Sunday, 31 July 2011

Ramadhan datang lagi!

currently written by faie mohamad at Sunday, July 31, 2011 0 criticisms
Assalamualaikum.  Alhamdulillah segala puji dirafa’kan kepadaNya kerana akhirnya Dia memberi kita peluang nikmat beribadah yang tak terhingga di bulanNya yang mulia, disamping cuba mengkoreksi diri akan dosa2 lampau yang dilakukan. Kita sebagai manusia tidak akan suci dari dosa dan noda, kerana manusia pasti akan membuat khilaf walaupun sedikit. Tapi itu bukan penghalang kepada kita sebagai hamba Allah untuk lebih dekat padaNya terutama dalam bulan ini kerana walaupun sebesar mana dosa kita kepada DIA, rahmatNya mampu mengatasi segala. 

Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan anugerah yang dikurniakan kepada kita untuk lebih dekat padaNya. Sebelum Ramadhan menyusul, terlebih dahulu bulan Rejab dan Sya’ban hadir menjelma, memberi kita peluang supaya mensucikan diri sebelum tibanya saat Ramadhan. Ia juga sebagai peringatan kepada manusia agar bersiap sedia menghadapi kehadiran bulan mulia dalam sejarah Islam ini, kerana dibulan ini jugalah adanya malam yang nyata lebih baik dari seribu bulan. Malam lailatulqadar.

 Jika ditelusuri zaman Rasul Allah kita, para sahabat sebaik sahaja melalui fasa bulan Rejab, mereka terus menyucikan pandangan mata mereka, kaki mereka, tangan mereka, serta lidah mereka agar tidak tersasar jauh dari landasan yang sebenar. Dan sebaik sahaja bulan Sya’ban hadir, mereka terus melakukan penyucian jiwa pula, bermuhasabah diri sebagai persediaan Ramadhan. Dan bila Ramadhan tiba, mereka terus beribadah tanpa henti, bermunajat kepada ALLAH seolah2 hari itu hari terakhir mereka bernafas dibumi ini dan diriwayatkan ada sahabat yang mampu khatam al-quran 60 kali sepanjang Ramadhan. Subhanallah, sedangkan kita untuk khatam sekali pun terasa berat. Tapi inilah perbandingan yang dibuat dari segi kekuatan jiwa antara umat dulu dan kini. Umat di zaman Nabi kita tidak terpegun akan keindahan dunia dan mensasarkan akhirat sebagai matlamat utama mereka. Sedangkan umat kini lebih mengejar dunia yang diibaratkan sebagai satu persinggahan oleh musafir untuk meneruskan perjalanan yang lebih hebat dan mencabar.







Bukan nak berceloteh panjang, dan bukan nak skema sangat (hehehehe), apa yang aku nak cakap kat sini bulan Ramadhan adalah bulan yang sepatutnya dinanti2kan, bukan sebaliknya. Sebab mesti ada yang terasa berat dengan Ramadhan, yelah sebab tak boleh makan dan minum disiang hari, kena tinggal unbeneficial things yang selalu buat, tak boleh itu, tak boleh ini. Kadang2 rasa tension jugak sebab itu dah jadi kebiasaan kan. Tapi percayalah, andai kita mendalami erti sebenar bulan rahmat ini, kita pasti tidak akan meninggalkan ibadah walaupun sesaat. Sebab kenikmatan pahala yang kita bakal dapat adalah sesuatu yang tak tergambar dengan kata. Dan mereka yang menunaikan ibadah ini dengan sesungguh hati dengan penyesalan atas segala dosa2 yang dilakukan, insyaallah Allah pasti akan ampunkan dosa2nya yang lalu. Bayangkan betapa besarnya nikmat dan kurniaanNya kepada kita. Cuma kita perlu melihatnya dengan mata hati, bukan dengan mata kasar. Renungkan sekali lagi segala2 nikmat yang terbentang di depan mata, andai ia dihitung dengan tinta seluruh lautan di muka bumi ini, nescaya tidak akan habis senarai nikmat2 yang dikurniakan itu.

Tanyalah diri sendiri… apakah azam kita menjelang puasa yang bakal menjelma ini? Menunaikan solat terawikh sepanjang bulan Ramadhan tanpa henti? Sentiasa berwirid dan beriktikaf di masjid? membayar zakat tepat pada waktunya? Bersedekah kepada mereka yang memerlukan? Atau meninggalkan dosa pandangan mata, telinga, mulut, dan juga kaki dan tangan? Atau sebaliknya? Tepuk dada tanya selera. Sesungguhnya hanya kita yang mampu mengubah diri kita sendiri. 

Jadi, pergunakan nikmat bulan Ramadhan yang dianugerahkan itu kepada kita. Waktu inilah masa yang tepat untuk kita membuktikan kehambaan kita padaNya. Kerana kita tidak pasti mungkinkah wujud Ramadhan seterusnya, mungkin kita berpeluang menyambutnya atau terlebih dahulu dijemput untuk menghadapNya.



Waktu ini juga adalah waktu yang sesuai untuk meminta doa kepadaNya agar segera dikabulkan. Dia adalah zat yang maha penyayang dan doa kita pasti dimakbulkan. Kerana bila kita dekat padaNya, Dia akan makin dekat pada kita. Selangkah kita menghampirinya, seribu langkah dia menuju kearah kita. Maha suci ALLAH…











Thursday, 28 July 2011

hidup ini tidak akan bererti seandainya....

currently written by faie mohamad at Thursday, July 28, 2011 0 criticisms
Hidup ini tidak akan bahagia seandainya…


Sentiasa mengharap orang lain membuat keputusan biarpun ia melibatkan masa depanmu. Bagi kamu lebih selamat menyerahkan keputusan itu kepada orang lain dan andai ia tidak seperti yang diidamkan, kamu boleh menyalahkan orang lain atas semua itu.

Kamu terlalu takut membuang barang2 lama yang walaupun ia sebenarnya tidak lagi bernilai untuk kamu. Dalam fikiran kamu ia mungkin berguna di kemudian hari walaupun tidak berguna untuk hari ini. Akhirnya kamu sentiasa berada di takuk lama dan tidak mampu untuk berubah kearah lebih baik.

Takut untuk membuat sebarang kelainan. Setiap apa yang kamu pakai dan buat adalah sama setiap hari. Kamu takut dengan kelainan itu membuatkan kamu kelihatan aneh. Tidak salah kamu menukar imej dan mencipta kelainan tersendiri. Siapa tahu kamu mungkin lebih baik dari sebelumnya
.
Tidak pernah cuba menerima kekurangan diri dan orang lain dan merasakan hanya kamu yang betul. Akibatnya pantang silap sedikit kamu mula melenting dan terus menganggap dia musuh kamu.

Terlalu takut untuk menyuarakan pendapat dan pandangan apa yng kamu rasa. Walaupun kamu yakin ia tepat, namun kamu takut sekali pandangan kamu itu mengundang penolakan dan ketawa dari orang lain.
Tidak menghargai orang yang menyayangi kamu bahkan kamu mengharap orang yang selalu membawa kedukaan pada diri kamu.

Memilih jalan hidup yang salah misalnya merompak, mencuri, menjadi hamba dadah dll. Biarpun kamu puas tetapi pada akhirnya pasti akan mengundang penyesalan yang tak sudah-sudah.

Tidak menghormati orang tua dan menghargai pengorbanannya. Tanpa mereka kamu tidak akan bererti apa-apa. Setiap saat kamu terlewat waktu menghabiskan masa dengan mereka sesaat juga kamu dirundung kerugian.

Hidup bersendirian tanpa ditemani oleh mereka yang tersayang. Mungkin kamu ego dengan mengatakan kamu mampu hidup tanpa mereka namun hakikatnya percayalah kamu perlukan seseorang yang boleh berkongsi susah dan senang.

Dan yang paling penting, hidup ini tidak akan bererti andai kamu mengabaikan tanggungjawab sebagai hambaNya dimuka bumi ini. Amanah sebagai khalifah didunia ini harus digalas sebaik-baiknya.
 

She's Farihah Mohamad Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea