Showing posts with label counseling. Show all posts
Showing posts with label counseling. Show all posts

Sunday, 6 October 2013

Being practical counselor is awesome

currently written by faie mohamad at Sunday, October 06, 2013 2 criticisms
Assalamualaikum...

Living in a not-so-hectic-life but putting me in a deep thought and profound contemplation for 14 weeks really taught me that being a teacher is not such an easy thing. It is a must for us to not only care about ourselves but also for others. Somehow a small mistake would affect the whole people instead.

So, sape cakap jadi cikgu tu senang?

Sejujurnya, seperti yang aku pernah mention sebelum ni, profesion perguruan bukan lah satu pilihan utama untuk aku. Yes, aku memang minat nak jadi cikgu but ada kerjaya lain yang lebih menarik minat even takde la fun sangat pun. Tapi dah tertulis kat Luh Mahfuz, this is my fate, my journey of life and I have to regard it as my choice also. Alhamdulillah as time goes by, aku boleh nampak bidang ni makin serasi dengan minat aku yang suka sangat bergaul rapat dengan toddlers and adolescents ni and yeah, it is much more awesome and amazing I see.

Selama 14 minggu aku berpraktikal di sekolah ni, bermula 25 Jun sehingga 4 Oktober, you know, it is unexplainable feeling that I can tell everyone about this. Bukan tak ada momen pahit atau annoying, memang ada dan tak boleh dielakkan, tapi bagi aku momen manis memang mengatasi segalanya. Can you imagine, bila kat sekolah tu dengan pandangan sinis sesetengah guru yang memandang rendah pada kami yang hanya bergelar guru praktikal ni berbanding mereka yang mostly dah mencapai gred DG44, but di mata students guru praktikal ini lah yang menjadi favourite student. Tak percaya, tanya lah sesiapa yang pernah atau sedang menjadi guru praktikal. Semuanya mostly akan cakap ada great attachment dengan students. Why? Sebabnya menurut mereka:

# ''Cikgu praktikal ni umur pun tak jauh beza dengan students sekolah menengah macam kami ni. Jadi cikgu lebih faham jiwa kami, feeling or nature kami sebagai remaja. Kalau cikgu yang senior biasanya diorang tak ambik port pun kalau kami cerita pasal masalah remaja ni. Semua buat muka tak layan je..''

# ''Cikgu praktikal bukannya ada kat sekolah ni sampai bertahun pun. So kalau kami ada masalah and cerita kat cikgu, then cikgu transfer kat tempat lain, rahsia tu selamat dan takde orang tahu. Kalau cikgu yang lama kat sekolah ni, memang kami segan nak cerita sebab for sure hari2 jumpa dia dan possibility untuk dia cerita kat sape2 tu tinggi..'' Erkk

# ''Cikgu praktikal lebih mesra dengan pelajar. Kalau ada buat aktiviti pun lebih kepada entertainment sesuai dengan jiwa remaja tapi bernas. Tu yang seronok tu..'' (Kalau aku, ngan student lelaki aku garang jek.. hikhikhik)

#  ''Cikgu praktikal kan muda-muda, tu yang kami suka kacau tu.. hahahaha'' (Aku pernah brainwash sorang student ni sebab bagi statement tuh.. Amboii kemain eh)

Cukup lah empat kot reason tu. Ada lagi reason lain tapi lupa pulak nak catit ehehehe...

So, untuk entri ni, nak tunjuk sikit beberapa gambar kenangan masa kat sekolah tu. Sebenarnya banyak lagi gambar yang aku ambik tapi ada yang tak clear la, lepas tu tetiba terdelete secara tak sengaja ciss, then paling penting, confidentiality.

(sebahagian gambar aku ambik dari instagram so that's why filter gambar tak sama kikiki)


 Ni aktiviti pengurusan stress yang aku ngan partner aku conduct Selasa lepas. Ada modul belon yang mana mereka kena tulis apa je perkara yang buat mereka stress then pecahkan belon tu sekuat hati mereka. Then ada jugak video 'Stress Management by Robert Rivest' yang sangat kelakar sampaikan satu sekolah dengar diorang duk gelak ramai-ramai tu. But, yeah memang dapat hilangkan stress. 

Ni video nya.. hihi.. Special thanks to Madam Khamsiah yang introduce video ni kat kitorang.


With Form 4 students. Gigih diorang datang melawat kami di bilik kaunseling walhal semua students form 4 dibenarkan bercuti sempena musim PMR. Papepun thank you so much atas ingatan yaa..

Momen selesai di observe oleh Madam Khamsiah. Alhamdulillah everything goes well as planned. Madam siap masuk dalam bilik kaunseling individu untuk observe kami buat sesi dengan student. Nervous tak payah cakap, memang menggeletar satu badan. Pulak tu budak yang aku buat sesi tu automatik jadi pendiam. Sepatah ditanya, sepatah dijawabnya. Kalau tak riuh kemain. Kalau ingat balik memang kelakar but thanks Allah, tak banyak yang madam kritik, just a few things that need to be improved soon.

PRSians students yang sangat helpful dan sporting. Masa untuk kami menjadi bebudak kembali seperti diorang. We make fun of each others, laughing, giggling and teasing. Sweet. 

Our last day at school sobss.. This is undefined feeling that I can tell. Segalanya bercampur baur. Bila ingat balik semua ni.. hurmmm


Well, time might be goes away, but the memory surely will remain untill the end.

Hari tu memang semua gambar yang aku ambik dalam mood sedih... Tak de mood nak senyum.


Tapi yang buat aku senyum balik ialah bila kaunselor sekolah tu belanja kami pizza muahaha. Hari tu jugak kami dibenarkan pilih sebanyak mana menu yang disukai. So, selain pizza, aiskrim, spaghetti, chicken wings  dan fruit salad menjadi pilihan kami. Oh.. heavenn


Paling mengharukan, not only pizza, mereka jugak bagi aku hadiah ni. Buku dan kain cotton paisley. Masyaallah. That gifts are among that I favor most. Buku. Among my favorite yang paling aku suka. Takde benda lain yang paling best melainkan sebuah buku. Paling common dapat hadiah mesti jam, gelang, teddy bear, or chocolate. Tak ramai yang sanggup menghadiahkan aku buku kecuali masa sekolah dulu ada la pengetua bagi buku motivasi dan hadis tentang wanita. Then masa birthday pulak ada sorang hamba Allah ni bagi aku pasal wanita jugak. Thanks a bunch and may Allah bless you always!

And right now, instead of looking these pictures huhu, me keep struggling in finishing some sorts of documentations that need to be submitted soon. Alhamdulillah setakat ni semua proposal dan lesson plan dah siap, yang ada cuma verbatim yang mengharukan jiwa raga bagi sesiapa yang pernah menyudahinya wuwuwu. It's okay, ni yang terakhir kot..

Last but not least..(taken from my instagram).. 

''The memories collected along this way can never be replaced. Life is short, live it. Memories are sweet, cherish them..''

Thanks for being part of my life. That's one of the amazing moment in my life. Till we meet again.


Sunday, 22 September 2013

it's Lambaian Menara Gading program story!

currently written by faie mohamad at Sunday, September 22, 2013 1 criticisms
Assalamualaikum...


I'm not feeling so well few days ago. Bila roomate disyaki demam dan batuk-batuk, aku pun turut terjangkit sama. Mula-mula tu batuk biasa, then celcius di badan terus naik mendadak sampaikan kalau letak telur ayam pun boleh masak da. Bedridden for two days, tak boleh bangun, makan pun lalu sampai kena gastrik and mintak mc untuk tidak hadir ke sekolah wuwuwu.. It's hard you know. Dengan lambakan kerja yang sentiasa menggunung tu, time2 macam ni teruji pulak dengan ujian kecil ni. Ok fine ok fine.

Pastu dalam duk demam tu, tetiba teringat kena jadi fasi untuk program nih. Tarikh 21 Sept hari Sabtu.  Program Lambaian Menara Gading untuk pelajar tingkatan 5 SMA Bugisiah Tampok, Pontian Johor. Dah TERjanji dgn sorang sahabat ni untuk jadi fasi then kalau tetiba nak kensel macam tak best pulak. Dahla time hujung minggu, orang kata waktu nak rehatkan diri bagai. But bila fikir-fikir balik buat apa nak rehat lebih-lebih, ye dak? Bukannya takde rehat langsung kot. Rehat sikit-sikit sudah.

Actually program ni lebih terarah pada bagaimana kami sebagai future counselor kena tolong pelajar tentang guideline yang betul on how to apply course kat IPTA dan jugak kecenderungan serta ciri-ciri personaliti yang ada pada mereka menerusi teori Holland. Pastu dalam masa yang sama kene la jugak boost up diorang punya confidence level dan semangat diri untuk SPM nanti. Ni program ad hoc untuk junior kami, student 4th year 1st sem dan aku serta 3 orang kawan lain yang sedang berpraktikal ni pulak kena membantu diorang untuk menjayakan program ni. Semua terpaksa jadi bidan terjun and last minute banyak benda yang tak terduga berlaku sampai semua pakat stres. Tapi Alhamdulillah berkat kesabaran, even bas diorang yang dijadualkan sampai awal tetiba mengalami kerosakan sampaikan semua jadi redundant, tapi dengan sifat profesionalisme yang tinggi dari main board kami, akhirnya ia berjalan lancar.


While waiting for the students. Me with juniors yang sporting. Program dijangka bermula pukul 11 tapi sebab bas mengalami kerosakan teknikal, kami terpaksa selama 2 jam lebih untuk menunggu kedatangan diorang nih. 





Alololo kemain lagi eh. Nasib baik ni time cuti. So takde orang sangat. Location: Depan Azman Hasyim Complex

And finally, semua peserta tiba dengan selamat kat UIA nih. After diberi taklimat, makan-makan dan menunaikan solat Zohor, mereka di bawa ke bangunan Institute of Education, specifically kat LT2.

Kaunselor diorang, bro Lukman Uzir, yang jugak ex student INSTED kat sini sebenarnya yang bertanggungjawab bawak diorang nih kat sini. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan kat pelajar tentang kehidupan sebenar kampus dan jugak maklumat berkenaan dengan kerjaya. Bro Lukman ni jugak satu-satunya kaunselor kat sekolah tuh. Actually sekolah tu baru dinaiktaraf dari Sekolah Agama Rakyat kepada sekolah menengah biasa.  Apa yang menariknya tentang student2 nih ialah, mereka sangat sopan santun, mendengar kata dan tak bising. Pendek kata kalau bagi arahan apa sekalipun, diorang mampu selesaikan dan melaksanakan dengan mudah. Kalau nak dibandingkan dengan budak sekolah aku tu...hahaha


Ada beberapa slot yang aku rasa agak menarik untuk students nih. Contohnya ucapan perwakilan pelajar setiap kuliyyah di UIAM. Kat sini comitee menjemput wakil dari setiap kuliyah bagi ucapan dan explain tentang kuliyyah diorang serta requirement yang perlu dipenuhi. Ada jugak dikalangan mereka yang menyentuh pasal pengalaman mereka sepanjang menjadi students kat sini. Kawan aku, Ayu yang jugak kawan sekolah rendah dulu dan mewakili kuliyyah AIKOL terpilih untuk sharing moment nih.  

Me with adik-adik yang comel-comel, manis-manis nih. Dalam program ni aku diberi tugas jadi fasi kat diorang dan explain tentang kerjaya yang bersesuaian dengan personaliti masing-masing. Mula-mula nervous jugak tapi sebab masing-masing buat muka rilek je so segalanya berjalan dengan baik. Ada jugak sesi sharing moment dimana setiap orang akan diberi peluang bercakap dan mengekspresikan feeling masing-masing tentang life diorang. I like them sebab diorang sangat sporting dan mudah memberikan kerjasama. Terharu wuwuwu.


Time ni pulak waktu untuk jelajah kampus. Since masa tak berapa mengizinkan, ye lah dah drag masa yang tiga jam tadi tu, so aku just bawak diorang melawat bangunan Engin dan KAED je. Pastu bergambar sekejap kat depan CAC tuh and bagitahu serba sedikit tentang UIA. Kelakarnya aku sendiri pun sesat masa kat bangunan Engin tuh. Manala aku tahu, bukan kuliyah aku. Nasib baik cepat-cepat cover =p.

This is KAED gallery. For me bangunan KAED yang paling cantik kat UIA nih. Rindu nak datang sini sebab masa mula-mula aku masuk UIA ni, aku kena belajar kat bangunan KAED untuk subjek EPT. So masa first year dulu selalu jugak lepak-lepak sini dengan kawan-kawan yang lain. And again, sejarah telah berulang.


Momen sebelum bersurai. Semua pakat nak masuk UIA bila aku ceritakan tentang keindahan UIA yang serba permai nih dan suruh aku doakan semoga impian diorang tercapai. InsyaAllah adik-adik, ada jodoh kita bertemu lagi ye.

Thanks for coming here and become part of us. We're glad and thankful for this. Semoga anda semua berjaya dalam SPM dan tak lupa diri lepas ni. Nice to meet all of you guys :)

Wo hen gao xing renshi ni men dou! Zai jian...

Saturday, 7 September 2013

This is a story..

currently written by faie mohamad at Saturday, September 07, 2013 0 criticisms
Assalamualaikum...

This is my story and it's just happened to me..about few days ago..

Bilik kaunseling.

10.00 am. Datang dua orang pelajar perempuan tingkatan 4 tetiba request nak buat sesi. So memandangkan aku tengah free, aku bersetuju.

Soalan pertama. Selesai menerangkan prosedur dan matlamat sesi, aku bertanyakan tujuan mereka datang berjumpa. Salah seorang dari mereka berkata,

''Cikgu, kami nak cerita pasal ada sorang kawan kami ni. Namanya X. Dia...bla bla bla bla.. dari dulu sampai sekarang ego tinggi gila.. bla bla bla.. tak nak mengalah... bla bla bla bla.. ada 2 orang tukang hasut.. dia benci kami sebab hasutan tu... bla bla bla... The end.

Pendek kata ia berkisar tentang kekecewaan mereka dengan sikap seorang sahabat yang selalu tidak mahu mengalah dan lebih teruk lagi mempunyai kawan-kawan yang sentiasa mengapikan keadaan. Sempat jugak aku bertanyakan mereka tentang ciri-ciri sahabat mereka tuh, trait dia dan tanpa disuruh mereka main mention nama budak tuh. Erkk

Okay. Cukup 50 minit mendengar cerita mereka, aku membuat ulasan dan memberi beberapa pandangan peribadi serta menyuruh mereka melakukan keputusan berdasarkan pandangan mereka sendiri. Dan aku terus menerangkan baik buruk kesan dari perkara tersebut. 

Then sesi itu tamat pada hari tersebut. Aku menyuruh mereka datang kembali minggu depan membuat follow-up untuk melihat sebarang perkembangan. Penting untuk aku mencatat nota sesi itu untuk rujukan pada saat yang diperlukan.

Keluar dari bilik sesi, aku disapa oleh dua orang pelajar yang juga tingkatan 4 yang mana sebelum ini pernah melakukan sesi ujian kerjaya dengan aku. Aku menyambut baik kedatangan mereka and sempat aku melirik pandangan dua orang pelajar yang baru lepas sesi itu menghadiahkan pandangan tajam kepada dua orang pelajar terbabit. Eh main-main mata pulak.

Dipendekkan cerita,  cerita mereka juga berkisar tentang hubungan persahabatan. Dengan seorang sahabat baik mereka sendiri.

''Cikgu, sebenarnya kan kedatangan kami nak cerita kat cikgu pasal sorang kawan saya ni. Namanya X. Dia ni kan memang dah banyak berubah sejak kebelakangan ni. Dah la suka marah-marah, pastu pulak ego tinggi tak hengat. Nak tahu tak kenapa? Sebab ada penghasut la cikgu. Mereka-mereka ni lah yang memecahbelahkan hubungan persahabatan kami..''

Eh ni macam cerita tadi ni, aku berbicara dalam hati. Kebetulan kot. So aku bertanyakan tentang ciri-ciri sahabat diorang tuh. 

Mereka menerangkan satu persatu. Eh ada persamaan pulak. Nama pun sama. Dan mereka menyambung,

''Kalau cikgu nak tahu, yang dua orang datang jumpa cikgu tu la tukang hasutnya. Saya pun terkejut macam mana la mereka boleh ada kat sini jumpa cikgu. Diorang cerita pasal apa cikgu? Ke pasal ni jugak?"

Gulp. Aku menelan air liur. Cuba menghela nafas sedalam-dalamnya. Orang yang sama rupanya. Group A tuduh group B buat onar. Group B pun tuduh A yang cuba memecahbelahkan keadaan.

''Ooo.. Yang diorang datang tu pasal lain. Jangan bimbang'', aku cuba berdalih. Takmau mengeruhkan keadaan. Kang tak pasal-pasal bertumbuk diorang kang.

''Cikgu jangan percaya diorang tuh. Nak-nak si A tuh. Dah banyak kali dia hasut cikgu-cikgu kat sini cakap saya buat macam-macam. Cakap saya miang la asyik kawan dengan lelaki la, macam2..''

Sudaahh.. Aku garu kepala. Macam mana ni? Nak percaya kat sape ni? Dua2 bagi bukti dan penjelasan yang kukuh. Dua-dua muka macam tak menipu dari segi luaran. Dah tu mana satu cerita yang aku boleh terima nih?

Habis la. Macam mana nak cakap kat diorang ni ek??



Tak mahu memeningkan kepala yang sudah sedia pusing, aku membuat reflection of content dan jugak reflection of feeling. Waktu tu tiada intervention yang mampu aku sediakan. Perlu untuk aku menenangkan diri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan berdasarkan cerita mereka. Apa yang mampu aku buat ialah conclude everything and doing paraphrasing kat depa-depa nih. Seperti biasa aku suruh diorang datang balik pada waktu yang ditetapkan. Dan diorang bersetuju.

--------------

This is among a short story yang boleh aku ceritakan kat sini. Actually banyak lagi. Terlalu banyak, bahkan lagi teruk pun ada. Kisah budak-budak remaja, biasa lah. Kita stop cerita pasal diorang nih.

Apa yang mahu aku tekankan kat sini ialah, among of us mesti ada yang jenis suka bawak mulut dan bercerita itu ini non stop. Kadang-kadang sampai berdesing telinga ni duk dengar macam-macam cerita yang dia cuba sampaikan sampai tak tahu mana satu betul mana satu salah. Bak kata penyanyi Nora, di persimpangan dilema samada nak percaya atau tidak.

Jom kita teliti ayat Al-Quran ni.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (surah Al-Hujurat:6)

Okay. Cuba bayangkan lebih 1400 tahun lepas Allah telah menitipkan ayat ini kepada rasul junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w sebagai peringatan kepada umat Islam. Ayat ini membawa maksud secara mudah ialah kalau ade je sesape yang fasik datang bawak cerita atau khabar angin yang belum tentu kesahihannya, jangan cuba untuk mempercayainya hidup. Selidik dan kaji dulu sebelum percaya. Tapi sebenarnya orang fasik tu apa? Macam mana nak tahu orang tu fasik atau tidak?

Fasik tu menurut Ustazah aku masa sekolah dulu membawa maksud orang yang tidak mentaati perintah Allah dan berkekalan melakukan dosa kecil mahupun besar. Fasik ni terbahagi kepada dua iaitu fasik kecil dan fasik besar yang mana fasik besar ni boleh membawa kepada kekafiran (rujuk surah as-sajdah ayat 18-20).

Dalam hal ini, Allah SWT berfirman dalam surah al-Hasyr, ayat 19 yang bermaksud: 

“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang yang fasik lagi derhaka.”

Jugak sama-samalah kita meneliti ayat dalam surah Al-Maidah ni. 

“Dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik”. (Surah al-Maidah ayat 47)

Tapi jangan la pulak sewenangnya pulak cakap si Abu tu fasik, si Minah tu munafik, si Husin tu  firaun. No no no! Kita sebagai manusia, tak layak untuk menilai itu ini. Untuk kita mengatakan dan menghukum mereka itu fasik tanpa kita mengenal dalaman dan luaran seseorang adalah sesuatu yang sangat tercela. Silap haribulan kita sendiri yang jadi fasik. Nauzubillahiminzalik.

So kat sini boleh kita nampak bahaya nya si fasik dalam masyarakat. Jika ia makin membarah tidak mustahil ia membawa kepada kehancuran umat Islam. 

Ini baru cerita pasal fasik. Belum lagi masuk pasal lain. Eh jadi apa kaitannya dengan cerita yang aku sampaikan tadi?

Jangan salah faham. Aku tak cakap pun yang bebudak yang datang jumpa aku tempoh hari tu adalah mereka yang fasik. A big no! Mintak dijauhkan, minta diampunkan dosa kita-kita sekalian.

Tapi apa yang aku dapat belajar dari situ adalah andainya ada yang datang berkongsi cerita kepada kita, tak kira lah siapa pun dia hatta kawan baik sekalipun, jangan telan bulat2 apa yang diperkatakan tuh. Kaji. Siasat. Bandingkan. Lepas dapat tahu benda sebenar, mohon ambik pengajaran dari perkara tuh. Jangan terlampau mudah mempercayai sesiapa. Seeloknya bersemuka kembali dengan mereka ni mencari pengesahan. Selesai.

Bukan apa. Takut nanti hati kita sendiri yang kecewa bila dapat tahu benda sebenar. Lain yang diberitahu, lain yang keluar. Punyala kita rasa bodoh sebab percaya bulat2, last2 rupanya benda tu tipu tu semata. Kecewa kan?

Alololo jangan la nanges.. Awak kan comey :)


Pengalaman aku dalam perkara sebegini tak banyak, tapi cukup untuk mengajar aku supaya jangan mudah memberi dan menerima kepercayaan seseorang. Kita tak tahu baik buruk orang itu untuk kita terima bulat-bulat apa yang disampaikan olehnya, jugak tak tahu sompek orang tu yang membuatkan bahana rahsia kita yang tersebar. Cukup lah.

Serik.








Friday, 12 July 2013

Ehemmm

currently written by faie mohamad at Friday, July 12, 2013 2 criticisms

Assalamualaikum...

Ketika entri ini ditulis (bajet macam ayat wartawan), aku baru sahaja selesai satu sesi dengan seorang student. Dalam erti kata yang lain masih berada di sekolah dengan suasana hiruk pikuk students yang buat bising di luar dan excited mahu pulang ke rumah selepas selesai sesi pagi persekolahan. But I'm still here, menunggu sampai petang untuk mencukupkan contact hour approximately 8 hours di sekolah setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad. Sometimes it's tiring but somehow it looked amazing to me. Melihat gelagat remaja yang mempunyai ragam yang pelbagai sangat membuatkan aku mengimbau kenangan dulu-dulu. Sewaktu masih di sekolah. Zaman kanak-kanak riang yang penuh ceria. Owh I miss that moment! Jugak aku mengulangi zaman di mana terpaksa bangun seawal 5 lebih untuk bersiap ke sekolah. Menyiapkan breakfast ringkas dan melangkah keluar dari bilik saat matahari belum lagi menampakkan sinar. Teruja sekejap.

And here and now, me, is on the bridge of transition to the world of work. Cukup la kot selama 20 tahun bergelar pelajar yang rasmi di tadika, sekolah dan universiti, sudah sampai masanya untuk aku melangkah ke fasa yang satu lagi. Berdepan dengan pelbagai kerenah manusia yang lebih real berbanding belajar teori semata, aku rasa pengalaman ini cukup berharga untuk dikutip. Walaupun suatu hari nanti aku pasti akan merindui ini semua, tapi melihat pada transisi yang mencabar nih, aku rasa sudah sampai masanya untuk aku menjadi lebih dewasa. Mencari ruang untuk menjadi lebih matang dan tidak terlampau kebudak-budakan. Eh selama ni aku childish ke?

So, ehemm, dengan penuh rasa bangga dan suka cita, aku nak menunjuk2 sikit bilik kaunseling yang menjadi tempat praktikal aku nih. Tempat aku bertemu mata dengan pelajar-pelajar yang kadang kala boleh tahan gatai nya tapi ada jugak yang sangat2 baik dan memahami.



Bilik kaunseling individu dan kelompok.. haaa kalau mengantuk time posa2 cenggini boleh merehatkan badan kejap kat sofa yg empuk tu =P

Sudut ruang tamu atau tempat menunggu. Agak ekslusif la bagi aku sebab student pun senang hati, lebih selesa dgn environment yang convenient kan...

Yang ni pulak sudut informasi dan bacaan. Ada banyak info kat situ tapi aku sendiri tak explore in details lagi ni. hmmpphh


Haa.. sini tempat pendaftaran bagi rekod sesi individu dan kaunseling kat sekolah nih. Pendek kata bila buat macam ni lebih tersusun la sebab senang nak refer. Tapi sebenarnya aku lagi suka design kat situ hehehe.




Sini pulak empat aku menghabiskan masa untuk merekod dan menulis sesuatu terutamanya logbook yang perlu ditulis setiap hari kepada principal. Juga tempat untuk aku menulis entri blog ni andai ada kelapangan.. ceh

Kalau nak cerita pasal kesibukan atau tak cukup masa, ada la jugak. Tapi sebab kami berada di minggu2 pertama ni, ia lebih kepada adaptation and adjustment. Task2 yang lebih berat seperti proposal, verbatim dan write up case tuh untuk minggu2 yang kehadapan. Cuma sekarang ni apa yang best tentang sekolah ni semua students datang kepada aku untuk temujanji kaunseling secara sukarela. Tu pun sebab hari2 ada class relief, time tu jugak aku promote kat diorang apa itu kaunseling dan membetulkan tanggapan salah tentang kaunseling. Salah tanggapan tu memang dah common.. Kat mana2 pun kalau cakap pasal kaunseling mesti akan mengaitkan dengan pelajar bermasalah. Even guru2 sekalipun akan mindsetkan minda mereka yg students datang jumpa kaunselor adalah disebabkan mereka mempuanyai pelbagai masalah. Erkk

Jadi, dari sekarang, apa yang aku harus belajar dari internship selama 14 minggu ini ialah:

# Sesuaikan diri dengan teori2 kaunseling seperti Gestalt, Reality, REBT, CBT, Psychoanalysis, Existential, Person-Centered, Family, Feminist, etc etc. Aku dah terbiasa guna teori Reality (WDEP) dan REBT yang sesuai di apply kat sekolah tapi teori lain aku agak terbelakang. I mean kurang pandai untuk apply sangat. Need to study more. Focus more.

# Membetulkan pandangan dan salah tanggapan pelajar dan guru tentang apa itu kaunseling. It's not just a session, it's more than that.

# Cari module2 yang best and tak bosan untuk students, samada semasa sesi individu, kelompok, relief class atau guidance program.

#Membiasakan diri dengan students lelaki. Aku akui aku agak jarang bergaul dengan lelaki dari kecil sampai sekarang. So the feeling of awkwardness tu terlalu tinggi. Neves kemain lagi terutama bila ada sesi group dengan diorang. Then bila fikiran dah kembali rasional, aku ingatkan balik diri sendiri, they are just adolescents.  I'm their counselor and they are my clients. Perlu ada sense of profesionalism di situ.

#Mencari idea untuk hias bilik kaunseling yang sudah tersedia cantik tuh. At least aku boleh show-off kat Madam yang datang observe nanti, 'Madam, ni hasil yang kitorang buat. Sila bagi markah lebih'. Eheh.

#Perlu lebih versatil dalam setiap tindakan mahupun tugasan. I mean kalau diberi sesuatu tugasan perlu berfikir di luar kotak and do not just rely on solely thing. Nanti jadi tipikal.

#Paling penting, belajar untuk lebih memahami, ada rasa understanding, empati yang tinggi dan sifat prihatin. Niatkan kerana Allah. InsyaAllah.



Still remember what my lecturer, Dr. Khamsiah said,

''Whatever you do to the students, do remind them and yourself, do not see on the end of the product. Look at the journey, the process of it. That's so-called life'.

Insyaallah akan aku pegang kata-kata itu. Thanks a bunch.

Saturday, 29 June 2013

Life as a counselor

currently written by faie mohamad at Saturday, June 29, 2013 3 criticisms
Assalamualaikum...

Entri pendek je. Malas nak taip panjang2 (macam la ade orang kisah =p)

Just wanna sharing my first week yang takde la banyak sangat event penting pun. Lebih kepada sesi suai kenal. Gambar pun takde ambik banyak sangat. Maybe tengah nak belajar ambik mood bergambar macam semester lepas. Tapi seriously best! Kaunselor kat situ baik2, students pun sama. Diorang suka lepak kat bilik kaunseling sebab kaunselor kat situ sangat helpful dan caring sampaikan students panggil mereka 'ibu' dan 'mummy'. Sweet kan?


Hari pertama di sekolah, yakni Selasa. Ye la Isnin tu kan cuti sebab jerebu huhu. Gambar ni aku ambik dari kantin sekolah.


Gambar yang smpat ambik. Konon busy duk baca buku la, tulis something la padahal Ini Semua Poyo. Minggu pertama takdenye busy cam tuh.. that's nature.. kehkehkeh




Sementara menunggu client yang baru dua tiga kerat mengoffer kan diri buat sesi, buku ni yg jadi peneman setia. (padahal baru sekali aku bukak tu pun 3 mukasurat pertama je hahaha)

Tu je yang mahu cerita. Pasni terlalu banyak lagi momen2 penting yang perlu dihadapi. Yes, preparation tu penting. Kena sntiasa persiapkan diri mental dan fizikal. Kerenah students kadang kala buat kita down tapi bila ingat balik cabaran tu lah yang buat kita makin kuat... Kann? :D

May Allah ease. May Allah bless. May Allah give us strength. InsyaAllah. 

p/s: kenapa feeling nak update belog dah hambar tak macam dulu? :(

Monday, 24 June 2013

A new journey will begin

currently written by faie mohamad at Monday, June 24, 2013 4 criticisms
Assalamualaikum...

Sudah lama ku biarkan belog ini tidak ber update. Lepas final exam ari tu tambah pulak kesibukan menyiapkan paper research di kampung, feeling untuk mengupdate entri baru tetiba hambar. Bukan setakat malas nak update entri, segala-galanya rasa tawar sekali untuk memulakan sesuatu. Reasonnya? Allah sahaja yang tahu. Then bila datang sini balik, dengan semangat yang kononnya berkobar-kobar nak melapor diri sebagai kaunselor pelatih di sebuah sekolah kt KL ni, tetiba dapat berita semua sekolah di KL tutup. Jerebu punya pasaii. Huhu.. Takpa, maybe Allah mahu menenangkan perasaan aku yang sedang bergelora ni saat ini terlebih dahulu sebelum aku memulakan langkah aku untuk memulakan internship kat situ.


Jerebu di IIUM. Gambar ni aku ambik from FB sorang lecturer AIKOL. Lihat lah betapa teruknya jerebu kat sini. Aku dah mula sakit tekak. Dah mula rasa berpinar-pinar. What I suppose to do? Uhukk. Btw jom sama2 doakan semoga jerebu ni cepat berakhir. Ini mungkin satu petanda yang Allah hendak sampaikan tentang sesuatu. Mungkin kita boleh belajar sesuatu perkara penting. Perkara tersembunyi yang akan kita ketahui bila satu masa ditetapkan.

Thinking of new journey on what my life will be. Jadi  seorang kaunselor pelatih ni bukan mudah. Menuntut semangat dan kesabaran yang tinggi. Bila dengar je pengalaman mereka2 yang dah buat internship sebelum ni, terbayang betapa susahnya diorang kena survive. Walaupun dulu kami sudah didedahkan dengan praktikum yang lebih kurang sama je dengan internship ni cuma contact hour je berbeza, tapi internship kali ni jauh lebih mencabar. Jauh lebih panjang contact hour kat sekolah dan kebarangkalian untuk kami berdepan dengan masalah pentadbiran seperti orang lain jugak adalah tinggi. Expectation diorang terhadap kami2 ni, kadang2 rasa macam dibuli dan diperkecilkan jugak mungkin wujud. Tapi ni lah pengalaman 'manis' yang akan kami tempuhi sebelum memasuki dunia pekerjaan aka World of Work. May Allah ease.

Sedikit catitan yang aku buat masa praktikum dulu untuk diserahkan kepada supervisor. Godek-godek balik folder praktikum tetiba terjumpa diari pendek nih. Sebenarnya setiap minggu kena buat reflection tentang semua nih cuma yang ni adalah overall tentang pengalaman kami yang perlu ditulis secara ringkas. Sweet sangat bila ingat balik betapa manis dan pahitnya pengalaman kami masa praktikum tahun lepas.

*******

Diary as a practicum counselor




Becoming a practicum counselor really taught me several important things about how wonderful life is about. I enjoyed mingle with students and teachers at here. Although I got difficulties in adapting new environment at first glance, after few weeks my heart whispered like I do not want to study at campus anymore. I fell in love with environment at school. Updating logbook and waiting students at fence during assembly session daily were among my sweet routines at that school. I could see various face expression when those who come late were ‘invited’ to counseling room, but mostly they will give cooperation to me after that and also they were entitled to proceed to the next counseling session or not.

Other than that if I did not have any appointment with students at one whole day, my life is like on zero. I love the moment when students came into me and share their stories with me.  Building rapport with them is crucial so that we can have warm relationship and create trust atmosphere to one another. They were so close to me and refuse to let me go from that school. This was troublesome as I must play my role to make them less dependent to me.

I also was given chance to decorate the counseling room with PRSian’s help. They were willing to beautify the room, clean the dust and paste on the posters and motivational cards at the wall. At the same day also I will find my time to observe the school’s compound and watch student’s behavior. Some of them smile at me and some of them look weird in me because of my physical appearance. It’s somehow become a funny moment because they got shocked with me and at last they were grinning as if I was not a teacher at that school. But for me it’s much more better actually. At least they will not treat me as a teacher and thus we can befriend and break the chains that bind us.

Dealing with problematic students out of my expectation also gave me real challenges indeed. One time when I listen to their story, I got mild fever after that. Prior to this, I became neutral with all of these but at that time being, my brain became clueless. But then I realize that this is part of tough experience that I must confront, no matter who they are. They are among people who need to be guided, not to be left behind. They have right to be treated equally. I must accept and welcome them unconditionally.

By:  Farihah Mohamad 091****

Semoga internship kali ni membawa kami kepada pengalaman dan cabaran sebenar sebagai seorang guru. Bukan mudah nak menjadi seorang guru nih. Banyak pahitnya, tapi manisnya tetap ada. Wahai jerebu, cepat-cepatlah kamu berlalu pergi. Kalau boleh pergi lah jauh-jauh sampai ke planet pluto sekalipun. Kami sudah sedia berkhidmat kepada nusa bangsa nih hehehe =P


Wish me all the best! #nervous #excitedbuthappy




Tuesday, 19 February 2013

Inspirasi

currently written by faie mohamad at Tuesday, February 19, 2013 6 criticisms
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Untuk mengutip pengalaman dan inspirasi dari seseorang, tidak bererti dia harus lebih tua dari kita. Tidak bererti dia harus famous dan menjadi tumpuan ramai. Cukuplah bila kita mengetahui tentang kehidupannya dan cara hidupnya yang tersangat humble dan simple. Mekar dalam diam. Kehadirannya dinanti-nantikan membawa sinar baru dalam masyarakat. Tanpa perlu publisiti yang berlebihan, ia sudah ternyata membuat kita menyedari akan kehadirannya melalui tinta tulisannya yang bersahaja dan penuh makna. Titipan yang sentiasa membuatkan kita dekat padaNya yang Maha Kuasa. Insyaallah.

Muhammad Nazri bin Rijal atau nama penanya Ibnu Rijal. Junior aku kat sini. Siapa sangka dalam kuliyyah kami ada insan yang sungguh berbakat dalam bidang penulisan dan mengetengahkan bakatnya dalam sebuah syarikat dan berjaya menghasilkan beberapa buah buku.

Mungkin namanya masih belum dikenali ramai, melainkan sekolompok peminat tegar bukunya. Yang sentiasa menantikan hasil buah fikiran beliau untuk diluahkan dalam bentuk pena tulisan.

Bagaimana aku tahu dia ni penulis buku? Begini kisahnya.

Suatu hari. Ketika aku di kampung. Beristirehat dalam rumah bersama keluarga.

Abang aku tiba2 menghulurkan sebuah novel. Tajuk Putera Multazam. Tak pernah pulak aku tengok dia pegang buku nih. Dia bertanyakan aku,

'Kau pernah baca buku nih?'

'Tak. Nape?'

'Cuba tengok sape penulisnya. Belajar kat UIAM, ambik Guide. Tahun 2. Dia junior kau kan?'

'Eh jap. (aku tengok biodata dia. Muhamad Nazri bin Rijal. Gambar macam kurang familiar). Tak kenal pun. Mana dapat buku nih?'

'Pinjam ngan kawan tadi. Eh takkan tak kenal kot. Junior tuh. Takkan kat sana takde orang cerita pasal dia.'

'Betul. Tak kenal pun dia sape. Takpe nanti kat sana aku spy dia nih sape.'

Sebulan selepas tuh. Kebetulan semester tuh aku ada ambik satu subjek minor dengan junior yang mostly tahun 1 dan 2. Dan kebetulan jugak memang group member untuk assignment dan presentation pun dikalangan diorang jugak. Tiba2 terdetik dihati nak tengok name list student kelas tuh. Kot2 ada nama si Ibnu Rijal ni ke.

Subhanallah. Check punya check. Ada rupanya. Macam mana aku boleh terlepas pandang nih? Cepat2 aku tanya kawan aku,

'Eh, Nazri tu yang mana eh? Group sape?'

'Nazri mana ni? Nazri bin Rijal ke?'

'A'ah la..Dia group sape weh?'

'Laaa... Dia kan group kita. Kan kita sama2 cari article review hari tuh. Takkan tak ingat kot nama group member sendiri?'

Allahuakbar. Aku tepuk dahi. Terfikir betapa cuainya aku dalam mengingati nama member sendiri. Sampai orang yang aku cari dah ada depan mata! Group member sendiri pulak tuh. Macam mana tak perasan dalam ramai2 group member tuh ada nama si Nazri nih?

Segera aku teringatkan gambar dalam biodata belakang buku tuh. Memang berbeza. Dalam gambar tuh dia nampak sedikit cerah dan berkumis nipis. Nampak lebih muda. Tapi kat luar, agak lain sikit. Gambar edit, mananya tak cam. Wah, tak sangka satu group dengan seorang penulis buku ilmiah!

So bermula dari hari tu aku start interview dia macam2. Dia pulak dengan sportingnya layan je akak senior dia nih. Gaya dan caranya berbicara, tersangat humble. Dan kelakar gila. Sampai lecturer aku asyik tergelak je bila dia try menggunakan English slang Penang. Dengan grammar berterabur and suka buat lawak macam2, siapa sangka dia seorang penulis yang sangat berpotensi menjadi pelapis untuk masa akan datang?

Itulah. Makin berilmu seorang manusia, seharusnya dia menjadi ibarat padi. Makin berisi makin tunduk. Makin bertambah ilmu di dada, makin kurang sifat riyak dan bertambah pula sifat zuhud yang sentiasa didambakan orang berilmu. Sehingga kehadirannya hampir tidak disedari, tetapi jejaknya tidak mungkin dilupakan sampai bila2.



Antara buku yang dihasilkan. Taken from his fb, Ibnurijal.blogspot.com. Jom pakat beli naa...

Jugak jangan lupa visit his blog, Ibnu Rijal. Semoga sama2 mendapat manfaat. Insyaallah.

Aku ambik salah satu kata-katanya dalam buku beliau, 'Siapa Allah di hatimu',

Betapa luas rezeki tuhanmu kepadamu. Masih mahu meminta lebih? Atau mahu berterima kasih? Pernahkah setiap bulan, turun surat dari langit, supaya dikau jelaskan bil udara bulan ini? Atau tarif cahaya sang mentari? Atau bil angin yang bertiup kesana kemari? Perlukah dikau jelaskan semuanya? Nikmat bumi yang dikau diami, adakah tuhanmu kirimkan malaikat untuk mengutip cukai pintu? Segala prasarana bumi, bukit yang dikau daki, air terjun yang dikau pergi, lautan yang dikau renangi, semuanya diberi, perlukah dikau beli tiket untuk menikmati semuanya? Atau manusia sendiri yang tidak tahu malu mengambil kesempatan atas tanah konon “miliknya”, mengenakan bayaran pada mereka yang berkunjung kesana.

Betapa banyak dan besarnya nikmat dari tuhanmu itu. Mengapakah dikau langsung tidak memerhati?

Wajarkah dikau perguna semua nikmat-NYA yang percuma, lalu disuruh taqwa, dikau berbuat lupa? Andai mahu dikau hitung semua nikmat tuhanmu, pastikan penamu cukup dakwatnya, kertasmu cukup bilanganya, kalkulatormu cukup baterinya. Namun, bukankah semua yang dikau perlu itu datangnya dari tuhanmu juga? Malah dikau mahu menulis dengan jarimu, jari itu milik tuhanmu juga, dikau mahu mengira dengan mindamu, mindamu itu milik tuhanmu juga. Lantas bagaimana?

“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(An Nahl, 18)

Sangat mendalam. Sangat bermakna. Sarat dengan kiasan dan ibrah.

Indah malam kerana bulan.. Indah siang kerana mentari..

Namun indah insan kerana akhlak dan budi pekerti.. Jika akhlak yang tak baik, secara drastik pandangan org terhadapnya 'tak baik'.. Tapi jika akhlak yang baik, secara automatik pandangan orang terhadapnya baik..

Akhlak yang baik umpama bunga yang sangat harum dan wangi yang mampu membuatkan orang disekelilingnya selesa dan senang.-quoted

Wassalam.

p/s: Rasa diri semakin kerdil. Dua puluh tahun lebih hidup atas muka bumi ni, tertanya2 jugak, apa yg aku sumbangkan kat umat diluar sana? Satu buku pun tak pernah tulis.. Sumbangan harta pun takdak.. Ohhh
 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea