‘’Lelaki high class jika dijadikan suami, lebih berpotensi untuk
setia menjaga kepercayaan saya kelak. Tiada kecurangan. Tiada pembohongan.
Mudah-mudahan. Dia maha memakbulkan. Sekali suami didapati temberang, bukan
mudah bagi seorang isteri untuk memulihkan kepercayaan…’’
‘’Selagi saya setia menjaga cinta, selagi itu si dia sedang setia.
Saya percaya pada keadilanNya. Saya hadiahkan doa buat bakal suami yang entah
dimana dengan bacaan Al-Fatihah. Moga nanti, Allah sampaikan saya padanya.’’ (Qani’ah Syumaila)
Tersenyum sendiri aku
membaca coretan itu. Ingin sekali aku menjadi sepertinya. Mudah-mudahan.
Jangan menjadikan
fitrah sebagai fitnah. Fitrah adalah suci, sedangkan fitnah adalah sebaliknya.
Cinta itu suci kerana ia tautan dua hati dan memberi ketenangan sebagaimana
firman Allah dalam surah Ar-Rum 30:21 iaitu supaya
kamu bersenang hati diengannya (dengan pasangan masing-masing).
Kata Ibnu Qayyimm
Al-Jauziyah dalam bukunya Raudhatul Muhibbin Wanuzhatul Musytaqin, cinta
boleh lenyap dengan lenyapnya sebab.
Kerana sebab itu yang
menyuburkan cinta. Tanpa sebab, cinta itu tidak mampu berdiri dengan sendiri.
Atas sebab yang
bagaimana? Sebab yang membuatkan kita menyayangi seseorang itu. Tanpa sebab,
tiadalah cinta. Tanpa cinta, maka mana mungkin fitrah manusia itu terlaksana?
Namun sejauhmana sebab
itu membuatkan cinta itu suci sebenar-benarnya?
Adakah ia berasaskan
sebab abadi atau hanya sebab sementara?
Apa sebab kita
menyayangi seseorang?
‘Saya menyayangi
dia kerana dia cantik/hensem..’
‘Saya
menyayangi dia kerana dia kaya…’
‘Saya
menyayangi dia kerana keturunannya yang dari golongan bangsawan…’
‘saya
menyayanginya kerana populariti yang diraihnya..’
‘Saya
menyayangi dia kerana akhlaknya..’
‘Saya
menyayangi dia kerana agamanya dan bagaimana dia menjaga hubungannya dengan
Tuhan..’
Semua orang mempunyai
sebab kerana mencintai seseorang. Namun sejauh mana ia nya berlandaskan Tuhan?
Fikirkan. Jika cinta
itu berlandaskan sebab sementara, bayangkan jika sebab itu sentiasa diburu
waktu. Bayangkan betapa gundahnya hati kerana ia tidak kekal.
Andai seorang itu menyayangi pasangannya kerana rupa paras,
jika melangkah ke usia emas, cinta itu mungkin pudar. Dek kerana wajah berkedut
dan fizikal yang sudah tidak menarik lagi seperti dulu, hubungan itu menjadi
hambar. Maka ramai mula risau akan perubahan diri. Sengaja mencari pelbagai
cara untuk melambatkan proses penuaan dan mencari pusat-pusat pelangsingan
badan semata-mata menambat hati pasangan. Adakalanya sehingga hampir meragut
nyawa.
Namun, adakah ia
menyumbang kepada kebahagiaan hakiki? Rasanya tidak. Lihatlah contoh sekeliling
kita. Golongan artis misalnya. Mereka dikurniakan rupa paras yang menarik,
bentuk badan menawan dan sentiasa mengenakan mekap hampir 24 jam non-stop
semata-semata ingin kelihatan anggun dan menawan. Sehinggakan ada seorang artis
yang kini bergelar janda mengaku bahawa sepanjang tempoh perkahwinannya dengan
bekas suaminya, bekas suaminya tidak pernah melihat dia tidak mengenakan mekap
hatta ketika bangun dari tidur. Means dia akan memastikan dia bangun terlebih
dahulu semata-mata untuk bermekap dan memakai pakaian cantik-cantik. Namun
akhirnya, mereka melalui proses penceraian juga akhirnya. Tapi bukankah dia
selalu tampil cantik dan menarik? Apa punca penceraiannya? Bukankah lumrah
manusia memang sukakan kecantikan?
Lihat juga model-model
yang sentiasa mempamerkan aksi yang menarik perhatian lelaki. Dan akhirnya
mereka ditinggalkan dan ada yang bergelar janda selepas itu, walaupun luarannya
menampakkan mereka hampir perfect.
Mengenakan pakaian cantik, bedah itu ini di bahagian muka semata-mata
mahu dikatakan cantik. Semuanya untuk menggoda iman kaum yang satu lagi. Bagi
mereka penampilan luaran jauh lebih penting berbanding dalaman. Namun adakah
ketertarikan itu adalah kekal selamanya? Bagaimana 20 atau 30 tahun akan
datang? Adakah mereka masih lagi dapat mengekalkan rupa paras dan penampilan
sebegitu?
Juga jika ia
berlandaskan harta dan kekayaan. Boleh dijaminkah harta itu tidak akan habis?
Bagaimana jika suatu hari nanti bila kita mendapati pasangan kita jauh muflis,
tiada apa-apa yang mampu ditinggalkan melainkan hutang keliling pinggang, dan
kita masih setia dengannya? Memberinya kata-kata semangat dan perangsang untuk
membolehkannya berdiri kembali dan mengutip sisa kekuatan yang hampir hilang?
Jika cinta itu hanya berlandaskan harta semata, adakah ia dijamin membawa
bahagia hingga mati?
Jangan cuba menipu diri
sendiri. Memang terkadang sebagai manusia biasa, kita tidak akan terlepas dari
memandang soal material dan fizikal seseorang. Tipulah jika dikatakan yang kita
langsung tidak melihat itu semua. Andai tidak banyak, sedikit pun boleh jadi.
Kerana memang kita sebagai manusia itu suka kepada sesuatu yang cantik dan
menarik serta mengenepikan yang buruk. Namun sejauh manakah kita menguruskan fitrah
sedemikian? Adakah kerana ia lumrah menyebabkan kita turut hanyut tanpa cuba
mengawal perasaan itu sendiri?
‘Saya jatuh cinta dengan senyuman awak. Dari dulu lagi saya suka
tengok senyuman awak. Ia membuatkan saya jadi gila bayang dan tidak lena
tidur..’
Tanyalah diri sendiri.
Andai suatu hari jika senyuman itu hilang, yang ada hanya sebuah jasad yang
terlantar koma tanpa sedarkan diri, muka yang pucat dengan keadaan diri tak
terurus, yakinkah kita bahawa cinta itu makin bercambah? Mampukah kita menjamin
hati sendiri bahawa hati tidak terdetik walau sedikit untuk mengatakan tidak?
Bukankah perlahan-lahan ia akan pudar akhirnya? Dan barangkali tidak mustahil,
ada insan lain yang juga memiliki senyuman itu menduduki hati untuk kali ke
seterusnya.
Pengalaman aku sendiri?
Setiap kali mengenali mana-mana lelaki, aku akan cuba menanyakan mereka beberapa
soalan. Soalan untuk menguji. Ia biasanya dilakukan pada permulaan perkenalan.
Sekadar untuk melihat reaksi.
‘Kenapa saya? Orang lain ramai lagi yang lebih hebat. Saya cuma
seorang gadis yang sangat sederhana. Tiada apa yang menarik pun dari segi rupa
paras mahupun latar belakang serta pengetahuan agama.’
Benar. Pengakuan itu memang terbit dari hati aku sendiri. Aku hanya seorang yang tidak mempunyai banyak kelebihan. Seorang yang cukup sederhana dan kadang kala seorang yang tegas dengan pandangan sendiri. Aku juga bukan dari keluarga yang kaya raya, masih dalam usaha memperlengkapkan diri dengan ilmu agama. Tiada kelebihan dari segi rupa paras. Namun aku punya prinsip tersendiri.
Dan biasanya jawapan
mereka yang aku terima akan berupa begini,
‘saya
suka awak sebab awak tinggi. Taste saya memang perempuan yang tinggi-tinggi.
Macam awak la. hehe’
Saya suka
awak sebab muka awak mengingatkan saya kepada seseorang’
‘saya
suka awak sebab awak nampak garang tapi kelakar’
Saya suka
awak sebab bla bla bla…
Dan
lagi..
Dan lagi…
And yet, the cycles
repeat.
Dan biasanya ketika
mereka memberikan respon sebegitu, pantas akan ku tanyakan mereka kembali,
‘Jadi,
kalau saya ni tak setinggi yang awak inginkan, saya ni bukan pilihan awak la
kan?’
‘Macam
mana kalau suatu hari nanti ada gadis yang jauh lebih gorgeous atau tinggi dari
saya? Adakah awak akan kekal dengan saya atau mula berpaling arah?’
‘jika
ditakdirkan wajah saya tidak tidak persis yang awak katakan, adakah cinta itu
akan bersemi? Atau sebaliknya?’
‘kalau
saya bukan saya yang dulu, adakah awak akan masih menerima saya?’
Tujahan demi tujahan
soalan akan aku lemparkan. Semuanya demi mencari sebuah jawapan yang pasti.
Sebuah kebenaran yang ingin sekali aku temui. Ia bukan soalan berupa prasangka.
Apatah lagi untuk men’down’kan seseorang. Aku hanya inginkan kepastian dan
reaksi jujur yang bakal keluar untuk ayat seterusnya.
Dan yang pastinya juga,
kebanyakannya hanya terdiam tanpa kata. Kalau tidak pun hanya tertawa seolah-olah
tidak mengambil serius.
Aku kecewa. Tapi
sekurang-kurangnya, mereka jujur mengatakan. Setidak-tidaknya, aku tidak merasa
tertipu.
Dan kemudiannya, pengakhirannya samada aku meninggalkan atau ditinggalkan. Menyesal? Tidak sama sekali. Allah lebih mengetahui.
Ingin sekali aku
berjumpa dengan lelaki yang memandang seseorang tanpa sebab luaran. Tanpa ada
agenda tersembunyi dan andainya suatu hari nanti ketertarikan itu hilang, aku
tidak akan ditinggalkan terkontang-kanting. Ditinggalkan bermakna aku akan
dilupakan terus. Sedangkan sebagai hamba biasa, mana mungkin perasaan perit itu
mampu terubat dalam waktu yang singkat. Aku hanya inginkan sebab yang
membuatkan aku akan belajar untuk mengekalkan ‘sebab’ itu. Sebab yang memang ada
pada setiap orang jika mereka ingin menggapainya, tanpa mengira rupa atau keturunan. Suatu sebab yang abadi.
‘Saya suka
awak tanpa sebab luaran. Orang melihat awak sebagai orang biasa sahaja. Tiada
yang istimewa pun di mata yang lain. Hanya gadis biasa seperti kebanyakan. Tapi
di mata saya awak adalah special. Awak adalah awak. Tiada yang lain. Dan andai
suatu hari nanti terjadi apa-apa pada awak, kesetiaan saya Insyaallah akan
semakin bercambah tanpa berkurang walau sedikit. Dan saya akan cuba pertahankan
ia dari roboh dibawa badai.’
Ia agak mustahil.
Kerana bagi aku lelaki sebegini hampir pupus. Atau mungkin tiada lagi menghuni
di bumi ini. Yang ada hanyalah yang seperti kebanyakan; hanya memandang luaran
tanpa sedikitpun memikirkan betapa dalaman itu jauh lebih aula. Hanya melihat
pada penampilan dan hawa nafsu dan pada masa yang sama membayangkan orang lain
serta membandingkan sesama sendiri. Pedihnya andai terpaksa melalui saat-saat
itu. And I do not want to become the object of this cheap experiment.
Mungkin rasa kehampaan
itu menyelinap sedikit sebanyak. Namun aku tahu, perjuangan itu tidak harus
berhenti begitu. Kerana di pihak aku sendiri, banyak usaha yang perlu aku
lakukan.
Aku sangat setuju
dengan pernyataan ini.
‘Tidak perlu
bersusah payah mencari calon yang soleh/solehah. Tapi perbaikilah diri terlebih
dahulu. Amalkan ajaran yang diajar oleh Rasulullah. Insyaallah pasti Allah
mengiringi rahmat dengan mengurniakan pasangan yang baik juga’.
Ia suatu proses yang
tidak akan terhenti untuk bila-bila. Lebih-lebih lagi sebagai hamba yang a’asi,
tetapi sebagai mukallaf yang ditaklifkan dengan tanggungjawab yang maha berat
untuk dipikul sebagai khalifah umat, memandang hal ini ternyata tidak boleh
dianggap enteng. Kerana jika ia dapat diuruskan sebaiknya, ia adalah jalan
untuk menuju syurga.
Moga aku diberi lebih
kekuatan dan ketabahan. Dan untuk yang lain juga.
1 criticisms:
from the very first time i met my hubby...my heart said, he is the man. i love him for who he is, and im still loving him with no reason, it is because Allah has sent him to became my imam :)
Post a Comment