Tuesday, 19 February 2013

Inspirasi

currently written by faie mohamad at Tuesday, February 19, 2013 6 criticisms
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Untuk mengutip pengalaman dan inspirasi dari seseorang, tidak bererti dia harus lebih tua dari kita. Tidak bererti dia harus famous dan menjadi tumpuan ramai. Cukuplah bila kita mengetahui tentang kehidupannya dan cara hidupnya yang tersangat humble dan simple. Mekar dalam diam. Kehadirannya dinanti-nantikan membawa sinar baru dalam masyarakat. Tanpa perlu publisiti yang berlebihan, ia sudah ternyata membuat kita menyedari akan kehadirannya melalui tinta tulisannya yang bersahaja dan penuh makna. Titipan yang sentiasa membuatkan kita dekat padaNya yang Maha Kuasa. Insyaallah.

Muhammad Nazri bin Rijal atau nama penanya Ibnu Rijal. Junior aku kat sini. Siapa sangka dalam kuliyyah kami ada insan yang sungguh berbakat dalam bidang penulisan dan mengetengahkan bakatnya dalam sebuah syarikat dan berjaya menghasilkan beberapa buah buku.

Mungkin namanya masih belum dikenali ramai, melainkan sekolompok peminat tegar bukunya. Yang sentiasa menantikan hasil buah fikiran beliau untuk diluahkan dalam bentuk pena tulisan.

Bagaimana aku tahu dia ni penulis buku? Begini kisahnya.

Suatu hari. Ketika aku di kampung. Beristirehat dalam rumah bersama keluarga.

Abang aku tiba2 menghulurkan sebuah novel. Tajuk Putera Multazam. Tak pernah pulak aku tengok dia pegang buku nih. Dia bertanyakan aku,

'Kau pernah baca buku nih?'

'Tak. Nape?'

'Cuba tengok sape penulisnya. Belajar kat UIAM, ambik Guide. Tahun 2. Dia junior kau kan?'

'Eh jap. (aku tengok biodata dia. Muhamad Nazri bin Rijal. Gambar macam kurang familiar). Tak kenal pun. Mana dapat buku nih?'

'Pinjam ngan kawan tadi. Eh takkan tak kenal kot. Junior tuh. Takkan kat sana takde orang cerita pasal dia.'

'Betul. Tak kenal pun dia sape. Takpe nanti kat sana aku spy dia nih sape.'

Sebulan selepas tuh. Kebetulan semester tuh aku ada ambik satu subjek minor dengan junior yang mostly tahun 1 dan 2. Dan kebetulan jugak memang group member untuk assignment dan presentation pun dikalangan diorang jugak. Tiba2 terdetik dihati nak tengok name list student kelas tuh. Kot2 ada nama si Ibnu Rijal ni ke.

Subhanallah. Check punya check. Ada rupanya. Macam mana aku boleh terlepas pandang nih? Cepat2 aku tanya kawan aku,

'Eh, Nazri tu yang mana eh? Group sape?'

'Nazri mana ni? Nazri bin Rijal ke?'

'A'ah la..Dia group sape weh?'

'Laaa... Dia kan group kita. Kan kita sama2 cari article review hari tuh. Takkan tak ingat kot nama group member sendiri?'

Allahuakbar. Aku tepuk dahi. Terfikir betapa cuainya aku dalam mengingati nama member sendiri. Sampai orang yang aku cari dah ada depan mata! Group member sendiri pulak tuh. Macam mana tak perasan dalam ramai2 group member tuh ada nama si Nazri nih?

Segera aku teringatkan gambar dalam biodata belakang buku tuh. Memang berbeza. Dalam gambar tuh dia nampak sedikit cerah dan berkumis nipis. Nampak lebih muda. Tapi kat luar, agak lain sikit. Gambar edit, mananya tak cam. Wah, tak sangka satu group dengan seorang penulis buku ilmiah!

So bermula dari hari tu aku start interview dia macam2. Dia pulak dengan sportingnya layan je akak senior dia nih. Gaya dan caranya berbicara, tersangat humble. Dan kelakar gila. Sampai lecturer aku asyik tergelak je bila dia try menggunakan English slang Penang. Dengan grammar berterabur and suka buat lawak macam2, siapa sangka dia seorang penulis yang sangat berpotensi menjadi pelapis untuk masa akan datang?

Itulah. Makin berilmu seorang manusia, seharusnya dia menjadi ibarat padi. Makin berisi makin tunduk. Makin bertambah ilmu di dada, makin kurang sifat riyak dan bertambah pula sifat zuhud yang sentiasa didambakan orang berilmu. Sehingga kehadirannya hampir tidak disedari, tetapi jejaknya tidak mungkin dilupakan sampai bila2.



Antara buku yang dihasilkan. Taken from his fb, Ibnurijal.blogspot.com. Jom pakat beli naa...

Jugak jangan lupa visit his blog, Ibnu Rijal. Semoga sama2 mendapat manfaat. Insyaallah.

Aku ambik salah satu kata-katanya dalam buku beliau, 'Siapa Allah di hatimu',

Betapa luas rezeki tuhanmu kepadamu. Masih mahu meminta lebih? Atau mahu berterima kasih? Pernahkah setiap bulan, turun surat dari langit, supaya dikau jelaskan bil udara bulan ini? Atau tarif cahaya sang mentari? Atau bil angin yang bertiup kesana kemari? Perlukah dikau jelaskan semuanya? Nikmat bumi yang dikau diami, adakah tuhanmu kirimkan malaikat untuk mengutip cukai pintu? Segala prasarana bumi, bukit yang dikau daki, air terjun yang dikau pergi, lautan yang dikau renangi, semuanya diberi, perlukah dikau beli tiket untuk menikmati semuanya? Atau manusia sendiri yang tidak tahu malu mengambil kesempatan atas tanah konon “miliknya”, mengenakan bayaran pada mereka yang berkunjung kesana.

Betapa banyak dan besarnya nikmat dari tuhanmu itu. Mengapakah dikau langsung tidak memerhati?

Wajarkah dikau perguna semua nikmat-NYA yang percuma, lalu disuruh taqwa, dikau berbuat lupa? Andai mahu dikau hitung semua nikmat tuhanmu, pastikan penamu cukup dakwatnya, kertasmu cukup bilanganya, kalkulatormu cukup baterinya. Namun, bukankah semua yang dikau perlu itu datangnya dari tuhanmu juga? Malah dikau mahu menulis dengan jarimu, jari itu milik tuhanmu juga, dikau mahu mengira dengan mindamu, mindamu itu milik tuhanmu juga. Lantas bagaimana?

“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(An Nahl, 18)

Sangat mendalam. Sangat bermakna. Sarat dengan kiasan dan ibrah.

Indah malam kerana bulan.. Indah siang kerana mentari..

Namun indah insan kerana akhlak dan budi pekerti.. Jika akhlak yang tak baik, secara drastik pandangan org terhadapnya 'tak baik'.. Tapi jika akhlak yang baik, secara automatik pandangan orang terhadapnya baik..

Akhlak yang baik umpama bunga yang sangat harum dan wangi yang mampu membuatkan orang disekelilingnya selesa dan senang.-quoted

Wassalam.

p/s: Rasa diri semakin kerdil. Dua puluh tahun lebih hidup atas muka bumi ni, tertanya2 jugak, apa yg aku sumbangkan kat umat diluar sana? Satu buku pun tak pernah tulis.. Sumbangan harta pun takdak.. Ohhh

Saturday, 16 February 2013

Juvana

currently written by faie mohamad at Saturday, February 16, 2013 15 criticisms
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

May be aku agak ketinggalan ke belakang sikit bab2 hiburan nih. Baru je lepas tngok movie Juvana kt internet. Sebelum ni memang duk cari kat mana nak download. Dulu masa drama, setiap episod aku download kat youtube. Sebab apa? Sebab aku rasa cerita tu ada kaitan dengan prfession yang aku amik sekarang nih . Dalam cerita tu ada watak kaunselor. Cikgu Zakiah or Izreen Azminda yang banyak inspire murid2 nya sampai diorang berubah dari jahat kepada baik. Bila hayati watak beliau dalam cerita tuh, aku terfikir, oh betapa complicatednya tanggungjawab yang bakal aku galas nanti. Berperang dengan perasaan dan mainan emosi dari student yang datangnya dari pelbagai jenis background, bangsa dan agama kadang2 buat aku terfikir, betul ke ni yang aku cari selama nih? Kerjaya ni ke yang sangat aku idam2 kan sejak sekian lama? Berapa banyak risiko yang perlu aku harungi sepanjang profession ni menjadi amanah aku? Well... Hurmmm.

Berbalik pada movie ni, overallnya aku boleh bagi 4.7 out of 5. Brilliant. Excellent. Sangat intelligent. Tak banyak movie macam ni ada kat Malaysia. Balik2 cerita rempit yang langsung takde moral value, cerita kongsi gelap yang buat aku rasa menyesal gile bila tonton, cerita bohsia la, bohjan la, macam2 lagi yang pada aku diorang dah ketandusan idea nak terbitkan cerita yang lain dari yang lain. Tapi movie ni? Memang salute habis. Walaupun ada unsur 18SG kat situ, tapi diorang pandai cepat2 cover balik dengan wujudkan unsur saspen dan  nilai murni yang lain dari sisi yang berbeza. Aku tak hairan pun dengan student ganas macam tuh. Yang jenis kaki pukul, kaki buli or even pembunuh. Sebab kalau diorang berakhlak baik for sure diorang tak dihantar situ kan? Tapi manusia... jahat macam mana sekalipun, kalau ditarbiyah, dididik dengan kata2 yang baik, di motivasikan dengan ayat yang menyentap naluri, pasti mereka akan berubah jugak. Fitrah manusia, lebih cenderung untuk berbuat kebaikan berbanding kejahatan.

Antara babak-babak menarik dalam filem ni:


Botak (Johan Ashaari) dibrainwash oleh ketua warden gara2 menyimbah minyak panas kearah pelatih (Syafie Naswip) yang bergaduh dengannya sehingga terlantar di hospital.



Apek diberitahu kematian ibunya oleh warden. Lepas je peristiwa tu dia berubah jadi ganas dan bergelar taiko di tempat tuh. Dalam erti kata lain, dia menggantikan posisi Botak yang terkenal dengan gangsternya.



Cikgu Daim melawat beliau yang terpaksa bekerja membuat batu bata demi menyara hidupnya.


Botak yang sudah bertaubat. First time tengok Botak jadi baik. Tacing hehe


Antara part last. Botak ditikam oleh Lan Todak (Sharnaaz). Sedih teramat bila tengok part nih T_T


Dua tahun lepas aku pernah melawat sekolah Henry Gurney kat Melaka dan berprogram dengan diorang. Tapi dengan pelatih wanita je la. Yang pelatih lelaki pihak sana tak mahu ambil sebarang risiko. Bimbang katanya. But seriously, ia mengubah sempadan persepsi aku terhadap diorang nih. Kami buat reflection and dengar setiap inci masalah diorang, buat aktiviti sama just for fun, nyanyi sama2 sambil membakar semangat dan surprisingly diorang sangat friendly dan kelakar. Sekali imbas langsung tak perasan yang kami sekarang berdepan dengan student bermasalah; bunuh ayah kekasih, mengedar senjata tajam, jadi GRO etc. Sekolah itu benar2 mengubah sikap dan emosi mereka. Terharu tengok mereka solat jemaah sama2, bergurau senda sesama sndiri, dan paling menyentuh hati bila mereka menasihati kami,

'Akak jangan jadi macam saya ye.. Saya ni masa depan dah kelam. Dah menyesal sangat2 nih. Kalau masa diputar semula saya tak mahu terlibat dalam semua ni. Akak belajar rajin2 ye.. Jadi anak yang membahagiakan.. Ingat Allah selalu.'

Allahuakbar. Langsung tidak menyangka kalimah itu keluar dari mulut seorang remaja juvana yang sebelum ini dibuang masyarakat kerana terlibat dalam dalam pelbagai konflik. Sejenak kami cuba refleksi diri. Maka nikmat Allah manakah yang harus kita dustakan?

Yang jahat tidak akan selamanya jadi jahat. Lihat watak Botak dalam cerita tuh. Siapa sangka dari seorang gangster dan ketua yang ditakuti tiba2 berubah jadi baik dalam filem tuh. Dalam dunia sebenar pun begitu. Jahat macam mana pun seseorang tuh, andai cahaya hidayah meresap masuk dalam hatinya, pasti dia akan berubah jadi baik. Bahkan mungkin jauh lagi baik dari orang yang pernah mencemuhnya dulu. Jauh lagi baik dari kita yang hanya pandai mengata itu ini. Dunia tidak akan selalunya berada di tempat yang sama. Roda yang berputar terkadang membawa kita ke atas, dan kadangkala ke bawah. Kita cuma perlu persiapkan diri, bilakah masanya kita akan berada di bawah itu. Berjaga-jaga menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Pengalaman aku di sekolah masa praktikum dulu tak banyak. Just dua bulan kat situ tak cukup untuk aku mentelaah peribadi urban students nih. Persiapan fizikal dan mental tersangat membantu. Masihku terngiang2 kat telinga aku ni beberapa kisah students yang buat aku seram sejuk. Sampai demam2.  Kalau sebelum ni hanya tengok kat tv dan newspaper but hari itu aku mendengarnya secara live, dari mulut seorang student yang mengaku pernah melakukan hubungan luar tabie, mengedar pil kuda, berdansa di kelab malam sampai pagi, diliwat dari kecil... semua itu buat aku jadi seolah-olah blur dan down... Tak tahu macam mana nak cari solusi yang tepat. Tapi itulah pengalaman. Sekurang-kurangnya masa posting nanti aku sudah bersedia dengan segala kemungkinan. Tidak berani menaruh harapan yang tinggi untuk sekolah itu. Semuanya bermula dari diri sendiri sebenarnya.

Keep calm. Be prepared. Act wisely.

Till then...
 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea