Sunday, 29 June 2014

Salam Ramadan Al Mubarak

currently written by faie mohamad at Sunday, June 29, 2014 0 criticisms
Assalamualaikum..

Sedih bila lagi sekali blog ni bersawang. Ingat nk update macam biasa tetiba skrin laptop pecah. Tak tahu kenapa tengok2 bila bukak pagi esoknya nampak macam skrin bahagian dalam tu retak. Hampir pecah berderai. Remuk redam hatiku melihatnya.  sob sob. Kos nak baiki bukan murah, boleh beli notebook kot sebijik. Jadi nak tak nak terpaksa la lupakan aktiviti mendownload cerita and lagu2 kat youtube. Jugak utk mengupdate belog ni.

So alternatifnya terpaksa la update pakai henfon je. Alahai dahla skrin kecik,  nak tulis satu2 pun susah. Tak de mood daku menulis. Tapi demi minat semata2, sayang kat blog tadika ni punye pasai, tak pa la aku nak update jugak! Even takde org baca pn aku peduli apa.. kekekeke

Ehem. Berbalik pd tajuk utama, pasal ramadan ni lah, hanya Allah saja tau betapa hepi nya aku dapat bersahur, brbuka puasa, berterawikh bersama famjli tercinta. Dapat main masak2, try and error resepi, pastu dah takde simpton kempunan nk makan itu ini sebab segalanya bakal tersedia depan mata. Kalau sebelum ni just berpuasa di kampus, dua tahun berturut2 berpuasa di sekolah dek komitmen praktikum dan internship. Tuhan je tahu sedihnya hati ni bila terpaksa berbuka puasa sesorang time roomate balik kampung. Macam forever alone pulak bila makan sesorang, solat sesorang.. huhu.  Tuhan je tahu sakitnya hati bila terlepas waktu sahur disebabkan overslept. Sedar2 dah jam 6.30 dan hanya mampu memandang sayu nasi goreng kerabu yang dah sejuk atas meja study. Last2 buang gitu je. Tuhan je yg tahu stresnya bila sedar2 je dah hampir 7.30 malam disebabkan overslept jugak, kes terlampau penat balik sekolah jam 4.30. Lepas solat asar ingat nk lelap jap sedar2 hampir azan maghrib. Kelam kabut usah cerita. Terus turun cari makanan kat kafe tapi tengok tinggal sisa je. Nak order ala carte dah tutup. Last2 cari roti je kiosk(nasib baik xtutup lg). Sayu nye rasa time tu. Aku yang memang tak suka roti ni terpaksa jugak telan even terpaksa. Malam tu terpaksa menapak ke kafe mahalah lain semata2 demi sesuap nasi (okay yg ni over gila hahaha).

Semua tu dah jadi memori. Tinggal kenangan. Bila ingat balik macam kelakar even time tu sedih gila kot. hihi.

Teringat jugak masa puasa kt kampus dulu, salah satu cara nk jimatkan duit beli juadah berbuka, senang je. Iftar kat masjid. Makanan tu mmg tak sesedap kat bazar or masak sendiri tapi okay la, benda free kan. Kalau time tu balik sekolah awal aku ngn kawan2 jalan kaki ke SHAHS Mosque, kdg2 tu belum dah 6.30 dah terpacak kat ground floor tu. Kalau datang niat tak berapa nak baik, lepas je iftar, terus je balik tanpa smpat berjemaah. Solat kat bilik je dgn kwn2 yg lain. Orang lain iftar sebab nk solat berjemaah tp aku niat nak makan. hahaha. Okay tu antara memori paling best sepanjang kt UIA.

Okay la tu je cerita yg mampu ditulis. Naik lenguh dah tangan duk taip dpn skrin kecik ni. Nasib baik takde masalah rabun. Apapun selamat berpuasa ye kpd sume kawan2. Ada beberapa benda nak cakap ni. Terpulang la nak terima ke tak.

#Kat bulan posa ni, or bulan2 lain jugak, seeloknya kurangkan buat benda yg tak berapa perlu. Syaitan diikat. Hanya tinggal nafsu je. Kawal sebaik mungkin.

taken from fb (ukhti troll)


#Jangan pulak selfie lepas buat ibadah. Lepas terawih duk selfie. Before terawih pun dah berpuluh2 gambar upload smata2 nak cakap kt orang yg kita ni buat ibadat. Tak perlu kot. Sembunyikan kebaikan yg dibuat sebagaimana kita sembunyikan aib diri ya


#Buat checklist utk Ramadan. Apa yg perlu ditingkatkan dan apa yg kene buang terus dari schedule. Buat secara istiqamah. Curi waktu busy tu utk buktikan pada Pencipta kit yg Dia tetap nombor satu walau apa keadaan sekalipun.

#Bulan puasa bulan yg bagus utk turunkan berat badan. Jangan pulak bila dah masuk waktu berbuka semua benda nak telan. Ingat, anda bukan tong sampah. Anda manusia. Pastu bila tak muat baju raya mulala duk menggedik cakap itu ini.. kekekeke

#Masak utk famili. Ni dpt mengeratkan. Ada berpuluh ribu resepi boleh google anytime. Nak or taknak je




Okay itu saja kot setakat ni. Hehe.  Assalamualaikum dan babai!


Tuesday, 20 May 2014

Jika ada yang bertanya

currently written by faie mohamad at Tuesday, May 20, 2014 0 criticisms
Assalamualaikum...


Alhamdulillah. I'm unoficially graduated from IIUM, the garden (fountain) of knowledge and virtue. Syukur sangat2. Worth the pain, worth the fight, worth the pressure, worth the everything. Thanks for the endless support, my family members, my buddies and everyone.Can't wait for the convocation day, even agak lambat dari orang lain, but Alhamdulillah lagi sekali. Sekurang-kurangnya ia berbaloi.

When I was undergraduate students, what's on my thought is only about the current life i.e assignment, kawan-kawan, ilmu kaunseling yang bakal dipraktikkan, dan sebagainya. Jarang terlintas akan soal prospek kerjaya, apa nak buat selepas grad, nak kahwin dengan sape, nak miliki kereta jenis ape, aset apa yg perlu ada untuk lengkapkan diri, perkara berkaitan material, lepas grad kat mana nak cekau duit untuk belanja harian. Masyaallah never crossed in my mind about that.

But then bila dah grad, baru sedar bahawa kehidupan semasa belajar jauh lagi mudah. Walaupun terpaksa memerah otak mengerah tenaga kesana kemari untuk sesuatu tugasan, segalanya dilakukan dengan penuh keseronokan. Tiada apa yang membelenggu waktu itu. Tiada pernah terlintas akan peritnya kehidupan selepas belajar. Tak pernah terfikir pun.

Apa peritnya lepas belajar sebenarnya?

Normal bagi fresh graduate like me, antara soalan femes yang selalu menjadi peluru berpandu menerjah,

'Bila dapat kerja?'

'Kat mana? Berapa gaji?'

'Kenapa tak kerja lagi? Tak cukup kelulusan ke?'

'Kenapa tak try isi borang A. Kalau tak borang B, C, bla bla bla..'


Itu soalan biasa. Yang paling trauma bila diajukan soalan,


'Bila nak kahwin?'

'Dah ada calon belum?'

'Kenapa single lagi? Umur macam ni sepatutnya dah kahwin. Paling tidak dah ada teman lelaki'

'Mak Cik ada calon untuk kamu. Kerja kat xxx, umur xx.. Dia berkenan kat kamu. Sudi tak?'

'Kenapa nak jual mahal? Tak laku sampai tua baru tahu'

'Tak takut ke jadi anak dara tua? Tengok kawan2 ramai dah kahwin, ada anak 2 3 orang dah'


Aduh. Tepuk dahi. Tak mampu menjawab. Malas nak senyum. Marah pun tak mampu.

Barangkali mereka berfikir selama ini yang menentukan semua ini, yang mengaturkan urusan jodoh dan pertemuan itu adalah dari manusia ini sendiri. Agaknya selama ni mereka merasakan yang berkehendakkan semua itu datang dari aku sendiri. Mungkin mereka ingat aku ini...hmmm.. Sigh.

Usia yang mencecah suku abad sebegini, tipulah andai kukatakan aku tak pernah menyimpan perasaan kepada sesiapa. I did. Dari situ aku belajar menyayangi seseorang separa mati. Lumrah usia mentah. Hanya terfikirkan cinta manusia semata. Cuma kerana tiada jodoh, aku terpaksa melepaskannya pergi dengan insan lain yang jauh lebih baik dari aku. Atas sebab-sebab tertentu dan istisyarah dari mereka yang terdekat, aku terpaksa melupakannya selamanya. Pahit. Pedih. Namun aku tahu semua itu bersebab. Allah Maha Tahu.

'Kenapa nak jual mahal? Tak laku sampai tua baru tahu'

'Tak takut ke jadi anak dara tua? Tengok kawan2 ramai dah kahwin, ada anak 2 3 orang dah'

Allahu. Demi Allah aku tidak pernah meletakkan diri sebagai orang yang susah untuk didekati, susah untuk didampingi atau menjadikan aku semahal-mahal manusia. Aku masih sedar siapa aku. Bukan wanita solehah yang inginkan lelaki first class datang meminang. Bukan menginginkan mereka yang paras rupa seperti Jericho Rosales untuk dijadikan teman hidup. Aku tahu limit aku bagaimana. Rupa paras pun tak seberapa, no reason for me untuk jual mahal dan menolak lelaki mentah-mentah dalam hidup. Aku masih sedar diri aku bagaimana.

Cuma aku selalu mengambil kondisi berhati-hati dalam apa jua sudut. Bukan mudah untuk aku move on apabila dikecewakan. Sekali dipermainkan, untuk kembali bangkit menjadi diri yang asli teramat payah. Terpaksa memotivasikan diri berterusan tanpa henti. Bukan sekali aku di perkotak-katikkan oleh mereka yang memberikan harapan palsu. Sudah banyak kali. Kononnya approach untuk dijadikan teman hidup, akhirnya tanpa sebab munasabah ditinggalkan tanpa sebarang kata. Tup tup dengan wanita seterusnya menjadi pilihan si dia. Hampir jatuh terduduk dibuatnya. But life must go on. Bagi aku untuk aku merampas kembali takhta itu adalah bukan aku yang sebenar. Aku bukan jenis yang desperate dan tidak tahu malu.  Sekali ditinggalkan, takkan aku persoalkan. Takkan aku berpaling lagi. Let it be. Semoga mereka berbahagia. Itu doa aku buat mereka.


'Tak takut ke menolak risikan orang? Kalau dia betul-betul jodoh kamu bagaimana?'


Dah kalau namanya jodoh, pasti takkan kemana punya. Kenapa perlu risau? Bukankah hanya Allah yang mampu membolak balikkan hati ciptaanNya? Andai sudah ditakdirkan itu adalah jodoh, sudah pasti ia dipermudahkan. Tanpa perlu memayahkan, ia pasti akan datang jua akhirnya. Allah tahu keperluan hambaNya, Usah khuatir.


'Sudah buat istikharah?'


Ya, Istikharah itu perlu. Bahkan penting utk kita meminta sesuatu dari Tuhan untuk memastikan kita tidak tersalah pilih. Namun jangan lupa juga, istisyarah itu juga harusss.  Bak kata Hilal Asyraf dalam buku beliau 'Sebelum Aku Bernikah', istikharah juga boleh menjadi fitnah kerana sesetengah manusia merasakan bahawa sesuatu petunjuk yang tidak tahu benar atau tidak dirasakan dari Tuhan. Tapi pentingnya juga istisyarah ini kerana dari situ dapat mengetahui perilaku seseorang. Melalui risikan dari orang terdekat. Perbincangan dgn beberapa pihak. Bukan hendak menjadi FBI, cukuplah kita tahu siapa dia. Dan aku sendiri tak terkecuali bila diperkenalkan dengan mana-mana kaum satu lagi. Sekadar menyiasat mana yang perlu. Siapa dirinya yang sebenar, siapa ibu bapanya, dia anak yang keberapa, hubungannya dengan orang lain, interpersonal skill bagaimana, cukup solat ke tidak, dan banyak lagi.


Trauma? Mungkin juga. Kerana aku sentiasa terfikir mungkin dunia ini kepupusan lelaki yang layak dijadikan pemimpin agaknya. Disputing an irrational belief in myself is not such an easy thing. Pada orang lain, aku akan kembali mengingatkan momen-momen manis, namun pada diri sendiri, aku mengaku aku seorang yang fragile, lebih-lebih lagi bila berkali-kali diuji dengan episod luka. It's not a confession indeed. It's an expression.

Namun, diam tak diam, aku kembali mensyukuri akan hakikat sebuah kehidupan yang hanya sementara. Tanpa semua ini aku takkan mampu mengolah dan mengekspresi diri dan meletakkan sesuatu cerita tanpa diri sendiri mengalaminya. Bila aku diuji sebegini, aku lebih kerap memotivasikan orang lain. Cara itu lebih menusuk dalam jiwa kerana diri sendiri terlebih dahulu mengalaminya. Sering kali aku terfikir seandainya aku tidak berada disitu suatu ketika dahulu, aku takkan menyelami perasaan orang lain. Kemungkinan ia hanya lah menjadi sebuah patung yang kaku. Heartless.

Syukur Alhamdulillah atas semua ini. Mana mungkin aku tak bersyukur. Seandainya suatu hari nanti dipertemukan dengan 'imam' yang sebenar, pasti aku akan lebih menghargai dia. Takkan sekali-kali berpaling darinya dan membandingkannya dengan manusia lain.



May Allah give me utmost strength to this.

 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea