidak melanggar batas syarak. Betapa hinanya diri kerana cuba menghalalkan perkara yang sememangnya haram. Betapa kerdilnya dia disisiNya. Astaghfirullahalazim.


Kini,

Baru dia mengerti. Baru dia belajar untuk tersenyum kembali. Luasnya rahmat Allah hanya Dia sahaja yang tahu. Disaat dia berduka, Allah datangkan hikmah sedemikian rupa. Betapa rapinya perancangan Allah padanya. Dia tidak lagi menyesal. Tidak lagi menangis kecewa atas takdir yang menimpa. Begitu pun hatinya tekad. Cintanya hanya dilafazkan untuk Yang Maha Esa. Biarlah Dia yang menentukan siapa Adam yang layak mengisi ruang hatinya.

Baginya, walaupun hati itu terkandung dalam ruang jasadnya, hakikatnya hati itu Allah yang memegangnya. Itu hanya pinjaman. Tidak akan kekal sampai bila-bila.

Allah menegur kita melalui pelbagai cara. Dia jualah yang Maha Memahami setiap hati-hati kita.


"Katakanlah  (wahai Muhammad): Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakannya, Allah pasti mengetahuinya dan Dia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." 

(Surah Ali'Imran. Ayat 29)






 Jodoh itu rahsia Allah. Walau selama mana pun kita menunggu, sehebat mana kita merancang, sekuat mana nilai kesetiaan kita padanya, tetap Dia yang menentukan. Hanya Dia yang mampu mencoret perjalanan hidup  kita.

Selak balik entri lama. Mungkin ini lah sebab kenapa coupling sebelum nikah tidak halal dalam Islam. Islam mendidik umatnya dengan penuh kasih. Jalan mujahadah yang terbentang luas menuju ke syurga Firdausi. Besarnya rahmat Allah. Subhanallah.

p/s: Kalau dah couple tu, tak perlu la putuskan. Wat seksa jiwa raga je. Nikah je terus. Habis cite.

Saturday, 14 July 2012

2 tahun berlalu

currently written by faie mohamad at Saturday, July 14, 2012 11 criticisms

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Dah dua tahun. Sekejap je. Pejam  celik pejam celik rupanya  sudah 2 tahun aku kehilangan seorang ayah. 10 julai 2010 menyaksikan pemergian seorang bapa di katil sebuah hospital akibat serangan jantung. Begitu cepat ia terjadi. Mudahnya dia pergi menghadap Ya Rabbi. Perasaan aku sekarang? Entah, tak tahu nak cakap.

Sepanjang dua tahun pemergiannya, langsung tidak pernah aku melihat fotonya untuk melepaskan rindu di dada. Bagi aku semakin aku terbayang akan wajahnya melalui foto yang terakam, aku akan semakin beremosi. Fragile. Mungkin tu perkataan yang sesuai. Kalau aku tertengok gambarnya di mana-mana, seperti di album keluarga kami, aku akan cepat2 menutup album itu dan buat-buat tak nampak. Aku takut seandainya aku masih dibayangi wajahnya, mungkin aku tak mampu menghindarkan diri dari rasa pedih dan pilu. Aku bimbang seandainya aku masih terkenangkannya berterus-terusan, mungkin memori lampau terimbau kembali. Bukan aku ingin melupakannya, dia ayahku, hingga akhir nyawaku, walau siapa pun dia, dia tetap menjadi ayah kandung aku. Wali aku yang sah. Tetapi aku ada cara tersendiri untuk tidak sentiasa teringatkannya melainkan jika tiba-tiba figura itu muncul selepas aku solat. Biasanya memang begitu. Entah, aku pun kadang-kadang terfikir, mungkin Allah mahu aku segera mendoakan kesejahteraannya usai solat. Doa selepas solat, insyaallah pasti dimakbulkan.

Hanya jika aku tiba-tiba terkenangkan dirinya, cepat-cepat ku hadiahkan Al-Fatihah dan Yasin buatnya disana. Tetapi untuk mengenang kembali kenangan kami dan gambar kami yang diambil beberapa tahun lepas, aku tidak bersedia. Sangat mustahil untuk aku melupainya tetapi untuk aku terus  meratap dan menangis walaupun sudah lama dijemput Tuhan, bagi aku sangat tidak relevan. Yang pergi biarlah ia pergi. Dia juga pasti tidak gembira andai kami berterusan bersedih akan kehilangannya.

Aku tak nafikan kadang-kadang perasaan sedih tu perlu ada. Bila kita rasa sedih baru kita akan tergerak hati mendoakan yang baik-baik untuk si mati. Tetapi seandainya perasaan sedih itu berlebihan, bukankah ia bakal ‘menyeksa’ si mati di alam sana?

Enggan melihat fotonya bukan bererti aku melupakannya,

Jarang membayangkan kenangan kami bukan bererti  aku tidak mengingatinya,

Sudah  dua tahun ia berlalu,

Sebegitu pantas sehingga aku langsung tak menyedari akan cepatnya ia pergi,

Sebagai manusia biasa,  mana mungkin aku langsung tak terasa kehilangan itu,

Tapi wajarkah jika aku meratapi pemergian itu?




Life must go on. No matter how hard you walk on the next step, the past surely can’t be returned back. No matter how much you think of your past time,  you won’t be able to get your precious past time in the present.  Grief can only make you in sorrow, but you won’t be strong from it at all.

Remember them in your dua’a, because someday you will return to the same place with theirs…

Al-Fatihah untuk Allahyarham Haji Mohamad bin Hassan…

Monday, 2 July 2012

jangan kecewakan wanita itu

currently written by faie mohamad at Monday, July 02, 2012 5 criticisms

Kata Ustaz Azhar Idrus,


# Jangan pikat wanita kalau anda tidak bersedia cintakan dia.


# Jangan buat wanita itu jatuh cinta kalau anda tidak cintakan dia.


# Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.


# Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.


# Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.


Dan,


# HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk menikahinya.





Kata aku,

Kenapa perlu memegang hati seseorang dengan berniat menghancurkan jiwanya?

Kenapa perlu memberi harapan kepada seseorang kalau sudah ada orang lain di sisi?

Kenapa perlu menghancurkan hati orang dengan kata-kata manis yang hanya terucap di bibir?

Kenapa perlu berterusan mengejar seseorang walaupun tahu ia bakal makin menambahkan kelukaan hatinya?


Bagi aku,

Cinta perlu ditaati, perlu dihargai,

perlu disemai dan dibajai,

 bukan untuk ditangisi,

Meskipun ia perlu akan pengorbanan,

 Namun jika ia berlandaskan cinta suci kpdNya, kekalnya pasti sampai ke alam syurga.

Cinta yang dicemburui oleh bidadari-bidadari syurga.

Yang membuatkan mereka tertanya-tanya,

Apakah insan ini begitu istimewa sehingga mendapat cinta agung ini?

Namun,

Jika kepercayaan dirobohkan atas satu konspirasi,

Jika janji tidak mampu untuk ditepati,

Jika keikhlasan hati disalaherti,

Jika ketulusan hati tidak mampu dihargai,

Apa gunanya janji-janji cinta yang terucap,

Ibarat menanam tebu di pinggir bibir,

Manisnya terasa, tapi akhirnya pahit jua yang bakal di telan.


Anda di luar sana,  satu pepatah ini cukup untuk menjelaskan suatu perkara,


‘what you give you get back. When you hurt somebody, for sure you will get hurt after that.’


Allah maha adil. Penghakiman Allah terpatri jelas. Jika hari ini kita telah membuatkan seseorang menangis kerana kita, suatu hari nanti Allah pasti akan membalasnya dengan perkara yang sama. Jika hari ini kita telah berjaya menimbulkan kesengsaraan dalam belas hatinya, suatu hari nanti kita akan diuji dengan kesengsaraan yang sama. Jika hari ini kita berjaya membuatkan air mata dia jatuh walaupun setitik, di masa akan datang air mata itu bakal menyaksikan penderitaan yang bakal kita dapat atas kesilapan yang dibuat.

Kesempurnaan? Mengapa mencari mereka yang cantik umpama bidadari, yang tidak mempunyai cela walau sedikit?

Percayalah, jika kita terlampau memilih kesempurnaan pada diri seseorang, kita pasti tidak akan  menggapainya walau kepada sesiapa pun. Kerana jika kita sendiri tidak sempurna, mengapa mengharapkan insan pendamping yang umpama bidadari? You think you are perfect enough, huh?



*khas utk seorang sahabat yang sedang berduka... May Allah give you strength because He knows the best to His slave. Trust Him :)


 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea